Kerap terima DM tanya gini,

"Baru kerja, gaji sikit kena declare cukai ke?"

"Selama bertahun kerja tak pernah declare cukai, kena penalti ke?"

"Boleh ke gaji sikit nak declare cukai?"

"Boleh ke sekarang baru nak declare cukai?"

#TwtCukaiMY
Dia macam ni, ni asas cukai. Selagi mana kau orang pemastautin dan terima pendapatan dekat Malaysia, selagi tu kena declare cukai. Ni asas.

Walaupun gitu, LHDN wujudkan ketetapan khas bagi orang yang makan gaji.
Kau orang gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, wajib daftar fail cukai.

Apa maksud daftar fail cukai?

Kau orang mungkin dah layak kena cukai. Mungkin. Jadi sebab tu perlu daftar fail cukai. Dapat nombor cukai dan perlu declare pendapatan setiap tahun.
Berhubung soalan gaji sikit kena declare cukai or tak, follow lah ketetapan khas tadi. Kalau tak memenuhi syarat, tak payah pening kepala. Ignore.

Cuma, kalau memang sumber income makan gaji semata, oklah untuk ignore.

Bagaimana pulak kalau sebaliknya?
Andai kata gaji ciput, dalam masa sama kau orang ada sumber pendapatan lain, contoh dari SSM Enterprise, jadi Ejen Coway/Cuckoo, Ejen Hartanah, Ejen Insurans/Takaful dan seangkatan dengannya,...
Pendapatan kau orang bukan bawah RM34,000 setahun lepas tolak KWSP lagi. Jadi perlu declare kesemua pendapatan yang kau orang ada. Kena campurkan semua sumber pendapatan dan declare cukai bawah nama kau orang. Kena cukai or tak, cerita kedua. Tu saya tak sentuh dalam topik ni.
Ramailah yang harini makan gaji dalam masa sama ada sumber income lain yang tak ambil berat perkara ni. Mungkin kalau ikut makan gaji memang tak kena cukai. Cuba ambil kira pendapatan lain yang kau buat, campur dengan income makan gaji, boleh jadi kena cukai.
Sekiranya gaji tadi bawah RM34,000 setahun lepas tolak KWSP tak declare tak apa. Tak kena penalti pun. Andai kata saja-saja teringin nak declare juga walaupun tahu pendapatan tak layak lagi daftar nombor cukai, boleh je nak declare takda masalah.
Andai kata korang gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP tak pernah declare cukai, kena tengok 2 situasi.

1. Gaji kau orang tolak PCB
2. Gaji tak tolak PCB
1. Kalau gaji kau orang ada tolak PCB, majikan ada buat penolakan dari gaji, ada benefit yang kau orang tak perlu declare atau hantar borang cukai. Benefit ni di panggil sebagai PCB sebagai cukai muktamad.

Boleh baca sini untuk detail.

Kalau gaji dah tolak PCB, kau orang tak pernah declare cukai langsung dah bertahun-tahun, tak apa. PCB tadi dah cover untuk cukai korang. Dengan syarat, memenuhilah apa yang dah disyaratkan dalam manfaat PCB sebagai cukai muktamad.
Cumanya andai kata kau orang nak declare juga walaupun dah ditolak PCB, boleh je declare. Sebab amaun PCB tu adalah anggaran cukai yang tolak advance dari gaji. Boleh jadi kau orang tak kena cukai disebabkan pelepasan cukai. Jadi bayaran PCB advance ni dapatlah refund semula.
2. Kalau gaji tak tolak PCB bila gaji kau orang dah lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, jadi perlu untuk declare sebelum 30 April setiap tahun. Andai kata dah bertahun kau orang tak declare, masih boleh declare. Takda masalah. Bila dah lewat, akan ada penalti yang terlibat.
Harap ni sedikit sebanyak dapat jawab soalan kebiasaan. Tak dapat nak reply seorang-seorang soalan yang hampir kurang sama.

Terima kasih.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with #TanyaQuantaMax

#TanyaQuantaMax Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AzrulIzzaham

24 Mar
Semalam baru baca pasal Dr Say kena cukai RM40k lebih. Harini husband pada client saya mesej bagitau kena cukai amaun yang lebih kurang sama. Walhal berhenti kerja tahun 2015. Tahun 2016 dan 2017 tolong wife berniaga dan ambil sikit gaji.

Mana datang cukai RM40k?

#TwtCukaiMY
Dulu LHDN ada buat program Pengakuan Sukarela bagi mana-mana individu yang tak pernah declare cukai dari tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang LHDN janjikan masa tu, siapa yang sukarela declare income bagi tahun 2017 dan sebelum, takkan dikacau audit.
LHDN kata tutup buku. Mereka akan terima semua declaration tersebut in good faith. Jadi beruntunglah mereka yang ambil peluang waktu tu. LHDN dah takkan kacau.

Jadi siapa yang LHDN cari sekarang ni?

Mereka yang gagal declare pendapatan tahun 2017 dan tahun sebelum-sebelumnya.
Read 8 tweets
18 Feb
Dalam room tuan @IZZTAZWAR tadi, saya tertarik dengan satu soalan berkaitan dekat mana nak belajar accounting bagi small business owner.
Bagi pendiri bisnes, accounting ni benda yang susah sebenarnya. Secara jujur, walaupun ia susah, bukanlah bermakna kita tak boleh dalami dan belajar. Sebelum belajar hal accounting, ada perkara penting lagi kena bagi strong. Sama-sama tambah ilmu.
Banyak je platform accounting yang wujud harini, ada free dan berbayar. Kalau free seperti waveapps accounting. Cuma sayang, mereka dah tak tawarkan servis ni di Malaysia.

Untuk yang berbayar, kita ada Niagawan, Quickbooks, UBS Accounting, MYOB dan pelbagai lagi lain-lain.
Read 15 tweets
4 Dec 20
Seorang sahabat di FB ada hantarkan gambar perbezaan cukai Enterprise VS Sdn Bhd ni.

Pengiraan ni sejujurnya SALAH!

Ini kebiasaan berlaku, bila nak tunjukkan yang Enterprise tu buruk dari segi kadar cukai, inilah pengiraan mereka.

Saya hurailan dalam bahasa mudah.

#TwtCukaiMY
Sebelum pergi ke pengiraan, lebih baik kita tahu dulu, kadar cukai Enterprise dan Sdn Bhd.

1. Kadar cukai Enterprise adalah 0% - 30% bagi tahun taksiran 2020. Makna kata, kadarnya boleh jadi 0%, 1%, 3%, 8% sehingga 30% mengikut kepada berapa amaun baki untuk dicukaikan.
Macam mana pengiraan cukai bagi Enterprise berlaku? Contoh katalahh keuntungan bisnes buat pelarasan belanja tak dibenarkan tolak cukai, tolak elaun modal, tolak pelepasan cukai individu, baki tinggal RM90,000.

Jadi baki RM90,000 jatuh dalam range ni. Range RM70k - RM100k.
Read 12 tweets
22 Oct 20
Ada bisnes owner ni mesej tengah malam. Luar waktu kerja. Saya tak reply. Harini lepas settle-settle kerja, ada sikit lapang saya reply. Dia terus balas,

"Lambatnya reply."

Saya katakan yang dia mesej saya tak kena masa. Saya ada masa untuk keluarga juga.

#TwtCukaiMY
Tambah lagi, saya harini ada kerja utama perlu diuruskan. Selepas dah selesai, ada kelapangan saya reply pun.

Terus beliau tukar topik katakan nak dapatkan servis saya. Cuma, dia kata gini,

"Ada company boleh buatkan akaun dari 2015 sampai terkini dia caj...
..RM5,000. Kot kalau awak boleh caj lagi murah."

Saya beranggapan bisnes owner ni cuba nasib mungkin. Untuk tak buang masa siapa-siapa, saya katakan kepada beliau yang servis saya sejujurnya mahal.

Fee saya bermula dari RM1,800 setahun (perakaunan saja).
Read 7 tweets
21 Oct 20
Ada 3 shipment yang tengah menunggu sampai.

1. Dari China dah sampai Malaysia. Laju gila. Pickup dari China 19 Oct haritu.

2. Dari US. Yang ni esok lusa confirm settle.

3. Dari Japan, EMS memang lambat. Kena redha kalau pakai EMS. Mahu seminggu lagi. ImageImageImage
Tiga-tiga barang ni ikutkan tak berat mana. Kos dia macam gini,

1. China - 7 kg, RM120++

2. US - 2.5 kg, RM260++

3. Japan - 4.3 kg, RM300++

Sample clothing, cap dengan toys untuk dijual. Harap dipermudah projek ni.
Syukur parcel dari China dah selamat sampai. Thanks boss @magmalaya . Hijrah servis laju. Team awak 👍.

Parcel dari US pun selamat sampai. Best parcel US sebab dalam ni ada beberapa Topi 47Brand Original untuk didagangkan. Nanti saya payung gambor. Image
Read 5 tweets
12 Oct 20
Korang nak belajar beli barang direct Japan secara online? Nak share ni dari pengalaman beli koleksi mainan dari sana. Kita buat thread dalam bahasa mudah faham je.

Orait?
Sebenarnya ada banyak cara beli dari Japan ni. Ni salah satu je. Kalau ada cara lain, korang boleh try kongsi jugak.

Saya pakai Apps Buyee. Jadi, first sekali korang pergi install dulu Apps Buyee ni. Image
Lepas dah install, buka apps dan masukkan emel korang untuk register. Nak register pakai FB pun boleh. Kalau signup pakai emel, akan keluar paparan macam gambar nombor 2. ImageImage
Read 39 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!