Semalam baru baca pasal Dr Say kena cukai RM40k lebih. Harini husband pada client saya mesej bagitau kena cukai amaun yang lebih kurang sama. Walhal berhenti kerja tahun 2015. Tahun 2016 dan 2017 tolong wife berniaga dan ambil sikit gaji.

Mana datang cukai RM40k?

#TwtCukaiMY
Dulu LHDN ada buat program Pengakuan Sukarela bagi mana-mana individu yang tak pernah declare cukai dari tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang LHDN janjikan masa tu, siapa yang sukarela declare income bagi tahun 2017 dan sebelum, takkan dikacau audit.
LHDN kata tutup buku. Mereka akan terima semua declaration tersebut in good faith. Jadi beruntunglah mereka yang ambil peluang waktu tu. LHDN dah takkan kacau.

Jadi siapa yang LHDN cari sekarang ni?

Mereka yang gagal declare pendapatan tahun 2017 dan tahun sebelum-sebelumnya.
LHDN akan anggarkan cukai berdasarkan aset yang pembayar cukai ada. Dari segi kereta, rumah. LHDN ada sistem yang bila masuk saja nombor IC, keluar aset-aset atas nama kita. Tak kisahlah siapa yang guna aset tersebut. Sebab ada berlaku, keta nama kita, adik guna. Contoh.
Dalam masa sama, pendapatan yang dilapor cukai kena tally dengan komitmen yang kita ada. Ini seni yang ramai orang terlepas pandang. Ingatkan declare cukai semudah key-in gitu saja. Tidakkk. Income declare lebih rendah dari komitmen, standby untuk di audit.
Apa solusi yang ada bila terima surat dengan anggaram amaun cukai yang tak masuk akal?

1. Call officer nama dalam surat
2. Minta penangguhan masa
3. Set masa untuk ke office LHDN
4. Tanyakan sumber mana cukai dikenakan
5. Mohon pandangan dan budi bicara pegawai LHDN
6. Akur dengan solusi yang dipersetujui
7. Declare e-filing (Jika diminta)
8. Bayar amaun cukai baru yang dipersetujui
9. Taubat
10. Declare cukai setiap tahun
Buat tak tahu, abaikan surat LHDN, tak ambil peduli, ego hanya akan makan diri. Standby surat susulan tindakan mahkamah pula.

Berurusan dengan LHDN ni urusan antara manusia dengan manusia. Ada benda boleh bincang dan tolak ansur. Pakai budi bicara juga.

"Lembaga" tu nama saja.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with #TanyaQuantaMax

#TanyaQuantaMax Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AzrulIzzaham

18 Feb
Dalam room tuan @IZZTAZWAR tadi, saya tertarik dengan satu soalan berkaitan dekat mana nak belajar accounting bagi small business owner.
Bagi pendiri bisnes, accounting ni benda yang susah sebenarnya. Secara jujur, walaupun ia susah, bukanlah bermakna kita tak boleh dalami dan belajar. Sebelum belajar hal accounting, ada perkara penting lagi kena bagi strong. Sama-sama tambah ilmu.
Banyak je platform accounting yang wujud harini, ada free dan berbayar. Kalau free seperti waveapps accounting. Cuma sayang, mereka dah tak tawarkan servis ni di Malaysia.

Untuk yang berbayar, kita ada Niagawan, Quickbooks, UBS Accounting, MYOB dan pelbagai lagi lain-lain.
Read 15 tweets
29 Jan
Kerap terima DM tanya gini,

"Baru kerja, gaji sikit kena declare cukai ke?"

"Selama bertahun kerja tak pernah declare cukai, kena penalti ke?"

"Boleh ke gaji sikit nak declare cukai?"

"Boleh ke sekarang baru nak declare cukai?"

#TwtCukaiMY
Dia macam ni, ni asas cukai. Selagi mana kau orang pemastautin dan terima pendapatan dekat Malaysia, selagi tu kena declare cukai. Ni asas.

Walaupun gitu, LHDN wujudkan ketetapan khas bagi orang yang makan gaji.
Kau orang gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, wajib daftar fail cukai.

Apa maksud daftar fail cukai?

Kau orang mungkin dah layak kena cukai. Mungkin. Jadi sebab tu perlu daftar fail cukai. Dapat nombor cukai dan perlu declare pendapatan setiap tahun.
Read 14 tweets
4 Dec 20
Seorang sahabat di FB ada hantarkan gambar perbezaan cukai Enterprise VS Sdn Bhd ni.

Pengiraan ni sejujurnya SALAH!

Ini kebiasaan berlaku, bila nak tunjukkan yang Enterprise tu buruk dari segi kadar cukai, inilah pengiraan mereka.

Saya hurailan dalam bahasa mudah.

#TwtCukaiMY
Sebelum pergi ke pengiraan, lebih baik kita tahu dulu, kadar cukai Enterprise dan Sdn Bhd.

1. Kadar cukai Enterprise adalah 0% - 30% bagi tahun taksiran 2020. Makna kata, kadarnya boleh jadi 0%, 1%, 3%, 8% sehingga 30% mengikut kepada berapa amaun baki untuk dicukaikan.
Macam mana pengiraan cukai bagi Enterprise berlaku? Contoh katalahh keuntungan bisnes buat pelarasan belanja tak dibenarkan tolak cukai, tolak elaun modal, tolak pelepasan cukai individu, baki tinggal RM90,000.

Jadi baki RM90,000 jatuh dalam range ni. Range RM70k - RM100k.
Read 12 tweets
22 Oct 20
Ada bisnes owner ni mesej tengah malam. Luar waktu kerja. Saya tak reply. Harini lepas settle-settle kerja, ada sikit lapang saya reply. Dia terus balas,

"Lambatnya reply."

Saya katakan yang dia mesej saya tak kena masa. Saya ada masa untuk keluarga juga.

#TwtCukaiMY
Tambah lagi, saya harini ada kerja utama perlu diuruskan. Selepas dah selesai, ada kelapangan saya reply pun.

Terus beliau tukar topik katakan nak dapatkan servis saya. Cuma, dia kata gini,

"Ada company boleh buatkan akaun dari 2015 sampai terkini dia caj...
..RM5,000. Kot kalau awak boleh caj lagi murah."

Saya beranggapan bisnes owner ni cuba nasib mungkin. Untuk tak buang masa siapa-siapa, saya katakan kepada beliau yang servis saya sejujurnya mahal.

Fee saya bermula dari RM1,800 setahun (perakaunan saja).
Read 7 tweets
21 Oct 20
Ada 3 shipment yang tengah menunggu sampai.

1. Dari China dah sampai Malaysia. Laju gila. Pickup dari China 19 Oct haritu.

2. Dari US. Yang ni esok lusa confirm settle.

3. Dari Japan, EMS memang lambat. Kena redha kalau pakai EMS. Mahu seminggu lagi. ImageImageImage
Tiga-tiga barang ni ikutkan tak berat mana. Kos dia macam gini,

1. China - 7 kg, RM120++

2. US - 2.5 kg, RM260++

3. Japan - 4.3 kg, RM300++

Sample clothing, cap dengan toys untuk dijual. Harap dipermudah projek ni.
Syukur parcel dari China dah selamat sampai. Thanks boss @magmalaya . Hijrah servis laju. Team awak 👍.

Parcel dari US pun selamat sampai. Best parcel US sebab dalam ni ada beberapa Topi 47Brand Original untuk didagangkan. Nanti saya payung gambor. Image
Read 5 tweets
12 Oct 20
Korang nak belajar beli barang direct Japan secara online? Nak share ni dari pengalaman beli koleksi mainan dari sana. Kita buat thread dalam bahasa mudah faham je.

Orait?
Sebenarnya ada banyak cara beli dari Japan ni. Ni salah satu je. Kalau ada cara lain, korang boleh try kongsi jugak.

Saya pakai Apps Buyee. Jadi, first sekali korang pergi install dulu Apps Buyee ni. Image
Lepas dah install, buka apps dan masukkan emel korang untuk register. Nak register pakai FB pun boleh. Kalau signup pakai emel, akan keluar paparan macam gambar nombor 2. ImageImage
Read 39 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!