Saya akan kongsikan pendapat2 ULAMA' tentang perkara ini.
Islam ini agama yg menyeluruh. Sehingga bab cinta, maruah, harga diri dan perasaan pun ada panduannya☺️
Jom ikuti thread ini.
#AdninBERCERITA
Sebab setiap orang pengalamannya berbeza2.
Tapi lihatlah apa panduan yg Alquran, sunnah serta ijtihad ulama' telah gariskan.
وَإِنْ تُطِعْ أَكْثَرَ مَنْ فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ َ
“Dan jika kamu menuruti KEBANYAKAN ORG di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah.
(Al-An’am :116)
Bukan dgn mengikut cara hidup dan budaya barat, & akhirnya membawa mudharat yg sgt besar pada masyarakat.
Itu muqaddimah yang say nak tekankan utk awal2 ni. Hehe☺️
Namun, sekiranya syarahan saya menyimpang dari Alquran & Sunnah, serta lari dari disiplin ilmu, TEGURLAH SAYA🙏
Jom ikuti satu persatu.
Hasan Al-Banna pernah ditanya oleh seorang pemuda:
“Apa hukum bercinta(sebelum nikah)?
Hasan Al-Banna bagi jawapan yang ringkas dan padat:
“Cinta yang halal itu halal. Cinta yang haram itu haram”.
Mudah dan tepat☺️
Jami’ bin Mahuih bertanya:
“Apakah orang yang cinta buta itu berdosa?”
Lalu Said bin Al-Musayyab, mufti Madinah pada zaman itu menjawab:
“Ianya tercela...”
“Demi Allah, tidak pernah seorang pun bertanya kepadaku tentang hal ini. Jika seseorang bertanya kepadaku tentang hal ini, jawapanku hanyalah seperti tadi...”
Persoalannya, kenapa beliau berkata begitu?
Bila dia tanya, kenapa sampai tergamak buat begitu?
Jawapannya semua sama.
"Kerana cintakan lelaki itu, dan takut kehilangan lelaki itu".
Bahaya, kan?
Jangan sampai perasaan cinta itu MEMBUTAKAN kita sehingga kita sanggup buat dosa & tak rasional.
Pandangan Imam Al-Ghazali:
“Aku dapati, dalam bercinta(sebelum nikah) terdapat banyak dosa besar...”
Sebab apa? Apabila kita bercinta dengan cara yang salah, maka ia mendorong kita untuk melakukan pelbagai dosa besar.
Saya juga nak kongsi dengan korang pesanan indah Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang dipetik daripada kitab Fatawa Mua’sirah tentang isu bercinta sebelum nikah ini.
Saya akan kongsi dalam bentuk point supaya tersusun insyaAllah☺️
a) Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya TIDAK MEMUJI apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum nikah.
Kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan penuh syubhah.
e) Banyak situasi seperti ini berdampak kepada hal-hal yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat2 gelap, didalangi perasaan & hawa nafsu, ditambah dgn godaan syaitan.
(Dalam hal putus-cinta ni, ramai sangat yang broken, mencederakan diri sendiri, depress dan sebagainya).
(Hadith riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim)
Wallahua'lam.
*
Inilah pendapat Syeikh Dr Yusuf Alqardhawi dalam isu cinta sebelum nikah.
Syaikh Abdullah bin abdur Rahman al-Jibrin ditanya:
"Jika ada seseorang lelaki yang berhubungan dengan seorang wanita yang bukan mahramnya,yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?"
"Perbuatan itu tidak diperbolehkan,kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana perkenalan semacam itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan...
Sebenarnya, jika ingin dikongsi, banyak lagi pesanan dan panduan yang para ulama' telah gariskan dalam hal bercinta sebelum nikah ni.
Tinggal kita nak ambil atau tidak sahaja.
Cinta itu tak salah. Ia boleh jadi pahala andai kita mengikut sunnah nabi dalam bercinta, tapi ia boleh jadi dosa andai kita mengikut jejak langkah iblis dalam bercinta.
Ketahuilah, jalan yang ditunjukkan Allah dan rasul adalah satu-satunya jalan yang selamat dan memberi kita kebahagiaan, bukan sahaja dunia bahkan di syurga Firdaus kelak.
Saya yakin, ianya langsung tak bahagia. Kan?
“Hidup orang yang bercinta..
Permulaannya hatinya seakan-akan ikhlas dan bersungguh-sungguh..
Pertengahannya penyakit..
Dan pengakhirannya adalah kematian hati dan jasad...”
Disakiti, dikhianati, dicurangi.. Kecewa, sakit, sedih, perit.
Kan?
Sehingga, putus cinta pun nak bunuh diri. Seolah2 cinta tu segala-galanya.
Moga bermanfaat insyaAllah. Sebarkan pada kawan-kawan.
InsyaAllah, next thread saya akan kongsi tentang CARA BERCINTA mengikut jalan yang Nabi dah tunjuk.
By the way, kalau tulisan saya ini ada kesilapan, boleh tegur saya, DM saya, insyaAllah saya akan baiki🙏