Sebenarnya, Allah dah bagi kita TIPS untuk jadi kaya. Dan janji Allah itu benar. Nak tahu apa tipsnya?
Jom ikuti thread ni❤️☺️
#AdninBERCERITA
Kalau aku suruh kau cari semut, susah tak nak cari? Susah la jugak. Semut ni, kadang-kadang ada kat celah-celah, dan sebagainya.
Wahai kawan…
Hakikatnya, rezeki ini seperti semut itu, ia boleh DI JEMPUT. Andai kau menjemput rezeki, akhirnya, rezeki akan hadir pada kau mencurah-curah!
Ya, mungkin bagi kau, ini cliché. Ramai orang mengabaikan solat dan doa. Mereka bila di ulit kesempitan hidup mereka lebih banyak sibukkan diri dengan meminta pada makhluk, berbanding meminta dengan Khaliq, yang Maha Pencipta, iaitu Allah swt.
Cuma kau ulang ayat ni lagi dan lagi…
“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu…”
Ya, sedekah. Kawanku. Nak sedekah, tak perlu tunggu kaya. Tetapi, kalau kita nk kaya, maka bersedekahlah. Allah & rasul dah berjanji, bila kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita. Itu janji Allah.
“Saya memang langsung tak cukup duit untuk bersedekah. Saya nak sedekah, tapi saya betul-betul tak mampu…”
So, kunci nak murah rezeki, dan rezeki datang mencurah-curah, banyakkan bersedekah! Takde duit? Jangan risau. Solat tu sedekah, zikir tu sedekah, dakwah tu sedekah, segala ibadah kita pada Allah itu adalah sedekah.
Selalu kita tengok dekat kedai-kedai, ada ayat 1000 dinar. Betul tak? Tapi, malangnya hari ni, kita hanya menggantung ayat 1000 dinar di rumah dan kedai, tapi kita tak faham pun ayat tu tentang apa, dan kita tak amalkan pun.
Sebenarnya dia salah.
Kita bukan setakat kena baca sahaja. Bahkan, kita perlu amalkan apa yang Allah sarankan dalam ayat ni!
Namun, andai kita menyemai taqwa dalam hati kita, janji Allah, Allah akan beri kita jalan keluar dari semua masalah, dan beri kita rezeki dari penjuru yang tak di sangka-sangka!
Persoalannya, taqwa tu apa?
Secara mudah, taqwa ialah, kita mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya.
Moga kita semua dapat hidayah untuk jadi orang bertaqwa! Berjaya kat dunia, berjaya kat akhirat!
Kita semua ni banyak dosa. Termasuklah diri saya sendiri. Dan, seperti yang kita tahu, dosa yang kita lakukan adalah penghalang untuk rezeki masuk. Dosa juga menjadi asbab doa kita terhalang untuk di kabulkan.
Lihat dan bacalah ayat ni berkali-kali.
Allah janji, kalau kita taubat, Allah beri kita harta, bukankah harta tu rezeki? Allah beri kita anak, bukankah anak itu rezeki? Allah bagi kita kebun atau perniagaan yang kita boleh usahakan, bukankah itu rezeki?
Apa jalannya?
TAUBAT pada Allah swt.
Yakinlah wahai kawan..
Allah takkan pernah memungkiri janji!
Bayangkan yang baik-baik, sangka yang baik-baik, doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik, insyaAllah Allah akan bagi. Kerana, itu janjiNya.