Perasan tak setiap kali lepas habis solat, biasanya imam akan baca ayat ni:

اللهُمَّ اَجِرنَا مِنَ النَّار

Biasanya imam akan baca 3 kali. Kalau lepas maghrib, ada imam yang baca 7 kali.

Doa ni sebenarnya adalah berdasarkan sabdaan baginda Rasulullah ﷺ.
Dari Anas bin Malik r.anh, Rasulullah ﷺ bersabda,

Siapa yang memohon Syurga sebanyak 3 kali, maka Syurga akan berkata:

’Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam Syurga.’
Dan siapa yang memohon perlindungan dari Neraka sebanyak 3 kali, maka Neraka akan berkata:

’Ya Allah, lindungilah dia dari neraka.'

HR Nasai (5521)
Moga lepas ni kita sama-sama dapat amal ketika solat berjemaah bersama keluarga atau bersendirian di rumah.

Terutamanya buat diri saya yang menulis ini.

Mudah-mudahan.

Boleh follow @MyFundAction untuk lebih banyak konten menarik :)

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with MyFundAction

MyFundAction Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @MyFundAction

8 Mar
Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah ﷺ,

Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.

Apa jawapan Rasulullah ﷺ?
Nabi ﷺ jawab,

Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT.
Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah.

Kemudian baginda ﷺ bersabda,

Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?
Read 11 tweets
26 Dec 20
"Aduh, sikitlah gaji bulan ni sebab takde OT."

Keluh seorang pekerja kolar biru ketika menikmati makanan malamnya.

Dia duduk di sebuah restoran, menikmati nasi goreng kampung yang dipesan.

Rasa tawar sebab hilang selera makan, gundah gulana memikirkan nasib anak bininya.
"Kenapa ni bang?"

Pelayan restoran datang mendekat. Dari tadi dia nampak brader ni macam tak lalu makan. Hidangannya macam tak berusik!

"Entahlah dik, susah hati ni. Gaji sikit sebab takde OT bulan ni. Abang ni harapkan OT aje. Maklumlah, gaji kecik."

Jawap lelaki itu.
Pelayan itu duduk di hadapannya tanpa dipelawa. Dia pandang brader itu lama.

"Abang, abang nak tau tak, ada 10 jenis rezeki menurut Islam?"

"Eh, yeker?"

"Iya, kalau ada 10 jenis rezeki yang boleh kita terima, kenapa abang nak risau?"

"Apa 10 jenis rezeki tu?"
Read 25 tweets
25 Dec 20
Kalau semua dah ditakdirkan, kenapa kita mesti berdoa? 🤔

"Eh, buat apa nak doa? Kan Allah dah tetapkan qada' dan qadar!?"

"Aku doa pun kalau takdir kata gitu, dapat gitu jugak."

Okay, jom kami huraikan kenapa kita semua wajib berdoa walaupun semuanya dah tertulis!

[Bebenang]
#1 Doa Sebagai Sebab Meraih Keinginan

Manusia tak lari daripada mempunyai keinginan. Itulah salah satu kelemahan manusia, di mana kita akan sentiasa nak kan sesuatu.

Nak iPhone baru
Nak baju baru
Nak kerja baru
Nak gaji tinggi
Nak duit banyak

Dan macam-macam lagilah!
Sebab itulah Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa.

Dah banyak sangat keinginan, mestilah kena berdoa kat Allah dengan harapan Allah memakbulkan hajat-hajat kita!

Allah berfirman dalam Surah Ghafir ayat 60:

"Dan Tuhan kamu berfirman: (+)
Read 14 tweets
24 Dec 20
Dalam Surah As-Syams, Allah SWT berfirman yang manusia terbahagi kepada dua.

Golongan pertama adalah orang yang beruntung sebab mereka suka sucikan jiwa dari sifat buruk.

Golongan kedua pula mereka yang rugi sebab suka kotorkan jiwa dengan sifat buruk.

[Thread]
Persoalannya, kita nak untung ke rugi?

Kalau nak untung, Rasulullah SAW bersabda:

"Dan sesungguhnya jiwamu memiliki hak atas dirimu." (H.R. Imam Bukhari)

Tapi, menyucikan jiwa ini bukanlah dengan bersikap keras sampai benda halal pun korang haramkan.

Tak, bukan macam tu.
Bukan juga dengan buat sesuka hati atas tiket "kebebasan berfikiran", "hak asasi" dan sebagainya.

Bukan juga.

Tapi dengan mengikut apa yang telah disyariatkan Islam.

Apa dia tu?

Haa, kalau nak tau ada 7 tips membersihkan jiwa.

Jom baca!
Read 19 tweets
9 Dec 20
Korang sayang diri sendiri tak? 💔

Kajian menunjukkan mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih berdaya saing terhadap cabaran hidup!

Kenapa?

Sebab mereka lebih fleksibel terhadap stress atau perkara yg menyedihkan.

Bagaimana nak sayang diri sendiri cara Islam?

[Thread]
#1 Jauhkan Diri Dari Perbuatan Dosa

Kalau korang sayang diri sendiri, tahan dan lawanlah nafsu untuk buat dosa.

Tak kisahlah, sebesar atau sekecil mana pun dosa tersebut.

Latih dan biasakan diri untuk

Bercakap benar
Tak lewatkan solat
Tak berkata kesat
Hormat ibu bapa
Rasulullah SAW bersabda:

“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."

(Hadith Riwayat Muslim)

So sayangilah diri korang dengan menjauhi dosa! 😔
Read 10 tweets
8 Dec 20
Adakah hati kita telah mati? 🖤

“(Hari kebangkitan itu) ialah hari yang tidak akan memberi manfaat harta benda dan anak pinak, melainkan orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang salim (bersih dan selamat)." (Surah asy-Syu’arak, ayat 88)

[Thread]
Hati adalah organ tubuh yang penting dalam hidup seorang manusia.

Baik ia, baiklah seseorang itu.

Kalau buruk ia, buruklah seseorang itu.

Tapi, kita boleh nampak ke hati itu mati atau tak?

Hah, jom baca thread ini untuk ketahui hati kita masih hidup atau sudah mati.
#1 Sentiasa Ingat Allah SWT

Hati yang hidup adalah hati yang tunduk kepada Rabb-nya.

Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, hati seorang Mukmin sentiasa merasakan keberadaan Allah SWT dalam kehidupan sehariannya.

Dengan mengingat Allah, hati pasti akan menjadi tenteram!
Read 15 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!