Mu'az bin Jabal r.a berkata bahawa beliau bertanya Rasululullah ﷺ,
Wahai Rasulullullah, beritahulah kepadaku tentang suatu amal yang dapat memasukkanku ke dalam syurga dan menjauhkanku daripada neraka.
Apa jawapan Rasulullah ﷺ?
Nabi ﷺ jawab,
Engkau bertanya tentang pekara yang besar namun sesungguhnya ia adalah mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah SWT.
Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan-Nya dengan sesuatu pun, kerjakanlah solat, keluarkanlah zakat, berpuasalah pada bulan Ramadhan dan kerjakanlah ibadah Haji ke Baitullah.
Kemudian baginda ﷺ bersabda,
Inginkah engkau kuberi petunjuk akan pintu-pintu kebaikan?
Puasa itu adalah sebagai perisai, sedekah adalah amal yang menghapuskan kesalahan sebagaimana air memadamkan api, dan solatnya seseorang di tengah malam.
Kemudian Baginda ﷺ membaca ayat pada surah Al sajadah, ayat 16-17:
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya);
dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
(As-Sajdah 32:16)
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.
(As-Sajdah 32:17)
Kemudian baginda ﷺ bersabda,
Mahukah engkau kuberitahu tentang pokok amal, tiang dan puncaknya?
Saya (Mu'az bin Jabal r.anh) menjawab,
Mahu wahai Rasulullah!
Rasulullah ﷺ bersabda,
Pokok amal adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan puncaknya adalah jihad.
Kemudian baginda ﷺ bersabda,
Mahukah engkau kuberitahu tentang kunci daripada semua perkara itu?
Saya (Mu'az bin Jabal r.anh) menjawab,
Mahu wahai Rasulullah.
Baginda lalu memegang lidahnya dan bersabda,
Jagalah ini!
Saya berkata,
Wahai Nabi Allah, adakah kita dihisab atas apa yang kita katakan?
Baginda bersabda,
Semoga ibumu kehilanganmu! (ungkapan hairan).
Tidak ada yang menjerumuskan orang ke dalam neraka melainkan hasil daripada ucapannya (yang berbentuk maksiat)?
(Hadis riwayat Ahmad (22016) dan al-Tirmizi (2619))
Kajian menunjukkan mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih berdaya saing terhadap cabaran hidup!
Kenapa?
Sebab mereka lebih fleksibel terhadap stress atau perkara yg menyedihkan.
Bagaimana nak sayang diri sendiri cara Islam?
[Thread]
#1 Jauhkan Diri Dari Perbuatan Dosa
Kalau korang sayang diri sendiri, tahan dan lawanlah nafsu untuk buat dosa.
Tak kisahlah, sebesar atau sekecil mana pun dosa tersebut.
Latih dan biasakan diri untuk
Bercakap benar
Tak lewatkan solat
Tak berkata kesat
Hormat ibu bapa
Rasulullah SAW bersabda:
“Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya."
“(Hari kebangkitan itu) ialah hari yang tidak akan memberi manfaat harta benda dan anak pinak, melainkan orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang salim (bersih dan selamat)." (Surah asy-Syu’arak, ayat 88)
[Thread]
Hati adalah organ tubuh yang penting dalam hidup seorang manusia.
Baik ia, baiklah seseorang itu.
Kalau buruk ia, buruklah seseorang itu.
Tapi, kita boleh nampak ke hati itu mati atau tak?
Hah, jom baca thread ini untuk ketahui hati kita masih hidup atau sudah mati.
#1 Sentiasa Ingat Allah SWT
Hati yang hidup adalah hati yang tunduk kepada Rabb-nya.
Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, hati seorang Mukmin sentiasa merasakan keberadaan Allah SWT dalam kehidupan sehariannya.
Dengan mengingat Allah, hati pasti akan menjadi tenteram!