Bersembang dengan peniaga-peniaga di sekitar secara maya. Rata-rata menyatakan kerugian hampir 10 kali ganda setelah lockdown berkuat-kuasa.
(Thread)
Kedai tomyam di Kajang:-
11 tahun berniaga. 5 orang staf. Biasanya jualan sehari adalah RM500-RM2300.
Jualan semalam: RM150 sehari. Pemilik kata mesti bertahan, jalan terus.
Kedai western di Ampang:-
4 tahun berniaga. 1 owner dan 2 orang staff. Jualan biasa adalah RM350-RM900 (dibuka dari 4.30pm - 11.30pm).
Lockdown, jualan mereka semalam RM78. Gaji harian pekerja pun tak mampu nak bayar. Owner tiada gaji.
Food court di Damansara:-
Biasa membawa jualan RM900 ke RM2,000 sehari.
Semalam, semua duduk depan kedai main whatsapp sambil tunggu order. Sales tak cecah RM150.
Pemilik dah standby nak tutup kedai.
Peniaga Nasi Lemak buka payung di Keramat:-
Biasa membawa jualan RM350 sehari.
Kelmarin petang pukul 5.30pm, Nasi Lemak bungkus punya kuantiti macam tak berkurang langsung dari pukul 10.30am.
Kantin sekolah: sekolah tak buka. Barang semua dah masuk stor. Pemilik buat GrabFood dan Lalamove je. Tiada pilihan.
Pasal sekolah ni lebih sensitif sebab rantaian dia lebih jauh.
Peniaga van sekolah yang menguruskan penghantaran anak-anak ke sekolah pun berputih mata.
Kanak-kanak dilihat kurang faham dengan PDPR. B40, laptop entah di mana?
Kedai-kedai makan terkemuka di bandar Kuala Lumpur ni paling nampak terjejas. Sewa dari RM4,500 (tengah) ke RM12,000 (corner). Sewa jalan. Owner masih hutang bank. Moratorium tiada. Bagaimana?
Jarang nampak kedai mamak tutup. Sabtu lepas, perasan ada banyak kedai mamak dah tampal notis.
“We will only open after people can dine in”. - kedai akan dibuka semula sekiranya boleh makan di kedai.
Tengok kedai mereka ketika lunchour. Sunyi.
Kalau jenama terkemuka pun ada yang terciduk, PappaRich pun jadi Pappakedana, semestinya peniaga kecil terkesan kalini dan jurang pendapatan akan lebih tinggi.
Sekarang, peniaga-peniaga perlu tabah dan cekal hanya untuk break even, bukan untung.
Paling terasa, pastinya kanak-kanak dan pelajar university. Pembelajaran memang terkesan sebab “online learning” tidak seperti “face to face” learning. Lagi-lagi bila melibatkan skill kemahiran.
Yang bekerja, risau terkesan tentang komitmen. Gaji kena potong, berniaga rugi.
Jangan lupa yang dalam 10 yang jatuh, ada 1 yang naik. Sentiasa cari peluang.
Ada peluang, sambar. Jangan pula rendah-rendahkan orang lain yang tiada peluang sebegini.
Sementara itu, tengok juga jiran tetangga dan kenalan rapat anda. Mana tahu ada yang stress melampau atau tiada siapa jenguk ketika lockdown. #KitaJagaKita bharian.com.my/berita/kes/202…
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
“Beli tanah berharga RM50,000.00 dan bina rumah idaman anda di atas tanah sendiri”. Seringkali kita melihat iklan sebegini muncul di garis masa ketika membaca status di laman sosial media.
Namun, adakah sahih iklan-iklan jualan tanah sebegini? Ini penjelasannya. Sebarkan.
Bagaimana nak bermula tanpa kena scam?
Pastikan bukan scammer macam Boy Iman yang jual tanah macam ni. Kalau ada sedikit pun kriteria macam Boy Iman, boleh cancel laju-laju.
“Encik. Maaf, loan rumah encik tak lepas. Sebab encik muda sangat la tak cukup umur. Boleh joint nama tak?” kata Banker Z.
Pernah dengar pasal loan tak lepas sebab usia muda? Ini adalah thread.
“Eh loan aku tak lepas sebab usia aku muda sangat? Tengok dalam terms and conditions takde pon tulis usia minimum buat loan?” Tanya Ali kekeliruan.
Cerita ni adalah adaptasi semula Encik Ali yang berusia 25 tahun, baru dapat job power sebagai oil and gas dan bergaji RM8,000 sebulan. Tak masuk bonus dan elaun.