Profile picture
Urban Hartanah @twthartanah
, 22 tweets, 4 min read Read on Twitter
Fund My Home : Membantu Atau Menyusahkan Bakal Pembeli Rumah?
Skim FundMyHome ini buat pengetahuan anda sebenarnya bukanlah langkah atau inisiatif kerajaan untuk menangani isu hartanah di Malaysia.

Tetapi merupakan projek sebuah portal swasta dengan hasrat membantu bakal pembeli rumah, pelabur dan pemaju hartanah.
Ok, mesti ramai yang masih tidak tahu apa hala tuju yang cuba dicapai FundMyHome ini.

Biar barisan admin Urban Hartanah bagi anda faham dalam Bahasa mudah ok.
1. Bayar 20% Sahaja.

Anda (baca: pembeli rumah) hanya perlu membayar 20% daripada harga rumah sahaja dan bukan 10% seperti cara beli rumah yang kita semua tahu.
2. Tiada Bayaran Bulanan.

Anda memang tidak perlu risau langsung tentang bayaran bulanan bank, nak submit loan di bank mana, nak cari banker mana dan sebagainya. Kerana tiada urusan mortgage langsung!
3. Cuci Kaki dan Masuk.

Anda tidak perlu tunggu majlis serah kunci dan dihidang mee hun dan karipap seperti normal.

Selepas anda selesai bayar 20% harga rumah, anda boleh terus pindah masuk rumah tanpa sebarang keraguan.
4. Refinance atau Jual Selepas 5 Tahun.

Selepas tempoh 5 tahun, anda boleh memilih untuk re-finance rumah tersebut atau jual rumah tersebut.
Wow! Kedengaran agak best dan rasa tak sabar nak jadi pemilik rumah?

Tetapi …

Sebelum apa – apa, cuba anda fikirkan apa akan jadi kepada anda sekiranya …
1. Harga Rumah Naik 20% (Selepas 5 Tahun)

Anda tidak peroleh sebarang keuntungan pun kerana anda perlu menjualnya mengikut harga rumah pada masa 5 tahun yang lalu.
2. Harga Rumah Maintain (Selepas 5 Tahun)

Perkara ini memang jarang – jarang berlaku di mana tidak berlaku penurunan atau kenaikan harga rumah.

Tapi kalau harga rumah maintain pun, anda tidak dapat apa – apa. Rumah bukan milik anda lagi.
3. Harga Rumah Turun 20% (Selepas 5 Tahun)

Anda akan terkesan dengan pembayaran ansuran rumah yang lebih mahal.

Dalam erti kata lain, anda bayar sesuatu yang overpriced.
Ada beberapa perkara yang sebenarnya agak ‘disturbing’ berkenaan skim ini yang dihurai sendiri oleh Faizul Ridzuan menerusi portal hartanah Gila Hartanah.
1. Hartanah Tak Laku, Jual Pada Pembeli Kurang Ilmu.

Ada hartanah dah siap di sana yang dijual pada harga lebih mahal, berbanding pasaran sekunder (pasaran subsale, atau rumah second hand) oleh pemaju.
Sebagai contoh, pangsapuri Zeva di Equine ada beberapa unit di laman web iProperty yang dijual pada harga tidak sampai RM270,000.

Di website FundMyHome, ianya bermula dengan harga RM345,000. Dalam kes ini, rumah Zeva di FundMyHome ini dijual pada harga 20% lebih mahal!
2. Potensi Peningkatan Statistik NPL.

Mereka yang akan menyertai skim ini adalah mereka yang hari ini, tidak berjaya mendapatkan pinjaman hartanah dari bank kerana kredit mereka kurang baik atau belum ada kemampuan.
Situasi ini adalah persis dengan situasi sub-prime mortgage di Amerika tahun 2003-2009 yang hampir melumpuhkan Amerika.

Kalau hartanah yang dibeli hari ini pada harga RM350,000 itu jatuh kepada RM270,000, yang bakal teraniaya adalah pembeli rumah dan pelabur dalam skim ini.
3. Penindasan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan.

Skim ini memerlukan 20% deposit, dan secara purata berdasarkan hartanah yang dipaparkan, pembeli perlu bayar sekurang-kurangnya RM60,000 hingga RM80,000.
Besar kemungkinan, bakal pembeli ini perlu membuat pinjaman peribadi (personal loan) semata mata untuk membuat bayaran deposit ini.

Dan selepas 5 tahun, mereka perlu membuat pinjaman rumah baru, dan perlu membayar 2 pinjaman pula (loan rumah dan pinjaman peribadi).
So, konklusinya, wajarkah anda mengikuti skim ini?

Jawapannya, anda kena tanya pada diri sendiri.
Tiada yang bersalah dan tiada yang betul dengan projek P2P (peer to peer).

Cuma mungkin tak ramai anak muda yang ada 20% untuk beli rumah. Nak cari 10% pun bertahun nak kumpul apalagi 20%.

Image : Leaderonomics
Terms and regulation Fund My Home masih belum muktamad dan sedang diselidik untuk memastikan kebajikan rakyat.

Apapun, kita tunggu jawapan dari pihak mereka tentang mekanisma ini.

Itulah sahaja untuk malam ini dari kami tim Urban Hartanah.
Jika anda mempunyai rumah untuk dijual atau ingin dibeli sila DM 'RUMAH' sekarang.

Barisan admin akan cuba sedayanya mungkin membantu anda. InsyAllah.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Urban Hartanah
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!