Profile picture
Urban Hartanah @twthartanah
, 22 tweets, 5 min read Read on Twitter
“Encik. Maaf, loan rumah encik tak lepas. Sebab encik muda sangat la tak cukup umur. Boleh joint nama tak?” kata Banker Z.

Pernah dengar pasal loan tak lepas sebab usia muda? Ini adalah thread.
“Eh loan aku tak lepas sebab usia aku muda sangat? Tengok dalam terms and conditions takde pon tulis usia minimum buat loan?” Tanya Ali kekeliruan.
Cerita ni adalah adaptasi semula Encik Ali yang berusia 25 tahun, baru dapat job power sebagai oil and gas dan bergaji RM8,000 sebulan. Tak masuk bonus dan elaun.
Katanya kepada bank, ini adalah permohonan pertama beliau untuk pembiayaan rumah.

Jadi bagaimana banker boleh kata “awak terlalu muda, sebab tu loan reject” sedangkan gaji macam ok?
Untuk pengetahuan semua, biasanya bank menjawab “anda terlalu muda” adalah disebab kan scoring yang agak rendah di mata pihak bank (financier).

Ayat “anda belum cukup usia” adalah ayat kiasan kebanyakan banker untuk permudah cara
Pihak bank biasanya akan lebih serius/ketat bagi meluluskan permohonan pembiyaan atau pinjaman untuk mereka berusia bawah 25 tahun.

Mengapa ia berlaku?
Google sahaja bankcruptcy untuk belia di bawah 30 tahun di Malaysia. Anda akan dapat banyak informasi berkenaan ini yang menyebabkan pihak bank terpaksa bertindak sedemikian.
Golongan pemuda bawah 30 tahun adalah antara yg terbanyak diisytihar bankrup kerana penggunaan fasiliti pinjaman dan kad kredit yang tidak terkawal.
Jadi, berikut adalah beberapa situasi tipikal yang akan menyebabkan pinjaman anda ditolak:-
No 1:- tiada kemudahan fasiliti pinjaman (tidak pernah ada apa-apa pinjaman) - ccris kosong.

Kebanyakan bank perlu reflection of user’s behavior yang menunjukkan dia bakal membayar hutang dengan baik.
Jadi, jika peminjam baru tiada apa-apa rekod pinjaman, peluang untuk lulus loan sehingga 90%-100% adalah lebih rendah kerana ketiadaan rekod membayar semula pinjaman dengan baik.
No 2: tiada saving/aset mudah cair yang mencukupi.

Kalau simpanan pon takde, tabung pon takde, bank pon risau anda ni boleh bayar hutang ke tidak?
No 3: kenaikan jumlah pinjaman dengan kadar mendadak (tiba-tiba overload)
Maksudnya adalah:-

Contohnya. Ali tadi yang tak pernah ada total loan lebih RM3,000. Semuanya easy payment plan.

Tiba-tiba cuba untuk apply loan semi D RM900,000. Terus mendadak. Jadi kemungkinan rejection lebih tinggi.
No 4: garis panduan bank untuk scoring.

Pernah dengar orang kata lain bank, lain syarat nya? Lain bank, lainlah polisi nya. Polisi berlainan menyebab kan mungkin bank Z reject permohonan Ali, tetapi bank W boleh approve.
Jadi apakah langkah untuk menangani isu seperti tersebut?
No 1: pilihan paling popular. Apply kad kredit selepas beberapa bulan bekerja, dan kawal perbelanjaan menggunakannya.
No 2: belajar tunjukkan saving yang baik dalam profail kewangan anda.

Simpan 15%-30% dari gaji dan letakkan di medium pelaburan rendah risiko seperti ASB or Tabung Haji.
No 3: buat permohonan bersama (joint loan). Untuk pengetahuan anda, permohonan bersama ibu bapa, isteri atau adik beradik mampu meningkatkan peratus loan approval
No 4: cuba bermula dengan rumah bawah RM500,000 dahulu supaya anda tidak dilihat meminjam secara mendadak dan tiba-tiba oleh pihak bank
No 5: fahami perbezaan polisi antara bank.

Kalau bank Z tolak, pergi ke bank Y. Kalau bank Y tolak, pergi ke bank W.

Kalau semua bank tolak, samada kena tambah gaji atau kurangkan komitmen.

Tolak juga? Mandi bunga dan buang sihir.
Akhir kata, seeloknya anda ada aset cair (simpanan) yang mencukupi, tabung kecemasan 6 bulan dan rekod caruman KWSP yang baik untuk mula permohonan pinjaman perumahan.

Dah ready nak beli rumah? Boleh dm. Team akan reply secepat mungkin sekiranya tidak flood. Sekian
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Urban Hartanah
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!