Non partisan berbicara, kegagalan kerajaan atau pemerintah dalam menguruskan situasi pandemik kini, kes bunuh diri yang berleluasa, bagaimana kita selaku muslim menyikapi situasi sebegini menurut perspektif syarak, berikut bebenang ringkas yang dapat kita kongsikan bersama 👉🏻 ,
Kes membabitkan bunuh diri sememangnya menyayatkan hati, apatah lagi Islam melarang penganutnya membunuh diri dalam apa jua sebab, ia adalah dosa yang sangat besar, sepatutnya kerajaan atau pemerintah memainkan peranan menangani kes sebegini di waktu pandemik makin menular,
Semakin berleluasa kes sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan terlahirnya barah kerosakan terhadap komuniti kemasyarakatan (المفاسد الاجتماعية) 'Social Vices',
Al-imam Sa'duddin At-taftzanī menyatakan dalam Syarh Maqasid ;
فإن كان خلع المتغلب سهلا لا يترتب عليه مفاسد ولا ينجم عنه فتن خلع بلا تأجيل،
Apabila tampuk pemerintahan negara yang dibentuk atas dasar 'al-Mutaghāllib' termasuklah,
pembentukan kerajaan sementara bagi membendung kemelut sketsa politik semasa di era pandemik yang tidak dipengaruhi oleh kuasa pemilihan rakyat (erti kata rakyat terpaksa akur dengan pemerintahan sedia ada),
Gagal dalam menangani dan membendung 'Social Vices' dalam komuniti, rakyat mempunyai hak untuk memilih tampuk kepimpinan yang baharu walaupun hukum asalnya wajib mentaati mereka,
Rakyat boleh menukarkan kerajaan atau pemerintah yang gagal tersebut jika mempunyai alternatif yang boleh mengelakkan berlakunya pertumpahan darah dan fitnah menurut kesaksamaan undang-undang, jika mencukupi syarat dan memenuhi aturcara perlembagaan maka wajar disegerakan,
وإلا فإن كان خلعه يستوجب الفتن ويستلزم التفرقة وتزيد بسببه المفسدة على المصلحة فالواجب الصبر والضرورة تبيح المحظورات.
Namun begitu jika penukaran kerajaan atau pemerintah tersebut hanyalah menimbulkan lagi fitnah, pepecahan umat dan bertambahnya kerosakan daripada kemaslahatan,
Maka ia agak tersasar dan sejajar dengan matlamat utama, diwajibkan bagi rakyat untuk terus bersabar . . .
Hukuman setimpal sewajarnya dikenakan kepada penyihir menurut perspektif syarak walaupun setakat ini tidak terdapat akta atau enakmen undang-undang mahkamah disebalik perbuatan terkutuk ini,
Persoalan mengapakah mahkamah atau jabatan agama tidak dapat membentuk suatu bentuk rang undang-undang yang boleh dijadikan akta seksaan bagi menghukumi pesalah membabitkan aktiviti sihir? . . .
Al-imam Mawadī sudah menjelaskan bahawasanya ;
فهو ما يخفى فعله من الساحر ويخفى فعله في المسحور فلا يمكن أن يوصف في الدعوى على الساحر ولا تقوم به بينة في المسحور.
1. Bagaimana kita selaku insan yang beragama Islam dapat menunaikan tanggungjawab menjaga kelangsungan zuriat dan keturunan sesuai dengan saranan syarak (التوالد أو التناسل الشرعي), oleh itu dalam soal menjaga keturunan ini ia bukan soal 'buat anak' semata-mata,
2. Apakah tujuan disebalik menjaga kelangsungan zuriat dan keturunan?, Al-imam Izz Ibn Abdissalam menyebutkan ia bertujuan (غاية إعمار الكون) iaitu memelihara kelestarian hidupan selaku manusia,
قال ابن حجر الهيتمي :- فَتَحْرُمُ أَبَدًا (إنْ كَانَتْ الْكَبِيرَةُ مَوْطُوءَةً) لِأَنَّهَا رَبِيبَةٌ . .
Ibn Hajar Al-haitamī menjelaskan :- diHARAMkan selama-lamanya (pernikahan membabitkan si bapa dan anak tirinya) jikalau si bapa sudah bersetubuh dengan si ibu
ق :- لا يجوز لأحد أن يتصرف في ملك الغير أو حقه بلا إذن صاحبه.
Kaedah :- menyebutkan tidak dibenarkan oleh syarak untuk urus atau rintah barangan atau milikan individu lain tanpa izin pemiliknya atau pemilik yang berkongsi konsesi milik yang sama seperti penyewa yang lain.
قال الإمام ابن حجر :- (مسألة)(وَأَمَّا الْجِدَارُ الْمُشْتَرَكُ) بَيْنَ اثْنَيْنِ (فَلَيْسَ لِأَحَدِهِمَا وَضْعُ جُذُوعِهِ عَلَيْهِ بِغَيْرِ إذْنٍ) وَلَا ظَنِّ رِضًا (فِي الْجَدِيدِ) . . .
Al-imam Ibn Hajār :- (permasalahan) bagi mereka yang menyewa,