'لا حياة لمن عاش شهيرا'

Tiadalah kehidupan yang sebenar bagi mereka yang gilakan kemasyhuran, jika anda seorang penuntut ilmu fokuskan tujuan utama anda sebagai penuntut ilmu tidak perlu melakukan sebarang lagak bebal kononnya menjadi 'orang tengah' antara kemelut influencer,
Semakin banyak kita bercakap semakin banyak salahnya itulah realitinya, usahlah diri ini banyak aib selaku penuntut ilmu, banyak lompang yang perlu kita tampung, habis tunggang langgang etika berkomunikasi dalam bahasa arab baik bahasa arab pasar Mesir mahupun bahasa arab Fusha',
Bila anda mulai tuturkan semisal 'ُوهو خرجْت' [dan ia individu tersebut aku keluar] apakah yang anda ingin sampaikan disini?, Sebegitu 'أنا مش عارف، لا أعرف ووو' apakah sebetulnya uslub ini digunakan oleh Arab Mesir?,
Bukankah uslub seperti 'أنا مش بعْرَف شُو حالة دية، وأنا مش عارف اعمل إيه' yang sepatutnya digunakan apabila anda ingin menggambarkan situasi ketidak-tahuan anda, bukan ingin membuka pekung sesiapa, sebab saya juga masih pelajar,
Cuma sedarlah diri, usahlah berlagak hero, kata Al-imam Ghazalī dalam Ihya' m/s (10/1830) cetakan Dar. Sya'ab ;

وَالِاشْتِهَارِ وَهُوَ مَذْمُومٌ، بَلِ الْمَحْمُودُ الخُمُولُ، إِلَّا مَنْ شَهَرَهُ اللهُ تَعَالَى لِنَشْرِ دِينِهِ مِنْ غَيْرِ تَكَلُّفِ طَلَبِ الشُّهْرَةِ مِنْهُ.
Maksudnya ;
Kemasyhuran itu dicela sama sekali sebaliknya yang dituntut adalah rendah diri, kecuali pada mereka yang dipilih oleh Allah Ta'ala untuk menjadi mahsyur disebalik menyebarkan agamaNya, tanpa ia menuntut kepada kemahsyuran tersebut . . .
Akhir kata jika anda penuntut ilmu usahlah memperbodohkan diri anda di media sosial kerana ummah tidak memerlukan kebebalan jaguhan anda dalam menyelesaikan polemik isu jadian tetapi ummah memerlukan resolusi anda dalam memahami agama Allah Ta'ala ini . . .

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with عِزّ الأزهري (Izz)

عِزّ الأزهري (Izz) Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @izzalazhary

22 Jul
الأُمَرَاءُ والعُلماءُ إذا صلحا صلح الناس جميعا،

Pemimpin & Ulama, saya rasakan dalam gambar ini menggamit dan mengimbau seribu satu makna berkaitan dua golongan tersebut, tidak disangka aturan Allah Ta'ala buat hambaNya YB Azeez Rahim sewaktu keberadaan beliau di Bumi Kinanah, ImageImage
Mencuit hatinya yang mungkin saat kini gundah gulana dengan tanggapan, tohmahan dan jangkaan orang ramai buat pasukan pengaman beliau untuk bertandang ke rumah seorang tokoh ulama yang berasal daripada Hadramaut, Yaman yang kini bermukim di Mesir mendidik anak-anak nusantara, Image
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ;

صنفان من الناس إذا صلحا صلح الناس وإذا فسدا فسد الناس، العلماء والأمراء وفي رواية الفقهاء والأمراء،

Al-imam Al-as'fahanī memuatkan hadis ini dalam Hilyatul Auliya' dan Alhafidz As-suyuthī dalam Jami' Soghirnya yang bermaksud ;
Read 14 tweets
3 Jul
Seputar fiqh berkaitan mekanik atau pekerja di bahagian industri permotoran yang dibalai tangan ✋ mereka dengan kesan minyak hitam yang ketara dan agak sukar dihilangkan (دُهنٌ مَائِعٌ),

Sila ikuti bebenang ringkas ini 👉🏻
#lestarikansyariah
Al-imam Ibn Hajar Al-Haitamī menjelaskan :-
ولو كان على أعضائه أثر دهن مائع فتوضأ صحّ وضوءه ولكنه بشروط،
Jikalau mengenai pada anggota wudhu' atau anggota basuhan wajib suatu kesan minyak yang melekit lalu ia mengambil wudhu' sah wudhu'nya tetapi bersyarat,
Antara syarat-syaratnya adalah ;
(1). بقي أثره في البشرة دون عينه بعد غسله.
(1). Sudah dibasuh dengan cermat tetapi masih lagi kekal kesan minyak tersebut tanpa fizikal cairannya pada permukaan kulit, maka dimaafkan.
Read 7 tweets
30 Jun
Stigma 'PENUNGGANG AGAMA' atau 'PEMIMPIN RETORIK ISLAMIS' vs tuntutan As-Sunnah dan Mazhab yang sebenar,

Menjawab kedangkalan pimpinan partaik yang merasakan tercabar dengan kempen 'bendera putih' rakyat berikut bebenangnya ;
#lestarikansyariah
@nikabduh
@PASPusat
Ya sememangnya benar islam tidak mengalakkan pengikutnya meminta-minta (mengemis) walhal mereka memiliki tubuh badan yang sehat dan berkemampuan mencari punca pendapatan dan rezeki untuk menyara keperluan keluarga mereka,
Kita juga tidak nafikan anjuran islam menggalakkan pengikutnya untuk berdoa dan bertawakal setelah berusaha dan berikhtiar seadanya, persoalannya adakah rakyat dilarang meminta-minta (mengemis) dalam setiap keadaan dan masa,
Read 25 tweets
26 Jun
Hukuman setimpal sewajarnya dikenakan kepada penyihir menurut perspektif syarak walaupun setakat ini tidak terdapat akta atau enakmen undang-undang mahkamah disebalik perbuatan terkutuk ini,

Sila ikuti bebenang ringkas ini 👉🏻
#lestarikansyariah
Persoalan mengapakah mahkamah atau jabatan agama tidak dapat membentuk suatu bentuk rang undang-undang yang boleh dijadikan akta seksaan bagi menghukumi pesalah membabitkan aktiviti sihir? . . .
Al-imam Mawadī sudah menjelaskan bahawasanya ;

فهو ما يخفى فعله من الساحر ويخفى فعله في المسحور فلا يمكن أن يوصف في الدعوى على الساحر ولا تقوم به بينة في المسحور.
Read 24 tweets
25 Jun
Non partisan berbicara, kegagalan kerajaan atau pemerintah dalam menguruskan situasi pandemik kini, kes bunuh diri yang berleluasa, bagaimana kita selaku muslim menyikapi situasi sebegini menurut perspektif syarak, berikut bebenang ringkas yang dapat kita kongsikan bersama 👉🏻 ,
Kes membabitkan bunuh diri sememangnya menyayatkan hati, apatah lagi Islam melarang penganutnya membunuh diri dalam apa jua sebab, ia adalah dosa yang sangat besar, sepatutnya kerajaan atau pemerintah memainkan peranan menangani kes sebegini di waktu pandemik makin menular,
Semakin berleluasa kes sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan terlahirnya barah kerosakan terhadap komuniti kemasyarakatan (المفاسد الاجتماعية) 'Social Vices',
Read 12 tweets
25 Jun
Apabila berbicara soal tujuan menjaga kelangsungan zuriat dan keturunan (حفظ النسل) perkara yang sangat dititikberatkan adalah 👉🏻
1. Bagaimana kita selaku insan yang beragama Islam dapat menunaikan tanggungjawab menjaga kelangsungan zuriat dan keturunan sesuai dengan saranan syarak (التوالد أو التناسل الشرعي), oleh itu dalam soal menjaga keturunan ini ia bukan soal 'buat anak' semata-mata,
2. Apakah tujuan disebalik menjaga kelangsungan zuriat dan keturunan?, Al-imam Izz Ibn Abdissalam menyebutkan ia bertujuan (غاية إعمار الكون) iaitu memelihara kelestarian hidupan selaku manusia,
Read 6 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!

:(