Stigma 'PENUNGGANG AGAMA' atau 'PEMIMPIN RETORIK ISLAMIS' vs tuntutan As-Sunnah dan Mazhab yang sebenar,
Menjawab kedangkalan pimpinan partaik yang merasakan tercabar dengan kempen 'bendera putih' rakyat berikut bebenangnya ; #lestarikansyariah @nikabduh @PASPusat
Ya sememangnya benar islam tidak mengalakkan pengikutnya meminta-minta (mengemis) walhal mereka memiliki tubuh badan yang sehat dan berkemampuan mencari punca pendapatan dan rezeki untuk menyara keperluan keluarga mereka,
Kita juga tidak nafikan anjuran islam menggalakkan pengikutnya untuk berdoa dan bertawakal setelah berusaha dan berikhtiar seadanya, persoalannya adakah rakyat dilarang meminta-minta (mengemis) dalam setiap keadaan dan masa,
terutamanya ketika pasca kehidupan era pandemik yang menyebabkan mereka hilang punca pendapatan sampingan dan juga mereka terhalang meneruskan pekerjaan demi sesuap nasi?.
Justeru terdapat riwayat dalam As-sunnah yang dilihat dapat memberikan alternatif buat golongan yang terkesan akibat penularan pandemik dan dasar kerajaan ketika saat ini, Qabishah bin Mukhariq Al-Hilali pernah mengadu kepada Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam,
berkenaan bebanan kehidupan yang beliau terpaksa menanggungnya,
Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam
meminta Qabishah untuk bersabar dan menunggu sedekah yang akan diagihkan kepada beliau,
sambil tersimpul malu beliau bertanyakan kepada Rasulullah ; “Wahai Rasulullah adakah diperbolehkan aku meminta-minta?”,
Rasulullah sallallahu Alaihi Wasallam seraya menjawab ; “Sebenarnya perbuatan meminta-minta tidak digalakkan dalam islam,
namun terdapat tiga golongan yang diperbolehkan untuk meminta-minta atau mengemis,
Pertama orang yang memikul bebanan kehidupan yang sangat berat luar batas kemampuannya, tambah Rasulullah diperbolehkan meminta-minta sehinggalah mencukupi segala keperluannya,
apabila keperluan sudah mencukupi maka ia harus berhenti untuk meminta-minta atau mengemis,
Kedua orang yang terkena musibah kehilangan harta, golongan ini juga diperbolehkan meminta-minta atau mengemis sehinggalah mencukupi keperluannya,
setelah mencukupi keperluannya maka ia harus berhenti untuk meminta-minta atau mengemis, ketiga orang yang tersangat miskin dan papa.
Al-imam Ibn Hajar Al-Haitamī juga menjelaskan saat menghuraikan tuntutan bersedekah bagi golongan yang mampu, diharuskan golongan yang terdesak (المُضطِّر) dan mereka yang tidak mempunyai apa-apa harta untuk menyara kehidupan mereka (لمن لا شيءَ معه) untuk meminta-minta,
dan WAJIB golongan mampu tersebut apatah lagi PEMIMPIN YANG TINGGAL SEJENGKAL KERA dengan orang yang ditimpa kesusahan untuk membantu mereka, tetapi sebaliknya berlaku seperti norma -berdalih- dan retorik birokrasi masih lagi menjadi anutan mereka,
Kaedah ada menyebutkan ;
'الاضطرار لا يبطل حق الغير وإنما هو عذر في إسقاط الإثم'
Bermaksud : Kedesakan tidak menafikan hak manusia lain (hak asasi kemanusiaan) tetapi diberikan keuzuran tanpa menyabitkan kesalahan dan dosa padanya,
seperti terdapat permasalahan dalam feqh islami yang membahaskan keharusan mereka yang terdesak demi kelangsungan hidup mengambil harta orang lain tanpa izin demi sesuap nasi, jika tidak diambil secebis harta tersebut maka ia akan meninggal,
Al-imam Azra'iè juga menyatakan ;
'جواز طلب ما يحتاج إليه إلى وقت يعلم عادة تيسّر السؤال والإعطاء فيه'
Bermaksud : Harus meminta-minta bantuan sekadar keperluan hidupnya pada waktu kebiasaan orang yang terdesak turut meminta-minta bantuan demi kelangsungan hidup mereka,
Tambah Imam Ibn Hajar ;
'واستثنى في الإحياء من تحريم سؤال القادر على الكسب'
Bermaksud : Dikecualikan permintaan yang membabitkan golongan yang mampu mencari jalan penyelesaian demi kelangsungan hidup mereka, maka permintaan daripada mereka adalah haram,
Jelas Imam Ibn Hajar ;
'وفيه أيضا سؤال الغني حرام بأن وجد ما يكفيه هو وممونه يومهم وليلتهم وسترتهم وآنية يحتاجون إليها'
Bermaksud : Penanda aras golongan yang mampu adalah mereka yang dapat menacari sumber pendapatan sehari semalam, melalui hasil pencarian tersebut dapat,
memberi makan kepada keluarga mereka, memberikan pakaian menutup aurat keluarga mereka dan membekalkan keperluan secukupnya seperti perkakas rumah dan sebagainya.
Konklusinya, seruan atau kempen mengibarkan 'bendera putih' bukanlah suatu keaiban dan tegahan dalam islam seperti sangkaan PEMIMPIN RETORIK ISLAMIS yang berfalsafi mengaitkan dengan peristiwa peperangan uhud dan bagaian cubaan falsafi bodoh yang dimomokkan dengan islam,
bahkan ia hanyalah sekadar simbolik rakyat kepada memudahkan atur cara menyahut permintaan golongan yang memerlukan dan mencegah terjadinya tragedi bunuh diri tanpa sedar, sudah-sudahlah memonopoli islam demi kepentingan anda.
Referensi :
(1). تحفة المحتاج على شرح المنهاج بحاشيتي الشرواني والعبادي، ج ٧ ص ١٧٧.
(2). الأشباه والنظائر للامام السيوطي.
(3). فتح الباري في شرح صحيح البخاري للحافظ ابن حجر العسقلاني.
والله أعلم وأحكم،
كتبه الفقير محمد عزالدين الأزهري.
Hukuman setimpal sewajarnya dikenakan kepada penyihir menurut perspektif syarak walaupun setakat ini tidak terdapat akta atau enakmen undang-undang mahkamah disebalik perbuatan terkutuk ini,
Persoalan mengapakah mahkamah atau jabatan agama tidak dapat membentuk suatu bentuk rang undang-undang yang boleh dijadikan akta seksaan bagi menghukumi pesalah membabitkan aktiviti sihir? . . .
Al-imam Mawadī sudah menjelaskan bahawasanya ;
فهو ما يخفى فعله من الساحر ويخفى فعله في المسحور فلا يمكن أن يوصف في الدعوى على الساحر ولا تقوم به بينة في المسحور.
Non partisan berbicara, kegagalan kerajaan atau pemerintah dalam menguruskan situasi pandemik kini, kes bunuh diri yang berleluasa, bagaimana kita selaku muslim menyikapi situasi sebegini menurut perspektif syarak, berikut bebenang ringkas yang dapat kita kongsikan bersama 👉🏻 ,
Kes membabitkan bunuh diri sememangnya menyayatkan hati, apatah lagi Islam melarang penganutnya membunuh diri dalam apa jua sebab, ia adalah dosa yang sangat besar, sepatutnya kerajaan atau pemerintah memainkan peranan menangani kes sebegini di waktu pandemik makin menular,
Semakin berleluasa kes sebegini secara tidak langsung akan menyebabkan terlahirnya barah kerosakan terhadap komuniti kemasyarakatan (المفاسد الاجتماعية) 'Social Vices',
1. Bagaimana kita selaku insan yang beragama Islam dapat menunaikan tanggungjawab menjaga kelangsungan zuriat dan keturunan sesuai dengan saranan syarak (التوالد أو التناسل الشرعي), oleh itu dalam soal menjaga keturunan ini ia bukan soal 'buat anak' semata-mata,
2. Apakah tujuan disebalik menjaga kelangsungan zuriat dan keturunan?, Al-imam Izz Ibn Abdissalam menyebutkan ia bertujuan (غاية إعمار الكون) iaitu memelihara kelestarian hidupan selaku manusia,
قال ابن حجر الهيتمي :- فَتَحْرُمُ أَبَدًا (إنْ كَانَتْ الْكَبِيرَةُ مَوْطُوءَةً) لِأَنَّهَا رَبِيبَةٌ . .
Ibn Hajar Al-haitamī menjelaskan :- diHARAMkan selama-lamanya (pernikahan membabitkan si bapa dan anak tirinya) jikalau si bapa sudah bersetubuh dengan si ibu
ق :- لا يجوز لأحد أن يتصرف في ملك الغير أو حقه بلا إذن صاحبه.
Kaedah :- menyebutkan tidak dibenarkan oleh syarak untuk urus atau rintah barangan atau milikan individu lain tanpa izin pemiliknya atau pemilik yang berkongsi konsesi milik yang sama seperti penyewa yang lain.
قال الإمام ابن حجر :- (مسألة)(وَأَمَّا الْجِدَارُ الْمُشْتَرَكُ) بَيْنَ اثْنَيْنِ (فَلَيْسَ لِأَحَدِهِمَا وَضْعُ جُذُوعِهِ عَلَيْهِ بِغَيْرِ إذْنٍ) وَلَا ظَنِّ رِضًا (فِي الْجَدِيدِ) . . .
Al-imam Ibn Hajār :- (permasalahan) bagi mereka yang menyewa,