Pemimpin & Ulama, saya rasakan dalam gambar ini menggamit dan mengimbau seribu satu makna berkaitan dua golongan tersebut, tidak disangka aturan Allah Ta'ala buat hambaNya YB Azeez Rahim sewaktu keberadaan beliau di Bumi Kinanah,
Mencuit hatinya yang mungkin saat kini gundah gulana dengan tanggapan, tohmahan dan jangkaan orang ramai buat pasukan pengaman beliau untuk bertandang ke rumah seorang tokoh ulama yang berasal daripada Hadramaut, Yaman yang kini bermukim di Mesir mendidik anak-anak nusantara,
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ;
صنفان من الناس إذا صلحا صلح الناس وإذا فسدا فسد الناس، العلماء والأمراء وفي رواية الفقهاء والأمراء،
Al-imam Al-as'fahanī memuatkan hadis ini dalam Hilyatul Auliya' dan Alhafidz As-suyuthī dalam Jami' Soghirnya yang bermaksud ;
Dua golongan dalam kalangan manusia yang mana jika baiklah hubungan antara meraka, maka baiklah perilaku manusia, manakala jika buruk hubungan antara keduanya, maka buruklah perilaku manusia, merekalah para pemimpin dan ulama',
(بتصرف دون الحاجة إلى التصحيح والتضعيف هذا النص)
Al-imam Ghazalī menyebutkan bahawa makna yang dapat kita amati disebalik hadis ini adalah ;
أن العلماء هم الأطباء، يقصد أطباء الأمة وأطباء حالها فإذا فسدوا فسدت الأمة، ففساد الأمة بفساد الملوك وفساد الملوك لا يكون إلا بفساد العلماء،
Bermaksud ; Ulama' yang digambarkan disini adalah para pengubat, iaitu pengubat ummah saat ummah memerlukan kepada resolusi dan penyelesaian terhadap perilaku dan perkara yang menimpa pada mereka, jika rosaklah hubungan antara mereka maka rosaklah ummah,
Rosaklah ummah dengan rosaknya pemimpin dalam kalangan mereka, bahkan rosaknya pemimpin adalah dengan rosaknya para ulama yang sepatutnya menuntun mereka kepada jalan yang benar,
Sejak akhir-akhir ini kita lihatkan rakyat sangat menderita dengan tindakan segelintir pihak berkerajaan yang memimpin mereka saat era pandemik ini, tidak kurangnya ada yang buat endah dengan nasib rakyat, saya tidak ingin bandingkan mana-mana pemimpin,
Mahupun ulama yang dilantik yang berada dibelakang kepimpinan mereka, tetapi percayalah punca utama berlakunya kemafsadan dan kerosakan yang kini makin hari makin membimbangkan kerana gagalnya institusi jabatan agama mahupun institusi ulama secara umumnya dalam negara berkenaan,
Siapakah kita pada saat ini untuk menunding jari kepada mana-mana pihak berwajib, bahkan suara rakyat ketika ini bagaikan dibisukan seribu bahasa, para Ulama Al-azhar yang dahulunya dan kini ditohmah oleh kelompok rejim islamis kepartian sebagai Ulama' Sulthon kononnya,
Kini saat mereka mendapat tempat di tampuk pemerintahan, kata-katanya mereka dahulunya dilihat menghempas kembali muka mereka, sebenarnya institusi ulama di negara kita dieskploitasikan oleh sesetengah kelompok berkepentingan yang ingin menanamkan acuan islam versi mereka,
Sedangkan tradisi melahirkan para ulama yang dapat memimpin urusan keagamaan dan rohani ummah bukanlah berorientasikan moto dan visi mereka semata-mata 'KEPIMPINAN BERSAMA ULAMA',
Moto hanyalah sekadar moto mahupun visi hanyalah sekadar visi andai tidak disulami dengan acuan kefahaman agama yang sebenar ia hanyalah suatu taktikal politik untuk memancing undi rakyat Malaysia yang majoriti penduduknya warganegara Islam,
Did you know that one of the most unique contributions of ancient Muslim civilization to all of humanity was creating a specialized wing for mental health treatment in traditional Islamic hospitals? These traditional healing centers- translated as “place of healing”-
were called Dar al-Shifa in Arabic, and Maristan was their shortened name in Farsi. They followed the Islamic principles of holistic healing- treatments for the mind, body, and soul. No stigma, just quality mental health treatments.
Here at Maristan- named after these incredible healing centers- our goal is to bring back authentic traditions and follow evidence-based best practices for mental health treatment in our communities.
Tiadalah kehidupan yang sebenar bagi mereka yang gilakan kemasyhuran, jika anda seorang penuntut ilmu fokuskan tujuan utama anda sebagai penuntut ilmu tidak perlu melakukan sebarang lagak bebal kononnya menjadi 'orang tengah' antara kemelut influencer,
Semakin banyak kita bercakap semakin banyak salahnya itulah realitinya, usahlah diri ini banyak aib selaku penuntut ilmu, banyak lompang yang perlu kita tampung, habis tunggang langgang etika berkomunikasi dalam bahasa arab baik bahasa arab pasar Mesir mahupun bahasa arab Fusha',
Bila anda mulai tuturkan semisal 'ُوهو خرجْت' [dan ia individu tersebut aku keluar] apakah yang anda ingin sampaikan disini?, Sebegitu 'أنا مش عارف، لا أعرف ووو' apakah sebetulnya uslub ini digunakan oleh Arab Mesir?,
Seputar fiqh berkaitan mekanik atau pekerja di bahagian industri permotoran yang dibalai tangan ✋ mereka dengan kesan minyak hitam yang ketara dan agak sukar dihilangkan (دُهنٌ مَائِعٌ),
Al-imam Ibn Hajar Al-Haitamī menjelaskan :-
ولو كان على أعضائه أثر دهن مائع فتوضأ صحّ وضوءه ولكنه بشروط،
Jikalau mengenai pada anggota wudhu' atau anggota basuhan wajib suatu kesan minyak yang melekit lalu ia mengambil wudhu' sah wudhu'nya tetapi bersyarat,
Antara syarat-syaratnya adalah ;
(1). بقي أثره في البشرة دون عينه بعد غسله.
(1). Sudah dibasuh dengan cermat tetapi masih lagi kekal kesan minyak tersebut tanpa fizikal cairannya pada permukaan kulit, maka dimaafkan.
Stigma 'PENUNGGANG AGAMA' atau 'PEMIMPIN RETORIK ISLAMIS' vs tuntutan As-Sunnah dan Mazhab yang sebenar,
Menjawab kedangkalan pimpinan partaik yang merasakan tercabar dengan kempen 'bendera putih' rakyat berikut bebenangnya ; #lestarikansyariah @nikabduh @PASPusat
Ya sememangnya benar islam tidak mengalakkan pengikutnya meminta-minta (mengemis) walhal mereka memiliki tubuh badan yang sehat dan berkemampuan mencari punca pendapatan dan rezeki untuk menyara keperluan keluarga mereka,
Kita juga tidak nafikan anjuran islam menggalakkan pengikutnya untuk berdoa dan bertawakal setelah berusaha dan berikhtiar seadanya, persoalannya adakah rakyat dilarang meminta-minta (mengemis) dalam setiap keadaan dan masa,
Hukuman setimpal sewajarnya dikenakan kepada penyihir menurut perspektif syarak walaupun setakat ini tidak terdapat akta atau enakmen undang-undang mahkamah disebalik perbuatan terkutuk ini,
Persoalan mengapakah mahkamah atau jabatan agama tidak dapat membentuk suatu bentuk rang undang-undang yang boleh dijadikan akta seksaan bagi menghukumi pesalah membabitkan aktiviti sihir? . . .
Al-imam Mawadī sudah menjelaskan bahawasanya ;
فهو ما يخفى فعله من الساحر ويخفى فعله في المسحور فلا يمكن أن يوصف في الدعوى على الساحر ولا تقوم به بينة في المسحور.