١. ق ؛ النكاح مبني على اليقين والأصل فيه عدم الفراق أو الطلاق.
1. Umumnya dalam topik Munakahāt terdapat beberapa penelitian yang perlu diambil perhatian antaranya, pernikahan adalah suatu ikatan yang menghubungkan antara dua pihak secara yakin,
Pada asalnya[perkahwinan] tidak berlaku sebarang perpisahan antara dua pihak tersebut jika tidak berlaku sebarang perkara yang boleh menyebabkan berlakunya talak atau perceraian.
٢. المذهب الشافعي :- لا يقع الطلاق بهذه الصورة إلا إذا كان القائل قاصدا به.
2. Pendapat muktamad dalam Mahzab Syafie tidak berlakunya talak atau perceraian dengan perkataan sedemikian jika si suami tidak berniat untuk menceraikan isterinya tersebut.
Berikut penghujahannya,
قال إ ح : ولو قيل له ألك زوجة فقال لا لم تطلق وإن نوى لأنه كذب محض،
Al-imam Ibn Hajar Al-Haitami menjelaskan jika menyatakan seseorang [si suami] bahawa ia tidak mempunyai isteri sedangkan ia sudah berkahwin, maka talak tidak berlaku meskipun ia berniat kerana ia telah berdusta,
وزاده ولو قال لزوجته ما أنتِ لي بشيء كان لغوا لا يقع به طلاق . . . (١)
Tambah Al-imam walaupun ia berkata kepada isterinya, kamu bagiku bukanlah sesiapa, maka perkataan tersebut adalah laghā dan talak tidaklah berlaku . . . (1)
وقال ن و : ألك زوجة؟، فقال لا، فإن لم ينو به الطلاق لم تطلق . . . (٢)
Berkata Al-imam Nawawi : Jika bertanya seseorang padanya [si suami] adakah kamu mempunyai isteri maka seraya ia menjawab tidak!, jika ia TIDAK BERNIAT untuk menceraikan isterinya maka TALAK TIDAK BERLAKU. (2)
وقال س ش : وإن قال ألك زوجة فقال لا لم يكن شيئا . . . (٣)
Berkata Al-imam Abi Ishak As_Syairadzi : Jika seseorang bertanya, adakah kamu mempunyai isteri maka seraya ia [si suami] menjawab 'tidak'!, maka tidak berlaku padanya apa-apa . . . (3)
قال الزركشي : ولو قيل له ألك زوجة فقال لا لم تطلق وإن نوى لأنه كذب محض وهذا ما نقله في أصل الروضة . . . (٤)
Al-imam Zarkasyi sependapat dengan Imam Nawawi bahawa sanya tidak berlaku talak jika seseorang [si suami] tersebut tidak mengakui mempunyai isteri,
Sebaliknya jika si suami tersebut apabila menyatakan statusnya sebagai bujang dan BERNIAT untuk menceraikan isterinya saat itu, maka TALAK BERLAKU serta merta . . . (4)
٣. بالنيّابة عن كونكِ مُحتالُ كاذب فإنكِ قائمة بالتدليس والتشنيع في نقولات أصحاب الحنفية.
3. Terdapat pendustaan, pengnistaan dan salah faham terhadap tukilan yang diterjemahkan berkenaan permasalahan ini menurut sudut penghujahan Mazhab Hanafi, berikut penghujahannya ;
بيان قول ابن نجيم المصري : 'رجل قيل له ألك امرأة'، معناه الاعتبار للنية وعدمها فإن نوى بهذه الألفاظ الطلاق وقع فإن لم ينو لا يقع . . . (٥)
Kenyataan Ibn Nujaim Al-masri ketika memberikan komentar permasalahan tersebut iaitu 'Adakah bagi kamu perempuan?', maksudnya adalah ;
Penelitian pada konteks niat si suami apabila melafazkan perkataan tersebut, jika ia BERNIAT menceraikan saat melafazkan perkataan tersebut [penyataan ia masih bujang] maka TALAK BERLAKU, namun jika ia TIDAK BERNIAT maka TIDAK BERLAKU PERCERAIAN . . . (5)
4. Pentingnya pengetahuan asas agama dan aspek keharmonian antara perhubungan suami isteri, As-Shaykh Khalid Abderrahman Al-'iek (العك) dalam kitabnya berjudul 'أداب الحياة الزوجية' iaitu Adab-adab kehidupan berumahtangga menjelaskan bahawasanya,
Antara perkara yang sepatutnya disedari oleh seseorang individu baik pihak lelaki mahupun perempuan apabila sudah memasuki era pasca berumah tangga, mereka mestilah menjaga sosio status masing-masing terutamanya ketika berhadapan dengan individu yang ajnabi atau asing,
Justeru, saranan ini bukan sahaja dapat menjaga hati pasangan masing-masing bahkan dapat menutup pintu fitnah yang dapat merosakkan perhubungan mereka, tidak salah untuk menyatakan kepada penanya bahawasanya aku sudah berumahtangga.
5. Konklusinya, urusan agama ini sewajarnya difahami dengan sumber nas yang jelas, perhitungan akal yang waras dan bukanlah berlandaskan soal perasaan yang caras, agama adalah hujah, hujah itu tidak terbina berdasarkan emosi.
المراجع (Rujukan) ;
١. تحفة المحتاج بحاشتي الشرواني والعبادي، ج ٨ ص ١٣٥.
٢. المجموع بشرح المهذب، ج ١٧ ص ١٠٢.
٣. التنبيه في الفقه الشافعي، ج ص ١٧٥.
٤. خبايا الزوايا للامام الزركشي، ج ١ ص ٧٠.
٥. ج ٨ ص ٥٤٩ - كتاب البحر الرائق شرح كنز الدقائق ومنحة الخالق وتكملة الطوري.
٦. أداب الحياة الزوجية في ضوء الكتاب والسنة للشيخ خالد عبد الرحمن العك.
ولم تتعارض قاطبة الفقهاء والأصوليين ذات الصلة بين علمي الأصلين وهما اللغة العربية وأصولها والفقه وأصوله، ويسعى دورها أهميةً كبيرةً في تكوين الملكة الفقهية والأصولية الرصينة،
وتبنى هذه الملكات لتحقيق وتدقيق الفهم مقاصد الكلام الذي يسهم في التمكن من إعطاء الحكم الشرعي للقضية المطروحة إما برده إلى مظانه في مباحث الدلائل اللفظية وبالاستنباط في أدلته أو نصوصه الشرعية مع قواعدهه [الفقه] الكلية وقواعدها [الأصول] الجزئية والأطروحة صحيحة وأنا أوافقكم،
وقال الامام الجويني في كتابه غياث الأمم ص ٢٥٤ ؛ فلا بد من الارتواء من العربية فهي الذريعة إلى مدارك الشريعة، ولن ننفى أساسيتها للمجتهد والمفتى والفقيه والأصولي لأن ما صنف في هذين العلمين غالبا إنما هو من المطالب العربية،
Did you know that one of the most unique contributions of ancient Muslim civilization to all of humanity was creating a specialized wing for mental health treatment in traditional Islamic hospitals? These traditional healing centers- translated as “place of healing”-
were called Dar al-Shifa in Arabic, and Maristan was their shortened name in Farsi. They followed the Islamic principles of holistic healing- treatments for the mind, body, and soul. No stigma, just quality mental health treatments.
Here at Maristan- named after these incredible healing centers- our goal is to bring back authentic traditions and follow evidence-based best practices for mental health treatment in our communities.
Pemimpin & Ulama, saya rasakan dalam gambar ini menggamit dan mengimbau seribu satu makna berkaitan dua golongan tersebut, tidak disangka aturan Allah Ta'ala buat hambaNya YB Azeez Rahim sewaktu keberadaan beliau di Bumi Kinanah,
Mencuit hatinya yang mungkin saat kini gundah gulana dengan tanggapan, tohmahan dan jangkaan orang ramai buat pasukan pengaman beliau untuk bertandang ke rumah seorang tokoh ulama yang berasal daripada Hadramaut, Yaman yang kini bermukim di Mesir mendidik anak-anak nusantara,
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ;
صنفان من الناس إذا صلحا صلح الناس وإذا فسدا فسد الناس، العلماء والأمراء وفي رواية الفقهاء والأمراء،
Al-imam Al-as'fahanī memuatkan hadis ini dalam Hilyatul Auliya' dan Alhafidz As-suyuthī dalam Jami' Soghirnya yang bermaksud ;
Tiadalah kehidupan yang sebenar bagi mereka yang gilakan kemasyhuran, jika anda seorang penuntut ilmu fokuskan tujuan utama anda sebagai penuntut ilmu tidak perlu melakukan sebarang lagak bebal kononnya menjadi 'orang tengah' antara kemelut influencer,
Semakin banyak kita bercakap semakin banyak salahnya itulah realitinya, usahlah diri ini banyak aib selaku penuntut ilmu, banyak lompang yang perlu kita tampung, habis tunggang langgang etika berkomunikasi dalam bahasa arab baik bahasa arab pasar Mesir mahupun bahasa arab Fusha',
Bila anda mulai tuturkan semisal 'ُوهو خرجْت' [dan ia individu tersebut aku keluar] apakah yang anda ingin sampaikan disini?, Sebegitu 'أنا مش عارف، لا أعرف ووو' apakah sebetulnya uslub ini digunakan oleh Arab Mesir?,
Seputar fiqh berkaitan mekanik atau pekerja di bahagian industri permotoran yang dibalai tangan ✋ mereka dengan kesan minyak hitam yang ketara dan agak sukar dihilangkan (دُهنٌ مَائِعٌ),
Al-imam Ibn Hajar Al-Haitamī menjelaskan :-
ولو كان على أعضائه أثر دهن مائع فتوضأ صحّ وضوءه ولكنه بشروط،
Jikalau mengenai pada anggota wudhu' atau anggota basuhan wajib suatu kesan minyak yang melekit lalu ia mengambil wudhu' sah wudhu'nya tetapi bersyarat,
Antara syarat-syaratnya adalah ;
(1). بقي أثره في البشرة دون عينه بعد غسله.
(1). Sudah dibasuh dengan cermat tetapi masih lagi kekal kesan minyak tersebut tanpa fizikal cairannya pada permukaan kulit, maka dimaafkan.