لجوء أو رجوع المصطلح العِلمي النَّقدي الذي يتواضع أهل فن معين من الصناع إلى ذلك الفن أمر لا يكاد الباحث الاتقان والانضباط به،
Kepentingan merujuk konteks terminologi sesuatu ilmu pengetahuan daripada ahlinya yang mahir perlu didisplinasasikan menurut metodologi ilmu tersebut,
وإذا اطلق المصطلح المعيّن عندهم انصرفت أذهاننا إرجاعه بإزاء المعنى المراد في وضعهم الخاص فهذا يسمى بالوضع العرف الخاص . . .
Terkadang para pengkaji bahkan ilmuwan dilihat gagal memahirkan displin yang telah disepakati oleh para Ulama' sejak berzaman ini,
bukankah anda selaku [penuntut ilmu] sudah makruf dengan Al-Urf Al_khās?, Namun persoalannya bagaimana dengan orang awam? . . .
Sejak akhir-akhir ini 'gegel gegok' apabila sesuatu terminologi seperti pentashihan dan pentadh'ifan hadis yang sewajarnya menjadi topik utama perbahasan dalam displin Ulum Hadith dalam kalangan para penuntut dan pengkaji mulai dipromosikan kepada rata-rata masyarakat awam,
Termasuklah polemik berkaitan terminologi hadis yang dinilai oleh para Sufīah melalui implementasi Kasyāf atau 'الإِلْهام الغرِيْزي', diperbahaskan dan diperhangatkan oleh segelintir asatizah bagaikan luncai tidak kurang yang menyokong mahupun yang menolak konsep tersebut,
Walhal ia adalah suatu perbahasan ilmiah atau akademik yang sepatutnya dibahaskan dalam kalangan para pengkaji dan ilmuwan sahaja, saya agak kebingungan mengapakah masing-masing [Dakatir Malaya] hendak menjadi jaguh di halaman medsos mereka,
Sedangkan mereka sedar perbahasan ilmiah atau akademik sebegini jika diutarakan bukan pada tempatnya hanya menyebabkan terbukanya pintu fitnah, tohmahan dan salah faham dalam kalangan masyarakat awam,
Saya sebenarnya tak berminat hendak masuk campur kerana saya bukanlah sesiapa, bahkan bidang Ulum Hadith bukanlah pengkhususan saya, tetapi makin hari makin bingung tengok gelagak [Dakatir Malaya],
Manfaatkanlah ruang masa anda di halaman medsos anda perkara yang boleh dimanfaatkan oleh umum masyarakat seperti mencerdikkan mereka, bukannya menjadi luncai masing-masing menegakkan pendirian peribadi dan hujahan berbentuk ilmiah dan akademik,
yang hanya sesuai dibahaskan kepada para penuntut dan pengkaji, ada perkara yang sesuai dibahaskan pada khalayak umum manakala tidak kurangnya terdapat perkara yang tidak sesuai dibahaskan pada khalayak umum, sudah-sudahlah memperbodoh diri anda saya yakin anda berjiwa besar,
Did you know that one of the most unique contributions of ancient Muslim civilization to all of humanity was creating a specialized wing for mental health treatment in traditional Islamic hospitals? These traditional healing centers- translated as “place of healing”-
were called Dar al-Shifa in Arabic, and Maristan was their shortened name in Farsi. They followed the Islamic principles of holistic healing- treatments for the mind, body, and soul. No stigma, just quality mental health treatments.
Here at Maristan- named after these incredible healing centers- our goal is to bring back authentic traditions and follow evidence-based best practices for mental health treatment in our communities.
Pemimpin & Ulama, saya rasakan dalam gambar ini menggamit dan mengimbau seribu satu makna berkaitan dua golongan tersebut, tidak disangka aturan Allah Ta'ala buat hambaNya YB Azeez Rahim sewaktu keberadaan beliau di Bumi Kinanah,
Mencuit hatinya yang mungkin saat kini gundah gulana dengan tanggapan, tohmahan dan jangkaan orang ramai buat pasukan pengaman beliau untuk bertandang ke rumah seorang tokoh ulama yang berasal daripada Hadramaut, Yaman yang kini bermukim di Mesir mendidik anak-anak nusantara,
Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ;
صنفان من الناس إذا صلحا صلح الناس وإذا فسدا فسد الناس، العلماء والأمراء وفي رواية الفقهاء والأمراء،
Al-imam Al-as'fahanī memuatkan hadis ini dalam Hilyatul Auliya' dan Alhafidz As-suyuthī dalam Jami' Soghirnya yang bermaksud ;
Tiadalah kehidupan yang sebenar bagi mereka yang gilakan kemasyhuran, jika anda seorang penuntut ilmu fokuskan tujuan utama anda sebagai penuntut ilmu tidak perlu melakukan sebarang lagak bebal kononnya menjadi 'orang tengah' antara kemelut influencer,
Semakin banyak kita bercakap semakin banyak salahnya itulah realitinya, usahlah diri ini banyak aib selaku penuntut ilmu, banyak lompang yang perlu kita tampung, habis tunggang langgang etika berkomunikasi dalam bahasa arab baik bahasa arab pasar Mesir mahupun bahasa arab Fusha',
Bila anda mulai tuturkan semisal 'ُوهو خرجْت' [dan ia individu tersebut aku keluar] apakah yang anda ingin sampaikan disini?, Sebegitu 'أنا مش عارف، لا أعرف ووو' apakah sebetulnya uslub ini digunakan oleh Arab Mesir?,
Seputar fiqh berkaitan mekanik atau pekerja di bahagian industri permotoran yang dibalai tangan ✋ mereka dengan kesan minyak hitam yang ketara dan agak sukar dihilangkan (دُهنٌ مَائِعٌ),
Al-imam Ibn Hajar Al-Haitamī menjelaskan :-
ولو كان على أعضائه أثر دهن مائع فتوضأ صحّ وضوءه ولكنه بشروط،
Jikalau mengenai pada anggota wudhu' atau anggota basuhan wajib suatu kesan minyak yang melekit lalu ia mengambil wudhu' sah wudhu'nya tetapi bersyarat,
Antara syarat-syaratnya adalah ;
(1). بقي أثره في البشرة دون عينه بعد غسله.
(1). Sudah dibasuh dengan cermat tetapi masih lagi kekal kesan minyak tersebut tanpa fizikal cairannya pada permukaan kulit, maka dimaafkan.
Stigma 'PENUNGGANG AGAMA' atau 'PEMIMPIN RETORIK ISLAMIS' vs tuntutan As-Sunnah dan Mazhab yang sebenar,
Menjawab kedangkalan pimpinan partaik yang merasakan tercabar dengan kempen 'bendera putih' rakyat berikut bebenangnya ; #lestarikansyariah @nikabduh @PASPusat
Ya sememangnya benar islam tidak mengalakkan pengikutnya meminta-minta (mengemis) walhal mereka memiliki tubuh badan yang sehat dan berkemampuan mencari punca pendapatan dan rezeki untuk menyara keperluan keluarga mereka,
Kita juga tidak nafikan anjuran islam menggalakkan pengikutnya untuk berdoa dan bertawakal setelah berusaha dan berikhtiar seadanya, persoalannya adakah rakyat dilarang meminta-minta (mengemis) dalam setiap keadaan dan masa,
Hukuman setimpal sewajarnya dikenakan kepada penyihir menurut perspektif syarak walaupun setakat ini tidak terdapat akta atau enakmen undang-undang mahkamah disebalik perbuatan terkutuk ini,
Persoalan mengapakah mahkamah atau jabatan agama tidak dapat membentuk suatu bentuk rang undang-undang yang boleh dijadikan akta seksaan bagi menghukumi pesalah membabitkan aktiviti sihir? . . .
Al-imam Mawadī sudah menjelaskan bahawasanya ;
فهو ما يخفى فعله من الساحر ويخفى فعله في المسحور فلا يمكن أن يوصف في الدعوى على الساحر ولا تقوم به بينة في المسحور.