, 20 tweets, 2 min read Read on Twitter
Suatu hari, khalifah 'Umar al-Khattab terdengar seorang lelaki berdoa, "Wahai Allah, jadikanlah aku termasuk dari orang-orang yang sedikit."
'Umar berasa pelik dengan ungkapan ini lantas bertanya, "Doa apa yang engkau panjatkan ini?"

Lelaki itu menjawab, "Aku pernah mendengar..."
"...Allah berfirman: 'Dan tidaklah beriman bersamanya (Nabi Nuh) kecuali sedikit.' (Hud, 40)

dan
'Dan sedikit (sekali) hamba-hambaKu yang mahu bersyukur.' (Saba', 13)
Lelaki itu kemudiannya membacakan ayat-ayat lain yg menunjukkan Allah memuji golongan yg sedikit dan mencela sebahagian besar manusia
Kemudian dia pun berkata, "Maka aku berdoa kepada Allah agar aku termasuk dari kalangan hamba-hambaNya yang sedikit."
'Umar sangat terkesan lantas berkata, "Ternyata setiap orang lebih faham dan tahu daripada 'Umar!"
Kisah ini dicatatkan oleh Imam Ahmad dalam kitab az-Zuhud dan Ibn Abi Syaibah dalam kitab al-Mushonnaf.
Hikmah dan ibrah dari kisah ini selari dengan hadith Nabi SAW yang femes itu; "...maka beruntunglah orang yang dagang (asing)!"
Hari ini, kita berebut-rebut untuk menjadi sebahagian dari 'majoriti', nak ikut trend, sehingga kita malu menjadi yang sedikit.
Malu nak belajar agama. Malu nak jadi baik. Malu nak tutup aurat. Malu untuk tolak pelawaan buat maksiat. Malu nak ikut usrah. Alahai.
Sebab apa? Sebab benda-benda ni tak trend. Tak ramai buat. Tak glamor. Tak kool. Tak hipster. Tak up.

Ok dah dah! 😅
Akhirnya, sebab terlalu malu mahu mengikut wahyu dan asyik menuruti nafsu, kita pun terjatuh dalam perangkap iblis dan syaitan!
"(Iblis) menjawab, 'Demi kemuliaanMu, pasti aku akan menyesatkan mrk semuanya, kecuali hamba-hambaMu yg terpilih antara mrk."' (Saad, 82-83)
Yang sedikit itu tidak semestinya sentiasa benar dan yang ramai/majoriti itu tidak selalunya salah.
Tapi sunnahnya begitu. Kita akan mendapati yang bersama-sama dengan kebenaran dan kebaikan itu selalunya tidak ramai jumlahnya
Jika mahu dibandingkan dengan jumlah mereka yang memperjuangkan kebathilan dan kefasiqan! Allahu.
Jadi jangan sesekali rasa malu andai kita bersama-sama dengan kumpulan yg sedikit dlm menegakkan kebenaran dan menyebarkan kebaikan
Kerana sungguh, Allah SWT meletakkan amanah mempertahankan agama ini pada sejumlah kecil hamba-Nya yang terpilih! ✨
"Wahai Allah, jadikanlah kami dari hamba-hambaMu yang sedikit!"

Amiin ya robbal a'lamin!

#tamatthread
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Inche gabbana
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!