Profile picture
Inche gabbana @angelpakaigucci
, 20 tweets, 5 min read Read on Twitter
Ini ialah perkongsian tentang siapa itu Malcolm X dan apa yang diperjuangkannya.

#iniadalahthread
#kisahpejuangIslam
#biografitokohIslam
Malcolm X dilahirkan pada 19 Mei, 1925 di Omaha, Nebraska, Amerika. Beliau merupakan anak keempat dari lapan orang adik-beradik kepada pasangan Encik Earl Little dan Puan Louise Little.
Malcolm X (nama sebenarnya Malcolm Little) telah melihat dan merasakan sendiri prejudis dan sikap rasis orang kulit putih terhadap bangsanya, apabila ayahnya sendiri dibunuh oleh puak pelampau kulit putih (Klu Klax Klan) ketika usianya 6 tahun.
Ibunya pula dimasukkan ke dalam pusat rawatan mental ketika beliau berusia 13 tahun. Beliau dibuang sekolah dan dimasukkan ke pusat tahanan juvenil. Pada usia 15 tahun, beliau mengambil keputusan untuk berhenti sekolah dan tinggal bersama kakaknya di Boston.
Di sinilah Malcolm X mula berjinak-jinak dengan dunia jenayah. Beliau terlibat dengan penjualan dadah dan jenayah lain. Pada usia 21 tahun, beliau ditangkap atas kesalahan mencuri dan dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.
Di dalam penjara, Malcolm X banyak menghabiskan masanya dengan membaca. Di sini juga beliau berkenalan dengan Nation of Islam, sebuah kumpulan Muslim berkulit hitam yang berpegang dengan ideologi nasionalisme kulit hitam (black nationalism).
Malcolm X dibebaskan selepas 6 tahun dipenjarakan. Beliau keluar dari penjara sebagai seorang Muslim dan ahli Nation of Islam.

Bermulalah hidup Malcolm X sebagai pejuang hak orang-orang kulit hitam di Amerika.
Ketokohan dan karisma yg ditunjukkan Malcolm menyebabkan beliau naik dgn cepat dlm struktur organisasi NOI. Pada 1952, beliau telah dilantik sbg Assistant Minister of the Nation's Temple No. 1 di Detroit. Pada 1954, beliau dilantik menjadi full minister di Temple No. 7 di Harlem.
Malcolm terbukti merupakan seorang pemimpin dan tokoh yang mempunyai daya tarikan yang luar biasa. Usaha-usaha Malcom dalam menyebarkan ideologi NOI telah menyebabkan keahlian NOI meningkat mendadak dari 400 orang pada tahun 1952 kepada 40,000 pada tahun 1960!
Namun begitu, ideologi NOI yang dipegang oleh Malcolm merupakan ideologi yang ekstrem. Mereka percaya revolusi orang kulit hitam hanya boleh dijayakan menerusi keganasan.

"There's no such thing as non-violent revolution." - Malcolm X
Ideologi yang diperjuangkan Malcolm X ini amat bertentangan dengan perjuangan yang dibawa oleh seorang lagi tokoh pejuang hak orang kulit hitam Amerika, Dr. Martin Luther King Jr.

"I feel that Malcolm has done himself and our people a great disservice." - Martin Luther King
Antara pegangan NOI yang bertentangan dengan ideologi pergerakan hak sivil orang-orang kulit hitam yang lain termasuklah:

- orang kulit hitam ialah orang asli dunia
- semua orang kulit putih itu syaitan
- kehancuran orang kulit putih tidak dapat dielakkan
Pengaruh Malcolm X cukup besar sehingga beliau berjaya meyakinkan seorang peninju hebat ketika itu, Cassius Clay, untuk turut menyertai Nation of Islam.

Cassisu Clay kemudiannya memeluk Islam dan menukar namanya kepada Muhammad Ali.
Malcolm X menjadi tidak sehaluan dengan NOI apabila beliau mendapat tahu, guru dan mentornya, Elijah Muhammad banyak melanggar ajaran dan prinsip NOI sendiri.

Pada 1964, Malcolm mengumumkan yang beliau tidak lagi bersama dengan NOI.
Mata Malcolm X terbuka besar setelah mengerjakan haji pada tahun yang sama. Melihat kesatuan umat Islam dari pelbagai latar belakang dan warna kulit ketika mengerjakan haji telah mengubah pandangan beliau tentang perjuangan orang kulit hitam di Amerika.
Malcolm X telah menukar namanya kepada El-Hajj Malik El-Shabazz sekembalinya dari mengerjakan haji. Beliau juga telah menukar kepercayaan dan amalannya kepada Islam bermazhab Sunnah (Sunni Islam).
Keputusan Malcolm keluar dari NOI telah menyebabkan ketegangan antara beliau dgn pergerakan yg pernah dianggotainya itu. Malah beliau pernah beberapa kali diugut bunuh, termasuk oleh Elijah Muhammad sendiri,

Gambar: Malcolm X cuba melindungi keluarganya di masa-masa ketegangan
21 Februari 1965 akan kekal sebagai sejarah hitam pergerakan sivil orang kulit hitam di Amerika amnya dan umat Islam khususnya apabila Malcolm X (El-Hajj Malik El-Shabazz) ditembak mati ketika bersedia untuk menyampaikan satu syarahan. 😢
Sehingga kini, tiada siapa yg mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan kejam Malcolm X, meskipun ada yang mengesyaki NOi lah yang telah mengarahkan agar beliau dibunuh,

Apa-apa pun kita doakan agar ruh Malik el-Shabazz ditempatkan bersama para syuhada' dan kekasih-Nya. Amin.
Malcolm X akan terus dikenang sebagai seorang pejuang yang tidak pernah lelah mencari kebenaran. Legasi beliau sebagai pejuang hak asasi orang kulit hitam di Amerika terus kekal sehingga hari ini.

Sumber: biography.com dan wikipedia

#tamatthread
#malcolmX
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Inche gabbana
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!