Profile picture
أشرف @AsyrafKhalib
, 49 tweets, 9 min read Read on Twitter
Dah lama tak buka twitter. Tiba tiba rasa macam nak kongsi balik pengalaman pahit dan seram berhadapan dengan khianat sihir sewaktu bekerja di sebuah cat cafe di Seksyen 7, Shah Alam iaitu House Of Cat. Ini bebenangnya...
Bagi yg belum tahu, House of Cat atau HOC ni dah wujud sejak 2013 lagi. Aku start kerja part time kat situ since 2014. Kalau kau nak main kejar kejar dengan kucing comel kau orang bayar RM5 je sorang, dapat main satu jam lamanya.
Semua benda gila tak masuk akal ni terjadi dlm bulan oktober 2016 selepas HOC berpindah dan beroperasi di premis baru kat Seksyen 7 which is atas Gulatis tu. Sebelum ni kat seksyen 23.
Start bulan okt16, pelanggan yg selalunya mencecah 300 org sehari mula berkurg smpai tnggal cuma 3 org sehari. Aku n staf lain x nk fikir bukan bukan. Yelah, dh makin byk cat cafe kt mlysia. Jd ktaorg perbaiki marketing.
Bermcm cara buat, tp semua marketing kami x membuahkn hasil. Smpaikan ada satu msa aku dan sorang lagi staf turun jalan kaki kt area seksyen 7 tu usung kucing sbb nk bg tahu kedai kami wujud kt public.
Satu hari tu, aku mula rasa pelik sbb ada customer call marah marah ckp penat naik tangga tgkat 3 tp kedai x buka. Sedangkan kami buka kedai mcm biasa dan aku kt kaunter punya la hensem tersengih disebalik pintu kaca kedai dia ckp tak nampak!
Lepas aku explain cik cuba naik balik dan tekan loceng pintu. Sy ada kat kaunter je cik. Jadi orang tu pun naik skali lagi. Dia garu kepala sambil ckp "eh kejap tadi serius saya tgk gelap dan pintu besi ni tutup". Aku dah meremang waktu tu.
Petang tu aku mengadu dekat Lan (owner kedai) ckp ada customer complain nmpk kedai tutup. Lan ckp tak logik la Acap sebab lampu kedai siap berkelip kelip kita. pasang kt tngga. Banner punya cantik kat entrance. Jadi dia cakap cuba kau pasang zikir.
Aku pun pasang la zikir, bersilih ganti bacaan Yassin. Tapi dalam hati aku cuma anggap mungkin customer tu salah tgk. Hari berganti hari, pelanggan makin kurang. Kedai lengang dan rasa menyeramkan.
Review facebook page menjunam jatuh bila ramai bagi bad review kata kami tak buka kedai. Komen di instagram pun sama. Call yang masuk mesti aku kena marah dengan customer punya. Kami cuba layan salah faham itu sehabis baik.
Sebulan berlalu, kami sedar kami mula diganggu kejadian aneh. Kedai kami beroperasi hingga jam 10 malam. Selepas kedai tutup biasanya ktaorg staf akan bersihkn kucing dan kemas kedai. Vacuum dan mop lantai. Kedai tak pernah taj wangi hehe
Biasanya aktiviti bersihkan kedai akan berlarutan ke jam 11 mlm. Kdg kdg smpai 12 mlm. Satu mlm tu sdg aku dan dua org lagi mmber sibuk mop lantai. Tiba tiba ada guli dari dlm congkak berterabur keluar dan bergolek sendiri dekat lantai.
Melompat jugaklah kami kaum adam ni terkejut. Tak pernah kena macam tu. Aku beranikan diri kutip guli dan masukkan semula dalam congkak. Lepas siap kemas kami pun balik rumah. Kami bertiga stay serumah. Jadi sepanjang malam kami membisu. Tak bercakap sama sendiri.
Esoknya aku dan Lan ke kdai lebih awal. Rutin pagi pasang asma ul husna dan doa pembuka rezeki. Seorg lg kwn iaitu Jamal (co owner) x dpt dtg sbb dia steward air asia x. Kena fly. So tnggal la aku dgn Lan brdua. Tengah kami sdap bersarapan, dengar ada org berlari dlm kdai.
Bunyi org berlari tu jelas dgr kt dlm tempat main kucing. Ktaorg pulak tgh mkn dkat bhgian cafe. Lan ckp mungkin kucing. Tp aku yakin bukan sbb kucing dlm cage lagi! Aku belum lepaskan kucing keluar dri bilik kucing. Serentak tu, alunan asma ul husna terhenti sendiri.
Kami berdua serentak berhenti suap makanan. Ktaorg pegi check bhgian tmpat kucing. Tak ada orang. Tgk cctv tak ada nmpk kucing terlepas. Check laptop yg pasang asma ul husna tadi aishh siapa pulak tekan pause.
Aku waktu tu dh tak sedap hati. Customer datang selang dua jam. Itupn ada yg dtg langkah masuk kdai, hulur duit kemudian dia minta balik. Bila aku tnya eh kenapa pula cik? Dia jwb saya ada hal dan aku pun pulangkan semula duit.
Sedih weh, sale sehari RM15. Walaupn bukan kdai aku. Kesian tgk owner. Gaji aku diorg dah tak mampu bayar. Makanan kucing dah tak cukup nak beli. Aku ckp takpe Lan n Jamal. Aku keje ikhlas. Tak payah fkir gaji. Sekarang kita kena kuat.
Hari berganti hari, mcm mcm benda jadi dalam kedai. Makanan kt cafe baru masak jadi basi busuk satu kedai, customer complain kedai panas sedangkan aircond semua pasang macam nak beku. Kucing mula sakit.
Kami mula ikhtiar rawatan perubatan Islam utk dptkan kepastian, aku tak nak sebut nama pusat rawatan dlm ni. Sejak kami mulakan rawatan. Aku rasa serangan sihir mula menampakkan diri. Dah mula rasuk merasuk, muntah darah, kencing berdarah. Alah saja tahu seksanya.
Rawatan menunjukkan kesan sementara. Selepas sehari dua, gangguan dtg semula. Dan paling sedih bila perawat ada yg minta kami cari ikhtiar dengan orang lain sbb mereka juga diganggu teruk.
Bab solat kami tak lupa, malah dlm premis kami siap ada surau utk customer solat. Setiap kali masuk waktu solat kami pasang azan. Mana regular customer House Of Cat mereka tahulah.
Benda ni berlarutan lama. Masuk bulan kelima. Kami dh mula give up. Kami siap bergaduh bertumbuk dlm kedai. Mungkin sbb tertekan. Ada cadangan utk tutup operasi. Kedai kami mula buka dan tutup tak menentu sebab kami smua sakit.
Kami masih rahsiakan dari pelanggan. Kami tkut pelanggan makin lari. Kami kalau boleh tak nak kalah dengan sihir. Kami terus ikhtiar berubat. Kucing dah mula sakit teruk. Banyak kena kuarantin dan paling menyedihkan kucing yg pregnant keguguran! Sori letak gmbr ni
Utk pengetahuan korg, waktu kerja kt sni aku final year student dgree kt uitm. Tgh siapkn fyp dlm keadaan sakit. Dan benda ni berlarutan smpai aku intern kt sime darby convention cntre bukit kiara. Aku ada plan nk berhnti keje sbb x tahan. Tp ksian pulak kt Lan n jamal.
Kalau korg tnya aku, apa bnda yg menakutkn msa keje kt situ. Aku cuma dpt ckp aku takut nk masuk keje sbb x snggup tgk kucing yg aku jaga mcm anak anak sndri mati satu persatu. Aku pn x thu apa tujuan penyihir buat benda ni.
Ni antara kucing yg mati. Dah pegi vet, warded, doc pn ckp x thu sakit apa. Test mcm mcm buat. Last skali kami cuma dpt pangku jasad kucing yg x bernyawa dgn penuh rasa brdosa.
Nama pun sihir, bila kita ikhtiar untuk gagalkan kerja dia. Dia akan serang sampai rebah. Kami terus diganggu bermacam kelibat seram, nampak kepulan asap, lembaga hitam, bau hanyir dan paling teruk pernah aku terlentang waktu imamkn solat isyak dlm kedai sbb ada benda tendang
Demi Allah, aku tak tipu. Tgh solat jemaah dgn diorg, aku angkt tgn doa kuat kuat sambil nangis "ya Allah, jika ada yg tidak baik menghuni tmpat ini..Engkau keluarkanlah" seraya itu aku rasa satu hentaman kuat kt dada smpai aku trlentang ke belakang.
Aku selak baju tgk, ada kesan merah dan lebam mcm kena tmbuk kt dada. Esoknya aku x pegi kdai sbb demam.
Kami bertiga makin sakit, makan tak selera, kurus mcm mayat hidup. Yalah, dah la tak makan, muntah lagi, buang air berdarah. Pernah sekali sampai merangkak ke bilik air.
April 2017, kami nekad untuk tutup perniagaan. Kami tak nak sebab ego kami untuk teruskan perjuangan House of Cat, kucing kucing kami menderita. Kami mula keluarkan wang simpanan yg ada untuk bayar hutang dan beli keperluan kucing seperti ubat.
Kami buat solat hajat ramai ramai. Minta petunjuk. Tak lama selepas tu, dengan ikhtiar perawat dan dengan izinNya Allah, satu persatu barang sihir muncul di kedai. Kami jumpa jarum, kain kapan yang berbau busuk, kertas dgn tulisan siam bersalut minyak, duit syiling lama...
Ini duit syiling lama, ada mcm ukiran 3 bentuk tubuh. Mungkin merujuk kpd tiga org iaitu aku, Lan dan Jamal. Allah lebih tahu setiap sesuatu.
Haa kau cuba bayangkan kau masuk kedai nampak serbuk kaca berterabur dengan gumpalan rambut datang entah dari mana. Tak ke cekak pinggang macam makcik bawang aku kat situ
Dan pernah satu hari waktu kedai kami tutup sebab tiga org sakit serentak, owner butik pengantin tingkat 1 which is bwah kdai ktaorg call bgtahu masa dia nk buka pintu grill utama kt ground floor awal pagi tu. Ada sorg lelaki turun tngga dri tgkat atas kdai ke pntu bwah. Siapa??
Kau bayangkn. Dri mana lelaki tu dtg? Pntu bwah blum buka dia dh ada dlm kdai? Bila check cctv lelaki yg owner butik tu nmpk x wujud pun! Menangis lah akak tu takut.
May 2017, hampir 8 bulan menderita dan diganggu. Kami dengan rasmi buat notis penutupan operasi sepenuhnya di facebook page. Dan sejak itu House Of Cat viral satu Malaysia. Kami cuma buka dua hari terakhir untuk lawatan masuk.
Sebelum pengumuman penutupan tu dibuat, 'benda' tu dah mula melarat ganggu customer. Customer tengah main kucing punya sedap, 'dia' boleh pulak padam lampu kedai sendiri. Gelap. Bila buka balik, beberapa minit lpastu dia tutup balik.
Kami terpaksa refund duit customer dan minta customer balik dengan baik kononnya ada gangguan elektrik. Menipu gila padahal lutut dah menggeletar takut customer pulak meracau. Nasib baik lah tak apa apa.
Sabtu dan ahad terakhir, HOC dipenuhi ribuan orang. beratur penuh nak masuk kedai. Tapi Allah bantu, sepanjang dua hari tu customer fhm keadaan kami. Semua berlngsung baik. Tak kurng ada bermcm dukun malah perawat dtg offer nk tlg.
Tapi agak terkilan sbb ada perawat yg tempelak kami dgn kata kata kesat sbb kami tolak dgn baik tawaran mereka memndgkn terlalu rmai sgt dh yg kmi benarkn utk jampi2 dan buat apa ptut dlm kdai. Kami mnta bg ruang dulu pd perawat yg sedia ada bt kerja.
Dipendekkan cerita. Selpas lebih kurng 4 tahun beroperasi, HOUSE OF CAT mengundurkn diri. Bukn tutup sbb kalah dgn sihir. Tp sbb syg dan kesian dgn kucing kucing yg turut jd mngsa. Bukn brdosa pn hamba Allah ni smua.
Daripda lebih 60 ekor kucing, hampir kesemuanya mati. Selebihnya kami pindah milik tuan dan ada yg kami msih jaga. Aku, Lan dan Jamal teruskn rawatan mcm biasa utk pulihkn bdan. Selepas itu kami bertiga berpisah bwa haluan masing masing. Sedihh.
Terima kasih ex customer House of Cat dan semua yg menyokong. Fb page & Ig HOC pn dh kena hacked. Kenangan kami terkubur angkara sihir. Tp kami yakin Allah sebaik baik perancang. Kpd semua diluar sana, berhati hatilah dlm bergaul. Kita x tahu bila waktunya musibah nk jengah.
Yg nk tahu cerita lama ni, boleh google House of Cat seksyen 7, inshaaAllah ada. Siapa pun yg punya angkara. Kami maafkan kamu kerana Allah. Sihir? Dulu kami pun tak percaya. Kena sendiri, baru terduduk.
“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah)

House Of Cat, we miss you.
Satu lagi, kerana Allah punya kuasa, walaupun aku habiskn degree aku dlm keadaan sakit. Aku grad degree dgn first class with ANC award. Fyp aku pun dpt A. Betul la, Allah tak pernah sia siakan kita. Selepas hujan dtg pelangi indah. Sujud syukur. Thanks Lan, Jamal dan Faten!
Nota buat si pelaku sihir, kami maafkan kamu kerana Allah. Biarlah kita tak bersemuka di mahsyar kelak. Biarlah Allah mengadili. Kerana tangan jahatmu itu akn menceritakan segalanya. Dgn doa doa, dengan nyawa nyawa yg pergi. Allah baik. Guys, jgn takut dgn sihir. ALLAH BAIK - hoc
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to أشرف
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!