, 34 tweets, 5 min read Read on Twitter
Sempena lunch ni, aku nak share sikit tentang kisah benar tentang 'Suami Saya Terlalu Perfect, Berpisah Adalah Jalan Terbaik'.
Not my story definitely. Tapi aku ceritakan semula kisah yg diceritakan oleh seseorang yg aku kenal. Tentang harapan, impian dan realiti yang tak seiringan. Cerita yg pelik, tapi bolehlah jadi panduan dan pengajaran korang
Siapa yg tak nak ada family yg bahagia. Tambah pulak dalam berapa bilion lelaki kat muka bumi ni, ada seorang je yg betul-betul melekat dalam hati perempuan. Berkenalan, berkahwin dan cabaran hidup bersama bermula
Kisahnya, seorg perempuan ni mmg rasa sgt bertuah sbb jumpa seorang lelaki yg semua perempuan nak (agaknya). Hensem tidaklah sgt, tapi sedap mata memandang. Ada kerjaya dan tinggi budi bahasa. Keluarga baik-baik semualah kualiti ada kat dia
Tahun pertama peekahwinan, macam biasa. Tahi gigi rasa coklat, kentut pun bau wangi. Tapi lama lama, isteri ni tadi rasa dengan kesempurnaan suami dia buatkan dia rasa dia kurang sempurna. Buat dia rasa dia bukan isteri. Aik, macam mana tu
Bangun awal pagi, sarapan suami dah buat. Baju dah basuh, siap bersidai. Habuk tak pernah jumpa atas lantai. Semua tersusun. Cadar tegang molek. Serba serbi terletak. Takde yg senget sikit pun
Waktu tengahari pulak, suami dah mintak org delivery makan siap-siap. Tunggu depan office, capai dan makan. Balik rumah pula, makanan suami dah siap beli. Baju suami yg angkat dan lipat. Begitulah hari-hari tak pernah fail
Mula-mula isteri rasa macam tuan puteri. Lama-lama isteri ni tadi rasa macam ada yg tak kena. Intai-intai juga background suami. Takut-takut suami coverina apa-apa sebab rajin terlampau. Tgn isteri tak pernah sekali pulas dapur masak. Mesin basuh pun tak pernah sentuh
Tak pernah marah, tak pernah tegur, tak pernah mengeluh. Isteri ni tadi jadi rimas. Satu benda pun tak boleh buat. Bukan dia kekwat, tapi nanti suami hambat. Suami kata biar dia je buat. Habis yg isteri tadi, duduk diam sampai tumbuh ketuat. Apa pun tak boleh buat
Dari suami yg terlampau rajin, jadi suami yg terlalu perfect. Jangan alihkan botol syampu tempat lain, nanti suami whatsapp 'kenapa awak tak letak tempat asal balik syampu tadi'. Balik rumah tarik muka. Aduh, macam mana ni. Dia yg kemas, atau suami terlalu pengemas
Pernah sekali saja saja tolong gosok baju suami. Suami naik angin. Katanya belah seluar tak tajam, tak centre. Seminggu juga tak bercakap. Isteri jadi fobia nak sentuh apa-apa dalam rumah. Rasa mcm duduk dgn manager supermarket bahagian ausun barang rasanga
Kemudian sampai satu tahap "awak jangan keluar. Saya dah siapkan semua. Apa alasan awak nak cari barang kat luar". Isteri jadi makin tertekan. Tertekan biasa. Tapi ini ditekan-tekan. Suami makim menggila. Duit belanja mak ayah isteri pun dia yg bagi
Isteri jadi takut. Dari feeling tuan puteri, kepada beginner pekerja supermarket bahagian susun barang kepada orang asing real quick. Suami dah tak mesra. Cuma obses. Obses nak jadi suami paling perfect. Hari-hari isteri x lena tidur takut suami marah berdengkur
Cerita pd mak, mak tuduh dia pula yg pemalas. Padahal mak tak tahu, pernah sekali dia kena paksa tukar tudung sbb tudung renyuk. Bila dia taknak, suami rentap dan jerit suruh tukar yg dia dah gosok. Kecik hati isteri bila suami buat mcm tu
Makin hari makin perfect. Jgn buat silap. Tak boleh buat silap. Suami tak pukul, tapi nnti adalah benda yg dihempas di lantai tanda protes akibat isteri tak reti nak jadi 'perfect' pada mata dia. Berapa banyak pinggan dan gelas jadi mangsa. Berdentam dentum!
Hi sorry nanti aku sambung. Nak drive balik Seremban. Tunggu tau. Saba jap. Ending dia best.
So ditakdirkan, parents isteri tumpang tidur rumah si isteri ni untuk 3 malam. Malam pertama biasa-biasa. Malam kedua dia dengar bunyi keletang keletung org kat dapur. Nak pergi takut-takut. Takut pencurik. Dia call anak dia. Anak dia kata takde apa2. Suami dia kat dapur
Malam ketiga entah macam mana mak dia tergerak hati nak pergi dapur tgh malam tu sebab pelik bunyi yg sama dari dapur. Mak dia menghendap2. Genyeh mata banyak kali juga sbb macam pelik apa yg dia tengok. Jam lebih kurang 1 pagi
Menantu lelaki dia tengah potong bawang, kentang, sayur semua. Takde apa yg pelik pun. Tapi yg sedikit pelik, anak pwrempuan dia ada sekali kat sebelah. Tengok je. Macam anak yg tgh tgok mak ajar potong sayur semua tu
Mak dia mengintai lama-lama lagi sebab anak dia dok diam macam org bodoh. Bila tengok lagi, sah ada yg tak kena. Tangan kaki anak dia kena ikat kat kerusi tu. Patut duduk tegak tak gerak-gerak. Mak dia panik. Apa yg jadi ni. Kenapa kena ikat ? Potong bawang pukul 1 pagi ??
Mak dia puas fikir dan nekad. Buat-buat nak minum air. Masuk dapur, anak dan menantu terkejut. Anak dia buat-buat mesra sementara menantu lelaki dia dah gabra. Mak dia tanya buat apa potong bawang tengah malam buta ni. Dua2 diam.
Mak dia tanya lagi kenapa sampai ikat kaki tangan semua ni. Anak perempuan dia kata saja main-main. Mak dia tak puas hatim desak lagi. Anak dia suruh tidur je. Esok nanti baru borak2. Mak dia taknak mengalah. Suami dia dah mula baran naik kepala
Bangun terus acah pisau depan muka mak mertua. Terkejut mak dia. Menantu dia tak cakap apa. Cuma suruh masuk bilik je. Anak dia dah menangis mintak mak dia masuk bilik and yakinkan takde apa-apa. Mak dia dah cuak terus masuk bilik. Tak tahu nak buat apa. Tak sangka
Dia tak tahu nak buat apa. 10 minit mcm tu anak perempuan dia masuk bilik mak dia menangis2 tapi tutup mulut takut suami dengar. Dia pun cerita hampir setiap malam dia kena duduk masuk 'kelas memasak' suami dia
Dua-dua dah takut sebab pertama kali suami dia bertindak luar dugaan macam tu. Anak dia suruh mak dia buat biasa je. Jgn cakap apa-apa. Anggap macam takde apa-apa jadi. Esok nanti suami dia mesti lupa dan normal macam biasa.
Sebagai mak, mana boleh biarkan benda ni. Bahaya. Lepas berbincang dan cerita perkara sebenar, mak dia kata mungkim sampai sini je jodoh. Mak dia kata mungkin suami tu ada sakit tapi tak tahu. Mustahil perfectionist sampai macam tu sekali
Isteri jadi berkira-kira. Nak ikut nasihat mak atau cuba selamatkan hubungan. Suami baik, keluar pun baik. Tapi dia sendiri tak tahu apa yg dah jadi pada suami dia ni. Kenapa sampai macam org hilg akal semakin hari perkahwinan
Lepaa hampir 3 tahun, akhirnyabisteri buat keputusan untuk minta cerai. Suami dia tak bagi apa-apa respon. Tak marah dan tak juga suka. Diam, mati kutu. Macam org yang tak tahu apa-apa
Suami dia tanya, nanti depan hakim nak bagi alasan apa ? Isteri dia diam. Suami dia provok. 'Awak nak cakap saya gila ? Takde bukti. Saya tak gila. Tapi sy boleh ceraikan awak dgn burukkan nama awak'
'Awak tak pernah buat kerja rumah. Harap harta suami. Paksa suami bagi duit belanja pada mak ayah awak. Tak pernah jaga makan minum. Tak pandai itu, tak pandai ini. Sy banyak bukti. Kawan2 awak pun tahu saya mcm mana'
Isteri dia minta sgt suami dia lepaskan cara baik. Isteri dia tak tuntut apa-apa dan takkan beritahu apa-apa. Cakap je tak serasi dan tak bersefahaman. Suami dia terus setuju. Isteri dia garu-garu kepala. Takut dgn sikap dan perangai suami dia on off macam tu
Cerai talak 1. Terputuslah ikatan. Tapi suami dia sempat lagi cakap terima kasih sbb bagi peluang rasa jadi suami. Suami dia minta berdamai dan sempat pesan "kalau awak kahwin lain dan kalau saya rasa macam nak awak balik, pandai2lah awak buang suami baru atau sy tolong buangkan"
Begitulah serba sedikit cerita ttg suami dambaan ramai wanita di luar sana. Perfect dan akhirnya obses. Aku sendiri pun tak tahu, suami dia ni perfectionist sampai gila atau gila yg perfectionist.
Pesanan aku, bersederhana, main peranan masing-masing dgn baik dan jgn terlalu menikmati kemudahan dan kenikmatan yg sedang ada. Sebab kau takkan tahu kenikmatan hidup tu sama ada hujungnya maintain senang atau ada harga yg kena kau bayar
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to naufal | TwtLelaki
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!