Profile picture
Tarbiah Sentap @tarbiahsentap
, 20 tweets, 4 min read Read on Twitter
Tadi saya terjumpa soalan ini. Saya tahu, perkara ni sebenarnya ramai yg menghantui fikiran sebahagian isteri. Keliru, samaada boleh ke tak?

sebelum tu, saya doakan moga sesiapa yang terperangkap dalam loop hole video lucah, dapat kekuatan utk tinggalkan.

#inithreadTS
#Retweet
Beginilah..

1. Menonton video lucah tetap haram, walaupun dah kahwin. Ini asas agama. Kalau tanya kenapa haram, mudah saja. Sejak bila kita boleh tengok aurat orang lain (yang ajnabi)?

Melihat aurat orang yang ajnabi (bukan mahram) memang tak boleh. Walaupun bkn video lucah.
2. Isu ketagih video lucah ini bukan hanya kalangan remaja je, bahkan orang dewasa dan berkahwin pun. Saya selalu uruskan pelajar sekolah yang ketagih video lucah dan onani. Tetapi post/thread kali ini saya khususkan sedikit untuk yang dah berkahwin.
Menonton video lucah, akan bagi kesan jangka masa panjang yang akan merosakkan institusi rumahtangga. Bila saya cakap merosakkan, saya betul2 memaksudkannya. Ia akan menjadi asas kepada kes penceraian. Antara kesan yang boleh nampak secara real termasuklah :
1. Suami akan suka tengok perempuan lain di luar sana. Khususnya yang berpakaian seksi. Dan lebih teruk, ada kecenderungan untuk curang dan pasang kayu tiga di belakang isteri. Sebelum curang, biasanya mereka akan terbiasa berbual lucah, khususnya dengan perempuan lain.
2. Yang paling ekstrim, akan melihat perempuan lain sebagai objek seks, hatta anak sendiri sekalipun! Sebab itu, jika anda tanyakan kepada ayah yang pernah merogol anak sendiri (atau adik beradik yang berzina - sumbang mahram), adakah mereka pernah menonton video lucah?
Jawapannya, absolutely. Cuma persoalannya, kekerapannya bagaimana? Ini subjektif. Ada yang sangap kerap sehingga selalu tonton, ada yang seminggu beberapa kali saja. Mungkin 5 kali seminggu, isnin sampai jumaat. Sabtu ahad cuti. 😅 Agaknya la kot.
3. Dan sekiranya aib menonton video lucah ini dibuka Allah, anak-anak akan terjumpa video lucah milik ayah. Sama ada dalam format video, ataupun mungkin terjumpa link video lucah di bahagian history seperti Mozzila, Google Chrome, etc.

Kalau terjumpa, ada 2 kemungkinan berlaku,
3a) terlalu sedih teramat sebab tak sangka ayah yang dihormati perangai sebegitu. Kes ini saya banyak kali jumpa, biasanya diluahkan oleh anak. Terlalu kecewa dan sedih dgn ayah.

3b) berminat untuk tengok juga, dan mulai ketagih juga. Rantaian ketagih video lucah berterusan.
Sebab itu saya nasihatkan, sesiapa yang ketagih video lucah, BERHENTI as soon as possible. Please.

Macam mana nak berhenti? Ini antara tipsnya,
1) PUASA. Bukan puasa yg hanya menahan perut dari lapar sebab tak makan. Tetapi puasa sungguh2 seperti tundukkan pandangan, jaga pergaulan, tak mengumpat, dan sebagainya.

Puasa orang beriman supaya jadi orang bertaqwa. Puasa segalanya!
Setiap kali rasa nak tengok video lucah, cakap pada diri sendiri, "Aku berpuasa!"

2) JANGAN BERSENDIRIAN! Syaiton memang suka manusia yg suka bersendirian. Sebab dia mudah goda. Lagi2 yang sudah ketagih video lucah. Memang parah. Apa yg kena buat adalah, cari isteri atau kawan2.
Kalau bujang dan duduk di dalam kampus, jangan pilih bilik yang single. Cari bilik yang ada roommate. Kalau duduk di rumah sewa, jangan tidur di bilik seorang diri. Tidur di ruang tamu atau tempat yang ada orang.
3) Kalau rasa nak tengok, segera KELUAR RUMAH. Start motor/kereta, jalanlah pergi ke mana2 saja. Pergi masjid, makan di kedai mamak, jumpa kawan, dll. Keluar dalam 1 atau 2 jam. InsyaAllah akan stabil semula nafsu kalau tak dilayan.
4) Kalau tak boleh keluar? Cari isteri, kawan, atau teman di sebelah by hook or by crook ! Yang penting jangan sendirian. Cari kawan berbual. Kalau kawan atau adik beradik semua dah tidur, pergi cuba tidur! Telefon atau laptop letak jauh-jauh. Dan baring sebelah mereka
5) Sibukkan diri dgn banyak kerja & program seperti program dakwah tarbiah, usrah, ceramah, belajar al Quran, kelas pengajian agama, program sekolah/universiti, program gotong royong, khidmat masyarakat, bagi makan pada gelandangan, studi di perpustakaan, dan sebagainya.
Yang penting, sibukkan diri, jangan duduk bilik makan jajan saja. Kalau tak sibukkan diri dengan perkara pahala, secara tidak sengaja akan menyibukkan diri dengan perkara dosa. Buang masa dengan sengaja pun satu dosa juga.
Nabi sebut, "Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang.” (Riwayat Bukhari)

Sebenarnya, byk lagi nak tulis. Tetapi saya GTG. Jadi, untuk sambung bacaan, boleh klik link ini :

tarbiahsentap.com/2017/02/kau-ke…
Kesimpulannya, sekali lagi saya doakan, sesiapa yang ketagih video lucah, usahalah berhenti secepat mungkin. Jangan bagi alasan, "dah kahwin nanti aku stop la."

Percayalah, kalau waktu bujang tak stop, lepas kahwin pun takkan stop juga. Moga dipermudahkan.
Boleh sebarkan Thread ini kepada orang lain. Moga semua orang dapat manfaat, dan semoga semua orang berjaya tinggalkan video lucah. Lagi2 yang suami. Ingat ni, salah satu punca kerosakkan rumahtangga, sebab video lucah.

sekian,
@shukery_azizan
penulis buku #AkuBukanMalaikat
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Tarbiah Sentap
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!