Profile picture
🗺HELENA @AnnaSoeraya
, 16 tweets, 4 min read Read on Twitter
[THREAD]
TOP 10 MAKHLUK MITOLOGI GREEK YANG MENAKUTKAN -

1- SPHINX
📖 Legenda Oedipus
Bertubuh singa.
Berkepala wanita.
Berkepak helang.
Berperanan sebagai ‘pemberi teka-teki’ kepada Oedipus ketika beliau berjalan ke Thebes : Jawab betul, boleh lalu. Jawab salah, kena kunyah.
TEKA-TEKI SPHINX:

Di pagi hari berkaki empat
Di tengahari berkaki dua
Di senja hari berkaki tiga

Anda tahu jawapannya?
2- CYCLOPS
📖 Odyssey
Bangsa gergasi bermata satu beribukan Gaia, bumi.
Odysseus dan pengikutnya terperangkap di dalam sebuah gua dikawal ketat Polyphemus, cyclops pemakan manusia. Terkenal dengan kebijaksanaannya, Odysseus merancang jalan untuk keluar dengan selamat.
Beliau menawarkan Polyphemus arak yang dibawa pengikutnya. Gergasi itu minum sehingga mabuk, lantas bertanya:

“Hei manusia! Siapa nama kau?”
“Takdesiapa,” jawab Odysseus.

Terlena kemabukan, Odysseus dan pengikutnya lantas menyucuk mata gergasi itu dengan objek tajam.
Meraung kesakitan, Polyphemus terpekik terlolong memanggil rakan-rakan cyclopsnya yang lain:

TAKDESIAPA CUCUK MATA AKU!
TAKDESIAPA CUCUK MATA AKU!

Odysseus dan pengikutnya diam-diam keluar dengan menyorok di bawah perut kambing biri-biri yang digembala gergasi itu.
LOL!
3- CHIMERA
📖 Legenda Bellerophon
Makhluk ganas pengeluar api dari mulut.
Berkepala dan berbadan singa, berkepala kambing di belakangnya dan berekor ular.
Dikatakan ibu kepada Sphinx.
Pencetus ribut, kapal karam dan malapetaka semulajadi.
4- EMPUSA
📖 Mitologi Umum
Kurang dikenali berbanding makhluk lain.
Pemakan daging manusia dan peminum darah.
Wanita jelita yang boleh berubah bentuk menjadi makhluk bergigi tajam, berambut api dan berkepak kelawar.
Penggoda jejaka muda jalan bersendirian.
5- HYDRA
📖 Legenda Heracles
Makhluk air berbentuk ular dengan sifat-sifat reptilia.
Selain bisa berbahaya, nafas yang dihembusnya juga boleh membunuh.
Anggota yang dipotong boleh tumbuh semula sekelip mata.
Setiap kepala yang dipenggal, akan tumbuh dua sebagai pengganti.
Hydra merupakan makhluk kedua ditemukan Heracles di dalam 12 Tugas-Tugas Berat yang harus dilaksanakannya.
Untuk mengelakkan dua kepala Hydra tumbuh dari setiap kepala yang dipenggal, dia ‘mematikan’ luka makhluk itu dengan obor sebelum kepala baru sempat tumbuh.
6- CHARYBDIS & SCYLLA
📖 Odyssey
Dua makhluk air yang duduk bertentangan di sebuah selat yang sempit.
Charybdis menelan air dan mencetuskan pusar air pemusnah kapal-kapal.
Scylla makhluk berkepala banyak, pemakan daging kelasi-kelasi.
‘STUCK BETWEEN A CHARYBDIS AND SCYLLA’

Pernah dengar perumpamaan ini?
Ia bermaksud ‘tersekat di antara dua pilihan yang berbahaya, tanpa jalan keluar’.
Lebih kurang macam dalam politik, bila terpaksa memilih di antara dua ketua yang sama korup, sama penipu, sama lanun🤷🏻‍♀️
7- CERBERUS
📖 Legenda Heracles
Anjing berkepala tiga milik Hades, Dewa Alam Barzakh.
Hanya mengizinkan roh masuk ke alam barzakh, dan menelan hidup-hidup manusia yang cuba menyelinap masuk.
Tiga kepala Cerberus simbol:
A Masa silam
B Masa kini
C Masa depan
8- MINOTAUR
📖 Legenda Theseus
Makhluk bertubuh manusia dan berkepala lembu jantan.
Pemakan daging manusia.
Penjaga labyrinth di bawah Istana Knossos, milik Raja Minos di Crete.
9- MEDUSA
📖 Legenda Perseus
Berupaya menukar sesiapa yang melihatnya menjadi batu.
Medusa diceriterakan pernah menjadi seorang perawan yang jelita, sebelum diperkosa oleh Dewa Laut, Poseidon di kuil Athena.
Rambut Medusa dipenuhi ular-ular berbisa.
10- TYPHON
📖 Theogony
Dikenali sebagai Bapa Kepada Segala Makhluk Mitologi.
Beribubapakan Gaia (bumi) dan Tartarus (lubang neraka paling dalam).
Bertubuh besar, kepalanya mencecah bintang di langit.
Bahagian kakinya terdiri daripada dua ular melingkar yang mendengus.
Jari jemarinya kepala-kepala naga.
Kepaknya pula, bila dibuka, boleh menutup sinaran matahari.
Api terpancar dari matanya.
Typhon hanya berjaya ditewaskan oleh Zeus, Raja Segala Dewa.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to 🗺HELENA
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!