, 16 tweets, 5 min read Read on Twitter
UBAT-UBAT WAJIB ADA DALAM FIRST AID KIT RUMAH:
• Demam
• Batuk
• Selesema
• Cirit-birit
• Gatal-gatal badan
• Muntah
• Sakit perut
• Pening
• Sakit kepala
1. Paracetamol 500mg

Boleh diambil kalau demam ataupun sebagai painkiller untuk sakit-sakit ringan seperti sakit kepala.

Dos disyorkan: 2 biji (sekali makan), tiga kali sehari. Jangan melebihi 8 biji sehari.
2. Loratadine 10mg

Ubat dalam kategori antihistamin digunakan untuk mengurangkan gejala alahan, gatal-gatal, mata berair atau bahasa mudahnya ‘resdung’.

Dos disyorkan: 1 biji sekali sehari
3. Chlorpeniramine 4mg (Piriton)

Sama seperti Loratadine dalam kumpulan antihistamin yang digunakan untuk mengurangkan gejala alahan atau gatal-gatal.

Boleh menyebabkan rasa mengantuk, jadi elakkan memandu.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari.
4. Diclofenac sodium 50mg (Voltaren)

Sering digunakan untuk mengurangkan keradangan atau kesakitan yang tak surut dengan paracetamol.

Juga dipanggil ubat gout.

Dos disyorkan: 1 biji 3 kali sehari (bagi kesakitan berterusan) atau sebiji sekali apabila perlu.
5. Metoclopramide HCI 10mg (Maxolon)

Ubat untuk gejala loya dan muntah, juga digunakan untuk migrain. Ibu-ibu mengandung mengalami rasa loya dan muntah-muntah juga selalu diberikan sebagai rawatan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali apabila perlu.
6. Buscopan 10mg

Mengurangkan sakit perut terutama yang memulas-mulas atau kekejangan perut dan juga sakit batu karang.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari atau sebiji sekali bila perlu.
7. Ranitidine 150mg (Zantac)

Digunakan untuk mengurangkan rasa sakit perut terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah ulser perut, gastritis dan juga GERD. Bertindak untuk mengurangkan rembesan asid dalam perut.

Dos disyorkan: 1 biji, dua kali sehari.
8. Diphenoxylate + Atropine sulphate (Lomotil)

Ubat ini diambil untuk mengurangkan gejala cirit-birit disebabkan keracunan makanan.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari.
9. Activated charcoal 250mg

Sama seperti Lomotil, ubat ini juga digunakan untuk mengurangkan cirit-birit.

Dos disyorkan: 1 biji, tiga kali sehari.
10. Oral Rehydration Salt (ORS)

ORS ini sering dipreskripsi oleh doktor untuk mereka yang mengalami cirit-birit bagi menggantikan kembali garam galian yang telah hilang daripada badan supaya fungsi tubuh badan tidak terjejas.

Dos disyorkan: 1 paket bila perlu.
11. Mist Magnesium Trisilicate (MMT)

Sama seperti Gaviscon. Bertindak untuk mengurangkan pedih ulu hati (heartburn) akibat daripada ketidakhadaman.

Ambil sebelum makan dan pastikan tidak makan apa-apa makanan atau minuman selama 15 minit selepas ubat ini diambil.
12. Ubat batuk

Boleh beli di mana-mana farmasi atau kedai serbaneka, daripada penat nak tunggu berjam-jam di jabatan kecemasan hanya disebabkan batuk.
13. Ammeltz yoko yoko

Kandungan utamanya methyl salicylate seperti krim LMS yang sering diberikan oleh doktor untuk mengurangkan ketegangan otot.

Ini pun banyak dijual di luar dan sangat berguna untuk mengurangkan sakit otot atau lenguh-lenguh badan.
14. Chloramphenicol eye drop

Boleh digunakan untuk jangkitan mata seperti conjunctivitis: bila korang bangun dari tidur tiba-tiba penuh tahi mata dan rasa pedih serta berair.
Kredit : Dr Asmi Syabil / Pegawai Perubatan Kecemasan
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to 🗺HELENA
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!