Profile picture
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
, 40 tweets, 5 min read Read on Twitter
Pengalaman Admin Sendiri.
Tak sengaja masuk ke laman web misteri.
Deepweb??
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca Fiksyen Shasha. Terima kasih kerana sentiasa menyokong page ini
Jangan takut, ini bukan cerita hantu. Tak ada pontianak ataupun pocong pun dalam cerita ni.
Okay, waktu perkara ni berlaku, admin tengah dok reread cerita-cerita yang nak dipublish untuk hari esoknya. Masa tu jam dah pukul dua lebih kot. Dua pagi ye, bukan dua petang. Masa tu, admin berseorangan dekat rumah..
Housemate semua pergi team-building anjuran office diorang dekat pantai Morib
Laptop tergeletak depan mata. Untuk dapatkan feel cerita-cerita tu, memang admin akan tutup semua lampu dalam rumah kecuali lampu porch. Keadaan senyap sunyi. Yang kedengaran cuma ngiangan bunyi kipas yang berputar ligat dekat atas kepala.
Tengah leka scroll satu-persatu cerita yang editor dah approve, pundi kencing terasa penuh. Lepas petik suis lampu tandas, admin pun melangkah masuk. Tandas dekat dalam bilik tu jer.
Selesai urusan dalam tandas, admin duduk semula depan laptop. Tapi ada benda yang tak kena dengan laptop tu. Ada tab baharu terbuka. Padahal sebelum tu, admin buka satu tab untuk FS sahaja.
Admin cuma anggap tu pop-up advertisement sahaja. Tak fikir panjang, admin pun scroll cursor ke tanda pangkah. Tapi sebelum nak klik tanda pangkah tu, admin terbaca URL yang tertera dekat atas tab tu.
Tak ada perkataan yang bermakna pun. Yang ada cuma sebaris huruf yang berterabur tak tersusun. Macam ada orang taip membuta-tuli, lepas tu tekan enter.
Atas dasar sifat ingin tahu, admin pun bukalah tab tu. Dalam hati just expect perkataan '404 - Page Not Found' jer yang keluar, tapi terkejut juga admin bila yang terpapar dekat skrin tu adalah satu barisan petak-petak video ala-ala Youtube tu.
Latar belakangnya berwarna hijau lumut, kalau tak silap admin. Font yang laman web tu pakai pun macam ketinggalan zaman. Korang tahu tak macam mana layout laman web tipikal zaman 90-an dulu? Ha, macam tu lah. Kepada adik-adik yang tak tahu, boleh tanya abang atau kakak.
Tajuk-tajuk dekat video tu pun bukan dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris. Bahasa apa, admin pun tak tahu.
Okay, tanpa fikir panjang, admin pun klik jerlah salah satu petak video tu. Lama sikit lepas klik tu barulah keluar paparan hitam menandakan video dah nak mula. Volume laptop admin slowkan. Bukan boleh percaya video-video dekat internet ni. Kan?
Tapi video tu gelap jer. Cuma nampak cahaya samar-samar, macam video tu dirakam dalam selimut yang diselubung atas lens kamera. Yang kedengaran dalam video tu adalah suara seorang budak (tak pasti lelaki ke perempuan) sedang bercakap-cakap dengan seorang budak lagi.
Admin tak faham langsung apa yang diorang cakapkan. Macam kasar gila bahasa diorang. Ala-ala Russia macam tu kot. Tapi admin agak pastilah yang tu suara manusia. Kot.
Admin pun tarik cursor video tu untuk skip-skip minit dia. Durasi video tu kalau tak silap dalam 45 minit. Hampir seluruh video tu sama scene dia. Suasana gelap dengan suara budak-budak bercakap-cakap.
Cuma lima minit yang terakhir tu jer kedengaran bunyi dentuman kuat dalam video tu, disusuli dengan suara jeritan budak-budak tu yang macam tengah seksa gila. Seriau gila, terus admin stopkan video tu.
Teragak-agak juga admin nak play video yang seterusnya. Tapi yalah, sifat ingin tahu manusia kan, admin scroll ke bawah sedikit dan klik dekat video random.
Kali ni, skrin laptop admin memaparkan imej kelam sebuah pintu yang terbuka luas. Kamera yang digunakan untuk rakam video tu macam diletakkan dekat atas meja di dalam sebuah bilik.
Dekat luar pintu tu cuma hallway kosong. Nampak dari segi finishing bilik dalam video tu macam bukan dekat Malaysia. Dinding ber-wallpaper dengan pintunya macam pintu kayu lama.
Admin pun tunggu jerlah tengok apa yang akan terjadi. Durasi video tu lebih pendek dari tadi. Dalam 15 minit rasanya. Video tu langsung tak ada bunyi. Mungkin mikrofon kamera tu tak dipasang.
Tengah admin dok perhati jer pintu tu, tiba-tiba dalam video tu ada orang berjalan melintas dekat luar hallway tu. Terkejut juga.
Tak lama lepas tu, orang tu melintas lagi berjalan ke arah dari mana dia datang tadi. Tak sampai seminit, sekali lagi imej orang tu muncul dekat luar hallway tu, tapi kali ni dia stop depan bilik tu.
Video tu agak gelap, jadi admin tak nampak rupa paras orang tu. Cuma admin agak pasti, orang dalam video tu adalah seorang lelaki. Dia macam tenung ke arah kamera. Macam dia baru perasan ada kamera dekat situ. Dia pun berjalan masuk dalam bilik tu, lepas tu capai kamera tu.
Dalam keadaan kamera tu masih merakam, dia angkat kamera tu, dan sekali imbas video tu memaparkan suasana dalam bilik tu tadi.
Dekat belakang kamera tu rupa-rupanya ada seorang perempuan yang tengah tersandar dekat dinding. Macam tengah tidur. Tapi entahlah. Admin pun tak pasti betul ke perempuan tu tengah tidur, sebab mulut dia ternganga luas.
Tak beranilah admin nak spekulasikan apa-apa. Beberapa saat lepas tu, video tu tamat.
Ada juga beberapa video lain yang admin play malam tu. Ada satu video tu memaparkan imej seseorang yang memakai sarung arnab. Macam maskot tu.
Tapi orang tu just duduk dekat macam satu sudut bilik, dok goyang-goyang kepala yang bersarung maskot arnab dia tu. Video tu pun tak ada bunyi jugak. Itu jer yang berlaku sampailah video tamat.
Ada satu video lagi memaparkan imej seekor mentadak yang dah dipotong kepala. Mentadak tu macam terketar-ketar beberapa minit, lepas tu tak bergerak dah.
Bunyi dekat latar belakang video tu macam suara seorang budak kecil tengah menangis mendayu-dayu. Mungkin takut tengok mentadak tu kot.
Dekat bawah tajuk setiap video tu macam ada nama orang yang post video-video tu. Admin tak ingat dah namanya. Nama asinglah. Macam nama orang Russia kot.
Memang video-video dekat laman web tu tak adalah di luar batasan akal. Tapi bila ditonton dalam gelap macam tu, entah kenapa admin rasa seriau. Tak lama lepas tu, admin pun klik icon pangkah pada tab tu.
Esoknya admin teringat semula dekat laman web tu. Admin pun scroll lah search history. Tak ada URL laman web tu. Last opened adalah URL fiksyenshasha.com . Ya, admin tahu, ini bukan kisah yang ada hantu-hantu.
Tapi entahlah. Tak masuk akal macam mana laman web tu boleh tiba-tiba muncul time admin ke tandas malam tu. Sampai sekarang admin masih tercari-cari laman web tu, tapi langsung tak jumpa.
Kalau ada sesiapa yang pernah terbuka laman web macam yang admin ceritakan tadi, tolong maklumkan pada admin ya. PM jer admin dekat page Fiksyen Shasha.
Bukan apa, cuma admin nak tahu dengan lebih lanjut lagi, macam mana laman web tu boleh tiba-tiba muncul dekat laptop admin malam tu.
Okay, itu jer yang admin nak cerita untuk malam ni. Tapi jangan risau, banyak lagi cerita lain yang admin nak share. Kalau ada masa admin ceritakan lagi ya. Korang teruskanlah layan cerita-cerita lain dekat FS ni. Admin chow dulu.
Assalamualaikum.
follow @fiksyenshasha untuk thread seram.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Fiksyen Shasha
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!