Profile picture
Fiksyen Shasha @fiksyenshasha
, 29 tweets, 5 min read Read on Twitter
Misteri Hotel Lama

#threadseram
Salam and hello guys.
Ini kali pertama aku nak post story dekat sini.
Kalau kurang menarik atau kurang terhibur tu mintak maap laaa ya, hehe.

Kisah ini baru sahaja berlaku beberapa bulan yang lepas sewaktu aku ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat di Pengkalan Lumut.
Sebelum terlupa aku dari Alor Star dan oleh kerana mesyuarat dijalankan awal pagi aku memilih untuk menetap di sana sehari lebih awal bagi memudahkan perjalanan aku, tidak lah kelam kabut esoknya itu nak kena bertolak awal-awal pagi.
Aku mulakan dengan pencarian hotel di booking.com untuk melihat hotel-hotel yang bersesuaian tidak terlalu mahal dan tidak terlalu budget dan aku terjumpa 1 hotel ni di area Ipoh yang bagi aku harganya berpatutan bertaraf 4 bintang
dan disebabkan kawasannya didalam bandar ipoh jadi aku memilih hotel itu kerana mudah untuk aku pergi makan atau meronda-ronda dan sebagainya jadi awal-awal pagi esok tu tidaklah terlalu jauh nak bergerak dari Ipoh ke Lumut.
Pada hari kejadian tersebut aku sampai ke bandar Ipoh lebih kurang jam 2 petang. Aku singgah di kawasan Sg Rokam untuk makan tengahari siap-siap sebab time checkin hotel pada jam 3petang.
Setibanya aku di hotel tersebut, boleh ku katakan bangunan hotelnya agak sedikit lama dengan kereta di kawasan parking yang tidak terlalu banyak walaupun hari itu adalah sabtu hujung minggu. Hotel ini terletak di sebelah bangunan UN Perak, kalau kome pandai cari lah sendiri haha.
Selesai checkin aku terus menuju ke bilik yang terletak di tingkat 6. Suasana agak sunyi pada level tersebut semasa aku berjalan dari lif ke bilik, mungkin tidak ramai yang menetap di situ pada hari itu gumam hatiku.
Sesampainya aku di bilik, first impression aku pada bilik itu adalah pada perabotnya yang boleh dikatakan agak ketinggalan zaman mungkin telah berusia belasan tahun, cuma tv saja yang baru LED 32inci, kalau masih pakai tv CRT besar gajah tu mohon meninggal lah owner hotel haha.
Petang tu tak ada aktiviti yang aku lakukan sekadar berehat di bilik menonton tv melepaskan penat memandu hampir 3jam daripada Alor Star ke Ipoh. Tidak ada perkara-perkara pelik yang berlaku.
Malam itu selepas Maghrib aku keluar untuk makan malam dan aku balik ke hotel lebih kurang jam 11 malam untuk rehat tidur lebih awal kerana esok nya aku perlu berada di Pengkalan Lumut seawal jam 8 pagi.
Panas ku sangkakan hingga ke petang , rupanya hujan di tengahari. Tidur aku terganggu dan aku terjaga dari mimpi indah. Loceng kebakaran berbunyi di aras aku. Panjang bunyinya tiada henti membuatkan aku susah untuk lelap kembali.
Setelah berkira-kira aku bangun juga dari katil untuk mengendap di lubang pintu untuk melihat ke luar sama ada memang situasi kecemasan atau loceng sekadar berbunyi. Tetapi kosong. Hati ini masih tidak berpuas.
Dengan masih dalam keadaan mamai dengan beraninya aku memusing tombol dan menolak pintu untuk melihat ke luar bilik. SUNYI SEPI. Loceng terus berhenti berbunyi sekilas aku membuka pintu bilik.
Tidak ada kelibat siapa-siapa di koridor bilik mahupun guest dari bilik lain yang mungkin berfikir seperti aku untuk melihat apa puncanya loceng kebakaran berbunyi.
Aku masuk semula ke dalam bilik dan kembali ke katil. Aku capai handphone yang terletak di meja sebelah katil. Jam di handphone menunjukkan tepat jam 3 pagi. Ya 3 PAGI. masa itu tiba-tiba jantung aku berdegup lebih laju dari normal.
Aku berasa tak sedap hati tetapi di waktu itu aku tidak terfikir ini adalah gangguan mistik.

Aku cuba melelapkan mata semula. Hampa. Belum sempat aku melelapkan mata loceng kebakaran berbunyi lagi.
Kali ini ia tidak berbunyi panjang tetapi putus-putus seolah-olah ada iramanya berbunyi. Ahhh sudah kenapa pulak bunyi lagi ni, aku sekadar mengumam di dalam hati.
Aku istighfar, membaca ayat qursi dan doa tidur dengan harapan aku dapat endahkan bunyi-bunyi tersebut dan kembali tidur dengan nyenyak. Percubaan aku gagal kerana pintu bilik aku pulak yang diketuk. Setiap ketukan sebanyak 3kali ‘tok tok tok’.
Selang beberapa saat ketukan masih didengari,tiada noktah. Kali ni aku sudah hampir hilang sabar. Aku bingkas bangun dari katil menuju ke pintu dengan bacaan ayat kursis sebelum aku membuka pintu.
Buka saja pintu, guess what ? Bunyi loceng kebakaran tadi berhenti berbunyi dan tiada sapa di depan bilik aku. Jadi siapa yang ketuk tadi ?
Di waktu itu aku tersedar, ni bukan masalah teknikal bangunan hotel itu, ini punca dari makhluk tu. Aku berbaring semula di katil dengan bermacam-macam perkara terlintas di benak fikiran. Ini adalah kali pertama aku diganggu seperti itu di hotel.
Sepanjang hidup aku x pernah diganggu makhluk itu apabila menetap di hotel, di tempat-tempat lain adalah jadi aku buntu x tahu nak buat apa.

Tidak lama selepas itu hampir saja aku terlelap lena, ketukan berbunyi lagi. Aku dah penat. YA aku dah penat melayan gangguan kau.
Aku tahu benda ini kalau kita takut lagi dia excited akan menganggu kita. Aku nekad. Aku abaikan ketukan-ketukan di pintu bilik. Aku capai semula handphone ku di tepi katil dan mainkan bacaan al Quran.
Bunyi ketukan masih tidak berhenti dan semakin kuat daripada awal-awal tadi seolah-olah ‘benda’ itu marah padaku. Tidak lama daripada kuat bunyi itu kembali perlahan semakin reda dan terus senyap.
Selang beberapa saat aku terdengar bunyi gelak tawa dan hilaian bersahutan di luar bilik. Yang pasti hilaian itu bukan hilai dari suara manusia. Ya bunyi hilaian yang lain dari yang lain.
Keesokannya aku checkout seawal jam 7pagi tanpa sempat breakfast di cafe. Aku ingin tinggalkan hotel itu secepat mungkin.
Mungkin ada yang akan cakap apasal x keluar ja malam yang kena gangguan tu? Come on bro, dekat rm200 aku bayar bilik tu kalau blah tanpa sempat tidur kat situ rugi lah aku, haha. Tapi aku bersyukur kerana malam itu benda tersebut tak menjelma di depan mata aku.
Kalau dia tiba-tiba muncul depan mata mungkin malam tu aku lari turun ke lobby dengan selimut dan bantal. Haha.

Ok guys, thanks sebab membaca.
See u again next time.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Fiksyen Shasha
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!