Profile picture
umairaharis @umairaharis
, 26 tweets, 5 min read Read on Twitter
Hari ni genap 19 tahun yg lalu aku balik sekolah masakkan nasi dan panaskan lauk untuk ayah. Aku kejutkan dia, tapi dia tak bangun. Aku kata dalam hati, tak apa la bila lapar nanti ayah mesti bangun. Ayah penat tu, dia nak tidur sekejap je. Aku tunggu sampai lepas asar.
Selalunya ayah bangun utk solat. Aku tunggu sampai lebih kurang waktu macam ni, dah lewat sangat ni, aku cuba kejutkan dia sekali lagi. Aku kejutkan dia tp dia tak menyahut, aku hanya nampak air mata di kelopak mata dia, sambil kejutkan ayah tangan aku tersentuh tilam yang basah.
Aku rasa tak sedap hati, tapi aku tak tahu apa yang jadi. Aku berlari jalan kaki. Sambil berlari aku menangis setengah mati. Sampai ke tempat ibu berniaga aku terus cakap pada ibu, “ibu, along dah masak nasi untuk ayah, along panggil ayah bangun, tapi ayah tidur je dari tadi”.
Kelam kabut aku & ibu kemaskan semua barang meniaga, berlari kami dua beranak tolak gerai sampai ke rumah. Sampai rumah ayah masih x bangun lagi, adik aku yang paling kecil Johan 2 tahun tidur atas perut ayah. Allah, aku lupa aku tinggalkan dia masa aku berlari panggil ibu tadi.
Aku nmpak ibu bercakap di telefon, tp aku xtahu lansung apa butir kata & ibu bercakap dngn siapa. Bila aku tanya ibu ckp xada apa2. Tp aku nampak air mata ibu makin laju turun membasahi pipi. Ibu cakap “x ada apa2” ibu cuba tenangkan aku, walaupun aku tahu hati ibu gundah sekali.
Lepas isyak lebih kurang waktu macam ni, abg sepupu aku sampai di rumah kami, dia tanya apa yg jadi. Rupanya adik aku Aishah bagitahu ayah tidur dari pagi tadi lagi. Aku tak tahu rupanya ayah dah tenat, aku cuma ingat dia penat, baru aku perasan nafas ayah nampak makin berat.
Tak lama lepas tu ambulan sampai. Aku menangis merayu mintak mlm ni nak tidur di hospital temankan ayah. Walau mcm mana aku menjerit pekik nak ikut, mereka tetap xbenarkan sbb kata mereka aku hanya budak kecil 9 tahun yang xtahu apa2. Ye la budak kecil mana blh tunggu dihospital.
Aku minta “along nk temankan ayah, tolonglah malam ni je.” Mereka cakap “x apa esok pagi kita pergi”. Sepanjang mlm aku xboleh tidur kenangkan ayah seorang dihospital. Ibu xblh nk temankan ayah sbb adik2 aku masih kecil2 x ada siapa yg nak jaga. Aku tak sabar nak tunggu pagi.
Aku menangis mcm orang gile, xsedar aku tertidur pukul berapa. Aku cuma tersedar lepas subuh bila ibu kejutkan aku suruh jaga adik2 sebab ibu nak pergi hospital tngk ayah. Rasa berdebar lain macam pagi ni. Ibu surub siapkan adik2. Ibu cakap nnti pakcik Zali pula dtg ambil kami.
Dalam pukul 7.30 pagi pakcik Zali sampai rumah kami, air muka dia nampak tenang sekali. Dia ckp ada benda dia nak bagitahu, “along ayah dah x ada, sabar ye, lepas subuh tadi ayah pergi”. Allah, macam nak gugur jantung aku masa ni, aku minta dia ulang ayat tu sekali lagi.
Bila tiba dihospital ibu terus peluk kami, ibu meraung sepenuh hati, tapi air mata aku setitik pun xjatuh kebumi, perasaan aku dah mati, hati aku ckp x ada apa lagi yang nak ditangisi. Ayah dah pergi takkan balik lagi. Kebas! Tak rasa apa-apa. Aku hanya mampu peluk ibu sahaja.
Kami tunggu diluar bilik mayat, tunggu ayah untuk dimandi dan dikafankan. Bila ayah ditolak keluar dari bilik mayat, ibu rebah jatuh pengsan. Aku xtahu nak meluru pada siapa. Ayah atau ibu? Pada siapa aku perlu tuju? Aku terus kaku disitu. Aku nampak ayah ditolak berlalu.
Aku minta nak temankan ayah buat kali terakhir. Aku marahkan mereka sbb xbagi aku teman ayah malam tadi. Aku tahu mereka tak salah cuma aku yg xnak beralah. Ibu benarkan aku naik van jenazah, aku duduk sebelah ayah. Kami menuju ke Tapah ke kampung ayah.
Dalam van jenazah aku duduk dibelakang berdua dngn abg ayah yg paling tua. Seumur hidup aku, ini kali pertama aku xtakut duduk dengan org yg dah xada lagi. Aku berharap dlm hati, ayah jangan la mati, jangan pergi lagi. Kalau ayah mati bawa la along sekali. Along pun nak mati.
Aku hanya mampu peluk keranda ayah sambil berharap ayah akan bangun sebelum sampai kampung, aku xtakut lansung kalau ayah bangun. Aku masih tak boleh terima kenyataan yang ayah dah tak ada. Aku bisik berkali-kali pada diri aku sendiri “ayah belum mati, ayah cuma tak bangun lagi”.
Sambil tu aku merayu pd Allah. Ya Allah bangunkan lah ayah aku, kalau ayah bangun baru aku percaya kau ada, kalau tak, aku xkan percaya kau wujud sampai bila2. Allah.... ampunkan aku Ya Allah, jahilnya aku masa tu, aku hanya budak 9 tahun yg kehilangan ayah. Ampunkan aku Allah.
Aku merayu, terus merayu sampai Tapah, berharap ayah akan bangun tiba2. Tapi aku tahu rayuan aku dah xada guna, ayah xakan bangun lagi sampai bila2. Perjalanan yg biasanya aku rasa lama, kali ni aku rasa sekejap sahaja. Aku tahu xada harapan lg, sekejap lagi ayah dah nk dikebumi.
Ibu pengsan sekali lg bila keranda ayah dibawa keluar dr van jenazah. Aku hanya mampu pandang ibu kosong tnpa rasa apa2. Kami diberi peluang utk cium ayah buat kali terakhir. Lepas ayah disolatkan ayah akan dikebumikan. Disebabkan rasa marah aku xnak teman ayah. Aku xnk ke kubur.
Sebelum ayah dibawa pergi ibu pengsan sekali lagi melihat org yg dia janji sehidup semati pergi xkan kembali. Pergi sudah cinta hati, tinggal ibu sendiri. Ayah dibawa pergi ke kubur dngn van jenazah. Aku yg xmenangis dari rumah terus meraung mengejar van jenazah nak ikut ayah.
Tapi dah terlewat, van jenazah dah hilang dari pandangan mata, sampai ke hari ini aku xtahu kubur ayah di mana. Ye! Kami anak beranak, ibu, aku & adik2 xpernah sekali kekubur ayah sampai ke hari ini. Kami xpergi bukan sebab kami marah, tapi sebab kami xgagah.
Kami tahu kalau pergi, kami xkuat hati, biar kami berdoa dari sini. Janji Allah itu pasti, berdoa dimana2 sahaja doa itu akan sampai pada si mati. Kalau kami ke kubur ayah, pasti kami meratap meraung sepenuh hati. Walau dah 19 tahun rasa sedih tetap sama, macam hari pertama.
Aku dan adik2 rasa sedih sangat-sangat tp ibu yg paling merana. Setiap hari ibu tunggu ayah balik, dia cakap ayah pergi kerja. Bila dngr jiran parking kereta ibu yg paling happy sbb rasa ayah dah balik kerja. Tapi hari2 juga dia hampa sebab ayah tak kunjung tiba.
Bertahun2, setiap hari xpernah miss walau sehari ibu akan menyanyi lagu P.Ramlee, Dimanakan Ku Cari Ganti berulang2 kali. Setiap kali ibu menyanyi mesti ibu menangis mcm combi. Ya Allah kau kuatkanlah ibu kami. Ibu kata kalau bukan sbb kami penguat semangat ibu, ibu mungkin mati.
“Di mana kan ku cari ganti mungkinkah di syurga.”

Ibu ckp ayah lelaki terbaik yg dia pernah jumpa, xakan ada lagi yang ke2. Ye, ibu tunggu ayah sampai tua. Hidup dngn hati dia yang lara. Ibu org yg aku kenal paling setia. Mengharap agar suatu hari nnt blh jmp ayah lg di syurga.
Tak apa ayah, mati itu pasti. Nanti kita akan berjumpa lagi, di syurga yang abadi.....

Al-Fatihah.

Mohd Aris Bin Abdul Latif
01/01/1954 - 29/10/1999.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to umairaharis
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!