Profile picture
AfiqMNoor @afiqmnoor
, 19 tweets, 3 min read Read on Twitter
Adakah istilah rogol dalam perkahwinan di dlm fiqh Islam? Adakah istri milik atau hak mutlak suami yg boleh diperlakukan semaunya shj seperti benda?
Ulama 4 mazhab mendefinisikan akad pernikahan sebagai ‘aqad tamlik’ iaitu akad yg memberikan hak kepemilikan kpd suami terhadap tubuh isterinya. Nah di sinilah punca permasalahan yg sebenarnya
Dalam mazhab syafie, isteri tidak mempunyai hak seksual terhadap suami kerana dia adalah milik suaminya. Dan sekiranya isteri meminta utk mengadakan hubungan seks, suami tidak wajib utk memenuhinya. Ia sekadar moral obligation shj.
Mazhab Hanafi juga berpandangan yg hampir sama dan kerana itu suami boleh memaksa isteri melakukan hubungan seks. Suami walaubagaimanpun wajib memenuhi ajakan isterinya sbg tuntutan moral (diyanat) agar akhlak isterinya terjaga.
Mazhab Maliki juga mempunyai pandangan yg sama kerana perkahwinan adalah utk memanfaatkan tubuh perempuan dan bukan tubuh lelaki. Walaubagaimanapun, suami wajib melayani isteri sekiranya tindakannya (tidak melayani isterinya) boleh menimbulkan penderitaan.
Tidak berhenti di situ, ulama’ juga menganggap lelaki lebih superior daripada perempuan dan perempuan di katakan- naqisul aqli wa qalilah al ra’yi (kurang kemampuan akalnya dan rasional berfikir). Dimanakah puncanya?
Surah Al Nisaa (4) ayat 34 - الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ perkataan قوامون (pemimpin) dalam ayat ini ditafsirkan secara mutlak dan absolute milik lelaki
Ayat ini bukan shj memasung perempuan dalam kepemimpinan di dalam keluarga dan ruang publik. Tetapi juga meletakkan perempuan di tempat yg tidak setara dengan lelaki.
Tetapi sekiranya kita baca secara keseluruhan ayat itu- sifat kepemimpinan lelaki bukanlah absolute/mutlak, kerana Allah menggunakan naratif- بما فضل الله بعضهم علي بعض (kerana Allah tlh memberikan keutamaan pada SEBAHAGIAN lelaki atas SEBAHAGIAN perempuan)
Sekiranya Allah berkehendakan kepemimpinan ini (dalam keluarga dan publik) absolute milik lelaki kenapa Al Quran tidak menggunakan perkataan - عليهن فضلهم بما (kerana Allah memberikan keutamaan lelaki atas perempuan)?
Jadi pikiran-pikiran yg mengatakan lelaki lebih superior daripada perempuan dan memiliki hak yg kurang dari perempuan adalah saki baki pemikiran jahiliyah.
Al Quran membahaskan perkahwinan secara terperinci dalam 103 ayat. Perkataan nikah sebanyak 23 kali dan perkataan zawaj (pasangan) sebanyak 80 kali. Al Quran juga mengumpamakan perkahwinan sbg ‘mitsaqan ghaliza’ - ikatan yg kukuh
Mustahil utk satu ikatan boleh kukuh dgn sakinah, mawaddah wa rahmah bila satu pihak lebih superior dari yg satu lagi. Al Quran juga menggambarkan perhubungan seks sebagai istimta’- kesenangan dan kenikmatan. Mustahil kesenangan hanya kepada empunya penis shj
Bahkan sewaktu Aishah RH menceritakan hubungan seks di antaranya dgn Rasulullah SAW, dia menyatakn Rasulullah akan memulai perhubungan seks dgn mula’abah atau pemanasan (foreplay) supaya Aishah merasa nyaman
Bahkan Imam Malik berpendapat sekiranya suami ingin i’tizal (memancutkan air maninya di luar faraj isteri) dia wajib meminta kebenaran isterinya terlebih dahulu kerana ditakuti isterinya tidak akan puas dalam perhubungan seks
Perhubungan di antara istri dan suami di dalam fiqh islam klasik haruslah di baca ulang agar selari dgn wawasan Islam yg egalitarian. Isteri bukan sahaja setara dgn suaminya bahkan mempunyai hak yang sama
Isteri mempunyi hak dalam hubungan seksual - tidak di sakiti tanpa kerelaannya, berhak menolak perhubungan seks, hak menggunakan alat kontrasepsi bahkan mempunyai hak utk menolak kehamilan dan menggugurkan kandungan (dgn syarat2 tertentu)
Jika ditanya kpd sy apakah ada istilah rogol dlm perkahwinan di dlm fiqh Islam- jawapan sy YA. Dan pemerintah WAJIB menjaga kebajikan istri drpd mudharat fizikal & mental perhubungan seks secara paksa (rogol) dlm perkahwinan.
Pemerintah dan pihak berkuasa agama negeri perlu meminda undang-undang keluarga Islam dan Kanun Kesiksaan utk meluaskan defnisi rogol dan memasukkan rogol dalam perkahwinan sebagai jenayah. Ini selaras dgn kedah fiqh تَصرُّفُ الإمَام عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالمَصْلَحةk
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to AfiqMNoor
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!