Profile picture
AfiqMNoor @afiqmnoor
, 24 tweets, 8 min read Read on Twitter
Adakah Malaysia negara Islam? Kalau Malaysia negara sekular kenapa tidak sepatah pun perkataan sekular di sebut di dalam Perlembagaan? Sekular yg di sebut TAR tidak pernah ditakrifkan? Che Omar Che Soh? Ini adalah pandangan saya...
1. Jika anda mencari perkataan bebal, bodoh dll maaf bukan di tweet saya kerana Islam yg saya faham tidak begitu. Bolehlah cari di tweet ahli ISMA. Pertama- bagaimana kita nak faham ttg Per 3 Perlembagaan Persekutuan?
Perkara 3 Perlembagaan memperuntukan bahawa Islam adalah agama bagi persekutuan tapi agama2 lain boleh diamalkan secara aman & harmoni dalam Persekutuan ini. Perenggan (2) & (3) pula memperuntukan ketua agama bagi negeri dan persekutuan
Perenggan (4) menyatakan ‘nothing in this Article derogates from any other provision of this Constitution’ - jadi Per 3 tidak boleh dijadikan blanket provison utk ‘menghakis’ hak-hak peruntukan lain di dalam Perlembagaan ini.
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh di baca secara berasingan dan superior dari peruntukan lain terutamanya Per 4 yang menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang2 tertinggi & mana2 undang2 yg bercanggah dengannya adalah terbatal termasuk Al Quran / Hadith
Sebelum kita pergi ke persoalan yg lebih details- bagaimana membaca & mentafsir Per 3 YAA Tun Abd Hamid Omar (former Lord President) dlm kes Teo Eng Huat v Kadhi Pasir Mas [1990] 2 MLJ 301 memberikan formula utk mentafsirkan Per 3. Apa kata YAA Lord President?
“Although normally...we base our interpretative function on the printed letters of legislation, in the instant case we took liberty...to ascertain for ourselves what purpose the founding fathers of our Constitution had in their mind when our constititional laws were drafted”
Soalan seterusnya bagaimanakah kita boleh mengetahui apakah kehendak ‘the founding fathers of our Constitution’ ? Sudah tentulah kita merujuk kepada dokumen2 sejarah spt Laporan Suruhanjaya Reid, Minit2 Mesyuarat mereka.
Sekarang, apa kata Laporan Suruhanjaya Reid tentang Per 3? Ya, mata anda tidak salah. Suruhanjaya keberatan pada asalnya utk memasukkan peruntukan ttg Islam dalam Perlembagaan & peguam yg mewakili Raja2 Melayu juga menyatakan keberatan utk memasukkan peruntukan itu
Ini adalah minit mesyuarat di antara wakil Raja2 Melayu dengan Suruhanjaya Reid pada 14 & 15 September 1956
Kenapa Suruhanjaya Reid pada mulanya tidak berminat utk memasukkan peruntukan ttg Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan walaupun perkara tersebut ada dalam Memorandum oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya? Jawapannya kerana perkataan ‘sekular’.
Suruhanjaya merasakan peruntukan ttg Islam di dalam Perlembagaan dan dalam masa yg sama penegasan bahawa “..and will not prevent the State from being a secular State..” adalah bercanggah
Walaubagaimanapun, Justice Abdul Hamid, salah seorang jawatankuasa dalam Suruhanjaya Reid menyatakan spt berikut di dalam Note of Dissent ttg Islam as a State Religion
Selain dr Perikatan, organisasi Melayu lain dan individu juga ada menghantar cadangan kepada Suruhanjaya utk memasukkan peruntukan ttg Islam sebagai agama bagi negara. Dato’ Onn sewaktu itu sebagai SU Agong Pari Negara menyiapkan satu draft Perlembagaan pada 25.4.1956 &menyatakan
“The State shall recognise the special position of Islam as the religion professed by the great majority of the citizens. The State shall also recognise Christianity, Buddhism & Himduism as some of the religions & beliefs existing in the territory of the Union...”
Siapa lagi yg menghantar memorandun ttg agama bagi Persekutuan. Saya sambung sekejap lagi. Sabaq no
Di antara individu dan organisasi yang menghantar memorandum adalah Alan Lennox-Boyd, Parti Buroh Malaya yg menyatakan - “only by creation of a secular state can religious peace, and consequently, civic harmony, continue to flourish in Malaya”
Setelah menerima masukan dari pelbagai pihak Per 3 yg menyatakan Islam sebagai agama persekutuan dimasukkan dan untuk mengelakkan salahfaham ttg Per 3, perenggan (4) dimasukkan utk memberikan limitasi kepada Per 3. Begitu juga Per 11, Per 73, Per 74 serta Jadual ke 9
Peruntukan-peruntukan ini memberikan limitasi kepada bidangkuasa Islam dan negeri di Malaysia. Satu lagu peruntukan yg menarik adalah Per 160 dan Per 162. Per 160 tidak memasukkan Al Quran, Sunnah atau undang2 Islam sbg takrifn undang2. Tidak sepeti di Mesir & Pakistan
Per 162 sekali lagi menegaskan supremacy Perlembagaan Persekutuan sebagai undang2 tertinggi di Malaysia dan bagaimana modifikasi undang2 sedia ada yg dibuat sebelum merdeka di perlakukan.
Anda boleh juga membaca hansard Parlimen Malaysia ttg ucapan daripada Tunku Abdul Rahman tentang apakah yg beliau maksudkan dgn ‘sekular’. Hansard adalah laporan secara verbatim apa yg di ucapkan di dalam Parlimen dan boleh di akses di parlimen.gov.my
Jadi berdasarkan dokumen2 dan laporan sejarah, niat our founding fathers dan juga drafters Perlembagaan ini adalah utk mewujudkan negara yg demokratik dgn Perlembagaan Persekutuan sbg undang2 tertinggi dan mengiktiraf Islam sbg agama persekutuan dgn limitasi.
Cukuplah dulu untuk waktu ini. Nanti saya akan sambung dengan kes Che Omar Che Soh v PP [1988] 2 MLJ 55. Kes ini sebetulnya menjelaskan limitasi kepda Per 3 yang dipolitikkan oleh ISMA. Insha Allah kita sambung nanti ya.
Mustahil utk anda mendapatkan kes ini dari ISMA atau aktivis mereka. Jadi boleh baca dulu kut sebelum kita sambung. 3 muka surat shj. Kes Che Omar Che Soh v PP diputuskan oleh Tun Salleh Abbas
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to AfiqMNoor
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!