Profile picture
, 102 tweets, 8 min read Read on Twitter
Thread Kisah Zulqarnain, dan benteng besi yang dibina untuk menghalang Yakjuj & Makjuj.
Kisah ini banyak versi jadi saya ambil masa lama juga nak cari mana yg sahih. Kalau ada salah silap boleh tegur, saya bkn pakar sejarah pun
Persoalan tentang Zulqarnain tlh tercatat dlm Sirah Nabawiyyah (sejarah Nabi) dn ditulis dlm kitab2 sirah yg menceritakan bahawa -
Kaum musyrikin mekkah meminta bantuan Yahudi Khaibar utk mencari kelemahan sekaligus menafikan kenabian Nabi Muhammad saw .
Ketika Nadr (musyrikin) mengatakan hal tersebut kpd mereka (kaum musyrikin), mereka menghantar dia dan Uqbah bin Abu Muit kpd Rahib Yahudi
Rahib Yahudi di Madinah. Utk membuktikan kenabian Muhammad saw, yahudi itu akan mengajukan tiga soalan dan sekiranya dijawab dgn betul ,
Maka akan terbuktilah kenabian Muhammad saw dan begitu juga sebaliknya. Nabi Muhammad saw menjawab kesemua soalan dgn jelas dan terang ,
Berdasarkan wahyu yg diberi oleh Allah, termasuk lah soalan mengenai Zulqarnain.

Dlm surah Al-Kahf : 83

Kisah ttg Zulqarnain bermula.
"Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) ttg Zulqarnain. Katakanlah, "akan kubacakan kepadamu kisahnya"

Al-Kahf:83

Buka Quran & terjemahan
Nak tahu kisah secara umum, boleh buka Quran start dari ayat 83-101 dlm Surah Al-Kahf. Kat sini saya nak cerita sikit siapakah Zulqarnain ni
Di dalam kitab Tafsir Al-Qurtubi karangan Imam Al-Qurtubi, Allah swt memberi Zulqarnain kewibawaan dan kehebatan dalam melaksanakan amanah -
dan tanggungjawab yg diberikan bagi mengajak kaumnya menyembah Allah swt dengan membawa syiar Islam dan panji Akidah .
Oleh itu, terdapat khilaf antara ulama ttg diri Zulqarnain. Adakah dia seorang Nabi & Rasul, wali Allah yg terpilih atau hamba soleh shj?
Yg lebih tepat, Zulqarnain adlh seorang hamba yg soleh yg hidup di zaman Para Nabi. Maka dia bukanlah seorang Nabi ataupun wali Allah.
Zulqarnain merupakan seorang Raja yg diberkati Allah yg diberikan kuasa pemerintahan terunggul di muka bumi. Kekuasaanya dari Timur ke Barat
Gambar blur sikit cilok kt google haha . Saja nak bagi lebih faham, kekuasaan Zulqarnain dari Timur ke Barat.
• Asal Usul Zulqarnain

Di dalam kitab Tafsir karangan Imam Al-Qurtubi, beliau mengatakan bhw Zulqarnain hidup di zaman Nabi Ibrahim
Atau awal sedikit dan Zulqarnain membawa agama Tauhid Nabi Ibrahim. Zulqarnain adalah seorang yg berbangsa arab berdasarkan riwayat dan -
Puisi2 arab, menceritakan Zulqarnain berjalan kaki utk menunaikan Haji dan telah bertemu Nabi Ibrahim serta melaksanakan tawaf bersama-sama
Malah pernah berjabat tangan dan berpelukan bersama Nabi Ibrahim. Ada juga berpendapat Zulqarnain dr bangsa Parsi ttp pendapat2 itu ditolak
Wahab bin Munabbih, berpendapat Zulqarnain adlh Raja Yaman yg bernama As-Sha'ab Zulqarnain bin Zu Murathid bin Al-Harith keturunan Nabi Nuh
Kenapa dinamakan Zulqarnain ?

Di dlm bahasa arab "Zu" bermaksud empunya/pemilik . "Qarnain" pula bermaksud dua tanduk. Nama ini diberi -
Oleh Nabi Khidir dgn ucapan "engkau adlh pemilik dua tanduk matahari"

Ada byk pendapat menjelaskan maksud perkataan Qarnain (dua tanduk)
1) nama Zulqarnain disebabkan berakhirnya dua (qarn) ataupun kurun, abad, dari generasi manusia.

2) mahkotanya memiliki dua (qarn) tanduk
3) kerana dia telah mengelilingi dua (tanduk) dunia, iaitu timur & barat.

4) kerana dia memiliki dua tanduk, yakni dua ikatan di rambutnya
Wallahua'lam tapi yg paling dekat & mudah dicerna akal, adalah kerena dia tlh mengelilingi dua hujung dunia (timur dan barat).
Okay settle nama & asal usul
kita masuk dlm ayat seterusnya

Al-Kahf : 84

"Sesungguhnya, kami telah berikan kepadanya kedudukan di bumi,"
Imam Al-Baidhawi mengatakan "maksud kedudukan iaitu : Allah telah menguatkan urusannya, berupa pengaturan di bumi sesuai kehendaknya"
Al-Fakhru mengatakan yg paling layak adalah kedudukan bermaksud kekuasaan dalam urusan agama, boleh juga krn menguasai timur dan barat bumi.
Jap kita masuk topik penting.

Adakah Zulqarnain itu Iskandar Zulkarnain atau dikenali juga sbg Alexander the Great?

Sebenarnya tidak!
Terdapat percanggahan dlm sejarah hidup Alexander the great dgn ciri2 Zulqarnain yg diceritakan di dlm Al-Quran.
Alexander merupakan Raja yg lahir dlm empayar Macedonia yg dikisahkan tlh berjaya menguasai Parsi yg merupakan empayar plg berkuasa ktk itu
Tak sampai sedekad, Alexander berjaya membawa tenteranya berjalan sejauh 22,000 batu dan menguasai 3 benua. Tetapi berbeza dgn Zulqarnain -
Alexander adalah seorang raja yg kufur, membina empayar dgn peperangan dan kezaliman, suka membunuh, bergelumang dgn arak dll
Imam Ibnu Katsir dlm kitabnya Al-Bidayah Wan Nihayah menjelaskan, meskipun nama dan plot cerita hampir sama namun terdapat perbezaan zaman -
Perbezaan zaman antara Alexander dgn Zulqarnain adlh 2000 tahun. Zulqarnain seorg Raja Islam dan hidup lebih awal berbanding Alexander.
Ok dah, sambung balik Al-Kahf ayat 85

"Lalu dia (Zulqarnain) menempuh suatu jalan"

Maksudnya ingin memulai perjalan ke barat
Lalu dia menempuh perjalanan itu dan akhirnya sampai ke barat. Nak lagi feel, buka Quran baca terjemahan.

Terus, Al-Kahf ayat 86
"Hngga ketika dia sampai ke tmpt matahari terbenam, dia melihat matahari terbenam di dlm laut yg berlumpur hitam, dan disana ditemukn kaum -
"kaum (tidak beragama). Kami berfirman "wahai Zulqarnain, engkau boleh menghukum atau berbuat kebaikan (mengajak beriman) terhadap mereka"
Al-Kahf : 87

Dia (zulqarnain) berkata "brgsiapa berbuat zalim, kami akn menghukumnya lalu dia akn dikembalikan kpd Tuhannya, kemudian -
"Tuhan mengazabnya dgn azab yg sangat keras."

Al-Kahf:88

"Adapun org2 beriman dan mengerjakan kebajikan, maka dia mndpt pahala yg terbaik-
"Sbg balasan, dan akan kami sampaikan kepadanya perintah kami yg mudah-mudah"
Suatu hari, Zulqarnain bermimpi yg dia akn berkeliling menjelajahi bumi, menguasai & menakluki dunia. Mimpi itu berulang2 kali hgg hari ke-4
Maka dia mengumpulkan menterinya menceritakan mimpi tersebut. Lalu seorg menterinya berkata "tidak ada seorang pun mampu takwilkan mimpimu -
"Kecuali seorg Nabi di Baitul Maqdis keturunan Ishaq bin Ibrahim, dialah Nabi Khidir"

Lalu bermulalah prjlnn Zulqarnain mencari Nabi Khidir
Dlm perjlnn Zulqarnain menunaikan Haji di mekah dan menuju ke Baitul Maqdis, dan bertemu dgn Nabi Khidir. Setelah menceritakan mimpi nya -
Nabi Khidir menakwilkan (tafsir) mimpi tersebut & berkata "engkau adlh pemilik dua matahari, & engkau diperintahkn utk berjalan ke Maroko"
Seolah-olah Nabi Khidir mendapat wahyu dan mengajari Zulqarnain. Mrk mula berjalan ke Maroko, membunuh org yg menentang lalu menaklukinya
Kemudian mrk berjalan ke Ethiopia, Afrika Barat, Andalusia, menakluk dan menawan hingga mrk berhasil menguasai seluruh hujungnya.
Sambung Al-Kahf : 89-91

"Kemudian dia menempuh jalan (yg lain). Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari, dia mendapati -
"Matahari itu menyinari segolongan ummat yg Kami tdk menjadikan bg mereka sesuatu yg melindunginya dari (cahaya) matahari itu, demikianlah"
Imam Al-Baidhawi menjelaskn bhwa mksdnya adlh Zulqarnain menempuh prjlnn pulang dr barat ke timur, pndpt mgatakn stlh 12 tahun prjlnn pulang
Hgga sampai ke tempat terbit matahari, mksudnya adlh hujung timur, & ketika sampai disitu, dia mendapati matahari terbit di atas sebuah kaum
Yg tinggal di sebuah dataran yg tidak ada rumah atau atap utk berteduh dr terik matahari. Bila matahari memuncak mrk berteduh di terowong -
Bawah tanah yg mereka gali sehingga menyerupai kubur.
Zulqarnain meneruskan perjalan menuju timur, melalui Pulau Jazirah, sampai ke Iraq, kemudian ke Persia. Di dalam kitab At-Tijan -
Diambil kesimpulan bhwa zulqarnain memasuki negeri2 di sblh utara cina dan sampai ke pulau2 nya. Pulau di utara asia yg skrg ini adlh Jepun.
Al-Kahf:92

"Kemudian dia berpatah menempuh suatu jalan yang lain pula."
Al-Kahf:93

"Hingga dia sampai di antara dua gunung, didapatinya di blkg (kedua gunung) itu, suatu kaum yg hampir tk memahami percakapan"
Maksudnya kaum tu tk dpt memahami bahasa org lain, krn berbeza dgn bahasa lain. Dan mrk tk dpt terangkan maksud mrk krn kurang kecerdasan.
Al-Kahf:94

Mrk berkata : "wahai zulqarnain! Ssngguhnya yakjuj dan makjuj itu kaum yg sentiasa membuat kerosakan di bumi, maka bolehkah -
- kami membayarmu agar engkau membuatkan dinding penghalang antara kamu dgn mereka."
Al-Kahf:95

Zulqarnain berkata: "apa yg tlh dianugerahkan oleh Tuhan kepadaku lebih baik (drpd balasanmu). Maka bantulah aku dgn kekuatan..
Zulqarnain kmbali hgga sampai ke tembok antara 2 gunung, menemukan suatu kaum yg lemah & berlainan bahasa. Mrk sgt takut dgn yakjuj & makjuj
Ketika melihat Zulqarnain mmpu menakluki negeri mrk, mrk merasa tdk aman jika ditingglkan zulqarnain dan khuatir akn diserang yakjuj makjuj
• Yakjuj & Makjuj

Menurut ahli bahasa arab kedua perkataan itu adlh isim musytaq (memiliki akar kata) . Yakjuj berasal dr perkataan -
Ajaja An-Nar (jilatan api), atau dr Al-Ajjah (bercampur/sangat panas) atau dr Al-Ijajah (air yg memancar keras). Dr wazan Yaf'ul & Maf'ul
Makjuj berasal dr perkataan Maja (kekacauan). Namun pndpt lain, kedua perkataan itu adlh isim 'ajam & laqab (bkn bhsa arab & nama pggln) shj
Ni rasa nak buka class bahasa arab ni, bagi mudah faham ayat dan bahasa Al-Quran. Hehe.
Para Ulama sepakat dan tiada beza pendapat, bhwa Yakjuj & Makjuj adlh spesies manusia keturunan Nabi Adam AS. Cuma berbeza pendapat pada -
Nenek moyangnya. Ada pndpt mrk dr Nabi Adam & Hawa atau Nabi Adam shj. Ada pndpt dr keturunan Yafits / Syis (At-Turk) anak Nabi Nuh AS.
Saya tknk panjangkan perbahasan yg beza pndpt, yg penting mrk dr spesies manusia. Bkn manusia cmpur haiwan dsbg yg kita dgr dulu2. Karut je
Menurut Al-Maraghi, Yakjuj & Makjuj berasal dr satu ayah iaitu At-Turk. Lahir drpdnya dua glgn iaitu Tatar dan juga Mongol. Mrk menetap di -
Asia bahagian Timur. Mrk menguasai Tibet, China, hingga Turkistan dn sekitarnya. Keturunan Mongol ini dikenali sbg Jenghis Khan (Raja Dunia)
Pada abad ke-7 Hijrah di Asia Tengah. Mrk menakluk Cina Timur. Saudaranya, Hulako/Hulagu khan menundukkan negara Islam dgn menawan Baghdad -
Di zaman Daulah Abasiah yg dipimpin oleh Khalifah Al-Mu'tashim Billah pertengahan abad ke-7 H / 656 H . Boleh baca buku sejarah tentang ni
HR Thabrani

"Ssghnya Yakjuj Makjuj trmasuk keturunn Adam, seandainya mrk diutus, nescaya mrk akan merosakkn kehidupan manusia -
- Tidak ada seorang dari mereka yg mati kecuali ia meninggalkan seribu keturunan atau lebih."
Keturunan yakjuj makjuj sgt ramai dan makin bertambah hanya Allah shj yg tahu betapa ramainya glgn mrk. Mrk adlh kaum yg kasar & biadab.
Jika mrk melewati satu negeri, mrk akan membunuh dan menghancurkan segala apa yg cuba menghalang mrk.
Sambung ayat 95 td, kaum tu minta pertolongan drpd Zulqarnain utk buat benteng yg kuat utk menghalang serangan yakjuj & makjuj.
Al-Kahf:96

Zulqarnain berkata: "berilah aku potongan2 besi. Hingga apabila besi itu telah sama rata dgn kedua puncak gunung itu -
Zulqarnain berkata "tiuplah (api itu), hingga apabila besi itu menjadi (merah sprti) api. Dia pun berkata, berilah aku tembaga yg mendidih-
- Berilah aku tembaga yg mendidih agar kutuangkan ke atas besi panas itu."
Dalam Quran hanya cerita bagaimana tembok itu dibina. Tp tempat terletaknya tembok tak diceritakan. Jd ada byk pendapat dlm hal ni.
Ada yg kata tembok Zulqarnain adlh "The Great Wall China". Ada yg kata bukan. Saya terima pendapat yg kedua. Sebab?
Tembok besar cina dibina drpd batu2 besar bukan sprti di dlm Quran. Tembok zulqarnain drpd besi dan tembaga, licin agar tak boleh dipanjat.
Kedua, tembok cina dibina bertahap selama ratusan tahun dr Dinasti Han, Ming & seterusnya. Berbanding tembok zulqarnain dibina sekaligus.
Tembok zulqarnain ni letaknya di aliran utama antara Turkistan ke India dicelah antara dua gunung batu. Tempat itu kini digelar -
Buzghol-khana dlm bahasa Turki, dulu digelar Bab-al-Hadid dlm bhasa Arab, Tie-men-kuan dlm bhsa Cina. Semuanya bermaksud pintu gerbang besi
Melalui Azerbaijan & Armenia. Kisah ttg tembok Zulqarnain ni dalam Kitab Nuzhat Al-Musytaq fi Ikhtiraqil Afaq karya As-Syarif Al-Idrisi.
Al-Kahf:97

"Maka mereka (Yakjuj Makjuj) tidak dapat mendakinya dan tidak mampu pula utk menebuknya."
Al-Kahf:98

Zulqarnain berkata "dinding ini adlh rahmat drpd Tuhanku, maka apabila janji (kiamat) Tuhanku tiba, Dia akn menghancur luluhkan-
-dinding ini, dan janji Tuhanku itu adlh benar.

Al-Kahf:99

"Dan pada hari (kiamat) itu, Kami biarkan mrk (yakjuj makjuj) bercampur antara-
-satu sama lain (merosakkan muka bumi), dan apabila sangkakala ditiup (lagi), akan Kami kumpulkan mereka semua."
Dalam ayat ni, kita boleh tahu, hari kiamat nanti benteng Zulqarnain ni akan dibuka lalu dimasuki Yakjuj & Makjuj merosakkan muka bumi.
Yakjuj & Makjuj keluar dulu sblm Dajjal. Mereka akan diperangi oleh Imam Al-Mahdi di akhir zaman.
Berdoalah agar kita selamat daripada Fitnah akhir zaman dan juga Fitnah Dajjal. Amalkan membaca Surah Al-Kahfi serta terjemahan.
Mantapkan ilmu dan Iman kita memasing. Kita mmg dah sampai di akhir zaman, cuma taktau bila saja nak keluar tanda2 ni. Bersedialah..
End of thread. Get ready...
Yakjuj & Makjuj keluar sblm atau slps Dajjal tk jd masalah. Tp mereka tak dapat dikalahkan. Lalu Allah hancurkan mereka dgn sejenis Ulat.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Fath
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!