Profile picture
Syahredzan Johan @syahredzan
, 10 tweets, 2 min read Read on Twitter
Kita semua mahukan keadilan untuk Allahyarham Adib. Mereka yang bertanggungjawab MESTI dibawa ke muka pengadilan.

Saya baca begitu banyak posting berkenaan dengan mengapa rusuhan berlaku, dan siapa yang patut bertanggungjawab. Ini adalah bebenang undang-undang.
Saya ingin rujuk kepada suatu kes tidak lama dahulu, Kerajaan Malaysia lwn Ambiga Sreenevasan dan lain2. Kes ini adalah kes saman sivil, di mana Kerajaan Malaysia menyaman jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 atas kerosakan yg berlaku semasa himpunan Bersih 3.0 pd tahun 2012.
Dalam saman tersebut, Kerajaan, antara lain, mahu jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 utk bayar gantirugi pada Kerajaan atas kerosakan harta benda. Mereka kata, jawatankuasa bertanggungjawab secara vikarious (vicariously liable) untuk kerosakan yang berlaku.
Maknanya, walaupun bukan ahli jawatankuasa yg buat kerosakan, ttp mereka bertanggungjawab kerana yg lakukan adalah peserta himpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0.

Tuntutan Kerajaan ditolak, antara lain sebab jawatankuasa tidak boleh dipertanggungjawabkan atas tindakan individu
Maknanya apa? Maknanya, bukan mudah untuk kita nak kaitkan sesuatu tindakan dengan orang lain. Ini dalam kes sivil. Kes jenayah lagi sukar - contohnya jika dlm perhimpunan aman ada orang tiba2 cetus kekacauan, peserta lain tidak boleh dipertanggungjawabkan.
Setakat rekod yang ada, kita tidak tahu apa yang menyebabkan orang merusuh pada malam itu. Adakah semua yang datang memang nak merusuh? Adakah mereka dtg utk tujuan lain, kemudian ada yang cetus kekacauan? Adakah ada org di situ yang menghasut orang utk merusuh?
Ini masalah paling besar saya lihat pada mereka yang cuba kaitkan perkara ini dengan individu-individu selain mereka yang memukul arwah pada malam itu. Kesimpulan dibuat dengan mudah, ‘A cakap B, sebab itu C terjadi dan D meninggal’.
Tetapi, apa yang benar-benar terjadi pada malam itu, apa yang menyebabkan mereka murusuh, apa yang menyebabkan mereka serang bomba, adakah kita tahu? Ini kelompongan dalam teori media sosial yang mahu melihat orang dipertanggungjawabkan.
Ingat, kalau kita terburu-buru nak menyalahkan orang, tanpa bukti dengan buat andaian kita sendiri, kita juga tidak berlaku adil. Dan akhirnya orang yang betul2 bertanggungjawab akan terlepas, sebab kita fokus pada orang lain.
Saya seru supaya kita biarkan pihak berkuasa buat siasatan menyeluruh dan bawa mereka yg bertanggungjawab ke muka pengadilan. Bagi yang ada maklumat tentang apa yang terjadi pada malam itu, mereka harus tampil ke hadapan dan bantu siasatan. Sekarang bukan masa untuk berdiam diri.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Syahredzan Johan
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!