Profile picture
Syahredzan Johan @syahredzan
, 14 tweets, 3 min read Read on Twitter
Saya terbaca ramai orang tertanya kenapa Datuk Hanafiah tidak teruskan sahaja kes terhadap Sdr Lim Guan Eng walaupun beliau merasakan bahawa kes itu sudah dilemahkan selepas pemeriksaan balas oleh peguam.

Saya cuba huraikan sbg peguam yg ada pengalaman kes jenayah. Bebenang!
Pertama, seseorang tertuduh menghantar surat representasi kpd Peguam Negara untuk minta gugurkan kes bukanlah perkara luar biasa. Dalam kebanyakkan kes, ia menjadi kebiasaan, walaupun tiada prosedur tetap dalam undang2 utk surat ini. Ia terpulang kepada pendakwaan utk terima.
Apatah lagi apabila adanya Peguam Negara baru, atau mungkin dasar baru berkenaan dengan kes-kes tersebut.

Pihak pendakwaan sama ada boleh setuju utk tidak teruskan pendakwaan, atau setuju utk terima pengakuan salah dgn syarat hukuman dipersetujui (plea bargain).
Pasal plea bargain ini, boleh tengok cerita2 Amerika Serikat untuk faham. Walaupun lain sikit di sini, tapi konsepnya sama.

Dlm pengalaman sy, pendakwaan tak teruskan kes adalah lebih jarang drp plea bargain. Tp bukan luar biasa.
Kenapa surat representasi dihantar? Untuk mengelakkan bicara penuh. Mahkamah pun suka kalau representasi diterima. Maknanya, kes tak perlu dibicarakan.

Kena ingat, sistem keadilan kita ini ada kos. Bila saksi datang, ada perbelanjaan yang ditelan. Bila kes jalan, sama juga.
Kes bicara di Mahkamah Tinggi, kalau di Kuala Lumpur boleh ambil masa sehingga 9 bulan atau setahun. Saya ada baru habis satu kes SOSMA di KL, mula tahun lepas, bulan ini baru selesai kes pendakwaan. Dan kes itu hanya ada 11 orang saksi sahaja.
Dalam kes LGE, dilaporkan ada 40 orang saksi. Maknanya, kes ini kalau jalan sepenuhnya akan berterusan selama beberapa tahun.

Rujuk laporan: thestar.com.my/news/nation/20…
Dilaporkan, dalam 24-25 orang saksi telah dipanggil. Kebanyakkan adalah saksi formal ie saksi pendek. Maknanya, yang tinggal adalah saksi-saksi panjang. Ada kemungkinan seorang saksi boleh ambil masa lebih daripada satu hari.

Mkini ada buat laporan live: m.malaysiakini.com/news/417239
Jadi, daripada perspektif seorang pendakwaraya, kalau kes itu sudah lemah sampai saya rasa tidak boleh berjaya, adalah jadi tanggungjawab saya untuk tidak meneruskan kes lagi.

Seorang pendakwaraya bukan kerjanya mahu menang, ttp utk pastikan keadilan ditegakkan.
Pendakwaraya yang teruskan kes walaupun tahu tak boleh menang memungkiri tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam.
Pendakwaraya yang teruskan juga kes walaupun tak boleh menang, akan membazir masa dan kos Mahkamah untuk kes yang lemah.

Jadi sebab itu, seorang pendakwaraya yang dah tahu kes dia jadi lemah, perkara yang dia patut buat adalah untuk hentikan pendakwaan.
Ada orang kata, kenapa tidak teruskan kes sahaja dan biarkan Sdr LGE ‘bersihkan’ namanya. Tetapi itu pertimbangan dari segi politik. ‘Optics’, orang kata.

Seorang pendakwaraya tidak boleh keputusan berdasarkan pertimbangan politik.
Lagi satu, asas sistem keadilan kenayah (criminal justice system) adalah beban pembuktian adalah pada si pendakwa utk buktikan kes, bukannya si tertuduh utk ‘bersihkan’ nama.
Untuk mendesak seseorang utk bersihkan namanya di Mahkamah dalam kes jenayah adalah suatu perkara songsang dan bertentangan dengan sistem keadilan yang sedia ada.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Syahredzan Johan
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!