Profile picture
.
, 10 tweets, 3 min read Read on Twitter
Ulangkaji bab solat.

Benarkah cara solat kita?

Dalam 13 rukun solat itu terdapat 3 rukun khusus. Ramai yang solat tetapi ramai juga yang solat ikut ikutan dan tidak berapa faham cara solat yang sebenar yang boleh menjejaskan sah solat kita.
Rukun solat ada 13:

1. Niat.
2. Berdiri dengan betul.
3. Takbiratul ihram.
4. Membaca Al-Fatihah.
5. Rukuk.
6. I’tidal.
7. Sujud.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Bacaan tahiyat akhir.
10. Duduk tahiyat akhir.
11. Selawat dalam tahiyat akhir.
12. Salam.
13. Tertib.
Dalam 13 rukun itu dipecahkan kepada 3 bahagian:

1. Rukun Qalbi iaitu rukun ke atas pekerjaan hati.
2. Rukun Fi’li iaitu rukun ke atas perbuatan atau gerak kerja.
3. Rukun Qauli iaitu rukun ke atas ucapan atau kata-kata di mulut.
Majoritinya ramai dari kita faham dan lulus 2 rukun pertama iaitu Rukun Qalbi dan Rukun Fi’li dan ramai yang melanggar Rukun Qauli terutamanya ke atas mereka yang menjadi makmum dalam solat.

5 Rukun Qauli yang selalu kita langgar di dalam solat:
1. Tidak takbir ‘Allahu Akbar’ dengan menyebut atau melafaz jelas di bibir.

2. Tidak membaca Al Fatihah secara lafaz.

3. Tidak membaca Tahiyat Akhir secara lafaz.

4. Tidak membaca selawat secara lafaz di rakaat terakhir.

5. Tidak memberikan salam dengan secara lafaz.
Apa Maksud “Menyebut Dan Melafaz?

Dalam Rukun Qauli kita perlu menyebut atau melafaz bacaan yang perlu kita sebut dan lafazkan sehingga terdengar pada telinga kita sendiri.
Cukup sekadar untuk telinga kita sendiri dan tidak wajib ke atas semua bacaan solat tetapi pada 5 tempat:

1. Semasa Takbiratul Ihram.
2. Semasa membaca Al Fatihah.
3. Semasa Tahiyat Akhir.
4. Semasa membaca selawat pada rakaat terakhir.
5. Semasa lafaz salam.

Wallahua'lam.
Boleh follow @SantapanMinda untuk kata-kata hikmah yang penuh positive.

Kita nak jadikan masyarakat kita yang sentiasa spread positivity and keep the good vibes. 😊😊

@SantapanMinda
@SantapanMinda
@SantapanMinda
Bagaimana pula dengan toma'ninah ?

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri, berkata mengikut Mazhab Shafie, jika umat Islam, sama ada mengerjakan solat secara individu atau berjemaah, tidak meraikan toma'ninah, maka solat itu tidak sah.
Di dalam Mazhab Shafie dan Hambali, Toma’ninah adalah salah satu daripada rukun solat. Toma'ninah ada di dalam i'tidal, rukuk, sujud, dan duduk diantara dua sujud. Toma'ninah bererti berhenti sebentar, atau diam seketika pada setiap rukun tersebut.

Wallahua'lam.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to .
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!