Profile picture
, 69 tweets, 9 min read Read on Twitter
semasa malam raya di rumah kampung

"aku nampak perempuan rambut panjang dalam bilik tu mintak tolong?"

"apa kau merepek ni,aku dah cakap jangan cuba masuk dalam bilik tu"

Rt guys,jangan biar korang sorang je yang layan cerita ni

ini adalah thread
aku akan start 11.30 malam ni sebab masa tu je free..hahaha
so korang boleh layan dulu thread yang lain kat sini

Tak nak beli takpe,tolong Rt je ye..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748

or ws je +601126179748
syahrul baru sampai di lapangan terbang..

sudah 8 tahun, dia tidak pulang ke malaysia

semasa di australia ,dia berkahwin dengan gadis australia dan melupakan ahli keluarganya di malaysia
setelah bercerai setahun yang lalu,syahrul pulang semula ke malaysia untuk berjumpa dengan keluarganya

semasa di dalam teksi..
syahrul tertidur
bangun dari tidur,syahrul sudah berada di hadapan rumah keluarga nya

sebuah rumah kampung ,rumah papan..

malam tu malam raya,tapi rumahnya gelap,syahrul mula pelik
syahrul memberi salam,keluar seorang perempuan tua..

itu ialah maknya..

maknya mengalirkan air mata

"baru sekarang kau nak balik?"

"maafkan rul mak"

syahrul memeluk maknya meminta ampun
"oi anak derhaka ,baru sekarang kau nak balik" kedengaran suara yang tengah marah dari belakang syahrul

syahrul pandang ke belakang,kelihatan abangnya

abang syahrul memegang kolar baju nya dan ingin menumbuknya

"kau pergi dari sini"
maknya memegang bahu abangnya
"dah dah ,jangan macamni" memujuk abangnya

abangnya melepaskan tangannya dari kolar bajunya

"kali ni kau selamat" kata abangnya lalu masuk ke dalam rumah
"kenapa rumah ni gelap?" tanya syahrul pada maknya

"elektrik tiba tiba takda ,
kau masuk la dulu,siap siap"

syahrul masuk ke dalam dan berdiri dihadapan bilik lamanya
semasa nak menolak pintu bilik,tiba tiba

"oi jangan masuk bilik tu!!" tengking abangnya

"kenapa?"

"tu bukan bilik kau lagi"

abang nya menyuruhnya untuk duduk di dalam bilik satu lagi..
rumah nya ada 4 bilik,bilik maknya, bilik abangnya ,bilik lama dia dan bilik kosong..

sekarang dia duduk di dalam bilik kosong,kenapa abangnya tak kasik dia duduk dalam bilik lamanya..

apa yang ada di dalam bilik tu
semasa syahrul sedang duduk di atas katil..

dia terdengar bunyi yang pelik dari bilik sebelah

bilik sebelah ialah bilik lamanya
rumahnya rumah papan,terdapat lubang kecil di dinding ,jadi dia ingin melihat bunyi tu datang dari mana dan apa yang ada kat dalam bilik tu melalui lubang tu
syahrul melihat ke dalam lubang tu..

dia terkejut,ada seorang perempuan berbaju putih baring di atas katil sedang menangis

matanya terbeliak hanya memandang ke atas

tiba tiba bahu syahrul di sentuh
"kau tengok apa tu?"
rupanya mak nya..

"takde pape"

"jom makan sekali,mak dah masak"

"baik mak"

maknya berjalan keluar dari bilik

syahrul cuba melihat semula ke dalam lubang tu
syahrul terkejut jatuh terduduk sebab dari dalam lubang tu
dia nampak perempuan yang dia tengok dalam bilik tu tadi,tengah senyum kat dia

syahrul terus berlari keluar dari bilik pergi ke meja makan
di meja makan sudah ada abang dan maknya tengah makan ..

"kau kenapa macam orang kena kejar hantu" kata abangnya

"takdepape la"kata syahrul sambil mengelap peluhnya
semasa makan
"kau tak kahwin lagi?" tanya syahrul

"dah,isteri aku raya rumah mak dia tahun ni..

kau dah kahwin ?"

"aku dah cerai dengan isteri aku"

"jadi sebabtu kau balik"abangnya memandangnya dalam keadaan marah
"dah dah ,baguslah syahrul dah balik,kamu berdua asyik nak gaduh ja" kata maknya

"tak semudah tu" kata abangnya meninggalkan meja makan

"mak ,kenapa abang tak kasik duduk bilik lama syahrul"

tiba tiba riak muka maknya berubah
maknya hanya mendiamkan diri..

mula timbul rasa curiga dalam diri nya

keluarganya seperti ingin menyembunyikan sesuatu
syahrul mula rasa pelik

"kenapa rumah ni masih tiada elektrik?"

"sebenarnya mungkin elektrik dah terputus" jawab maknya

"kenapa terputus?"

"sebab sebenarnya dah 5 bulan,abang kau tak bayar bil elektrik"
"kenapa tak bayar?"

"dah 5 bulan abang kau menganggur,sebelum ni dia kena buang kerja"

"takpe lah,nanti syahrul tolong bayarkan..
duit apa lagi?"

"bil air dan duit sewa rumah ni pada haji khalid"

"baik mak,nanti syahrul bayarkan"
syahrul berjalan masuk ke dalam bilik
semasa baring di atas katil,syahrul terdengar suara orang menangis di bilik sebelah..

suara siapa tu
syahrul bangun meletakkan telinga nya ke dinding bilik..

terdengar suara perempuan menangis ..

tiba tiba tangisan tu berhenti..

"tolongggg ~~~" kedengaran suara meminta tolong pula muncul di bilik sebelah
syahrul berlari dihadapan bilik lamanya hendak membuka pintu bilik tu..

belum sempat pintu di buka,dia di tolak oleh seseorang
"kan aku dah cakap ,jangan masuk bilik ni!!" tengking abangnya

"aku dengar suara orang mintak tolong tadi "

"kau merepek apa!! mana ada orang dalam bilik tu"

syahrul terdiam
syahrul berjalan masuk ke dalam biliknya...

semasa baring di atas katil,dia masih terfikir tentang bilik tu

lama lama ,dia pun tertidur
pukul 1 pagi,syahrul terbangun dari tidur sebab ingin ke bilik air untuk buang air kecil

sampai sahaja di hadapan bilik air,
dia tak bukak pintu bilik air tu..

sebab dia dengar ada bunyi air..
ada orang dalam bilik air
dia pun tunggu di luar bilik air,
selepas 10 minit,dia mula pelik..

sebab dah lama sangat,takda pun orang keluar..

dan takda dah bunyi air..

syahrul pun ketuk ketuk pintu tandas tu sambil tanya siapa kat dalam
sebab pintu bilik air tu tak dikunci dari dalam..

pintu tu pun terbukak

syahrul terkejut takda orang dalam bilik air

abih tadi dia dengar bunyi air
syahrul tanpa fikir panjang terus masuk dalam bilik air melepaskan hajatnya..

dari nak buang air kecil terus buang air besar sekali

masa dalam tandas ,dia terdengar bunyi tv terbukak

"siapa bukak tv malam malam buta ni" katanya dalam hati
tiba tiba syahrul teringat sesuatu,rumahnya mana ada elektrik..

macammana tv boleh terbukak
syahrul keluar dari bilik air ..

sampai sahaja di ruang tamu,dia tengok tv tak terbukak pun

tiba tiba dia terdengar suara orang ketawa

syahrul melihat ke arah suara ketawa tu..

di dapur ,ada kepala seseorang rambut panjang sedang menjenguk nya di balik dinding
" siapa tu? " tanya syahrul tapi tiada sahutan

syahrul tahu suara ketawa dari kepala yang sedang menjenguknya tu..

bulu roma syahrul mula meremang
kepala yang menjenguknya tiba tiba hilang,

syahrul nak pergi ke dapur..

tapi langkah kaki nya tiba tiba berhenti kerana ternampak gambar di dinding rumahnya..

gambar abangnya bersama isteri abangnya..
syahrul terkejut sebab muka isteri abangnya sama dengan wajah perempuan yang dia nampak ada dalam bilik lama nya ..
syahrul masuk ke dalam bilik dan baring di atas katil

tiba tiba dia terdengar bunyi orang mengetuk ngetuk dinding dengan kuat

dan ketukan itu datang dari bilik lamanya
syahrul sudah mula hilang sabar,syahrul terus masuk ke dalam bilik lamanya

apabila sudah masuk,syahrul batuk kerana terlalu banyak habuk..

seperti bilik itu sudah lama tak dimasuki
syahrul mula melihat ke dalam bilik tu,dari dalam gelap..

ada seorang perempuan berbalut dengan kain putih seperti pocong dengan muka yang sangat mengerikan..

terapung dan bergerak ke arahnya secara perlahan

syahrul menutup matanya kerana ketakutan
syahrul buka semula matanya secara perlahan lahan,perempuan tu dah takda..

dia mula melihat apa yang ada dalam bilik tu

dia macam tak percaya apa yang dia nampak
ada tengkorak manusia dalam bilik tu..

tengkorak siapa ni

apa yang keluarganya cuba sembunyikan
tiba tiba dari belakang
"aku dah cakap jangan masuk bilik ni! "

syahrul pusing badannya ke belakang ,kelihatan abangnya dengan muka yang sangat marah sedang memegang parang..
"tengkorak siapa ni?
apa yang kau dah buat?"

" kau tak yah masuk campur"

abangnya mula mengangkat parang hendak menyerang syahrul
syahrul sempat mengelak dan terus berlari keluar dari rumah..

sambil berlari ,syahrul sempat pandang ke belakang ..

abangnya sedang mengejar nya dengan parang..
syahrul mula berlari tanpa arah..

setelah lama berlari,syahrul terjatuh terlanggar batu..

kakinya berdarah..

dia lihat abangnya sudah tidak lagi mengejarnya
dalam keadaan kakinya yang sakit tu..

dia terkejut..

sebab batu yang dia langgar ialah batu nisan
syahrul mula lihat sekeliling ,rupanya dia dah ada di kawasan perkuburan..

tiba tiba syahrul ternampak sesuatu yang membuat kan fikiran nya mula bercelaru..

dia nampak batu nisan yang ada nama maknya
"mak aku dah mati !" kata syahrul dalam hati

syahrul keluar dari kawasan perkuburan pergi ke rumah haji khalid

haji khalid ialah ketua kampung di kampungnya

selepas memberi salam,haji khalid muncul

"waalaikummussalam,eh syahrul,macammana kau boleh ada kat sini"
" saya baru balik tadi,abang saya.

dia dah jadi pembunuh"

"abang kau pembunuh??apa kau cakap ni?"

"saya jumpa ada tengkorak dalam bilik dalam rumah tu"

"aku tak paham apa kau cakap ni"

"kenapa tak paham pulak?"
"abang kau dah 5 tahun meninggal dunia"

syahrul terkejut mendengar kata kata haji khalid

"saya tak percaya,saya baru je jumpa dia tadi"
"semua ahli keluarga kau meninggal dunia ,5 tahun lepas kemalangan jalan raya"

"tapi betul saya jumpa mereka semua tadi,jom ikut saya"

syahrul membawa haji khalid dan budak budak haji khalid ke rumahnya
sampai sahaja depan rumah,syahrul terkejut ..

sebab rumah nya sudah sangat buruk,seperti sudah bertahun tahun di tinggalkan .

tiba tiba air mata nya mengalir

"jadi sekarang kau dah percaya cakap aku,ahli keluarga kau dah meninggal dunia?"tanya haji khalid
"saya menyesal tak balik dari dulu lagi"..

"takpelah,kau tidur je rumah aku..barang barang kau nanti budak budak aku ni je yang ambik"
"takpelah haji khalid,biar saya ambik sendiri"

syahrul berjalan hendak masuk ke dalam rumahnya
tiba tiba kepala nya dipukul dari belakang oleh budak budak haji khalid..

syahrul pengsan..
"haji,apa kita nak buat dengan budak ni"

"korang bunuh je lah dia,letak mayat dia kat tempat yang selamat,

aku dah bagi peluang tadi,dia tetap nak masuk balik dalam rumah tu..

lagi sikit kita nak kantoi tadi"
sebenarnya 5 tahun lepas,selepas maknya meninggal dunia..

haji khalid dan budak budak nya datang untuk mengambil rumah sewa tu,dia nak menghalau abang dan isteri abangnya dari rumah tu
dari situ berlakunya pertelingkahan yang menyebabkan salah sorang budak haji khalid terbunuh abangnya

seterusnya membunuh isteri abangnya..
kerana tidak sengaja membunuh ..
haji khalid tak jadi mengambil rumah tu..

budak budak haji khalid menyimpan mayat abang dan isteri abangnya di dalam bilik syahrul..

kerana rumah mereka jauh dari rumah orang lain,mayat mereka tidak dijumpai sehinggalah sekarang

tamat
alternate ending...

start

3

2

1
"takpelah haji khalid,biar saya ambik sendiri"

syahrul berjalan masuk ke dalam rumahnya

mengambil barangnya dan pergi ke rumah haji khalid
sampai di hadapan rumah haji khalid

syahrul terkejut rumah haji khalid dah terlalu buruk seperti sudah lama di tinggalkan

syahrul di pukul dari belakang oleh budak budak haji khalid
syahrul pengsan..

dalam pengsan syahrul bermimpi apa yang terjadi 5 tahun lepas..

budak budak haji khalid datang ke rumahnya hendak menghalau abangnya dan isteri abangnya..

di rumah masa tu hanya ada isteri abangnya
kerana isteri abangnya berdegil tidak mahu keluar dari rumah tu,budak budak haji khalid merogol dan membunuh isteri abangnya..

dan meletak kan mayat isteri abangnya dalam bilik syahrul
apabila abangnya balik dari kerja,dia jumpa mayat isterinya,..

dia jadi sangat marah dan pergi ke rumah haji khalid dan membunuh haji khalid dengan parang..

selepas tu abangnya pula dibunuh oleh budak budak haji khalid..
syahrul tersedar ..dia ada di dalam teksi..

rupanya dia tak sampai lagi ke rumahnya..

teksinya kemalangan..

dia lihat di sebelah nya ,dirinya dalam keadaan yang penuh dengan darah,rupanya dia dah mati..
apa yang dia lalui tadi,hanya lah interaksi rohnya dengan roh abangnya dan haji khalid yang tidak tenang - tamat
saja buat alternate ending,dari tengah hari tadi ada banyak idea untuk ending cerita ni..

sampai aku nak kena pilih mana yang sesuai dan tak gila sangat..hahahah

antara 2 ending ni,mana ending yang paling sesuai

pilihan di tangan anda
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!