Profile picture
, 79 tweets, 10 min read Read on Twitter
"Nenek kebayan mencari cucu di mana ada.."

meh rt guys,jangan biarkan korang je yang rasa seram layan cerita ni

ini adalah thread
korang boleh layan thread aku yang lain kat link ni dulu,aku akan start 11.30 malam
Semua kompilasi thread akan di letakkan dalam channel ni,sebab takut apa apa jadi pada account twitter ni suatu hari nanti..

akan cuba update dalam masa yang terdekat,harap boleh follow

Terima kasih kerana membaca

t.me/Abstrakim
Tak nak beli takpe,tolong Rt je ye..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748
aziz baru balik dari sekolah dan merungut pada maknya dengan berkata "mak, tahun ni ,kita raya kat kampung la"..maknya menjawab"tapi kita takde kampung"..
aziz berkata lagi"tapi kawan kawan aziz smua ada kampung,kenapa kita takde kampung pulak"..maknya hanya menjawab"sebab aziz ada mak je"..aziz hanya diam
mak aziz iaitu puan hasnah ialah seorang ibu tunggal mempunyai kerjaya yang bagus untuk menyara anaknya seorang diri..oleh itu puan hasnah selalu out station,jadi dia akan hantar anaknya ke rumah jiran sebelah untuk di jaga
malam tu,aziz bertanya pada abangnya ,izue" abang ,betul ke kita takde kampung?"..izue menjawab "aku rasa ada ,ingat tak.. kat album gambar ,ada satu gambar rumah kampung tu,rasa tu kampung kita,siap ada alamat belakang gambar tu"..
aziz terus senyap senyap keluar pergi ruang tamu,amik album gambar bawak masuk dalam bilik..aziz pun keluarkan gambar kampung tu dan cakap kat abang dia "aah lah ,kat belakang ni..ada alamat"..aziz pun baca nama kampung dalam alamat tu"kampung kebayan"..
aziz bertanya lagi"tapi kalau ni kampung kita,kenapa mak nak rahsiakan semua ni?"
izue pun jawab"esok mak outstation 3 hari takde kat rumah,kita tipu je jiran sebelah cakap mak dah balik nanti,lepastu kita gerak pergi kampung ni"..aziz pun jawab" hmm tak berani la"..izue pun balas "aku kan ada"
aziz pun bersetuju dengan abangnya,aziz pun pecahkan duit tabungnya untuk kegunaannya semasa berada di kampung
seperti yang dirancang,aziz dan abangnya naik teksi ,menunjukkan alamat yang ada kat belakang gambar,pemandu teksi tu pun menuju ke destinasi dalam alamat tersebut
pemandu teksi tu bertanya "betul kamu nak ke kampung kebayan ni?"..aziz membalas "ye kenapa?"..pemandu teksi tu menjawab "takde pape,cuma abang banyak dengar yang kampung tu berhantu,dengar cerita ada hantu nenek kebayan ,sebabtu nama kampung tu kebayan"..
aziz mula rasa seram,tapi dah dalam perjalanan da pun,jadi teruskan je lah,

teksi memasuki kawasan hutan,kampung tu terletak jauh di dalam kawasan hutan yang sangat tebal,nasib baik ada laluan teksi..
jam menunjukkan pukul 9 malam..jalan agak gelap,hanya ada lampu dari teksi tu je..dalam perjalanan tu aziz macam beberapa kali ada nampak nenek tua tengah berdiri di balik pokok pokok getah ,tapi aziz menganggap itu hanyala perasaannya sebab dia dengar cerita pemandu teksi tu td
akhirnya sampai dihadapan sebuah rumah kampung,rumah tu agak usang dan gelap..pemandu teksi tu bertanya pada aziz,betul2 pasti ke itu rumahnya,aziz menjawab ye,sebab sama dengan dalam gambar
pemandu teksi tu pun menurunkan mereka berdua dan berlalu pergi
aziz mula rasa seram tengok keadaan rumah tu,tapi sebab ada abangnya ,dia jadi kurang seram lah sikit..aziz pun memberi salam
kali ke 3 aziz beri salam baru ada sahutan,tapi suara yang membalas salam tu membuatkan aziz rasa seram ...suaranya agak garau dan menyeramkannya..

rupanya suara tu di belakang mereka
aziz dan izue pusing ke belakang nampak ada seorang nenek tua rambut putih,berbongkok tengah memandang mereka dan bertanya "siapa kamu berdua ni?" "apa kamu buat di kawasan rumah aku"..aziz menjawab "kami berdua anak puan hasnah"..nenek tua tu terkejut dengar nama tu
tiba tiba nenek tua tu senyum dan berkata "mari lah masuk"..aziz dan izue pun masuk ke dalam rumah tu,kerana sangat gelap,diorang berdua teraba raba dinding mencari jalan dalam rumah tu,aziz pun menghidupkan lampu lilin yang ada di dalam rumah tu,aziz terkejut
sebab rumah tu seperti sudah lama di tinggalkan,nenek tua tu pun menunjukkan bilik mereka berdua,nenek tua tu menyuruh mereka berdua untuk mandi,lepas mandi..nenek tu ajak makan bersama
mereka mandi di dalam bilik mandi yang ada dalam rumah..tapi rumah kampung selalunya jamban ada kat luar rumah..selepas mandi ,mereka berdua pun duduk di meja makan dengan nenek tua tu sambil ditemani lampu lilin sahaja
masa tengah makan,aziz bertanya "apa kaitan nenek dengan mak saya?"

nenek tu berkata"dia anak aku,hmm dia tinggalkan aku sorang diri dalam rumah ni" tiba tiba air matanya jatuh..aziz dan izue rasa kesian,cuba menenangkan nenek tu
aziz tak paham kenapa maknya sanggup tinggalkan maknya sendiri di rumah usang tu,malam tu aziz dan izue tidur didalam bilik yang sama
masa tengah tido ,aziz terjaga dari tidur..aziz terkejut ..sebab nenek nya tengah berdiri di hujung katilnya sedang melihatnya ,aziz hanya membuka matanya sedikit sahaja,harap nenek nya tak perasan yang dia dah terjaga dari tidur
lama neneknya berdiri di hujung katil,lepastu aziz tengok nenek nya tengah mengoyang goyang kepalanya ,aziz mula rasa seram dengan perbuatan neneknya
akhirnya neneknya berlalu pergi dan keluar dari bilik tu,aziz mula rasa tak sedap hati dengan apa yang dia lihat tadi..aziz pun keluar dari bilik dan pergi ke bilik neneknya
dari luar bilik aziz nampak neneknya tengah tido,aziz pun berlalu pergi ke dapur untuk minum air..
sampai kat dapur ,aziz terkejut..aziz nampak neneknya membelakanginya tengah duduk bersila di lantai..abis siapa yang dalam bilik tadi
tiba tiba nenek nya pandang ke belakang dan melihat aziz,aziz terkejut..mulut neneknya penuh dengan darah,nenek nya tengah makan daging mentah..aziz ketakutan terus lari nak pergi ke bilik yang dia tidur tadi
sampai depan pintu,pintu bilik tu berkunci..aziz memanggil nama izue tapi tiada sahutan..tiba tiba ada air jatuh di kepalanya dari atas,aziz pegang air tu,rupanya darah..aziz pun pandang keatas
neneknya tengah merangkak di atas siling,sambil tengah makan mayat abangnya
neneknya pandang ke arah aziz dengan mulut penuh dengan darah dan pandangan yang amat menyeramkan,dan lompat ke arah aziz
terus aziz terjaga dari tidur dengan badannya berpeluh peluh,rupanya semua tu tadi mimpi..izue bertanya "kau ni kenapa?"..aziz menjawab "aku mimpi aku kena smackdown ngan nenek kita".. izue gelak
izue pun ajak aziz teman dia pergi jamban,sebab jamban kat kampung ada kat luar rumah..aziz rasa takut sebab lepas mimpi bukan bukan,tapi takde pilihan..dia pun teman kan izue pergi jamban
masa nak ke luar rumah dari pintu belakang,diorang kena lalu bilik nenek diorang..dari luar bilik,nampak nenek diorang tengah tidur..aziz rasa lega
izue pun masuk ke dalam jamban,aziz tunggu kat luar ..tiba tiba dari jauh aziz macam nampak ada seorang nenek tua berbongkok memakai tongkat sedang berjalan ke arahnya,aziz mula rasa pelik,siapa nenek tua tu
semakin dekat,aziz dapat nampak yang muka nenek tua tu sangat hodoh tengah berjalan ke arahnya..aziz mula rasa tak sedap hati terus cakap kat izue"cepat sikit oi"..izue membalas"sabarlah"
tiba tiba nenek tua tu berhenti kat sebatang pokok yang besar ..seperti menyorok di balik pokok besar tu,selang beberapa minit aziz terkejut,nenek tua tu menjenguk dari balik pokok besar tu,nampak muka nenek tua tu sangat hodoh tengah tengok dia
aziz ketakutan terus ketuk pintu jamban dengan kuat,masa ketuk tu pintu jamban tak berkunci dan terbukak,aziz terkejut tengok dalam jamban takde orang,mana abang dia
aziz terus berlari ketakutan masuk ke dalam rumah,aziz tengok pintu bilik nya tido tadi tertutup,aziz rasa tak sedap hati..aziz pun pandang ke syiling rumah
selamat takde pape,aziz terus masuk ke dalam bilik nya,aziz terkejut izue tengah nyenyak tido..aziz terus kejut izue dan berkata"oi kenapa kau tinggalkan aku"..izue dengan muka pelik menjawab"aku dari tadi tido je,bila masa aku tinggalkan kau"
aziz mula pening kepala,dia dah malas nak fikir..aziz terus sambung tido
bangun je dari tido,aziz nampak abangnya masih nyenyak tido,aziz kejutkan abangnya,tapi abangnya tak nak bangun..aziz cari nenek nya disekitar rumah tapi takde,aziz terus keluar dari rumah untuk pergi bersiar siar di sekitar kampung
masa berjalan sekitar kampung,tiba tiba ada seorang lelaki menegur aziz "aku tak pernah nampak kau,kau dari mana ea?"..aziz pun jawab "saya dari bandar,saya datang sini nak jumpa nenek saya"..lelaki tu bertanya lagi "nenek kau siapa?"
aziz menjawab "saya tak tahu nama nenek saya,tapi dia tinggal kat hujung jalan tu"..tiba tiba riak muka lelaki tu berubah jadi takut,terus berlalu pergi..aziz mula rasa pelik,sepanjang perjalanan akan ada yang tanya siapa dirinya,tapi bila dia bagitahu,semua lari darinya
sampai lah kat kedai kuih,masa aziz nak beli kuih tu,penjual kuih tu tanya soalan yang sama dan terkejut jugak dengan jawapan aziz
tapi hanya penjual kuih tu sahaja berani memberi respons dengan berkata "kau dah giler ke ,tu rumah nenek kebayan tau"..aziz terkejut
aziz berkata "tapi tu rumah mak saya dengan nenek saya"..penjual kuih tu menjawab "tapi nenek kau dah meninggal"...aziz terkejut dengan kata kata penjual kuih tu terus berkata"tapi malam tadi saya jumpa ngan nenek saya"
penjual kuih tu pun bercerita "beberapa tahun dulu di sebabkan kampung ni jauh dari bandar,semua orang kampung menyembah satu pokok besar di hujung kampung ni,ada satu jin yang mendiami pokok tu,masa tu hanya dua orang yang menentang penyembahan tu iaitu mak dan nenek kamu"
"tapi lepas nenek kamu meninggal,jin tu hilang,tapi nenek kebayan yang menyerupai nenek kamu start muncul menjaga pokok besar tu dan mak kamu jugak lari dari kampung ni,kami pun tak tahu kenapa,..selepas itu jugak makin ramai yang berhenti menyembah pokok besar tu.."
"sekarang rumah nenek kamu dan pokok besar tu dah lama terbiar di hujung kampung"
aziz terkejut dengar cerita penjual kuih tu,aziz terus berlari ke rumah neneknya untuk ajak abangnya keluar dari rumah tu,masuk je dalam rumah,aziz nampak abangnya di meja makan,aziz terus pergi kat abangnya dan berkata"jom kita balik.."..
tiba tiba ada suara nenek nya dari belakang"kenapa nak balik?"..aziz mula seram sebab aziz dah tahu yang neneknya sbenarnya dah mati
izue sambung cakap"aah la,kau kenapa nak balik,esok kita balikla.."..aziz takut nak cakap sebab ada neneknya kat situ,aziz terus masuk ke dalam bilik
masa dalam bilik,aziz tunggu abangnya masuk bilik sambil baring,tapi tanpa sedar aziz tertido..bangun dari tido rumah tu dah gelap,abangnya takde kat sbelah,aziz terus menjerit memanggil nama abangnya tapi tiada sahutan
dalam malam yang gelap,takde lampu pun dalam rumah tu,aziz teraba raba dinding rumah nak berjalan keluar dari rumah tu..masa raba raba dinding ,aziz terkejut sebab dia terpegang satu tangan
bila aziz cuba tengok tangan siapa,aziz tengok dia tengah sentuh tangan neneknya..aziz terus menjerit ketakutan berlari tak tentu arah nak keluar dari rumah tu
bila dah keluar dari rumah,aziz menjerit memanggil abang nya tapi tiada sahutan..dari tingkap rumah tu,aziz bole nampak nenek dia tengah tersenyum macam tengah gelakkan dia dari tingkap,aziz terus beranikan diri bertanya pada nenek nya dari luar rumah tapi tiada jawapan
aziz mula rasa tak sedap hati,aziz teringat cerita orang kampung tentang pokok besar di hujung kampung tu..aziz terus berlari nak pergi ke pokok besar tu,sampai je kat pokok besar tu..muncul seorang nenek tua berbongkok,bertongkat dan mukanya sangat hodoh
aziz mula perasan yang muka nenek tua tu macam muka neneknya tapi penuh dengan luka di muka..sangat hodoh..tiba tiba aziz dipukul dengan objek keras dari belakang..aziz terjatuh terbaring
kepala aziz berdarah dan aziz terbaring dan terkejut melihat orang yang memukulnya dari belakang..iaitu izue abangnya..
aziz pun pengsan..
bangun bangun je ,aziz ada kat atas katil dalam bilik di rumahnya..apa yang terjadi tu semua mimpi ke
tiba tiba aziz rasa yang kepala nya sakit,aziz tengok ada kesan luka di kepalanya,...jadi apa yang terjadi tu,bukan lah mimpi..
pintu biliknya terbukak,mak aziz terus peluk aziz sambil menangis,aziz terus bertanya"sebenarnya apa semua ni,aziz tak paham?"..
mak aziz berkata "mak call jiran sebelah dan dapat tahu yang kamu tak da kat sana,jadi mak terus balik ke rumah,mak tengok gambar yang ada alamat kampung takde,mesti kamu ke sana?"
aziz menjawab"bukan yang tu aziz nak tahu,kenapa mak tinggalkan kampung,siapa yang duduk dalam rumah nenek tu"..mak aziz menangis
mak aziz pun bercerita "nenek kamu ada qarin dari kecil lagi..qarin tu ialah jin yang sama sama lahir dengan nenek kamu,membesar dengan nenek kamu,mereka dah macam adik beradik..tapi bila nenek kamu dah dewasa ,dia mula lari dari qarin tu,dia dah tak nak berkawan dengan jin"
"jadi qarin tu dah tak ikut nenek kamu lagi..kat kampung tu semua orang menyembah satu pokok besar kecuali mak dan nenek kamu,tapi masa nenek kamu meninggal,mak sangat sedih..masa tu mak ditipu oleh jin pokok besar tu,dia janji yang dia akan hidupkan nenek kamu balik "
"tapi dengan syarat iaitu memberi jasad mayat nenek kamu pada dia selama seminggu,..lepas seminggu nenek kamu pun muncul di rumah,mak ingat tu nenek kamu,tapi dah lama lepastu ,baru mak sedar itu bukan nenek kamu,tapi qarin"
"jin pokok besar tu panggil qarin nenek kamu balik untuk menyamar jadi nenek kamu..dan jin tu guna mayat jasad nenek kamu untuk teruskan hidupnya..kerana mak tak sanggup fikirkan semua dosa ni,mak lari dari kampung tu.."
aziz baru teringat sesuatu dan bertanya"mana abang izue?"..maknya menjawab "dah berapa kali mak cakap,kamu takde abang!! " - tamat
kepada yang tak paham..dari awal cerita..dia takde abang pun..dia sama macam nenek dia,ada qarin
lagi satu semua gambar yang aku guna untuk buat thread ialah hanya sekadar gambar hiasan je,takde kena mengena dengan cerita..terima kasih
ada yang tanya ,abih siapa yang pkul kepala dia malam tu..qarin tu jin boleh ke pukul manusia..

sebenarnya perasan tak ayat last mak dia dalam cerita ni"dah berapa kali mak cakap,kamu takde abang!! "
so sebenarnya dah beberapa kali bagitahu yang dia takde abang tapi dia tak percaya..mungkin bukan mak dia je bagitahu,orang sekeliling dia pun
..dia tak percaya ,dan dia percaya apa yang dia nampak je iaitu qarin tu,lama lama mungkin effect dia punya mental health..mungkin malam tu dia yang pukul diri dia sendiri
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!