Sebuah karya asli arahan @hafyziskidnosys mempersembahkan
LEKA LUKA LOKA
Antara cinta & kerjaya, antara keluarga & rakan, antara bahagia & dendam
Adeline mesti memilih
Di rumah tersebut tinggal seorang duda bersama 4 orang anak gadisnya.
Adeline....
itu adalah nama salah seorang anak duda itu.
Bersama arwah isteri muda itu, Tuan Iswan juga mempunyai seorang lagi anak, Nephil.
Nephil adalah adik kepada Adeline, seorang yang ceria dan istimewa.
Pihak polis telah mengadakan operasi mencari dan menyelamat namun tidak berhasil.
Setelah lama mencari, ibu mereka pun diisytihar mati.
Kelly & Elly adalah anak Tuan Iswan bersama arwah isteri tuanya.
Arwah isteri tua telah lama meninggal dunia, sejak Kelly & Elly kecil lagi.
Khadijah, pembantu rumah Tuan Iswan berasal dari kampung seberang. Kerja ini hanya sementara dia menunggu keputusan degree.
Walaupun sudah berkerja selama 3 bulan, tiada seorang pun di rumah itu mengenali Farukh, dari mana asalnya dan siapa keluarganya. Sangat misteri.
Namun Tuan Iswan amat mempercayai Farukh, selepas kejadian 3 bulan lepas.
Hanya kawan karib Elly iaitu Chandra dan sepupu Adeline & Nephil iaitu Gery sahaja dibenarkan keluar masuk dgn mudah.
Orang selain mereka berdua perlu mohon pas masuk dgn lebih awal.
Dia tidak suka mengharap kekayaan ayahnya, kerana dia tahu kakak tirinya, Kelly tidak suka dengan dia dan adiknya.
Kelly benci Adeline & Nephil.
Walaupun tiada pengalaman, Adeline telah diterima kerja oleh bos syarikat tersebut, Melvin.
Melvin mengambil Adeline kerja sebaik sahaja Adeline melangkah masuk pintu pejabatnya.
Disitulah bibit pertemuan pertama Adeline bersama Haziq, juga model sambilan di agensi tersebut berputik.
Namun Haziq seorang yang pemalu dan pendiam.
Adeline selalu singgah ke kedai runcit tersebut utk berjumpa dengan Pak Cik Ben.
Selepas kehilangan arwah ibu, Pak Cik Ben adalah tempat Adeline mengadu.
Kadang-kadang Gery akan membantu ayahnya.
Utk meringankan beban, Pak Cik Ben ada mengupah seorang pekerja, Asri.
Asri ada satu fobia, dia ada masalah untuk bercakap dengan perempuan.
Jika Adeline dtg singgah, Asri akan bersembunyi dan menilik jauh dari belakang kampit beras.
Cuma adik Melvin, Melissa sahaja yang tahu keinginan abangnya itu.
Melvin tidak mampu berahsia daripada adiknya.
Melvin suka pada Adeline, namun hari Adeline sudah terpana pada Haziq.
Cuma Haziq masih lagi tidak nampak tanda-tanda Adeline menyukainya.
Antara Haziq buta cinta atau terlalu fokus pada kerjaya, ini membuat Adeline susah utk meluahkan.
Ezra adalah rakan sekerja Haziq di sebuah kedai makan, tempat kerja Haziq selain menjadi model sambilan.
Adib pula kawan karib Haziq yang sedang menyambung pengajian PHD di universiti berdekatan.
Bahagian apakah yang perlu saya sambung selepas ini?
Pintu yg menghubungkan garaj dgn rumah terbuka, kelihatan Khadijah masuk membawa air teh.
“Farukh, kenak sik ngn Tuan Iswan?” Khadijah tanya
Farukh endahkan soalan itu
“Tuan Iswan nak drive kedirik. Tuan hantar Elly dan Chandra ke library” jawab Farukh, sebelum Khadijah hilang ke dalam rumah.
Tidak lama kemudian, Tuan Iswan balik.
Dia terus berjalan menuju ke pejabatnya.
Dia terus berdiri di depan cermin dan memegang sekitar bahunya.
Terdapat kesan kecederaan tembakan.
Dalam hati Tuan Iswan berkata....
“Kalau bukan sebab Farukh, aku mesti dah mati”
Kejadian 3 bulan lalu masih segar, diingatan Tuan Iswan.
Tuan Iswan sedang duduk berbincang dengan rakan kongsi nya di sebuah kopitiam eksklusif.
Selain mereka terdapat beberapa orang pelanggan lain berdekatan.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang agak kuat dari luar.
Keadaan dalam kopitiam tiba-tiba menjadi sunyi.
Tuan Iswan menoleh sekeliling.
Tiada orang lain selain dirinya, seorang pelayan kopitiam, pasangan tua dan 3 orang bertopeng muka.
Tuan Iswan angkat.
Sebaik sahaja angkat, dia terus ditolak duduk atas sebuah kerusi.
Tuan Iswan tidak mengecam 3 orang tersebut.
“Apa yang korang mahu?” tanya Tuan Iswan.
Tuan Iswan dengan pistol.
“Kau jangan pandai-pandai. Sekarang ini biar aku je yg tanya soalan, bukan kau”
Pemuda bertopeng 1 mengeluarkan sekeping kertas yang kelihatan agak usang dan berlipat.
Tuan Iswan membaca apa yang tertera
“KAPU!?”
Tuan Iswan diam, dia berfikir panjang.
Pemuda bertopeng 1 memukul Tuan Iswan lagi. Pemuda bertopeng lain sedang mengacu pistol pada tebusan lain.
“Aku tak akan beritahu kat mana aku sembunyi KAPU” tegas Tuan Iswan.
“Baik kau cakap, sebelum aku tembak orang tua ini” kata pemuda bertopeng 2.
Makcik tua yang sudah lama duduk diam tiba-tiba menangis.
“Bos. Kita ada 10 minit lagi sebelum polis sampai”
Tiba-tiba..
semua orang menoleh ke arah bunyi sudu yang jatuh itu.
“Oooffpphh” Pemuda bertopeng 3 jatuh tersembam
Pelayan kopitiam tiba-tiba berlari meluru ke arah Tuan Iswan.
“Tunduk!!!”
Pelayan kopitiam terus mencapai pisau makan diatas meja dan terus membaling ke arah tangan pemuda bertopeng 2.
Pisau tertusuk pada tangan, pistol pun jatuh.
Peluru mula berterbangan.
Pelayan kopitiam bersembunyi disebalik kaunter bayaran.
“Bos, kita perlu lari sekarang”
“Sebelum aku lari. Aku akan bunuh lelaki keparat Iswan itu” Pistol diacukan tepat ke arah kepala Tuan Iswan.
Belum sempat peluru dilepaskan, pelayan kopitiam masuk dan sempat menepis tangan pemuda bertopeng 1.
Pemuda bertopeng 1 sempat menolak pelayan kopitiam, sebelum sempat lari bersama 2 orang lagi pemuda topeng.
Siren polis kedengaran dari jauh.
Tuan Iswan sudah menerima rawatan daripada paramedik.
Dia menghampiri pelayan kopitiam yang sedang duduk seorang diri.
“Terima Kasih. Aku suka kau. Kau pandai berlawan. Aku Tuan Iswan. Aku nak ambil kau berkerja sebagai bodyguard aku”
“Bila kamek boleh start kerja?”
“Now. Siapa nama kau?” Tuan Iswan menghulurkan tangan.
Pelayan kopitiam menyambut salam,
“Nama kamek Farukh”
Watak manakah yang perlu saya fokus selepas ini?
“Jangan jak lah hujan hari, baruk jak ku cuci” kata Farukh dlm hati.
“Cik Kelly pergi sine Farukh?” muncul Khadijah sambil bertanya.
Farukh diam.
“Cik Nephil. Kenak ktk duduk tengah panas ya? Jom masuk” panggil Khadijah
“Sikpa. Kamek tengah tunggu Gery” kata Nephil.
Khadijah angguk. Dia melihat semula ke arah Farukh.
“Oit. Farukh. Dari siang tadi kitak nyuci kereta eh. Sik kepak ka? Lunch dah sedia”
Farukh diam.
“Heh, ya ku malas kelaka ngan kau. Kau tok robot ka?” marah Khadijah.
Farukh diam, tapi senyum.
“Lapar juak la” akhirnya Farukh menjawab.
Kedengaran Nephil bergurau dengan Gery di ruang TV.
Suasana di dapur sungguh kekok.
Farukh cuba untuk memecah kesunyian.
“Tuan Iswan dah makan?”
“Nya makan luar tek. Kinek nya tengah tido atas” jawab Khadijah
Telefon rumah berbunyi, Khadijah bingkas angkat menjawab panggilan.
Farukh seorang diri di dapur. Dia cuba menghabiskan makanan secepat mungkin sebelum Khadijah kembali.
Farukh bukan tak suka, dia cuma malas untuk melayan Khadijah yang suka bercakap.
Semasa dia menaiki tangga ke atas, Nephil dan Gery sedang berlari berkejaran dari tingkat dua ke bawah.
Dalam masa yang singkat, Nephil hilang imbangan dan tersungkut semasa menuruni tangga.
Gery yang sudah sampai ke tingkat bawah terkejut mendengar Khadijah menjerit.
Nephil pula seperti ingin terbang seperti bidadari, namun dengan gaya tersembam di lantai bawah.
Semuanya berlaku dengan pantas.
Farukh sempat menyambar tangan Nephil sebelum Nephil jatuh.
Nephil berjaya diselamatkan. Khadijah dan Gery gembira melihat Nephil selamat.
Nephil terkejut apabila tangannya dipegang Farukh.
Nephil tiba-tiba meracau.
“Lembaga keadilan menunggang Buraq ke medan, ingin menyingkap rahsia hitam, mencari makam selir yang telah dibeloti kekasih.”
Farukh diam.
Khadijah dan Gery mendengar setiap patah perkataan yang dicakap Nephil secara tidak sedar.
Kata-kata yang tiada maksud.
Khadijah menyuruh Farukh baringkan Nephil di sofa.
Dia tahu anaknya Nephil adalah seorang yang istimewa dan dia juga kaitkan ungkapan tadi ada kena-mengena dengan Farukh.
Tuan Iswan masuk semula ke biliknya.
Dia tidak jadi untuk ke bilik Tuan Iswan. Dia terus ke belakang rumah, masuk ke biliknya.
Sambil duduk diatas katilnya, dia memegang tangannya.
Sewaktu menyambar Nephil tadi, dia juga ada merasa sesuatu rasa yang menusuk.
Dia cuba mengingat semula ungkapan yang Nephil sampaikan.
“Penipu, Pendusta, Pembawa yang batil” Farukh bingung.
Adakah Nephil tahu rahsianya?
Apa yg Nephil cuba sampaikan?
Itu adalah persoalan yang bermain di minda Farukh.
“Yang penting, misi aku perlu diselesaikan. Itu yang lebih utama” fikir Farukh. Dia baring dan terlelap.
Siapakah sebenarnya Farukh?
Kelly telah memandu keretanya dengan laju pada awal Bahagian 2. Kemanakah dia pergi?
Dia rasa amat bosan sekali duduk di rumah seorang diri.
Tuan Iswan selalu di pejabat memanjang.
Elly dan Chandra selalu ke library sejak kebelakangan ini.
Kemudian, Khadijah yang mcm tak berhenti nak bercakap. Pening.
Dan Farukh yang langsung tidak bercakap. Sangat menyeramkan.
“Petang, ini aku perlu keluar” Kelly mengelamun.
Kebetulan ada satu motosikal tngh melepasi simpang yang sama.
Motosikal tersebut hilang imbangan, dan jatuh. Nasi ayam penyet yang dibungkus terburai.
Kelly melihat dan kemudian memecut pergi.
Agensi Fotografi dan Rekaan
Kelly masuk dan terus ke kaunter pertanyaan.
“Aku nak jumpa dengan Melvin”
“Cik boleh terus ke tingkat 5” jawab pelayan di kaunter pertanyaan.
Pejabat tersebut kosong. Setiausaha Melvin pun tiada di meja nya.
Kelly masuk ke dalam pejabat Melvin. Dia pergi ke satu meja dihujung kiri pejabat. Ada banyak gambar diatas meja itu.
Kebanyakan gambar yang ada diatas meja ini adalah gambar Adeline. Kelly hairan.
“Apa hubungan Adeline dan Melvin?”
Semakin Kelly belek, semakin banyak gambar Adeline, semakin marah Kelly melihat semua itu.
“Boleh saya bantu?” tanya Melissa
Kelly terkejut.
“Nothing. Saya nak jumpa Melvin. Dia kat mana sekarang?”
“Dia ada di studio. Saya boleh bawa awak jumpa dia” sambung Melissa
Sebaik sahaja mereka berdua masuk ke dalam studio, mata Kelly terus terpandang Adeline yang sedang duduk bergaya di tengah studio.
Kelly geram melihat Adeline manakala Melvin nampak sebaliknya.
“Boleh saya tolong?” tanya Melvin
“Abang. Ini Cik Kelly. Dia nak apply kerja di sini sebagai salah seorang model sambilan” jawab Melissa.
Kelly senyum. Dia masih geram memikirkan kehadiran Adeline.
Kelly menghulur portfolionya kepasa Melvin. Melvin ambil dan duduk di atas sofa yang ada di dalam studio.
Kelly berjalan menghampir Adeline.
“Adeline. Apa kau buat disini?” Kelly tanya
“Aku kerja sitok” jawab Adeline.
“Setahu aku, kau kerja as secretary je. Tapi kenapa aku tengok gambar kau banyak di pejabat Melvin” Kelly mengeluarkan beberapa keping gambar Adeline.
“Kau tu secretary je. Kenapa gambar kau banyak? Kau berangan ke nak jadi model?” ejek Kelly.
“atau kau dah pasang sihir kat Melvin, sampai dia angau kat kau, ambil gambar kau beratus” sambung Kelly.
“Kau kena ingat. Aku akan perati je kau Adeline. Aku tak nak apa yang mak kau buat kat mak aku, kau buat kat orang lain” Kelly memberi amaran.
Adeline yang masih bingung mengangkat kepala ke arah Kelly.
Kedua-duanya nampak hampir nak bertampar.
“What happen here?” Melvin datang mencelah.
Adeline melihat ke arah Melvin, kemudian mencampak gambarnya ke atas meja.
Melvin mengambil gambar yang dicampak Adeline. Dia melihat ke arah Kelly yang sedang senyum.
“Do you know her?” tanya Melvin.
“Dia? Saya langsung tak kenal perempuan itu” jawab Kelly.
Kelly berjalan mengikut Melissa ke pejabat.
Ketika berjalan melalui pintu masuk agensi. Seorang lelaki berhelmet datang menegur Kelly.
“You owe me one nasi ayam penyet” sambung Ezra
“So it was you yang naik motosikal macam orang gila tu” lawan Kelly
Melissa tidak faham apa yang berlaku. Dia sambung berjalan ke arah pejabat. Kelly mengikutnya dari belakang.
Ezra masih tidak puas hati.
Ezra masih tidak puas hati. Apa yang akan dia lakukan pada kereta Kelly?
Adeline sedang sedih, marah dan terkejut. Ke manakah dia akan pergi?
Dia tidak pernah benci pada kakak tirinya itu, tidak pernah menyimpan dendam tapi kenapa Kelly berkelakuan begitu.
Sejak kecil lagi Kelly selalu menyakitkan hati Adeline.
Sebaik sahaja keluar dari pintu bangunan, dia terkejut melihat kereta Kelly berlumuran dengan nasi, ayam, ulam-ulaman serta sambal.
Adeline tersenyum.
Adeline merasakan ada orang mengikuti dari belakang. Adeline melajukan langkahnya.
Hatinya berdebar.
Bahunya disentuh.
Ezra sempat mengelak hayunan beg itu.
“Adeline. Ko pun gila ka? Akulah!!” jerit Ezra.
Adeline lega.
“Apa ko buat sitok?” tanya Adeline
“Aku mok ke kedai Pak Cik Ben juga. Ko ke sana kan?” jawab Ezra
Ezra mengeleng kepala.
“Ko nampak Haziq sekarang? Sik nya ikut. Aku hutang nya nasi ayam penyet. Dia suruh aku beli. Malangnya satu jatuh atas jalan...”
“Satu lagi end up atas kereta kan” celah Adeline.
“Aku masok dolok la. Terpaksa la aku belikan Haziq mee segera for lunch” Ezra berjalan masuk ke dalam.
Adeline melambai Ezra. Kemudian dia berjalan menuju bilik yang terletak di belakang kedai.
Adeline melihat sekeliling. Kedai kosong. Tak mungkin Pak Cik Ben meninggalkan kedai tidak dijaga.
Adeline berjalan ke depan kedai dan dia hampir terkejut melihat sepasang mata tengah merenungnya.
Asri keluar dari persembunyian. Dahinya berpeluh.
“Gery mana?”
Asri diam. Dia hanya mengoyangkann bahunya tanda dia tak tahu.
“Pak Cik Ben mana?” Asri tunjuk tingkat atas.
Adeline faham.
Asri memerhati Adeline berjalan sehingga Adeline tidak kelihatan.
Asri tersenyum dan termenung melihat tangga.
Tiba-tiba kaunter dipukul kuat, mengejutkan Asri dari lamunannya.
Ezra sedang menunggu dikaunter.
“Adeline. Bila sampai?” Pak Cik Ben terbangun.
“Baru sampai. Pak Cik sihat? Kenak muka Pak Cik pucat?” Adeline duduk disebelah. Terdapat ubat diatas meja.
“Kitak perlu banyak berehat. Kitak ya dah tua. Sine Gery? Kenak nya sik tolong di kedai” tanya Adeline
“Mana ada tua. Masih okay lagi tok. Gery ke rumah Adeline jumpa Nephil” Pak Cik Ben terbatuk.
Sambil Adeline menuang air kosong ke dalam gelas, dia terlihat sekeping gambar yang terselit di atas peti sejuk.
Gambar tersebut adalah gambar Pak Cik Ben dan ibunya semasa masih muda.
Selain ibunya dan Pak Cik Ben, ada tiga orang lagi dalam gambar tersebut.
Adeline cuba mengenalpasti identiti yang lain.
“Yang ini mcm ayah. Adakah perempuan muda ini mak Kelly?”
Adeline keliru.
Adeline tidak dapat mengenali lelaki terakhir. Lelaki berkaca mata nampak muda dan tampan.
Apa yang mengkelirukan lagi Adeline adalah lelaki tersebut sedang berdiri sebelah ibunya sambil memegang tangan.
Adeline membelek gambar tersebut dan terjumpa tulisan dibelakang.
1994
INA
NYA
BD
GJ
AZ
Sri Melati
“Sri Melati ni nama rumah ayah, rumah aku kinek” Adeline melihat semula gambar tersebut. Dia mengenali halaman rumah dalam gambar tersebut.
Adeline cepat-cepat menyimpan gambar tersebut dalam poket seluarnya.
Dia melihat keluar tingkap. Kelihatan Asri sedang menyapu dan melihatnya dari bawah.
“Dia nampak aku ambil gambar tadi ka?” fikir Adeline.
“Pak Cik. Ibu dan ayah kahwin tahun berapa?” tanya Adeline. Pak Cik Ben segera menjawab.
“Mun sik silap tahun 1998. Kenak tanyak?”
“Saja tanya. Kamek sik tahu jadi mok tahulah”
Sambil berjalan, Adeline tekun berfikir mengenai gambar dan lelaki berkaca mata yang misteri itu.
Selepas itu, Asri mengeluarkan satu buku dan mula melukis. Buku tersebut penuh dengan lukisan Adeline.
Telefon kedai berbunyi, Pak Cik Ben mengangkat panggilan.
Watak manakah yang perlu saya fokus selepas ini?