, 21 tweets, 3 min read Read on Twitter
Selamat pagi , Encik A. Silakan duduk.

Nama saya Dr Nimelesh. Saya merupakan Doktor in charge klinik ni.

Nurse saya hantar encik ke bilik saya untuk pemeriksaan lanjut sebab Encik sangkut saringan HIV pra perkahwinan.

Pernah tak Encik membuat sebarang ujian hiv sebelum ni?
“Tidak, Doktor. Saya tak tahu pun saya ni ada HIV” jawab pesakit tersebut.

Maaf kalau soalan yang saya akan tujukan ini adalah sensitif. Saya perlu bertanya soalan ini sebab ia akan membantu diagnosis dan rawatan encik.

Pernah tak Encik melakukan seks sebelum ini?
“Pernah Doktor . Sejak umur 16 tahun”.

Seks dengan seorang atau pesangan berubah ubah? Dan ada tak encik guna sebarang perlindungan seperti kondom?

“Saya tak pernah guna kondom Doktor.
Beberapa Doktor. Tapi dah putus hubungan dah”.
Okay, saya perlu maklumat tentang orang orang tersebut, supaya kami boleh memeriksa mereka juga.

Sudah kah Encik memberitahu tunang Encik tentang keputusan hiv Encik?

“Sudah Doktor”.

Boleh saya panggil dia masuk untuk terangkan situasi?

“Boleh Doktor”.
*silakan masuk Cik B*

Hi selamat pagi Cik B.

Nama saya Dr Nimelesh. Saya difahamkan Cik sudah tahu keputusan saringan pra perkahwinan.

“Ye Doktor”. Jawab gadis tersebut.
Cik , Jangan risau .

Pertama, ini hanya lah saringan pertama. Kami perlu pastikan tunang Cik betul betul ada hiv atau tidak dengan ujian darah dulu.

Kedua, Penghidap hiv boleh berkahwin, tiada masalah.

Kami kena periksa dulu jumlah virus dalam darah tunang Cik.
Bukannya hubungan seks dilarang sama sekali sekiranya anda berdua sudah berkahwin.

Tapi amat penting untuk cik mengambil ubat PrEP (ubat utk mencegah hiv) dan menggunakan kondom supaya risiko transmisi hiv & penyakit kelamin dikurangkan, sementara tunang Encik mulakan rawatan.
Kondom sepatutnya dipakai setiap kali semasa melakukan seks.

Seorang wanita yang hiv positif atau negatif boleh melahirkan anak yang hiv negatif juga.
*Adalah lebih baik sekiranya wanita yang hiv negatif cuba hamil setelah suami nya yang hiv positif telah mulakan rawatan dan berjaya mengurangkan paras hiv sehingga “undetected”.
*Sama juga dengan wanita yang hiv positif. Mereka sepatutnya mulakan rawatan dulu untuk mengurangkan paras hiv atau viral load sehingga undetected sebelum ingin cuba mengandung*
Antara cara cara termasuk
A. pengambilan PrEP semasa tempoh kesuburan - seks tanpa kondom dibuat hanya masa itu sahaja ( kadar kelahiran hiv positif bayi 0.001 dalam 10000 kehamilan)

B . Pengambilan PrEP (kadar kelahiran hiv positif bayi 0.005 dalam 10000 kehamilan)
C. Lakukan hubungan semasa tempoh kesuburan (kadar kelahiran hiv positif bayi 0.002 dalam 10000 kehamilan)

D. Medically Associated Procreation : contoh IVF, IUI - prosedur yang biasanya dilakukan dgn sperm washing (Kadar kelahiran hiv positif bayi hampir 0 dalam 10000 kehamilan)
Faham Cik?

Faham Doktor.

*Key Points *

- Penghidap HIV boleh hidup , berkahwin dan mendapat anak seperti orang lain.

- Sekiranya suami hiv positif, langkah langkah kena diambil seperti Ubat PrEP (pencegah hiv) dan Kondom.
- Ingat PrEP hanya boleh mengurangkan transmisi hiv dan bukannya penyakit kelamin, jadi ia BUKAN pengganti untuk kondom. Kondom masih patut dipakai!
- Sama seperti kes suami hiv positif kena tunggu sampai paras virus dah berjaya disurpress dengan ubat, isteri yang hiv positif juga patut memulakan rawatan dulu sebelum ingin mengandung.
- Saringan HIV boleh dilakukan di mana mana klinik kesihatan terdekat. Semua ibu mengandung juga harus disaring untuk HIV, Syphillis dan Hepatitis B.
- Klinik Kesihatan menyediakan perkhidmatan “pre pregnancy care”. Anda diminta mendapat khidmat nasihat sebelum cubaan ingin mengandung sama ada di Klinik Kesihatan , Klinik ID atau Klinik Pakar O&G.
- Pesakit hiv positif yang mengandung patut buka buku pink seawal yang mungkin, dan perlu di bawah jagaan Dr Pakar O&G , Dr Pakar ID dan Dr Pakar Perubatan Keluarga. Anak tersebut pulak perlu di bawah jagaan Dr Pakar Kanak Kanak selepas lahir.
- HIV tidak boleh berjangkit melalui pelukan, Ciuman, Pegang tangan dan sebagainya. Sebab virus hiv tidak boleh hidup lama di luar badan. Antara cara hiv disebar adalah melalui cecair badan semasa hubungan seks tanpa perlindungan (semen, vaginal fluid ), kongsi jarum
antara penagih dadah yang salah seorang positif hiv atau staf kesihatan yang needle prick dengan pesakit hiv positif , Ibu hiv positif yang breastfeed, transfusi darah, Transmisi dari ibu ke anak semasa kehamilan.
- HIV bukan masalah satu golongan populasi sahaja. Ia boleh berlaku kepada siapa siapa sahaja, tidak kira apa pekerjaan anda ,atau orientasi anda. Jadi kita semua memainkan PERANAN untuk mencegah dan membasmikan HIV/AIDS.

Dr Nimelesh
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Nimelesh
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!