, 15 tweets, 3 min read Read on Twitter
Tekanan darah tinggi. Jangan tunggu sampai Buah pinggang rosak, Masalah jantung atau Strok!

Tekanan darah tinggi adalah apabila dua bacaan tekanan darah melebihi 140 mmHg (bacaan sistolik) dan/atau melebihi 90 mmHg (bacaan diastolik) yang diambil pada 2 masa yang berlainan.
Sistolik ni bila jantung pam keluar darah, dan diastolik bila jantung rehat (darah mula mengalir balik dalam jantung).
Orang awam yang mempunyai tekanan darah 130 hingga 139 mmHg (bacaan sistolik) dan/atau 85-89 mmHg (bacaan diastolik) dianggap sebagai orang yang berisiko untuk mendapat masalah darah tinggi pada masa yang terdekat.
Mereka perlu mengambil langkah untuk mencegah termasuk bersenam, mengurangkan tekanan darah, berhenti rokok, elakkan pengambilan garam yang berlebihan.
Menurut Garis Panduan

1. Orang Dewasa yang tekanan darah kurang daripada 120/80, digalakkan untuk check tekanan darah setahun sekali.
2. Orang Dewasa yang tekanan darah 120-139 (sistolik) dan/atau 80-89 (diastolik) , risiko masalah jantung harus diperiksa menggunakan jadual di bawah atau Framingham risk score Dan tekanan darah harus diperiksa dalam tempoh 3-6 bulan.
3. Orang Dewasa yang tekanan darah 140-159 (sistolik) dan/atau 90-99 (diastolik) , risiko masalah jantung harus diperiksa . Beliau harus diperiksa balik dalam tempoh 2 bulan dan tekanan darah harus diulang untuk confirm penyakit tu.
Sekiranya beliau berisiko sederhana, tinggi atau sangat tinggi untuk mendapat masalah jantung, rawatan harus dimulakan sebaik sahaja penyakit diconfirm.
4. Orang Dewasa yang tekanan darah 160-179 (sistolik) dan/atau 100-109 (diastolik) , risiko masalah jantung harus diperiksa . Beliau harus diperiksa balik dalam tempoh 1 bulan dan rawatan harus dimulakan kalau dah confirm.
5. Orang Dewasa yang tekanan darah melebihi 180 (sistolik) dan/atau melebihi 110 (diastolik).

Orang orang ini harus diperiksa untuk simptom dan tanda kerosakan organ.
Severe Hypertension atau Tekanan Darah Tinggi teruk adalah apabila tekanan darah tinggi sentiasa melebihi 180 (bacaan sistolik) dan atau melebihi 110 (bacaan diastolik)

Mereka akan dikategorikan kepada A) Hypertensive urgency atau b ) Hypertensive emergency
Rawatan adalah berbeza untuk kedua dua kumpulan tersebut.

Antara punca utama orang datang dengan "severe hypertension" adalah disebabkan oleh penyakit darah tinggi yang tidak pernah didiagnosa atau penyakit darah tinggi yang tidak terkawal.
Orang muda dengan tekanan darah tinggi, tolong ke klinik dengan segera, untuk pemeriksaan penuh. Ini untuk memastikan anda tidak mempunyai "secondary hypertension" atau masalah lain yang menyebabkan tekanan darah tu muncul.
Tolong dapat rawatan. Komplikasi darah tinggi sekiranya tidak dirawat amat teruk sekali.

Jangan guna takde masa sebagai alasan.
Cuba fikir, kalau kena strok, dan tak dapat menjaga diri. Majikan mana akan kasi awak kerja? Ini boleh membebankan bukan sahaja diri sendiri, tapi keluarga juga.

Mencegah lebih baik daripada merawat.

Dr Nimelesh
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Nimelesh
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!