Profile picture
, 74 tweets, 8 min read Read on Twitter
korang rasa seram tak tengok pokok pokok besar ni? kenapa kalau pokok besar je,mesti ada cerita hantu..

Rt guys ,aku nak cerita ni

ini adalah thread
macam biasa,aku akan start pukul 11.30 malam..sambil tu korang boleh layan thread aku yang lain kat sini
tak nak beli takpe,tolong Rt je ye..mungkin dalam rezeki saya,akan ada rezeki anda semua jugak

Converse Rm50 sahaja(stok terhad)
ready stock🏂
kualiti tip top😎

nak order,cepat cepat tekan link ni wasap.my/601126179748
thread ni ialah sequel pada thread yang ni
mizi terbangun dari tidonya sebab terdengar ada orang masuk ke dalam rumahnya..mizi tengok ke jam dinding,jam menunjukkan pukul 1 pagi
ibu bapanya kerja shift malam,jadi hanya tinggal dia seorang didalam rumah..tiba tiba dia nampak ada seorang budak perempuan melintasi biliknya
mizi pun berkata" siapa tu??"..tiada sahutan..
dalam biliknya yang gelap tu...tiba tiba ada suara di sbelahnya " abang tak tido lagi?"..mizi terkejut
kelihatan adiknya mia di sebelahnya..mizi pun berkata "mia buat apa kat sini?"..mia pun berkata"mia tertidur dalam kelas malam ,ni baru sampai rumah"..mizi pun berkata " okey mia pergi lah tido kat bilik mia"
mia pun berlalu pergi dari bilik mizi,mizi terkejut dengan kemunculan adiknya sebab adiknya dah meninggal dunia,seminggu yang lepas .
masa kelas malam,mia tertidur..tiada siapa yang kejut mia,jadi mia tertinggal tido di dalam kelas..kerana mia ada asthma,mia meninggal dunia akibat dari sesak nafas..
semenjak tu roh mia selalu datang semula ke rumahnya kerana roh mia tak sedar yang dirinya sudah meninggal dunia
abang mia iaitu mizi mempunyai kelebihan boleh melihat makhluk halus..sebabtu abang mia boleh nampak mia
roh mia tak tenang mungkin sebab roh mia tak sedar yang dia dah mati,sebabtu roh mia akan pulang semula kerumahnya setiap hari
mizi masa kecil pernah tegur roh yang tak sedar dah mati ,jadi mizi tahu roh ni tak boleh diberitahu yang dia dah mati,nanti makin tak tenang jadinya..jadi mizi hanya menunggu roh mia sedar sendiri
hari berganti hari,roh mia masih pulang ke rumah,tapi pada satu malam,selepas 2 bulan mia meninggal dunia
mizi terdengar ada orang masuk ke dalam rumahnya,mungkin mia..tapi mizi mula rasa pelik sebab jam baru menunjukkan pukul 9 malam
roh adiknya mia selalu datang lepas pkul 1 pagi,mizi mula rasa ada yang tak kena
mizi pun bangun nak tutup pintu biliknya..tiba tiba masa mizi dah tutup pintu,ada suara orang menangis di belakangnya..mizi terkejut..
mizi pun pusing belakang..suara tu hilang
tiba tiba dalam almari,ada suara macam nenek tua tengah gelak..mizi pun menghampiri almari tu..perlahan lahan mizi bukak pintu almari tu
takde apa apa dalam almari tu..mizi mula rasa pelik
tiba tiba bahunya di sentuh dari belakang oleh seseorang,kukunya sangat tajam..mizi terkejut
mizi pusing belakang..ada nenek tua rambut putih ,memakai tongkat,berbongkok dengan kukunya tajam tengah senyum kat mizi
mizi pun bertanya " kau siapa??"..nenek tua tu menjawab "aku datang nak tolong kau"..mizi pun cakap"aku tak nak pertolongan kau.."
nenek tu ketawa dan berkata"betul kau tak nak aku tolong?,aku boleh buat mia sedar yang dia dah mati"..mizi terkejut dan bertanya "macammana?"
nenek tu pun bagitahu yang mia tak boleh nampak makhluk halus,jadi rohnya jugak tak boleh nampak ..sebabtu mia tak sedar yang dia dah mati,jadi nenek tua tu boleh buat supaya roh mia bole melihat makluk halus,tapi ada syaratnya
mizi bertanya "apa syaratnya?"...
nenek tu bagitahu yang dia ada bela banyak jin dulu tapi jin tu semua dikurung dekat sebatang pokok,jadi nenek tu nak mizi lepas kan semua jin tu,baru nenek tu buat roh mia boleh nampak makhluk halus
mizi tanya lagi "kenapa aku yang kena buat semua ni?"..nenek tu jawab"manusia je bole lepaskan jin tu"..
keesokkan malamnya ,mizi bawak kereta ayah nya ke dalam sebuah hutan..dengan hanya bertemankan lampu suluh di tangan,mizi mencari cari pokok yang dikatakan oleh nenek tua itu
pokok tu ialah pokok tua yang sangat besar dalam hutan tu,dan ada kain kuning yang di ikat di pokok tu,tugas mizi adalah untuk membuang tali kuning tu
akhirnya mizi jumpa pokok tu,tapi mizi terperasan ada perempuan tengah mengendap dia dibalik pokok tu
perempuan tu rambutnya panjang berbaju hitam..mizi rasa seram tapi hanya buat tak tahu ..mizi cuba mendekati pokok tu
tiba tiba perempuan tu keluarkan tangannya dibalik pokok tu,kelihatan kuku perempuan tu yang sangat tajam dan kotor..langkah mizi terbehenti
tapi mizi ada misi yang kene diselesaikan..mizi terus lari ke pokok tu dan membuka ikatan tali kuning kat pokok tu..
lepas ikatan tu dibuka,mizi terdengar suara perempuan menjerit ...lepas menjerit suara tu menangis,dan pokok tu berdarah..mizi rasa seram terus lari pergi ke keretanya
sampai kat kereta ,mizi terkejut..sebab ada 3 orang perempuan berbaju putih berambut panjang duduk di seat belakang kereta
mizi memberanikan masuk ke dalam kereta,bila da masuk dalam kereta,mizi terus start kereta,mizi pun pandang ke cermin pandang belakang kereta tu,mizi terkejut
3 perempuan tu dah takde kat seat belakang,mizi terus pandang kebelakang tak guna cermin,mizi terkejut perempuan tu dah ada depan matanya..dengan muka hodoh ,mulut tenganga,mata merah terbeliak..mizi menjerit..
mizi terus gerakkan kereta nya untuk pulang ke rumah..mizi terbalikkan cermin pandang belakang nya..supaya tak nampak apa yang ada di seat belakang
kadang kadang mizi boleh dengar ada suara berbisik kepadanya dari belakang
sampai dirumah..mizi terus masuk kebiliknya dan tidur
malam esok nya roh mia datang ke biliknya,mizi pura pura buat kerja sekolah,roh mia cakap yang dia dah boleh nampak hantu..mizi just cakap jangan ganggu dia
roh mia datang lagi sekali tapi mizi masih tak layan mia...
kali ke tiga mia datang,mia bawak kepala penanggal,mizi terkejut,mizi anggap tu dah keterlaluan ,mizi pun cakap"dah jangan ganggu aku lagi,keluar dari bilik aku"
Roh mia terus jadi marah dan meninggikan suara kat mizi"KENAPA ABANG TAK PERCAYA MIA Ni!! MIA NAK BUAT APA LAGI SUPAYA ABANG PERCAYA..KENAPA?!! KENAPA !!.. KE SEBAB MIA DAH MATI.."mia terdiam..mia sendiri terkejut apa yang kluar dari mulutnya..
mizi senyum ke arah mia dan berkata"akhirnya kau sedar jugak"
mia terus hilang dari pandangan..
sejak tu seminggu mia dah tak balik ke rumahnya ,mungkin rohnya dah tenang..
tapi sebenarnya semuanya tak berakhir lagi..jiha kawan baik mia datang ke rumah mia untuk berjumpa mizi
mizi bertanya ada apa datang ke rumahnya,jiha berkata "sejak akhir akhir ni,ada hantu yang kacau kami di sekolah masa kelas malam,dan hantu tu rupa macam mia"..mizi terkejut
mizi ingat roh mia dah tenang tapi sebenarnya tak..ada benda yang belum setel..mizi tanya jiha"kenapa kau tinggalkan mia masa kelas malam tu,kau tak kejutkan dia ke?"
jiha jawab sambil menangis"saya kejutkan dia,tapi dia tak bangun bangun,masa tu saya nak balik cepat sebab ada hal,tapi masa tu ada budak kelas yang lain,saya ingat diorang akan kejutkan mia"
mizi bertanya"abih kenapa kau bagitahu aku semua ni?"..jiha berkata"mia pernah bagitahu yang abang dia boleh nmpak hantu,jadi sy nak abang ckap dengan mia,jangan ganggu kami lagi"..mizi hanya menjawab "hmm aku cuba"
malam tu mizi datang kesekolah mia,mizi panggil panggil nama mia tapi takde sahutan
dari tingkat bawah ,mizi nampak ada macam budak perempuan kat tingkat tiga ,mizi terus pergi kat tingkat tiga
kat aras tingkat tiga tu mizi nampak mia,mizi terus pegang tangan mia dan cakap "ikut abang"..mizi terus turun ke tingkat satu kelas mia sambil pimpin tangan mia
sampai je kelas mia,mizi terkejut
mizi nampak mia ada dalam kelas tu,tiba tiba mia nampak mizi ,riak muka mia berubah ketakutan dan berkata"abang pegang tangan siapa tu"..mizi mula rasa seram
mizi pun tengok tangan siapa yang dia pegang,mizi nampak tangan tu buruk hodoh,kukunya tajam..bila mizi tengok wajahnya mizi terjatuh terkejut..wajah perempuan tu sangat hodoh muka terobek robek penuh luka,rambut panjang berbaju putih tengah senyum ke arahnya
tiba tiba muncul nenek tua tempoh hari,mizi berkata pada nenek tua tu"apa semua ni,kau cakap kau nak buat roh mia tenang,tapi kenapa roh dia masih ada kat sini??"
nenek tua tu gelak sambil cakap" perjanjian kita supaya roh mia boleh nampak hantu,bukan supaya dia tenang,lagipun aku perangkap kau untuk lepas kan kawan kawan aku,aku pun bukan manusia"..mizi berkata"tapi dia dah sedar yang dia dah mati ,kenapa dia masih tak tenang??"..
nenek tua tu cakap "jawapan tu hanya pada mia"..mizi pandang pada mia dan berkata" kenapa mia tak tenang?"
mia hanya tunduk mendiamkan diri..nenek tua tu tiba tiba cakap" sebenarnya selama ni,roh mia memang dah boleh nampak hantu,masa aku nak bukak hijab dia,rupanya hijabnya memang dah terbuka,dan sebenarnya dia memang dah lama sedar yang dia dah mati"
nenek tu sambung "jadi yang buat dia tak tenang bukan sebab dia tak sedar yang dia dah mati,tapi sebab ada satu persoalan yang masih tak terjawab dalam dirinya"..mizi bertanya pada mia"mia apa soalan tu?"
mia pun bertanya "kenapa abang bunuh mia?"
nenek tua tu tersenyum..mizi mengeluh dan berkata"huh kau dah tahu ke...ye memang aku yang bunuh kau,aku yang letak ubat tido supaya kau tak bangun bangun masa kelas malam tu dan aku jugak yang buat kau sesak nafas sampai kau mati"
mia menangis dan berkata " kenapa abang buat semua ni?"..mizi berkata" aku bukan abang kandung kau,aku cuma anak angkat je dalam keluarga ni,aku masuk dalam keluarga ni sebab aku dapat tahu keluarga ni ada saka yang terkuat kat dunia ni,jadi aku nak saka tu"
" jadi aku kena hapuskan semua waris yang ada,supaya aku yang dapat saka tu"..mia berkata "abang tak sayang mia ke?"..mizi berpaling dari mia..lepas tu mia hilang dari pandang...mia dah tenang lepas dengar pengakuan mizi..
masa mizi berpaling dari mia ..sebenarnya air mata mizi jatuh
5 tahun berlalu..ibu angkat mizi mengandung,ibu angkat mizi dapat tahu yang dia akan dapat anak kembar 2 orang lelaki..ibu angkat mizi tanya pada ayah angkat mizi nak namakan kembar tu apa..
ayah angkat nya berkata" satu kita namakan dia nama kampung,satu lagi nama bandar..." mak angkat nya bertanya" nama apa?"..ayah angkatnya cakap " ali dengan jimmy"....mizi yang tengok dari jauh perbualan mereka berkata " aku akan hapuskan korang" - tamat
boleh baca thread aku yang sbelum sebelum ni,kalau nak tahu siapa sebenarnya mizi,ali dan jimmy.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to ハキム
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!