AIR MATA GEMBIRA DAN SYUKUR

Membawa laporan Astro Awani bertajuk "Ibu saya ucap dua kalimah syahadah" - Firdaus Wong sebak", saya teringat kisah yang berlaku kepada Sayyidina Abu Hurairah radhiallahu anhu. Kisah ini direkodkan dalam Sahih Muslim seperti berikut:

Lihat bebenang
Daripada Abi Kathir Yazid bin 'Abd al-Rahman, Abu Hurairah menceritakan kepadaku:

"Dulu, aku sering mengajak ibuku untuk masuk Islam, ketika beliau masih musyrik. Pada suatu hari aku mengajaknya untuk masuk ke dalam Islam...
tetapi beliau mengutarakan kata-kata yang tidakku sukai tentang diri Rasulullah SAW.

Kemudian aku datang menemui Rasulullah sambil menangis dan berkata; Ya Rasulullah, aku sering mengajak ibuku untuk masuk Islam, tetapi beliau selalu menola, malah mengucapkan kepadaku...
kata-kata yang tidak aku sukai tentang engkau. Oleh kerana itu mohonlah kepada Allah agar ibuku mendapatkan petunjuk dan hidayah-Nya.'

Setelah mendengar penjelasan saya. Rasulullah terus berdoa: 'Ya Allah, berikanlah hidayah kepada ibu Abu Hurairah! '
Lalu aku kembali ke rumah dengan perasaan gembira kerana doa Rasulullah tersebut. Setibanya di rumah, aku mendapati pintu rumah masih tertutup. lbuku mendengar derap langkah aku lalu berkata; Hai Abu Hurairah, berhentilah sejenak! '
Kemudian aku mendengar bunyi percikan air. Ternyata ibuku sedang mandi. Beliau segera berpakaian dan mengenakan tudung.

Beliau membuka pintu seraya berkata; Hai Abu Hurairah, sekarang aku bersaksi bahwasanya tiada Tuhan selain Allah dan aku bersaksi bahawasanya Muhammad...
adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.'

Abu Hurairah berkata; "Lalu aku kembali lagi kepada RasuluIlah SAW. Aku datangi beliau sambil menangis kegembiraan. Aku berkata; 'Ya Rasulullah, aku sungguh senang dan gembira, AIIah telah mengabulkan doa engkau...
Dan Allah telah memberikan hidayah-Nya kepada ibuku."

Rasulullah SAW memuji Allah dan mengucapkan syukur kepada-Nya. Aku berkata; 'Ya Rasulullah, mohonlah kepada Allah agar saya dan ibu saya mengasihi orang-orang beriman dan mereka juga mencintai kami! '
Kemudian Rasulullah berdoa; 'Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu yang kecil ini (yaitu Abu Hurairah dan ibunya) cinta kepada orang-orang beriman serta jadikanlah mereka cinta kepada keduanya! '
Maka tidak ada seorang pun orang beriman yang mendengar namaku dan tidak bertemu denganku melainkan dia mengasihiku."
Saya merasa amat terharu dengan kisah pengIslaman ibunya selepas usaha selama 14 tahun lamanya. Tahniah kepada saudara Firdaus Wong Wai Hung. Kami semua amat bergembira dan bersyukur kepada Allah SWT atas khabar gembira ini.
Impian kita, sudah tentu ingin berpimpinan, beringin dengan penuh senyuman bersama ahli keluarga kita menuju ke syurga Allah SWT. Moga dikabulkan-Nya, amin.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!