Profile picture
-
, 46 tweets, 6 min read Read on Twitter
✨ Kisah Rabi’atul Adawiyah✨

“Antara Cinta Tuhan dan Makhluk”

Ini adalah thread
“Aku mencintai Tuhan bukan kerana takut akan neraka, dan bukan juga kerana inginkan syurga. Aku mencintaiNya hanya kerana diriNya semata.”

(Rabi’atul Adawiyah)
Sebelum saya mula, izinkan saya terangkan serba sedikit tentang Tasawwuf / Sufi.

Munculnya Tasawwuf dalam Islam disandarkan dengan kelahiran agama Islam itu sendiri, iaitu semenjak Nabi Muhammad SAW diutus menjadi Rasul seluruh alam semesta.
Sejarah menceritakan bagaimana peribadi Baginda Rasulullah SAW sebelum diangkat menjadi Rasul telah berulang kali melakukan Tahannuts dan Khalwat di gua Hira, iaitu mengasingkan diri dari kehidupan keduniaan dan kelalaian manusia.
Baginda SAW juga berusaha mencari jalan untuk membersihkan hati dan menyucikan jiwanya dari dosa yang menyelubungi masyarakat Arab Jahiliyah sekitarnya pada waktu itu. Inilah asal usul penamaan Tasawwuf / Sufi .
Proses Tazkiyyatun Nafs yakni pembersihan hati dan penyucian jiwa dari dosa noda dengan mengasingkan diri daripada dunia dan makhluk. Hanya menyerahkan sepenuh hati, setiap hembusan nafas dan kerdipan mata pada Rabbul ‘Alamin, Tuhan sekalian alam.
Kecenderungan sebeginilah yang diikuti ahli Sufi, berusaha untuk mendekatkan dan menyucikan diri serta meninggikan cintanya kepada Allah. Kembara rohani golongan Sufi jauh berbeza dengan pengalaman religius orang awam, kerana mereka dapat mencapai darjat ma’rifah mengenal Allah.
Golongan Sufi melalui maqamat (peringkat) berbeza untuk mencapai tingkatan pengalaman religius tertinggi itu, tidak hanya dialami oleh kaum lelaki sahaja, tetapi juga kaum wanita, salah seorangnya adalah..

Rabi’atul Adawiyah.
Baik, mari kita mula.

Rabi’atul Adawiyah atau nama sebenar beliau Umm Al-Khair binti Ismail al-Adawiyah telah tergolong dalam senarai wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam.
Beliau dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah, iaitu pada tahun 99H/ 717 M berhampiran kota Basrah di Iraq dan meninggal dunia di kota itu juga pada tahun 185H/ 801M.

H - tahun Hijrah
M - tahun Masihi
Gelaran Rabi’atul Adawiyah.

Rabia’tul bermaksud Yang Keempat kerana beliau adalah anak yang keempat dalam adik beradiknya.

Adawiyah pula dari perkataan Dawa’ yang bermaksud Penawar atau Ubat.
Beliau lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan, namun kaya dengan ibadah kepada Allah SWT.

Semasa beliau kecil, beliau hidup seperti kanak-kanak biasa yang selalu bermain dan sebagainya.
Akan tetapi, ada yg menyatakan bahawa kebijaksaan Rabiatul Adawiyah sudah terserlah sejak kecil. Diceritakan bahawa Rabiah menghafal seluruh Al-Quran pada usia sepuluh tahun. Rabiah sering dibawa beribadat dan bermunajat oleh ayahnya sejak kecil di masjid berdekatan Kota Basrah.
Tidak banyak catatan tentang keluarga Rabiatul Adawiyah. Antara yg tercatat dalam kitab-kitab ialah Rabiatul Adawiyah telah dididik oleh bapanya untuk menjadi muslimah yg berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikan oleh bapanya kepada Rabiatul Adawiyah adalah bersumberkan Al-Quran
Hasilnya, Rabiatul Adawiyah berjaya menghafal al-Quran dan menghayati isi kandungannya. Sejak kecil lagi, Rabiah sememangnya berjiwa halus serta mempunyai keyakinan yang tinggi dan keimanan yang mendalam.
Namun, menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi sempit dan susah. Keadaan itu semakin buruk setelah ibu dan ayahnya meninggal dunia, lalu ditinggalkan pula oleh adik beradiknya yg lain. Rabiah juga tidak terkecuali daripada ujian Allah SWT untuk membuktikan keteguhan imannya
Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat.

Suatu hari, dek kerana kesempitan hidup dan kehilangan keluarga tercinta, beliau sangat perlukan wang untuk meneruskan hidup.
Lalu beliau mendengar suatu pengumuman dari Istana untuk menjadi Penghibur Raja dengan ganjaran wang yang banyak sekali.

Beliau menerima ajakan tersebut dan menjadi penghibur Raja hingga sekian waktu. Kehidupan yg bergelumang dengan maksiat dan dosa.
Namun dengan limpah hidayah Allah serta asas keimanan yang belum terpadam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat Rabi’atul Adawiyah inilah yang sangat berguna buat kita semua untuk diambil iktibar dan pengajaran.
Rabiatul Adawiyah merupakan orang pertama yang mengalunkan irama cinta Ilahi.

Hal ini kerana generasi sebelumnya merintis aliran Islam berdasarkan rasa takut (Khauf) dan pengharapan (Raja’) kepada Allah seperti yang diajarkan oleh Imam Hasan al-Basri.
Manakala, Rabiatul Adawiyah mempelopori rasa tulus ikhlas serta cinta (Hubb) kepada Allah swt. Sikap dan pandangan Rabiatul Adawiyah tentang cinta dapat difahami dari kata-katanya, baik yang langsung mahupun yang disandarkan kepadanya.
Rabiatul Adawiyah juga mempopularkan konsep Kecintaan (Mahabbah) dalam kalangan ahli sufi, Konsep ini dibahagikan kepada berikut :

1. Pertama adalah memeluk kepatuhan kepada Allah dan membenci sikap melawan atau melanggar arahanNya;
2. Kedua adalah menyerahkan seluruh diri hanya kepada Ilahi yang dikasihi.

3. Ketiga adalah mengosongkan hati dari segala-galanya kecuali Ilahi yang dikasihi.
Abu Nashr as-Sarraj at-Thusi mengatakan

“cinta para sufi dan ma’rifat itu timbul dari pandangan dan pengetahuan mereka tentang cinta abadi dan tanpa mengharap balasan daripada Allah swt. Cinta itu timbul tanpa ada maksud dan tujuan apa pun.”
Apa yang diajarkan Rabi’atul Adawiyah melalui konsep mahabbah ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan apa yang diajarkan oleh Imam Hasan al-Basri dengan konsep Khauf (takut) dan Raja’ (pengharapan).
Cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah sebegitu kuat membelenggu hatinya.

Pernah suatu ketika Rabi’ah ditanya, “Apakah Rabi’ah tidak mencintai Rasul?”

Ia menjawab, “Ya, aku sangat mencintainya, tetapi cintaku kepada Pencipta membuat aku mengutamakan cintaNya daripada makhluk.”
Disebabkan kecintaannya kepada Allah swt terlalu mendalam, Rabiatul Adawiyah merelakan dirinya menjadi ‘gadis abadi’. Dia tidak mahu bernikah bukan kerana tidak ada yang meminangnya, tetapi dia memilih ‘kegadisan abadi’ kerana tidak lagi tertarik dengan kenikmatan hidup duniawi.
Ketika Rabi’atul Adawiyah ditanya:

“Kenapa engkau tidak bernikah?”

Beliau menjawab:

“Tidak ada tempat di hatiku kecuali untuk Kekasih Sejati.”
Rabi’atul Adawiyah menyembah Tuhan dengan penuh cinta dan kerinduan, yang sukar untuk diluahkan melalui pena, diungkapkan melalui kata-kata.

Pada pandangannya, cinta pada Penciptanya adalah kehidupan spiritual, cinta azali dan abadi berasal daripada Allah dan untuk Allah.
5 Sifat Rabiatul Adawiyah Yang Patut Dicontohi

1) Melazimi Taubat

Sewaktu di istana, beliau menjadi penghibur yang digemari Raja. Hidup bergelumang dosa. Namun dengan limpah hidayah, beliau mulai insaf dan kembali mengingati Allah.
Di kesunyian malam, Rabi’atul Adawiyah bermunajat setulus hati kepada Allah swt:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripadaMu, daripada segala hijab yang boleh menghijab antara aku dengan Engkau!”
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu. Sekalian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dgn hiburannya. Yang tinggal hanya hambaMu yg banyak kesalahan di hadapan-Mu”
2) Bersyukur

Setelah Rabi’atul Adawiyah dibebaskan oleh raja, dia membuktikan kesyukurannya dgn meningkatkan amalan kerohaniannya. Dia dipimpin Mursyid (guru) bernama Hassan al-Basri dan akhirnya Rabi’atul Adawiyah telah bertekad utk menghambakan diri sepenuh masa kpd Allah swt
3) Zuhud

Rabi’atul Adawiyah menghabiskan sisa hidupnya untuk tinggal di dalam pondok kecil dan tidur berbantalkan serpihan tembikar dan berselimutkan tikar lusuh. Tiada sekelumit pun rasa keduniaan yang membenam dalam hatinya.
Suatu hari, seorang pencuri telah menyelinap masuk ke pondok Rabiatul Adawiyah. Kemudian dia mendapati tiada apa-apa barang berharga. Sebelum keluar, Rabiatul muncul dan menyuruh pencuri itu mengambil bekas air milik beliau untuk berwuduk.
Kemudian pencuri itu menunaikan solat dua rakaat. Ternyata pencuri tersebut merasakan suatu kemanisan dan kelazatan dalam jiwanya yang tidak pernah dirasa sebelum ini.

Rabiatul Adawiyah lantas berdoa :
“Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh masuk ke rumahku. Akan tetapi dia tidak menemui sebarang benda berharga untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri di hadapanMu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia daripada memperolehi nikmat dan rahmatMu.”
4) Cinta akan Allah

Kecintaan Rabiatul Adawiyah kepada Allah sering diluahkan dalam kuntuman syair-syairnya ;
“Aku mencintaiMu dgn dua cinta, cinta kerana diriku dan cinta kerana diriMu.

Cinta kerana diriku, adalah keadaan sentiasa mengingatMu,

Cinta kerana diriMu, adalah keadaanMu mengungkap tabir, hingga Engkau kulihat, baik untuk ini mahupun untuk itu, segala pujian hanya untukMu”
Pernah sekali Rabiatul Adawiyah berdoa,

“Jika aku menyembahMu kerana takut daripada api nerakaMu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembahMu kerana tamak kepada syurgaMu maka haramkanlah aku daripadanya!
Tetapi jika aku menyembahMu kerana kecintaanku kepadaMu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajahMu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu di Akhirat nanti.”
5) Berserah Diri Hanya Kepada Allah

Menjelang akhir hayatnya, ramai sekali orang-orang alim dan soleh duduk mengelilinginya. Rabiatul Adawiyah meminta kepada mereka,
“Bangkit dan keluarlah; berikan jalan kepada pesuruh-pesuruh Allah Yang Maha Agung!”

Maka, semua orang bangkit dan keluar, dan pada saat mereka menutup pintu, mereka mendengar suara Rabiah mengucapkan kalimah syahadah dan mereka mendengar alunan suara,
“… Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu, berpuas-puaslah denganNya. Maka masuklah bersama golongan hamba-hambaKu dan masuklah ke dalam SyurgaKu.”

Surah al-Fajr, ayat 27-30
Kesimpulan

Rabiatul Adawiyah adalah ikon bagi Muslimah yang meletakkan kecintaannya hanya kepada Allah SWT. Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan dosa. Namun pengajaran yg besar dari kisah Rabiatul Adawiyah adalah keikhlasan taubat kita kepada Allah SWT.
End of thread. Jangan lupa doakan saya berjaya dunia akhirat. Moga bermanfaat ya ✨
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to -
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!