Soalan: Bolehkah bagi seorang pengawal keselamatan meninggalkan solat jumaat kerana menjalankan tugas?

Lihat bebenang.
Tugas pengawal keselamatan ialah menjaga keselamatan kawasan yang dijaga daripada orang yang ingin melakukan kezaliman seperti penceroboh, pencuri dan perompak.
Jika mereka tidak menjalankan tugas, maka maslahat-maslahat manusia seperti nyawa dan harta akan terdedah kepada bahaya. Justeru, para ulama meletakkan syarat wajib solat al-jumaat ialah al-khulw `an al-udzr (ketiadaan uzur)
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang mendengar (azan) tukang azan lalu dia tidak memiliki keuzuran yang menghalangnya mengikuti solat (jemaah), maka solatnya tidak diterima. Sahabat bertanya, “Apakah itu keuzuran?” Baginda menjawab: “Perasan takut dan sakit.”
Syeikh Muhammad al-Zuhaili: “Setiap keuzuran yang sama tahap kesusahannya dengan kesusahan akibat sakit, dianggap juga sebagai uzur yang dikiaskan dengan sakit yang dinaskan ke atasnya. Justeru, tak wajib Jumaat ke atas orang yang berasa takut ke atas dirinya / hartanya.”
Para ulama juga memasukkan dalam pengertian uzur, bagi seorang rakan karib, sihr (menantu atau ipar), atau orang yang dia sayang, jika dia tidak hadir solat Jumaat kerana takut saudaranya itu mati maka dibenarkan dia tidak hadir solat Jumaat.
Ibn Umar pernah diberitahu bahawa Sa`id bin Zaid bin `Amr bin Nufail (tentera Badr), telah jatuh sakit hari Jumaat. Ibn Umar menunggang kenderaan menuju ke tempat Sa`id pada waktu tengahari. Apabila masuk waktu solat Jumaat, beliau meninggalkan solat Jumaat." Riwayat al-Bukhari
Melihat kepada hujah dan dalil yang dinyatakan di atas, kami cenderung kepada hukum harus bagi pengawal keselamatan untuk meninggalkan solat Jumaat dengan syarat-syarat berikut:
1. Tugasan tersebut tidak boleh diganti dengan orang lain yang tidak diwajibkan solat Jumaat seperti orang perempuan atau orang bukan Islam. Jika boleh digantikan, makan wajib atas pengawal keselamatan berkenaan menunaikan solat Jumaat.
2. Jika tidak boleh digantikan, tetapi boleh dilakukan secara jadual giliran maka hendaklah dilakukan secara bergilir. Contohnya, minggu pertama Pengawal A bersolat Jumaat dan Pengawal B mengawal kawasan.
Ini bagi mengelakkan ancaman meninggalkan solat Jumaat 3 kali seperti mana hadis riwayat Abu al-Ja`d bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: "Barangsiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali kerana meringan-ringankannya, Allah akan mengunci hatinya."
Kata Imam al-Munawi: "Allah mengunci hatinya bererti Allah memateri hatinya, menutupnya, dan menghalang hati itu daripada mendapat kelembutan-kelembutan daripada Allah, diwujudkan pada hati itu kejahilan dan kekesatan, / Dia menukarkan hati orang itu menjadi hati seorang munafik.
3. Jika tidak mampu juga, maka hendaklah dia mendirikan solat Zuhur sahaja dan sebaiknya dengan berjemaah.
Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh.

Enjoying this thread?

Keep Current with Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!