Ulasan saya berhubung kemenangan Brazil.

Lihat bebenang.
Sebuah penantian penuh debaran di dalam perlawanan yang digelar "Superclassico" telah pun dimuktamadkan keputusannya baru-baru ini.
Keputusan telah berpihak kepada Brazil dengan jaringan 2 - 0 dan gol pula telah dijaringkan oleh 2 bintang EPL terkenal dunia iaitu Roberto Firmino (Liverpool) dan Gabriel Jesus (Manchester City).
Diantara keterujaan & pengajaran hasil perlawanan ini yang kami dapati adalah:

1. Bola Sepak adalah sukan berpasukan bukan sekadar skil individu menjadi taruhan utama.
Dalam Perang Uhud, pasukan pemanah yang ditempatkan oleh Rasulullah SAW di atas bukit Uhud tersebut terdiri daripada hanya lebih kurang 50 orang, bilangan itu tidak sampai 10% daripada bilangan keseluruhan tentera Islam yang terdiri daripada lebih kurang 700 orang.
Namun, kesan daripada perpecahan dan ketidaksepakatan tersebut amat besar sehingga mempengaruhi keseluruhan barisan tentera Islam ketika itu.
2. Brazil walaupun tanpa Neymar Jr (cedera) telah berjaya menyerang dengan baik dan berhasil menjaringkan gol. Ini menunjukkan semangat mereka kuat, tidak mudah berputus asa dan mematuhi strategi yang sudah disusun.
Dalam Perang Badar, sikap Ansar dan Muhajirin adalah contoh yang terbaik perlu diikut, terutama saat getir yang memerlukan keputusan yang padu daripada semua pihak. Mereka mentaati apa sahaja arahan Rasulullah SAW bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku
3. Argentina pula walaupun mempunyai Lionel Messi (Barcelona) dan Sergio Aguero (Man. City) gagal menyerlah dan kerap kali dilihat terpaksa berhempas pulas turun bertahan akibat kualiti pemain lain yang tidak mampu menyaingi kualiti mereka.
Dalam Islam, al-Qur'an dan al-Sunnah adalah sumber motivasi kita untuk menjadi "the cream of the crop". Lihatlah bagaimana kehidupan salafussoleh dan para ulama' terdahulu yang mempunyai kehebatan dan ketokohan tersendiri disamping saling memperkukuh antara satu sama lain.
Wafatnya Rasulullah SAW tidak melemahkan semangat mereka bahkan Islam terus berkembang sehingga memayungi 2/3 dunia.
4. Ketangkasan Penjaga Gol Brazil, Alisson Becker (Liverpool) juga menjadi salah satu faktor kesulitan pasukan Argentina untuk menghasilkan gol. Iman adalah benteng bagi diri kita. Dengan lemahnya iman, mudahlah syaitan dan nafsu menguasai.
Begitulah penekanan yang ditegaskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Kimiya' al-Sa'adah berkenaan perlunya karakter "malaikat" pada hati menguasai dan mengawal karakter haiwan, pemangsa dan syaitan yang juga ada pada hati.
5. Menariknya, menurut maklumat yang kami terima, Alisson Becker kali terakhir bolos pda 5hb Mei 2019 (hampir 2 bulan sehingga perlawanan hari ini).
Akhir kalam, ucapan syabas dan tahniah kami ungkapkan kepada pasukan Brazil yang dibimbing jurulatih hebat, Tite yang berjaya ke perlawanan akhir Copa America 2019 ini.
Semoga permainan berpasukan yang baik ini berjaya diteruskan di perlawanan akhir nanti dan seterusnya menjuarai kejohanan berprestij di benua Amerika Selatan kali ini.

Siapa lawan Brazil nanti, Chile atau Peru?
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Follow Us on Twitter!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3.00/month or $30.00/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!