"Setiap malam dia akan bertenggek atas pokok besar yang ada kat kampung kita ni."

"Budak cari line kot. Kampung ni kan selalu takda line."

"Aku bukan cakap pasal manusia."

Rt guys, aku nak cerita ni.

Ini adalah thread.
Tolong Rt rezeki saya ye, semoga anda semua murah rezeki.

Haritu ramai yang kata terlepas masa buku saya ada promosi.

Jadi saya lanjutkan promosi tu.
RM9.90 sahaja (Terhad)
Rating 5✨

Klik link ini untuk order shopee.com.my/product/278352…
Cuaca cerah dan kering di sebuah bandar menghangat situasi berkaitan isu semasa.

Aiman dan rakan sekerjanya iaitu Majid sedang berbual rancak di kedai makan.

"Kau tengoklah ni menteri dengan budak universiti pun nak gaduh." Rungut Majid.
"Gaduh apa?" Tanya Aiman yang sememangnya tidak mengikuti isu semasa. Dia tahu tentang semua itu hanya melalui Majid.

"Kan haritu, ada budak perempuan ni panjat pokok untuk cari line untuk jawab exam, dia kena tuduh menipu. Rupanya menteri tu yang salah fakta."
Mendengar kenyataan Majid. Aiman mula teringat sesuatu. Peristiwa yang pernah berlaku dalam hidupnya semasa tinggal di sebuah kampung.

Dia mengelamun seketika. Memori itu sedang merempuhnya.

Majid perasan yang Aiman sedang terpaku. "Oi kau kenapa?"
Aiman tersedar dari lamunan. "Eh sorry, bila kau cakap pasal benda tu, aku teringat sesuatu."

"Kau teringat apa?"

Aiman mula menceritakan peristiwa aneh yang pernah terjadi dalam hidupnya yang hampir dilupakan dalam ingatannya.
Ketika itu, Aiman berusia 15 tahun. Baru sahaja berpindah ke sebuah kampung bersama keluarga kerana ayahnya ada urusan kerja di sana.

Dia membesar dalam kehidupan bandar, jadi dia berasa tidak selesa di tempat yang baru.
Jiwanya masih tercari-cari cara untuk menerima kehidupan di kampung.

Hatinya berkata tidak, tapi badan terpaksa berkata ya.
Aiman tiada pilihan lain, dia harus akur.

Aiman ialah anak tunggal, Ayah dan ibunya sentiasa sibuk bekerja membuatkan Aiman sering keseorangan di rumah.

Jadi dia akan berjalan-jalan di sekitar kampung untuk mengisi rasa kekosongan.
Lagipun kawasan rumahnya tiada liputan talian telefon bimbit yang baik untuk dia melayari internet.

Jadi dia akan berjalan-jalan mencari kawasan yang mempunyai capaian liputan talian kelajuan internet yang pantas.
Semasa sedang dia meronda di sekitar kampung, dia ditegur oleh beberapa orang kampung.

Mereka kelihatan sebaya dengan Aiman. "Oi budak baru ea?"

"Aah, aku baru pindah sini."

Aiman mula berkenalan dengan mereka semua. Perbualan demi perbualan mengenali diri masing-masing.
Tapi Aiman tidak tahu kenapa, jiwanya rasa tidak masuk dengan mereka.

Seperti pendapat dan permikiran sudah jauh berbeza tapi itu hakikat yang harus sahaja ditelan.
Waktu berjalan pantas, sudah beberapa minggu sudah berlalu.

Pada suatu hari di sekolah kecoh tentang cerita seram berkaitan pokok besar yang berada di dalam kampung itu.

Aiman memasang telinga mencuri-curi dengar cerita yang tersebar di sekitar kampung.
Menurut cerita itu, beberapa penampakan entiti mistik di atas pokok menggegarkan kampung.

Aiman seperti tidak mempercayai cerita itu, mungkin jiwanya tidak berapa kena dengan cerita seram.
Kehidupan di bandar sudah meracuninya yang kewujudan hantu ini hanya wujud di dalam filem seram.

Tiada rasa takut yang terbit ketika mendengar cerita dari rakan-rakannya.
"Man, kau tak takut ke cerita pasal hantu atas pokok tu?" Tanya rakan sekelas Aiman kerana melihatnya seperti tidak berminat dengan isu semasa yang terbaru di kampung itu.

"Tak. Entah-entah orang reka cerita je. Aku tak percaya benda-benda macam ni!"
"Kau kalau kena kacau dengan hantu tu, baru kau tahu takut."

"Kampung kita ni kan susah dapat line. Aku rasa ada yang naik atas pokok untuk cari line tu. Bukannya hantu."

"Ah malaslah borak ngan kau kalau gini, semua nak ikut logik akal je."
Aiman mengerut dahi berasa hairan. "Aik ikut logik akal pun salah."

Adakah terkadang dalam beberapa situasi, berfikiran positif itu salah?

Dia hanya membiarkan fikiran itu di dalam benaknya.
Waktu berganti waktu, pada suatu malam baru sahaja tamat solat maghrib. Aiman dan rakan-rakan bercadang untuk bermain sorok-sorok.

"Jom lah main sorok-sorok, dah lama tak main. Lagipun sekarang ada Aiman, orang bandar mana main benda macam ni. Boleh lah dia merasa."
Salah sorang rakan Aiman mencurahkan rasa keraguan. "Main sorok-sorok macam budak kecik je, lagipun bahaya main malam-malam gini."

Rakan Aiman yang satu lagi mencelah. "Ke kau takut?"

Persoalan itu membuatkan semua rasa tercabar dengan diri masing-masing.
Oleh itu mereka mula bermain permainan itu, rakan Aiman yang terpilih untuk bertugas sebagai pencari mula menghitung sambil matanya terpejam ke arah dinding.

Aiman berlari pantas mencari tempat untuk dia bersembunyi. Dia mula teringat sesuatu.
"Kampung ni sekarang tengah heboh pasal hantu atas pokok. Aku nyorok atas tu lah, mesti diorang tak berani cari aku kat atas tu."

Aiman berjalan mencari pokok yang besar untuk dia duduk di dahannya. Akhirnya jumpa.
Dia memanjat naik ke atas pokok besar itu tanpa rasa ragu.

Sampai di dahan pokok. "Diorang takkan dapat jumpa aku kat sini."

Daun-daun pokok yang menyelimuti pokok itu membuatkan orang dari bawah pokok sukar melihat dengan jelas sekiranya ada orang di dahan.
Dia mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia lihat rangkaian talian sangat tinggi.

"Wah, sini rupanya line paling laju kat kampung ni." Aiman rasa teruja dan mula melayari internet melekakan diri.

Selang beberapa minit, dia mula rasa sesuatu.
Dia rasa seperti dia tidak berseorangan di atas pokok itu. Dia menelan air liur. Bulu romanya mula naik.

Dia cuba memerhati keadaan sekeliling baru dia perasan.

Sebenarnya dia tidak berseorangan.
Kelihatan seorang perempuan sedang duduk di dahan satu lagi yang ada di pokok besar itu. Rambutnya panjang dan memakai baju kurung.

Dia hanya memandang ke hadapan seperti kaku tidak bergerak. Aiman tergamam. "Dia ni hantu ke manusia?"
"Apa yang dia tengok tu?"

Aiman mula melihat ke mana pandangan mata perempuan itu terarah, dia tersentak kerana mengetahui yang perempuan itu sedang melihat ke arah kawasan perkuburan.

Dia sudah tidak tenang. Hatinya rasa tidak tenteram.
Aiman tersentak dengan muka terkejut kerana perempuan itu berpaling pantas ke arah Aiman secara tiba-tiba.

Aiman mula mengucap, jantung seperti mahu meletup.

Terukir senyuman di bibir perempuan itu melihat Aiman terkejut.
Aiman terpaku melihat wajah perempuan itu, tidak pernah dia lihat perempuan secantik itu dalam hidupnya.

Dia mula meragui hatinya. "Ada ke hantu yang cantik macam ni?"

Perempuan itu mula berpaling memandang ke hadapan semula.
Aiman mula tertanya-tanya pada dirinya, dia memanggil perempuan itu berkali-kali tapi tiada sahutan.

"Dia malas layan aku ke?"

Aiman sambung bermain telefon bimbitnya. Akhirnya dia menjumpai tempat yang sesuai untuk dia melayari internet.
Jam menunjukkan pukul 10 malam, dia lihat perempuan itu masih termenung memandang ke arah kubur.

Aiman turun dari atas pokok itu mula berjalan pulang, peristiwa itu membuatkan perasaannya rasa bercelaru.

Dia tidak percaya kepada sesiapa untuk menceritakan tentang perkara itu.
Keesokkan hari di sekolah, rakan-rakannya berasa lega melihat Aiman hadir ke sekolah. "Selamat, kitaorang ingat kau hilang. Puas kitaorang cari tau."

Aiman rasa bangga. "Baru korang tahu, korang ingat budak bandar tak reti main nyorok-nyorok."

"Kau nyorok kat mana?"
Aiman tidak menjawab.

Dalam masa yang sama, mindanya masih menerawang tertanya-tanya tentang perempuan malam tadi.

Perempuan itu kelihatan seperti mempunyai umur yang sama dengan dirinya. Wajahnya putih bersih cantik. Baginya mustahil hantu akan terwujud sebegitu rupa.
Malam itu, dia datang lagi ke pokok besar itu dengan tujuan untuk bermain telefon bimbit dan berjumpa dengan perempuan itu.

Dia memanjat pokok besar itu, setelah hampir separuh memanjat, dia lihat perempuan itu sudah ada sedang duduk mengelamun.
Perempuan itu memandang ke arah Aiman. Aiman tersenyum menunjukkan lambang "Peace." pada jarinya.

Kelihatan perempuan itu sedikit tersenyum seperti terpaksa.
Dia panjat naik dan duduk di sebelah perempuan itu.

Perempuan itu hanya terdiam kaku memandang ke hadapan.

"Nama saya Aiman, nama awak?"

Tiada sahutan, perempuan itu seperti tidak mengendahkannya.
Aiman rasa hairan dan malu. "Aduh kena palau."

Dia mula bermain telefon bimbit dan melayari internet.

Kelajuan internet yang pantas, dia mula menggunakan internet untuk menonton filem yang terbaru.
Semasa sedang dia menonton filem, matanya terarah ke perempuan itu. Dia lihat perempuan itu sedang melihat ke arah telefon bimbitnya.

Jadi dia menghalakan skrin telefon bimbitnya sedikit ke arah perempuan itu.
Perempuan itu sedar akan kelakuan Aiman, dia hanya tersenyum.

Hati Aiman rasa tersentuh melihat senyuman yang dihadiahkan. Tidak pernah dia lihat senyuman semanis itu.

Perempuan itu sudah tidak pandang ke hadapan, mula leka melihat skrin telefon bimbit Aiman.
Tamat sahaja filem, Aiman menutup telefon bimbitnya.

Aiman tersenyum dan menunjukkan lambang peace .

Perempuan itu memandang semula ke hadapan.

Dia melihat perempuan itu. "Kenapa dia tak nak bercakap dengan aku?"
Aiman turun dari atas pokok pulang ke rumahnya.

Fikirannya ada perempuan itu, senyuman dari wajah manis perempuan itu menempel di dalam benaknya.

Rasa yang mungkin perempuan itu bukan manusia semakin hilang.
Akhirnya hampir setiap malam, Aiman akan naik ke atas pokok untuk berjumpa dengan perempuan itu.

Sebelum naik, dia akan menunjukkan lambang peace sebagai tanda yang dia ingin naik.
Mereka tidak berbual, komunikasi yang pernah ada hanya dari senyuman yang dihadiahkan dari perempuan itu.

Hampir setiap malam, mereka menonton filem bersama-sama.
10 bulan berlalu, Aiman masih melakukan perkara yang sama.

Pulang sahaja ke rumah, ayah dan ibunya bersama dengan ketua kampung berada di ruang tamu.

Benaknya rasa hairan. "Apa ketua kampung buat kat sini?"
Dia menyalam tangan kedua ibu dan bapanya serta ketua kampung.

Dia duduk bersama-sama mereka terkejut mendengar berita yang ayah dan ibunya akan berpindah semula ke bandar.

Di dalam benaknya hanya satu, dia tidak akan dapat berjumpa dengan perempuan itu lagi.
Semasa ketua kampung itu ingin pulang ke rumah, Aiman menahannya. "Tok, saya nak tanya sikit?"

"Man, kamu nak tanya apa?"

"Tok orang lama kat sini, Mesti tok tahu macam-macam cerita. Betul ke ada hantu kat atas pokok dalam kampung ni?"
"Ye, dulu masa tok muda, ada budak perempuan dibunuh dengan kejam oleh tentera jepun dengan menggantungnya di atas dahan pokok besar di kampung ni."

Aiman tergamam dan tersentak mendengar perkara itu.
"Sejak dari itu, dia sering mengganggu orang yang berjalan-jalan di sekitar pokok itu pada waktu malam. Jadi kamu ni budak-budak, jangan selalu keluar malam-malam."
Aiman terkedu dengan cerita Ketua kampung itu hanya mengangguk setuju dengan nasihat yang diberikan.

Fikirannya rasa keliru, dia rasa musykil kerana baginya mustahil perempuan itu bukan manusia.

Wujud perempuan itu tidak seperti makhluk halus lansung.
Keesokkan malamnya, dia datang ke atas pokok ingin mengetahui segala-galanya.

"Kita dah kenal selama berbulan-bulan, saya masih tak tahu nama, siapa awak, semuanya. Suara awak pun saya tak pernah dengar, betul ke awak ni hantu?" Soal Aiman.
Perempuan itu tidak mengendahkan keluhan Aiman masih memandang ke hadapan.

"Kenapa awak macam ni?!"
Aiman membuat tindakan drastik untuk menyentuh kedua-dua bahu perempuan itu. Itu pertama kali dia menyentuh perempuan itu, rasanya sama seperti memegang manusia.

Dia berkata. "Pandang saya?"
Mata perempuan itu melihat ke arah mata Aiman. Kelihatan mata Aiman mula mengalir air mata berkata. "Saya suka awak."

Tiada respons atau reaksi dari perempuan itu. Hatinya rasa luluh. "Betullah awak ni bukan manusia sebab awak tiada perasaan lansung.
."
Aiman rasa sangat sedih turun dari atas pokok meninggalkan perempuan itu.

Dia tahu itu ialah kali terakhir mereka akan bertemu tapi pertemuan itu amat menyakitkan dirinya.
Aiman berpindah ke bandar, susah untuk melupakan perempuan itu.

Tapi menelusuri ruang waktu, akhirnya fikiran Aiman pada perempuan itu mula beransur hilang sedikit demi sedikit.

Tamat cerita Aiman kepada rakan sekerjanya Majid.
"Wah, tak sangka kau pernah bercinta dengan hantu! Sebablah sampai sekarang single."

"Merepeklah kau, aku single sebab aku fokus kerja."

"Ke sebab kau trauma?"

Aiman hanya membuat wajah meluat.
Perbualan dan penceritaan itu membuatkan perasaan Aiman tidak keruan secara tiba-tiba.

Hatinya seperti merasai rasa suka yang pernah ada dalam diri muncul semula terhadap perempuan yang dia anggap tidak wujud sebagai manusia ketika dahulu.

.
Dia mengatur waktu untuk pulang ke kampung mengambil cuti bagi mengenang segala yang telah pergi.

Mungkin dia masih tercari-cari jawapan yang sudah lama hilang.
Dalam 13 tahun, itu pertama kali dia menjejakkan kaki ke kampung itu. Segala rasa sayu mula timbul menyelebungi diri.

Dia mempersoalkan rasa di hatinya. "Kenapa aku rasa sedih ada kat sini?"

Adakah itu kerana rasa rindu pada perempuan yang tidak wujud itu?
Dia tidak mempunyai keluarga di kampung itu, dia melawat ke rumah ketua kampung.

Ketua kampung yang sudah lanjut usianya berasa sangat gembira dengan kehadiran Aiman.
Aiman mula bertanya sesuatu. "Ingat tak dulu tok ketua pernah cerita tentang hantu atas pokok pada saya?"

"Owh ye, kenapa?"
"Boleh tak, saya nak tahu dengan lebih lanjut tentang cerita tu."

"Maafkan tok, tok tak boleh cerita dengan lebih lanjut."

"Eh kenapa pulak tok? Salah ke saya nak tahu dengan lebih lanjut."

"Tak salah."

"Habistu?"
"Cuma cerita tu bukan cerita benar, tok reka sahaja cerita tu dulu."

Aiman terkejut matanya sedikit terbeliak." Apa tok cakap ni, kenapa tok reka cerita tu?"
"Sebab tok tengok generasi kamu ni terlalu bersosial dengan cara yang salah. Tak macam zaman tok dulu. Jadi tok reka cerita supaya anak-anak muda takut keluar malam. Sekarang kamu dah besar, dah boleh buat keputusan yang baik dan buruk. Jadi sebab itu tok bagitahu kebenarannya."
Aiman tergamam, dia tidak sangka selama ini perkara yang dia percaya hanyalah satu penipuan.

Selepas lama berbual, dia mengundurkan diri untuk berlalu pergi dan pulang ke bandar.
Waktu sudah petang, dia melalui jalan yang akan melalui pokok besar yang pernah dia lepak dulu pada waktu malam.

Hatinya terdetik untuk turun dari kereta dan melawat tempat itu.

Berdiri sahaja di hadapan pokok besar itu, segala memori lama menyelinap masuk ke minda.
Dia sedikit tersenyum mengingati semua itu. Pokok itu masih berdiri gah di atas tanah.

Tiba-tiba muncul berdiri seorang perempuan hadir di sebelahnya.

Dia tidak perasan kehadiran perempuan itu pada awalnya. Jadi dia sedikit tersentak apabila menyedari kehadiran perempuan itu.
Dia terkejut melihat wajah perempuan itu.

Wajahnya seakan sedikit seiras dengan wajah perempuan yang pernah menemaninya diatas pokok dahulu.

Dia ingin menegur, tapi perempuan itu bersuara dahulu. "Saya teringat kat adik saya bila lihat pokok ni?"

Aiman tergamam. "Adik awak?"
"Ye, dulu dia selalu duduk atas pokok ni pada waktu malam sebab nak tengok ayah."

Aiman makin tertanya-tanya. "Tengok ayah?"

"Ye, dari kecil, dia sangat manja dengan ayah. Tapi ayah kami meninggal dunia kemalangan jalan raya, jadi dia selalu tengok kubur ayah dari atas ni."
Aiman terdiam seperti tidak percaya dengan apa yang dia dengar.

Mindanya rasa kosong, dia tidak dapat berfikir. "Jadi selama ni, budak perempuan tu bukan hantu."
Perempuan itu menyambung. "Walaupun dia istimewa, tidak boleh mendengar dan bercakap sejak dari kecil tapi kami boleh faham perasaan dia."
"Sebab lah dia tidak pernah bercakap, aku dah salah faham selama ni." Kesal Aiman di dalam hati.

"Habis sekarang mana adik awak?"
Air mata perempuan itu mengalir. "Dia dah tiada beberapa tahun yang lalu kerana penyakit kanser yang dialaminya."

Perasaan sedih muncul di dalam diri Aiman. Dia tidak sangka perempuan itu sudah pun meninggal dunia.
Dia rasa sangat kecewa dengan dirinya kerana tidak dapat berjumpa dengan perempuan itu untuk buat kali yang terakhir.

"Adakah dia tahu perasaan aku pada dia?"
Perempuan itu mula berlalu pergi, dia hanya datang untuk melepaskan rindu pada arwah adiknya dan kebetulan Aiman ada di situ.

Aiman dengan rasa sayu di hati memanjat pokok itu perlahan-lahan.

Sampai di dahan pokok, dia melihat permandangan yang ada dari atas pokok.
Tenang sungguh berada di atas itu, memori yang menyayukan hati muncul.

Tiba-tiba matanya tertancap pada permukaan batang pokok di sebelahnya.
Matanya mula berkaca, air mata mengalir tanpa henti.

Dia menangis teresak-esak.

Dia melihat ada ukiran pada pokok itu. Dia sangat pasti ukiran itu diukir oleh perempuan yang pernah ada di sebelah beberapa tahun yang lalu.
Ukiran berbentuk love dan di dalam love itu ada ukiran bentuk tangan menunjukkan lambang "peace"

Beberapa tahun lalu semasa ukiran itu dibuat, perempuan itu masih menanti kehadiran Aiman semula. Setiap hari dia berharap.
Pada awalnya dia duduk di atas pokok untuk melihat pusara ayahnya tapi diakhirnya, dia berada di atas itu untuk menunggu seseorang yang ada di dalam hatinya.

Tamat.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ハキム🇲🇾

ハキム🇲🇾 Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @abstrakim

29 Aug
"Baju bundle ke ni? Hati-hati."

"Hati-hati kenapa?"

"Entah-entah baju ni bekas orang mati."

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.

Ini adalah thread.
Alang-alang tu tolong Rt rezeki saya ye, mungkin dalam rezeki saya, ada rezeki anda semua juga.

Saya ada keluarkan buku.
⭐Review 5 star
🔥Harga Promosi (Terhad)

Kalau nak order boleh whatsapp ke 01114476212

atau tekan je link ni 👇
shopee.com.my/product/278352…
Jam menunjukkan pukul 9 malam, Azim teringat yang dia ada temu janji bersama kawan-kawannya di kedai makan. Dia terlupa.

Dia bergegas keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta.

Keretanya bergerak keluar dari perkarangan rumah ingin menuju ke destinasi yang dijanjikan.
Read 109 tweets
3 Jul
Tidak semua buku boleh dibaca.

Tidak semua cerita harus dibaca.

Ini kisah tentang Buku Misteri.

*Hati-hati ketika membaca.*

Rt guys, aku nak cerita ni.

Ini adalah thread.
Macam biasa, aku akan start pukul 11.30 malam. Jadi sebelum tu korang boleh follow dan layan thread aku yang lain kat sini 👇
Alang2 tolong Rt rezeki saya ini.

Buku "DUNIA PLOT TWIST."

Review semua positif. Korang boleh dapatkan di kedai buku POPULAR dan MPH.

atau boleh juga whatsapp ke +60114476212

atau order di shopee dengan tekan link ini 👇
shopee.com.my/product/278352…
Read 85 tweets
13 Jun
PENGALAMAN SERAM SEMASA MELAKUKAN LATHI CHALLENGE!!

Rt supaya bukan korang je yang rasa seram dengan kisah ni.

Ini adalah thread. Image
Macam biasa aku akan start 11.30 malam, baru dapat aura seram tu.

Sementara tu korang boleh follow dan boleh baca thread cerita aku yang lain kat sini
Tolong rt rezeki sy ini, semoga dalam rezeki sy ada rezeki anda semua juga.

Saya ada keluarkan buku bertajuk "Dunia Plot Twist." Review mostly positive untuk buku ni.

Korang boleh dapatkan di kedai buku POPULAR & MPH.

atau di shopee dengan tkan link ini shopee.com.my/product/278352… Image
Read 124 tweets
10 Jun
Akhirnya boleh merentas negeri. Ramai yang pulang ke rumah sewa masing2 yg sudah lama ditinggalkan.

Malam pertama

"Kau dengar tak?"

"Apa?"

"Suara perempuan menangis."

Adaptasi dari kisah benar.

Rt supaya bukan korang je yang rasa seram dengan kisah ini.

Ini adalah thread.
Macam biasa aku akan start 11.30 malam, baru dapat aura seram tu.

Sementara tu korang boleh follow dan boleh baca thread cerita aku yang lain kat sini
Tolong Rt rezeki saya, mungkin dalam rezeki saya ada rezeki anda semua juga.

Dunia Plot Twist. Harga tengah promosi hanya RM14.50 sahaja.

Boleh tgk gambar review dri pembaca😁👍

Nak order boleh ws ke +601114476212

atau tekan link shopee👇shopee.com.my/product/278352…
Read 73 tweets
31 May
Amaran ! Jangan baca kisah ini sorang-sorang dan di dalam bilik yang gelap.

Kisah benar dari seorang pembaca.
Kelibat putih.

Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan kisah ini.

Ini adalah thread.
Aku akan cerita waktu malam, kalau cerita sekarang, korang takkan rasa betul-betul misteri dalam cerita ni.

Stay tuned.

Kalau nak baca cerita aku yang lain boleh baca kat pinned tweet atau tekan je link ni 👇
t.me/abstrakim
Just nak cakap.

Jangan berani sangat.

Saya tak paksa untuk anda membaca thread ini. Ini hanya untuk insan yang terpilih.

Terima kasih.
Read 27 tweets
22 May
Pernah ke hantu ikut korang balik sampai dalam rumah?

Adaptasi dari kisah benar.

Rt supaya bukan korang je yang rasa seram layan cerita ni.

Ini adalah thread.
Aku akan start 11.30 malam ni.

Sementara tu korang boleh join channel telegram aku kat situ pun ada cerita yang aku tulis. Nak join telegram tekan je link kat bawah ni👇
t.me/abstrakim
Waktu sudah malam, Hani dalam perjalan pulang ke rumahnya dari tempat kerja.

Dia hanya menaiki motosikal, setiap hari dia akan melalui jalan yang sunyi dan gelap gelita kerana tiada tiang lampu
serta permandangan sekeliling ialah pokok-pokok yang amat menyeramkan.
Read 48 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!