Risalah #Jawi#British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.
Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut.
"KEPADA PENDUDUK² TANAH MELAYU
Tentera² Jepun di serata² tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tentera² yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tentera² Amerika.
British dan Amerika berlayar² dekat negeri Jepun membedil bandar²nya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahli² sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
Segala serangan menuju jantung hati Jepun itu memaksa mereka menyerah kalah dan TANAH MELAYU terpelihara dari bencana perang.Perperangan sudah tamat dan Jepun mesti mengikut perintah pihak Berikat.
Dengan yang demikian amatlah sukacita hati kita kerana tidaklah parah kita berperang di tanah melayu menghalau Jepun dengan mengebom serta membedil bandar² dan pekan².
Apakala sampai sahaja tentera² kita ke TANAH MELAYU kita akan halau kesemua Jepun.Sementara itu askar² Jepun di TANAH MELAYU telah diperintah berkumpul di tempat² yang ditentukan menjalankan kewajipan negeri dan menjaga keselamatan hartabenda tuan².
Dengan seboleh²nya jauhkanlah diri tuan² dari tempat² yang ditentukan itu dan janganlah sekali² cari jalan pergaduhan dengan Jepun.Dalam berberapa hari ini,sabar sahajalah dan ingatlah bahawa tiap² Jepun itu adalah penderhaka² di TANAH MELAYU yang membuat pekerjaan aniaya
akan dihukum dengan teruknya apakala kita kembali.Pergaduhan ketika ini membahaya dengan sia² sahaja diri tuan² dan sanak saudara tuan².Gerila² di TANAH MELAYU serta pegawai² British mereka yang telah lama melawan Jepun dengan gagahnya telah diperintah duduk
tetap di tempat² mereka.
Kemakmuran yang terbinasa oleh peperangan mustahil pulih dengan segeranya tetapi dengan ketibaan kapal² kita yang pertama ke TANAH MELAYU kita boleh bersama² membina semula negeri itu dan melebihkan makmur tanah air itu bagi sekalian penduduknya. "
Demikian prihatinnya British dalam memenangi hati orang tempatan dengan berbahasa #Melayu lengkap dengan tulisan Jawi lagi suatu ketika,sedangkan hari ini ada seorang bekas Perdana Menteri beriya-iya hendak memartabatkan Bahasa Inggeris.
Semoga jadi pelajaran buat kita
Terima kasih kerana sudi membaca di samping kesibukan melayan tandapagar #KlusterMenteri .
Jika sudi, mohon bantu ulangciap(RT) bebenang ini ya!
Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.
Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.
Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"
Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan.
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.
Dikarang oleh Imam Muhammad bin Sulayman Al Jazuli Al Hashimi رحمة الله عليه و قدس الله سره seorang alim besar dan seorang sufi yang Rabbaniy selepas sebuah peristiwa di mana beliau hendak mengambil wudhu' di sebuah perigi,namun airnya terlalu dalam sedangkan tidak ada timba
Mak Yong: Hiburan Istana Permainan Rakyat Jelata
(INI ADALAH BEBENANG)
1)#MakYong adalah suatu persembahan pentas yang menggabungkan elemen drama,pementasan teater,tarian,nyanyian dan muzik, dipercayai berasal dari Pattani kira-kira 800 tahun lepas, sebelum kedatangan #Islam ke Pattani
2) Nama Mak Yong dikatakan berasal daripada perkataan ' Mak Hyang' iaitu Ibu Semangat atau Roh padi.Pendapat lain pula mengatakan ia diberi nama 'Mak' kerana dilakonkan oleh #wanita secara umumnya, dan 'Yong' merujuk kepada Pahlawan dalam dialek Pattani lama.
Persenjataan #Melayu
Selalu orang menganggap bahawa #keris yang biasa disisip di pinggang pada persalinan Melayu lengkap itu adalah #senjata utama orang Melayu.Sebenarnya tidak!
Senjata orang Melayu adalah berdasarkan jarak pertempuran.
Ini adalah bebenang.
1)Bagi pertempuran jarak jauh bagi menyekat kemaraan musuh,orang Melayu menggunakan meriam.
Ini adalah gambar meriam Peca de Malaca di Muzium Lisbon,Sepanyol yang dipercayai telah dirampas ketika penaklukan Portugis terhadap Melaka.
2)Sekiranya kemaraan musuh tidak dapat disekat dengan meriam,maka dibantu juga dengan bedilan meriam kecil boleh laras dipanggil Lela atau Lela Rentaka