Apa maksud #peribahasa ; " Menjaga tepi kain orang?"
Ini adalah bebenang
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu.
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
3)Oleh kerana itu, bahagian tepi kain ini amat jarang diberikan perhatian kerana kedudukannya yang tersembunyi.
4)Jadi apabila bahagian yang tidak tampak itu yang sibuk diperkatakan oleh orang yang melihat,sedangkan ia sendiri tidak begitu kelihatan kepada pemakai, itulah yang dimaksudkan dengan sibuk memberi perhatian kepada aib orang lain.
5)Kerana bahagian tepi kain ini biasa disembunyikan boleh pemakainya sama ada di dalam gulungan atau ikatan bergantung kepada cara pemakaiannya.
6)Jadi sikap orang yang menjaga tepi kain orang ini sangat negatif kerana bahagian yang sudah disembunyikan pemakainya pun boleh kelihatan cela pada matanya.
Itulah sedikit sebanyak maklumat yang abang terima daripada kenalan Abang,seorang tukang #tenun di Pusat Tenun Pulau Keladi,Pekan Pahang.
Semoga bermanfaat dan sudi-sudikanlah ulangciap (RT) ya!
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh
Kehidupan orang Melayu sangat terkait dan bergantung dengan alam persekitaran yang kaya dengan flora dan fauna.
Justeru,kita akan temukan metafora bunga-bungaan dalam ungkapan Melayu.
Ini adalah bebenang.
1) "Berguru kepalang ajar,ibarat bunga kembang tak jadi"
Merujuk kepada ilmu yang belum dipelajari secara matang dari guru,namun sudah hendak ditayangkan kehebatannya,sama seperti bunga yang masih belum sempurna kembang tapi sudah dipetik dan dipamerkan.
2)"Laksana bunga dedap,sungguh merah berbau tidak"
Bunga Dedap biasanya ditanam di halaman rumah kerana kecantikannya,tetapi tidak berapa berguna kerana tidak menghasilkan bauan yang harum.
Demikianlah orang yang cantik fizikal,tetapi tidak elok perangai diibaratkan seperti itu.
Risalah #Jawi#British kepada penduduk Tanah #Melayu, selepas kekalahan #Jepun.
Gambar asal milik Tuan Zafrani Ariffin.
Transliterasi Jawi ke Rumi dalam bebenang berikut.
"KEPADA PENDUDUK² TANAH MELAYU
Tentera² Jepun di serata² tempat telah mengaku kalah.Tenteranya parah dihapuskan oleh tentera British yang ke 14 di Burma.Tentera² yang lain mempertahankan tanah airnya di Filipina,Iwo Jima dan Okinawa telah dikalahkan juga oleh tentera² Amerika.
British dan Amerika berlayar² dekat negeri Jepun membedil bandar²nya di daerah pantai.Bom baharu yang dibuat ahli² sains British dan Amerika 2000 kali kuatnya dari bom biasa telah membinasa 2 buah bandar Jepun.
1)Perkataan 'mengarang' tanjak adalah yang paling lama digunakan sejak zaman berzaman. Perkataan 'menyolek' adalah perkataan baharu. Perkataan 'menakuk' deta (destar) adalah khusus buat destar Negeri Sembilan.
2)Secara harfiahnya kalau mengarang, adalah dari tiada/kosong pada ada, solek pula difahami sebagai benda yang sedia ada dan ditambah baik.
3)Saya lebih selesa menggunakan 'mengarang' tanjak untuk tanjak-tanjak warisan, 'menakuk' pula jika membuat deta Negeri Sembilan.
Dikarang oleh Imam Muhammad bin Sulayman Al Jazuli Al Hashimi رحمة الله عليه و قدس الله سره seorang alim besar dan seorang sufi yang Rabbaniy selepas sebuah peristiwa di mana beliau hendak mengambil wudhu' di sebuah perigi,namun airnya terlalu dalam sedangkan tidak ada timba
Mak Yong: Hiburan Istana Permainan Rakyat Jelata
(INI ADALAH BEBENANG)
1)#MakYong adalah suatu persembahan pentas yang menggabungkan elemen drama,pementasan teater,tarian,nyanyian dan muzik, dipercayai berasal dari Pattani kira-kira 800 tahun lepas, sebelum kedatangan #Islam ke Pattani
2) Nama Mak Yong dikatakan berasal daripada perkataan ' Mak Hyang' iaitu Ibu Semangat atau Roh padi.Pendapat lain pula mengatakan ia diberi nama 'Mak' kerana dilakonkan oleh #wanita secara umumnya, dan 'Yong' merujuk kepada Pahlawan dalam dialek Pattani lama.
Persenjataan #Melayu
Selalu orang menganggap bahawa #keris yang biasa disisip di pinggang pada persalinan Melayu lengkap itu adalah #senjata utama orang Melayu.Sebenarnya tidak!
Senjata orang Melayu adalah berdasarkan jarak pertempuran.
Ini adalah bebenang.
1)Bagi pertempuran jarak jauh bagi menyekat kemaraan musuh,orang Melayu menggunakan meriam.
Ini adalah gambar meriam Peca de Malaca di Muzium Lisbon,Sepanyol yang dipercayai telah dirampas ketika penaklukan Portugis terhadap Melaka.
2)Sekiranya kemaraan musuh tidak dapat disekat dengan meriam,maka dibantu juga dengan bedilan meriam kecil boleh laras dipanggil Lela atau Lela Rentaka