Jangan cabar benda yang tidak dapat dilihat, risau dia berdendam.
Dendam manusia boleh minta maaf, dendam jin?
Rt guys, jangan biarkan korang je yang rasa seram dengan cerita ni.
Ini adalah thread.
Takkan nak start sekarang. Pocong kalau muncul tengah hari panas terik tengah-tengah padang sekolah pun orang tak rasa seram. Aku akan start 11.30 malam ni.
Kalau tak sabar sangat, korang boleh baca dulu cerita yang pernah aku tulis kat sini 👇
Nak lebih lagi boleh baca kat telegram jugak. Dalam tu dah ada 14 buah cerita. Nak baca tekan link ni 👇 t.me/abstrakim
Tak puas hati lagi, nak lebih lagi cerita yang menarik. Okey boleh dapatkan buku yang aku tulis. Kalau berani beli lah. sekarang ada promosi. Rugi tak beli. 😁😁😁😁
Im sorry, im not feeling well. will start tomorrow.
Thank you.
Adira terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi guruh berdentam-dentum di luar rumah.
Dia lihat keadaan biliknya gelap gelita. Tiba-tiba petir memancar disusuli bunyi guruh yang menakutkan.
"Hujan ke?" Kata Adira tidak tenang.
Adira sangat takut dengan bunyi guruh walaupun sudah berusia 25 tahun. Lagi-lagi sekarang dia berseorangan dan keadaan sekelilingnya gelap-gelita.
Dia bingkas bangun dari atas katil hentak pergi ke bilik ibu bapanya.
Pintu dibuka perlahan-lahan, kelihatan ruang tamu rumah juga gelap-gelita.
Dentuman guruh muncul lagi dan membuatkan dirinya tersentak.
Dia menutup pintu bilik dan ingin berjalan menuju ke arah bilik ibu bapanya.
Di luar rumah, rintik-rintik hujan semakin deras membasahi bumi.
Semasa dia sedang berjalan perlahan-lahan menuju ke tujuannya, tiba-tiba langkahnya terhenti.
Kedengaran bunyi suara perempuan menangis.
Adira menelan air liur, bulu romanya meremang mendengar tangisan itu.
Tangisan yang mendayu-dayu dalam keadaan hujan lebat berserta guruh dan persekitaran yang gelap gelita menambahkan aroma seram dalam diri Adira.
Dia tahu suara tangisan itu ada di hadapan sofa. Dia tidak mahu memandang ke arah itu meneruskan langkahnya.
Tapi suara tangisan itu bertukar menjadi suara memanggil. "Adira.. , Adira.. , Adira.."
Adira terpaku.
Perlahan-lahan dia memandang ke arah itu dan dia menjerit.
Kelihatan seorang perempuan sedang duduk bercangkung yang wajahnya penuh dengan luka, lidahnya terjelir keluar, Matanya terbeliak berpakaian putih dengan rambut panjang.
Perempuan itu memanggilnya lalu dia merangkak pantas ingin menerkam Adira.
Adira menjerit ketakutan sehingga dia tersedar dari mimpi.
Rupanya itu hanya mimpi. Badan Adira berpeluh.
Tapi itu bukan pertama kali dia mimpi sedemikan rupa.
Sekarang sudah masuk 6 kali dia mimpi benda yang sama.
Apakah maksud mimpi itu?
Adakah itu petanda yang perempuan itu ada di dalam rumahnya?
Adira sudah tidak tahan dengan mimpi ngeri yang dialaminya.
Kadang-kadang dia jadi takut hendak tidur kerana risau mengalami mimpi yang sama.
Dia mengadu pada ayahnya iaitu Rashid.
Setelah mendengar penjelasan Adira. Rashid membalas. "Mimpi tu mainan tidur, tu lah kamu suka tengok baca-baca novel seram sebelum tidur."
Adira bengang. "Ish mana ada."
Tu atas meja kamu tu." Kelihatan novel abstrakim iaitu Dunia Plot Twist.
"Apa kena mengena, buku tu Dira dah habis baca lama da." Balas Adira.
Rashid bangun dari duduk. "Dah lah, lain kali tidur basuh kaki. Ayah ada kerja ni."
Adira tidak puas hati dengan balasan dari ayahnya.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Mimpi ngeri itu masih mengganggu Adira.
Akhirnya keadaan bertambah teruk.
Malam itu, jam menunjukkan pukul 3 pagi. Rashid terjaga dari tidur.
Dia terdengar bunyi suara orang ketawa.
Dia rasa aneh. Dia lihat isterinya masih tidur dengan nyenyak.
Rumahnya yang gelap gelita membuatkan suara ketawa itu kendengaran menyeramkan.
Jantungnya sudah berdegup kencang. Keluar peluh dari tubuhnya.
Dia mengenal pasti suara ketawa itu datang dari bilik anak perempuannya.
Tiba-tiba dari ketawa. Suara itu bertukar menjadi suara perempuan mengilai.
"Adira, kenapa tu?" Tanya Rashid yang sudah ketakutan.
Perasaan takut semakin membuak-buak.
Dia semakin menghampiri bilik a anak gadisnya.
Perasaan berdebar semakin memuncak.
Dia memulas tombol pintu perlahan-lahan.
Apabila pintu bilik dibuka, Rashid terkejut.
kelihatan anaknya sedang mencederakan kakinya dengan pisau.
"Adira!!!!" Jerit Rashid mendapatkan anak perempuannya.
Apabila dia memegang tubuh Adira. Adira pengsan tidak sedarkan diri.
Rashid mengangkat anaknya untuk dibawa ke Hospital.
Masa berlalu pantas, selesai mendapatkan rawatan. Adira sedar.
"Bayaran tu aku tak kesah, yang penting semua ni dapat diselesaikan." Balas dukun.
Khamis malam jumaat. Rashid, Adira dan Dukun itu berada di hadapan pokok besar yang ada di dalam rumah kosong itu.
Rashid dan Adira rasa sangat berdebar berada di situ. Bulu roma mereka sudah merinding.
Dukun itu mahu mengadakan upacara bagi memutus dendam antara Adira dan jin itu. Dia bersila dan mula membaca sesuatu.
Terkumat kamit mulutnya.
Angin yang kuat entah dari mana muncul membuatkan Adira dan Rashid berasa sangat takut.
"Ayah apa tu!!!?" Adira menjerit kerana nama Adira yang terukir pada pokok itu tiba-tiba mengalir darah keluar.
Dia memeluk ayahnya kerana ketakutan.
Dukun itu masih membaca sesuatu dengan bahasa yang tidak difahami.
Muncul suara perempuan menangis menambahkan lagi aroma seram. Tiba-tiba suara itu seperti semakin hampir dengan mereka.
Adira dan Rashid tersentak seorang perempuan dengan wajah penuh luka, mata terjojol, lidah terjelir muncul dari arah belakang pokok.
Mereka berdua menggigil ketakutan.
"Ayah!!" Bentak Adira tidak dapat menahan rasa lagi.
Tiba-tiba Adira tidak dapat mengawal tubuh badannya ingin mencederakan dirinya ke dinding rumah. Dia menghentak kepalanya beberapa kali sehingga berdarah.
"Dukun, kenapa ni?" Tanya Rashid cuba menghalang anaknya tapi tidak berjaya.
"Dia kena minta maaf pada jin itu, bagitahu perkara sebenar baru dendam ini diputuskan dan dia tidak akan mengganggu anak kau lagi." Ujar Dukun itu.
Adira mula meminta maaf. "Saya minta maaf sebab ukir nama saya pada pokok tu."
Tapi kepalanya masih tidak berhenti mencederakan diri pada dinding. Adira merayu meminta maaf lagi. Tapi tiada hasil.
Rashid jadi hilang sabar memarahi dukun. "Anak saya dah minta maaf tapi kenapa dia masih macamni?"
Dukun itu dengan pandangan tajam. "Maksudnya ada benda lain yang membuatkan jin itu berdendam pada anak kau. Kalau tiada kebenaran, anak kau mungkin akan mati kerana menghentak dinding. Anak kau harus meminta maaf pada perkara itu."
Adira mula buntu, dia tidak tahu akan kesalahannya yang mana. Kepala sangat sakit hendak berfikir.
Rashid mula mengalirkan air mata melihat anak gadisnya terseksa dan mungkin akan mati kerana pendarahan yang teruk pada kepala.
Tiba-tiba Rashid bersuara. "Aku minta maaf sebab bunuh kau, 30 tahun yang lalu!!"
Dukun itu tergamam mendengar pengakuan Rashid. Adira tidak lagi mencederakan dirinya, maksudnya pengakuan itu benar.
Rashid jatuh terduduk wajahnya hiba. "Aku minta maaf sebab bunuh kau, Sofea. Jangan cederakan anak aku lagi."
Makhluk ghaib perempuan itu matanya keluar darah dan hilang dari pandangan.
Adira yang sakit di bahagian kepala mendekati ayahnya. "Ayah apa semua ni?"
Rashid mula bercerita, 30 tahun yang lalu. Dia bercinta dengan seorang gadis yang bernama Sofea. Tapi Sofea memutuskan hubungan mereka kerana Rashid tidak cukup duit untuk perkahwinan mereka yang akan datang.
Jadi berlaku pergaduhan, Rashid menjadi marah dan hilang kawalan diri, dia menghentak kepala wanita itu ke dinding berulang kali sehingga tidak sengaja telah terbunuh Sofea.
Rashid menanam Sofea di dalam rumah kosong ini, sekarang mayat Sofea berada di bawah pokok besar ini.
Pokok besar ini tumbuh dan membesar selepas kematian Sofea. Sejak itu tiada siapa yang menjumpai mayat Sofea. Dia dilaporkan hilang dan masih tidak dijumpai lagi.
Adira rasa kecewa mendengar pengakuan dari ayahnya.
Dukun itu bangun dari bersila. "Rashid, Dia mungkin akan datang semula. Jadi kalau kau sayangkan anak kau. Kau kena serahkan diri pada pihak polis dan mengaku tentang pembunuhan ni. Dia akan tenang dan tidak akan mengganggu anak kau lagi."
Rashid akur, dia ke balai polis dan menyerah diri. Kes 30 tahun dibuka semula dan diadili. Rashid kini berada di dalam penjara.
Adira tidak lagi diganggu oleh jin dari pokok itu.
Selepas 2 tahun kes itu dibicarakan di mahkamah. Pada suatu hari, semasa di penjara.
Rashid didatangi tetamu yang ingin berjumpa dengan dirinya. Tetamu itu ialah dukun yang membantu melepaskan dendam jin itu pada anaknya.
"Terima kasih dukun datang melawat saya."
Mereka berbual dari balik palang menggunakan telefon yang disediakan di situ. "Ada apa dukun datang jumpa saya?"
"Terima kasih, sebab kau mengaku tentang perbuatan kau."
Rashid tersenyum. "Eh patutnya saya yang berterima kasih pada dukun, kalau dukun tak bagitahu apa yang patut saya buat, mungkin anak saya akan hidup terseksa."
"Aku abang Sofea."
Rashid tergamam. "Apa yang dukun cakap ni?"
Dukun itu tersenyum sinis. "Aku abang Sofea."
Rashid menelan air liur. "Jadi?"
"Jadi ye, aku yang rancang semua ni."
Dukun itu bercerita, semasa kes kehilangan adiknya berlansung dia berada di Indonesia untuk menuntut ilmu sihir. Dia tidak tahu yang adiknya hilang.
Selepas 7 tahun, baru dia pulang tapi semuanya sudah terlambat. Kes pencarian adiknya telah ditutup. Dia tidak tahu apa yang berlaku.
Jadi dia mempertingkatkan ilmu sihirnya untuk mengetahui perkara sebenar.
Setelah berpuluh tahun, akhirnya perkara sebenar diketahuinya. Tapi dia tahu, dia tidak cukup bukti atau saksi untuk meletakkan Rashid ke muka pengadilan.
Oleh itu dia membuat rancangan supaya anak perempuan Rashid di ganggu oleh makhluk ghaib yang kononnya pada pokok di dalam rumah usang itu.
Adira sebenarnya tidak pernah pergi ke rumah kosong itu bersama rakan-rakannya.
Semua itu berlaku di dalam mimpi yang dihantar oleh dukun itu. Kerana mimpi itu seperti kelihatan benar, Adira ingat ianya benar-benar berlaku.
Jin yang mengganggu Adira bukan dari pokok itu tapi jin itu milik Dukun.
Rashid terkejut. "Tapi kenapa anak aku?"
"Sebab kau sayangkan anak kau, kalau kau yang diganggu. Kau mungkin tidak akan kesah terseksa. Tapi kau mesti tidak mampu melihat anak kau terseksa."
Rashid kecewa.
Dukun itu ketawa dan meninggalkan Rashid. Misinya selesai. Pembunuhan adik kandungnya dapat dibela.
Tamat.
Kalau dah pernah baca cerita ni maksudnya anda dah baca kat wattpad atau instagram. Cerita ni aku tak pernah tulis kat twitter lagi.
Thanks baca.
• • •
Missing some Tweet in this thread? You can try to
force a refresh