Laporan kewangan SUMATEC yg perlu kita cerakinkan (slice & dice).

Kaunter Sumatec telah pun delisted dari Bursa. Thread ini kita tengok kaedah perakaunan SUMATEC dan apa yang kita dapat pelajari.
Laporan kewangan SUMATEC setakat 30 Jun 2019, ia dikatakan mempunyai aset dalam buku (assets in the book) RM839 juta.

Dlm interim report jun-2019 ada dua aset yg nampak pelik yg disebut dlm buku:
1. Working interest: 272 juta
2. Project expenditure: 174 juta
Dlm laporan tahunan 2018; dua aset yg lebih kurang sama:

1. Rights and concessions: 271 juta
2. Exploration and evaluation cost: 173 juta

Tentu ramai tak perasan atau tertanya, macam mana company yang banyak asset tetapi tak mampu selesaikan hutang?
Kenapa sumatec terjeremus ke PN17? pertamanya ia mendapat petition winding up untuk mencairkan asset supaya hutang2 kreditor dapat dibayar. Sumatec telah menerbitkan bon kepada Kerisma Bhd, Capone Bhd, Prima Uno Bhd dan Malaysian Trustees Bhd sebanyak 83 juta (berserta faedah).
Dah tu kenapa tidak dicairkan (dijual) aset utk membayar hutang? petition winding up ni bukanlah tiba2 datang peminjam ini.

2014, sumatec menghujani berita manis bahawa Markmore Sdn Bhd telah memerterai perjanjian utk membangunkan Methanol Plant USD700 juta di Kazakhstan.
2017, Sumatec telah memeterai perjanjian dgn Markmore Sdn Bhd utk bercadang membeli Markmore Energy Labuan Ltd (MELL) pada harga USD370 juta kerana MELL adalah pihak yg mendapat konsesi minyak & gas kawasan Rakushechnoye yg bekerjasama dengan CaspiOilGas LLP (COG) di Kazakhstan.
Berbalik kepada cerita di atas. aset hampir 0.8 billion, kenapa teruk sangat company nih.

Kalau kita perhatikan secara perinci, Sumatec menggunakan perakaunan yg berbeza.
Kalau subjek account, ada different set of standard yg digunakan dlm industri minyak dan gas terutamanya dalam Upstream (Exploration and Production).

Dlm industri minyak & gas Upstream, terdapat 2 method accounting yg digunakan:
1. Full Cost Method
2. Successful Efforts Method
Method ini merupakan kaedah macam mana perbelanjaan dimodalkan kepada aset (capitalized expenditure). Kalau dlm construction business, semua project construction yg tengah buat tetapi belum siap; akan dimodalkan (capitalized) kepada Asset Under Construction (AuC) atau
Project In Progress (PiP) yg diletakkan di bawah Balance Sheet/Statement of Financial Position.

Kalau perbelanjaan project ini tidak dimodalkan atau tidak boleh dimodalkan, contohnya belanja entertainment, akan diletakkan di bawah Profit and Loss statement di mana,
kalau belanja tinggi akan mengakibatkan your profit become less. stakeholders will not be very happy to see profit going down.

AUC/PiP once dah complete project akan ditransfer menjadi fully asset such as PPE, Land, Building, Machinery etc. Kalau tiba2 project tak siap camne?
Dalam kes Oil and Gas Upstream, sama juga konsep. invest belanja modal utk carigali minyak tiba2 takde minyak.

Full cost method membenarkan syarikat memodalkan segala perbelanjaan tak kira walaupun outcome nya adalah nothing.
Successful efforts method hanya membenarkan syarikat memodalkan perbelanjaan sekiranya pencarian minyak itu berjaya. sekiranya carigali itu dry holes.

maka segala perbelanjaan akan -expense-off kepada Profit n Loss Statement.
Sumatec menggunakan Full Cost Method. Banyak syarikat2 besar lebih prefer menggunakan Successful Effort berbanding Full Cost. Contohnya, Shell, Sapura Energy etc.
Kalau tengok laporan tahunan sumatec menyebut, segala kos eksplorasi dan aktiviti penilaian lapangan minyak akan dimodalkan bila ia berlaku. Kos ini akan dilupuskan sekiranya:
1. ia (aktiviti exploration and evaluation) didapati tidak menghasilkan sebarang nilai komersil, tiada carigali dapat diteruskan atau tiada production pada lapangan minyak tersebut; atau

2. Kontrak telah tamat atau ditamatkan.
sudah tentunya bila asset dimodalkan akan tertakhluk kepada impairment losses. Segala pelaburan sumatec dalam subsidiari mereka semua dirosot nilai 100%.
Anak syarikat sumatec dalam laporan audit: Sumatec Corporation Sdn. Bhd. dan Sumatec Oil and Gas LLP menyebut "adverse opinion". Bila sebut adverse opinion, ada la benda yg tak betul.
Hak sumatec untuk membangunkan kawasan lapangan minyak di Kazakhstan ditamatkan pada Oct 2019 oleh CaspiOilGas LLP (COG). Jadi, nilai aset sumatec 800 juta itu sebaliknya adalah nilai yg sangat subjective dan ada conditional requirement.
banyak debat akademik di luar sana antara kelebihan & kekurangan Full Cost (FC) vs Successful Efforts (SE). Some said SE lebih conservative ttp ia sangat kompleks dlm penyediaan laporan kewangan. kajian menunjukkan kaedah SE lebih mencerminkan kualiti aliran tunai berbanding FC.
Mungkin terjawab, apasal asset banyak tapi tak leh settle hutang? aset yg ada tak boleh dicairkan. Yang penting ialah current asset. kalau berlaku petition winding up, current asset terlebih dahulu mesti dicairkan.
Sebab itu kalau kita kaji fundamental, current ratio adalah antara ratio terpenting. did u learn a lesson?

Contoh perbandingan SE vs FC untuk industri huluan minyak dan gas.
Kelas december 2020 masih still slot kekosongan kepada siapa yg berminat.

bengkelsaham101.onpay.my/order/form/fun…

#bengkelsaham101
#fundamentalanalysis
#nasdaq
#saham
#zayedzulkifli
@Cahayahati99 to tag or not to tag, kompem makin konpius. 😂😂😂

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with ZaYeD ZulFikLi

ZaYeD ZulFikLi Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @ZZulfikli

20 Nov
Pembelian semula saham (share buy back).

Saya ditanyakan soalan tentang share buy back oleh syarikat top glove sebanyak 1.8 billion. adakah ia sesuatu yg bijak atau sebaliknya.

Ini adalah bebenang tentang share buy back.
Apa yg perlu anda tahu syarikat buat buy back share?
Buy back share adalah seperti double edge sword. ia boleh jadi bagus & boleh jadi baik. Buy back share by company berbeza dgn insider buying (seperti kalau lembaga pengarah membeli saham syarikat or CEO membeli saham syarikat)
Buy back share (pembelian semula saham syarikat) yang dibeli dari pasaran terbuka (open market) boleh melalui:

1. Internal funding - hasil dari keuntungan syarikat (cash money etc)
2. Borrowing loan
Read 16 tweets
30 Oct
Revisit 1997 Financial Crisis

Krisis kewangan 1997 bukanlah sesuatu yg jadi tiba-tiba dlm masa satu malam. Ia adalah merupakan kemuncak kegagalan polisi yg tidak dirancang dgn baik. 1996 sudah nampak tanda2 tetapi mungkin pandang sebelah mata.

Ini bebenangnya & bandingkan 2020
Kita renung kembali data2 fiskal pada tahun 1996-1998.

Peratus nisbah hutang luar (External Debt ratio) berbanding Gross National Product pada tahun 1996 57% dan 1997 86%. Prior to 1997, GDP growth rate berada pada kadar yang sangat tinggi dlm purata 8.7% (1990 - 1997).
One of the few fiscal weaknesses that exhibit a glimpse of crisis was deficit of our current account. Apa benda current account? Ia merupakan jumlah imbangan dagangan eksport berbanding import.
Read 21 tweets
29 Oct
Pelabur terawal

Semua org nak jadi pelabur terawal untuk syarikat yang akan mengubah landskap dunia atau syarikat yang menjadi trendsetter seperti amazon, google @ alphabet, facebook dsb.

Ini bebenangnya.

#bengkelsaham101
Cuba kita tgk pelabur2 terawal:

Softbank telah melabur usd20 juta dlm Alibaba seawal tahun 2000. Mereka telah memperolehi keuntungan modal 720,000%.

Sequoia Capital melabur dalam applikasi whatsapp 36,000% bila facebook membeli whatsapp pada harga usd22 billion pada tahun 2014.
Peter Thiel pelabur terawal dalam facebook sebanyak usd500,000 pada 2004 & telah menjual pegangannya usd1 billion.

Khazanah (milik penuh mof) telah melabur dlm alibaba sebanyak usd250 juta pada tahun 2012, sudah untung rm6 billion. Khazanah juga antara pelabur terawal dalam Uber
Read 6 tweets
24 Oct
Malaysia Airlines Berhad

Thread ini merupakan apa yg berlaku kpd syarikat penerbangan nasional. Kita perincikan dari zaman Dato Idris Jala: masalah kewangan, kos operasi dsb.

Bebenang yg panjang. harap sudi baca 🙂
Sblm ini, Idris Jala ditugaskan utk memulihkan Malaysia Airlines tahun 2005-2009. As soon as dia keluar dan masuk ke Jabatan perdana Menteri utk membantu najib, MAS kembali terjerumus kerugian.
Idris Jala juga background dia, datang dari Oil & Gas industry. Sblm terjebak dalam turnaround Malaysia Airlines, Idris Jala adalah CEO Shell MDS di Bintulu dan Shell Sri Lanka.

So, sekarang mungkin org nampak skit kot DNA oil and gas ways of thinking ni lain dari industri lain
Read 20 tweets
23 Oct
13 march 2020, pentadbiran trump mengisyhtiharkan darurat secara pentadbiran (national emergency). Ini selalu berlaku dalam pentadbiran di US. Kenapa keputusan itu dibuat? Apa kesannya? Mcm di US ada Federal Emergency Management Agency (FEMA) yg menguruskan bencana spt covid.
Kerana emergency declaration, fungsi FEMA diperluaskan seluruh negeri2 di US. Yg kedua, bajet kewangan ditingkatkan dgn lebih banyak, fiscal stimulus disuntik dgn lebih banyak.

Hari ini, aku rasa bila kerajaan PN buat adalah tujuan yg sama spt US, bukan "darurat" yg kita fahami
Kalau tidak diisytiharkan darurat, segala pembentangan bajet, tindakan eksekutif (executive decision) kena melalui prosedur biasa, masuk parlimen, debate etc. krisis pandemik yg berpanjangan, polisi sedia ada akan melambatkan decision.
Read 4 tweets
22 Oct
Legality of manifesto

Kes precedent disaman kerana memungkiri manifesto, di mana sekumpulan ibu tunggal menyaman kerajaan selangor kerana memungkiri manifesto pilihanraya kerajaan negeri selangor. Plaintiff gagal.

Ini bebenangnya ttg manifesto pilihanraya.
Pun begitu, ada lagi yang cuba menyaman kerajaan PH bersama2 dengan PTPTN. Yang menghairankan penama juga adalah PTPTN. Sedangkan PTPTN takde janji apa2 pun. Dan bermacam janji manifesto yang tidak dapat dilaksanakan oleh kerajaan pakatan harapan. Image
takkan takde pihak yg berkepentingan nak saman. Contohnya, pengguna lebuh raya; kata nak dapat toll free.

It is well known fact banyak perkara manifesto tak dapat ditunaikan. A bunch of goon nak saman, nak raih populariti ke apa ke, nak publisiti ke.
Read 20 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!