Bacaan yg baik pagi ni lepas sahur tadi. Untuk yang bakal ada anak, untuk yg anak baru lahir, boleh ambil langkah awal. Kita hanya akan bertindak serius, selepas pengalaman tu kita tgh hadap. Adalah sebaik-baik pengalaman, belajar dari orang lain.

Kredit : Instagram adlilrajiah ImageImageImage
Bagaimana buruk dan baiknya gadjet. Mungkin pengalaman ni tak semua orang tempuh. Setengah parent akan kata, "Aku bagi anak aku gadjet ok je", ye tapi pengalaman tulah bezakan kita. Yang mana kita dah nampak kesan buruk, kita kena maklumkan supaya orang lain dapat iktibar.
Luthfiyyah dah terdedah dengan gadjet, dengan Youtube, dengan TV dari seawal kurang dari 6 bulan. Bangun pagi, dalam kereta, tengah makan, dekat rumah, dekat luar, waktu nangis, waktu tukar pampers, hampir semua situasi, gadget.
Tambah tolak, sampai umur 2 tahun juga rutin Luthfiyyah macam tu. Ye macam gambar awal-awal tadi, Luthfiyyah takda masalah nak kenal A sampai Z, numbers 1 to 20, alif ba ta, speaking mat saleh (cakap melayu tak faham). Itu bagusnya gadget.
Walau dari satu sudut, nampak anak mcm bijak, org sekeliling puji wah anak cakap omputih, pandainya dh hafal A to Z, kelebihan ni boleh kira bonus saja.

Perkara paling utama, semua parent nk anak fokus, komunikasi dua hala, paling tidak, boleh sebut, "Mommy Luthfiyyah nk susu."
Fokus dekat sini, Luthfiyyah awalnya, banyak lebih fokus pada cartoon, TV dan Youtube. Panggil nama dia tak pandang. Susah nak pandang mata kami. Dia sibuk dengan dunia cartoon dia.
Pasal komunikasi dua hala pula, Luthfiyyah waktu tu bila nak apa-apa, dia akan sebut sepatah perkataan benda yang dia nak, contoh nak susu sebut "Milk" je. Kadang dia tak sebut apa dia nak, cuma tarik tangan kami ke tempat dia nak, tanpa cakap apa-apa. Tarik tangan gitu saja.
Nak kata Luthfiyyah susun dua perkataan dalam satu ayat pun susah. Dia lebih banyak menyanyi daripada bercakap. Perkara ni untuk sesetengah orang akan kata, "biasalah tu budak, awal lagi, tak lama oklah tu."

Tak ok! Tak ok untuk semua budak. Tak ok untuk biarkan.
Lagi satu, Luthfiyyah sangat addict dengan kartun Pocoyo ni. Tengok Youtube setiap hari kartun ni. Tidur pun dengan Pocoyo. Nak tidur, kena ada Pocoyo sebelah. Pergi mana-mana kena bawa Pocoyo sama. Kalau tertinggal mana-mana, azablah nasib kami. Dia akan menangis beria nak juga.
Sampaikan masa birthday dia umur 2 tahun pun kami ikutkan kehendak dengan tempah kek Pocoyo. Padahal bukan kehendak dia pun. Dia mana pandai request. Kami yang sokong benda tu dari awal. Image
Wife makin risau. Setiap hari wife akan tanya, "Yang anak kita ok kan? Kita ajar anak kita betul ke?"

Saya sebagai suami biasalah. Berlagak tenang. "Ok tu. Bagi masa. Bagi masa. Perkembangan budak lain-lain". Jawapan sedapkan hati sendiri sebenarnya.
Sampai satu hari, wife baca perkongsian Dr Say dekat Instagram pasal anaknya Ace. Wife bagitau yang Dr Say waktu tu risaukan anak dia. Usia anak dia lagi kecil dari Luthfiyyah kalau ikutkan. Patutnya kami yang kena risau lebih. Saya macam biasa, cuba tenangkan wife.
Malam tu, lepas wife tidur, saya buka Instagram. Saya baca perkongsian Dr Say tersebut. Saya pula takut. Sambil baca, sambil tengok muka Luthfiyyah tidur. Ayah mana tak sayang anak. Walaupun asalnya saya tenang, lepas baca semua yang Dr Say tulis, saya jadi takut. Sangat takut.
Dr Say ambil tindakan awal dengan hantar anaknya Ace buat satu assessment awal dekat pusat terapi di FIT IN, Cyberjaya. Centre ni kita boleh saja ambil assessment saja untuk tahu tahap perkembangan anak. Tak mesti ada masalah baru buat assessment. Anak ok pun boleh buat juga.
Malam tu juga, saya senyap-senyap tanpa wife tahu, saya terus cari contact whatsapp mereka untuk booking slot. Mereka ada waiting list. Paling lewat kena tunggu slot kosong dalam 2 weeks. Boleh jadi cepat lagi dari tu. Assessment tu kami ambil dan bayar RM250 kalau tak silap.
Sampai hari appointment kami, wife ambil cuti dan kami sama-sama pergi ke Cyberjaya. Sampai sana, mereka ambil dan uruskan beberapa pemerhatian dan juga buat beberapa aktiviti dengan Luthfiyyah. Kami parent duduk tepi dan tengok saja. Sekejap-sekejap mereka catat dalam kertas.
Ada juga beberapa borang yang kami perlu isi dan jawab soalan secara jujur. Dari data tersebut sedikit sebanyak bantu untuk bagitau apa perkembangan anak kita sebenar. Nak tahu anak kita speech delay ka, anak kita kurang motor skill ka, kurang sensori ka, waktu nilah.
Hasil selesai assessment tu, therapist bagitau yang Luthfiyyah ada sifat kecenderungan sesuatu, ke arah alphabet, numbers, shape, colours. Therapist juga perasan yang Luthfiyyah addict dengan Pocoyo. Pasal Luthfiyyah tak fokus tu, beberapa ujian dah tunjukkan result tersebut.
Kecendurangan Luthfiyyah tu silap kami. Bila Luthfiyyah dah mahir, kami masih lagi tanya "What is this?". Mungkin dia dah muak, tapi dia kekal jawab, sebab benda dia tahu. Kami patutnya kena ubah, dengan tanya where is, how many, barulah Luthfiyyah dapat belajar jawapan baru.
Therapist ada maklumkan, isu utama memang isu gadget. Kalau dibiarkan, kalau tak ambil tindakan, Luthfiyyah akan mula ke arah mild autism. Raut muka wife waktu tu dah berubah. Muka merah, nak menangis tapi tengah tahan. Saya bagitau wife awal, sabar dengan sebarang kemungkinan.
Therapist bagitau yang peranan utama dalam nak ubah semua ni, parents. Kami mak dengan ayah kena main peranan. Sebenarnya kami yang kena berubah. Baru Luthfiyyah akan ikut sama. Kalau ikutkan, kami yang banyak silap sejak dari mula kenalkan Luthfiyyah dengan gadget.
Masuk kereta, wife nangis sepuas-puasnya. Saya hero dalam cerita ni, pujuk dan tenangkan wife. Saya bagitau wife, "Kita masih ada masa. Kita usaha dulu ubah pelan-pelan."
Mula dari haritu, banyak perubahan yang kami buat. Mulanya nak stop bagi handphone dekat kedai makan, tak bagi tengok Youtube dekat phone dekat Ipad memang mencabar. Luthfiyyah mengamuk, menangis, meronta semua.
Saya cakap dgn wife biar dia nangis dulu puas-puas. Lepastu panggil dan cakap baik-baik. Saya konsisten cakap dengan Luthfiyyah, "Luthfiyyah good girl, Luthfiyyah cannot cry, mommy daddy sayang Luthfiyyah". Saya dah pesan dengan wife, jangan akur or kesian nak bagi juga gadjet.
Nak bagi Luthfiyyah lupa gadjet, kami main peranan, buat banyak aktiviti sama dengan Luthfiyyah. Mewarnalah, contenglah, main tanah liatlah, main toys sama-sama, asalkan aktiviti tu boleh buat Luthfiyyah leka dan lupa pasal gadjet. Rumah selerak dengan toys pun tak apa.
Hari demi hari kami usaha. Bila Luthfiyyah nak susu, dia kata "Milk" or tarik tangan, kami akan bagitau, "Luthfiyyah must say, I want Milk mommy/daddy". Sampai satu tahap wife hampir putus asa. Tak nampak perubahan. Saya yang kuatkan wife, saya banyak ajar Luthfiyyah susun ayat.
Pasal dekat kedai makan, taknak bagi Luthfiyyah minta gadget of ingat gadget, kami yang kena tunjuk contoh no gadjet waktu makan. Handphone letak tepi dulu lepas ambik gambar makanan. Banyakkan borang dengan Luthfiyyah. Kami borak je macam normal, walau dia tak faham.
Untuk tak bagi Luthfiyyah boring, kami beli buku banyak-banyak, toys banyak-banyak, setiap kali pergi makan, kami akan bawa buku dan toys. Lebih baik sambil makan sambil tengok gambar-gambar dalam buku dan main toys dari tengok Youtube. Setiap kali keluar beg memang banyak 😂.
Buku kanak-kanak ni memang benda paling best bagi saya. Bila kita dah tackle hati dia dengan buku, dia sendiri yang akan ajak kita baca buku. Saya cuba, malam-malam baca buku dekat Luthfiyyah. Kadang saya tak baca ayat dalam buku. Saya reka je cerita sendiri.
Buku-buku comel wife saya rajin beli dekat BookXcess. Saya pula rajin beli buku ada unsur keagamaan tapi sesuai untuk budak-budak dari puan @nurfizaa .
Lama kelamaan benda tu dah jadi kebiasaan. Luthfiyyah tak minta nak handphone atau Ipad. Kesian memang kesian. Kalau anak-anak nangis kita mestilah tak sampai hati. Cuma lebih baik nangis sekarang, daripada nangis kemudian hari.
Sekarang Luthfiyyah dah fokus. Dah kenal nama dia. Bila orang panggil dah pandang. Pandai bahasakan diri dia Lucia. Dari segi komunikasi dua hala dia dah susun ayat sendiri. Ada improvement banyak. Cuma kami masih lagi akan terus ajar. Sekarang tengah ajar bahasa melayu juga.
Dalam masa sama, tahun ni Luthfiyyah kami dah hantar ke playschool. Perancangannya memang hantar untuk main, bersosial dengan kawan-kawan saja. Tak kisah pasal apa yang dia belajar dekat school sangat buat masa ni. Paling penting, dia boleh duduk bercampur dengan orang.
Alhamdulillah dan syukur, banyak yang kami belajar dari pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling. Takda siapa pun sempurna. Cuma kita semua nak yang terbaik dan jadi lebih baik. Itu saja. Gadjet ada baik buruknya, parents main peranan macam mana untuk kawal. Ini kisah kami.
Soon, Luthfiyyah bakal jadi kakak. Pengalaman dari Luthfiyyah mommy dengan daddy akan tambah baik pada adik. Doakan dipermudahkan urusan Mommy Luthfiyyah and adik Luthfiyyah nanti bulan ogos. Insha Allah.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with #TanyaQuantaMax

#TanyaQuantaMax Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AzrulIzzaham

21 Apr
Accounting software ni cuma tools. Mcm kereta. Kau tahu pandu, selamat. Kau gagal, kereta kemalangan dan kau boleh cedera.

Nak pakai accounting software bukan setakat tekan-tekan dah selesai. Kau kena faham 2 benda penting.

1. Transaksi bisnes
2. Transaksi personal

#TwtCukaiMY
1. Transaksi bisnes

Duit yang masuk dan keluar dari bisnes memang tujuan jana pendapatan bisnes. Masuk dari customer, modal dari pemilik, keluar kepada pembekal, keluar belanja bisnes, keluar beli aset bisnes dan lain-lain yang lebih kurang macam tu.
2. Transaksi personal

Duit dalam bisnes yang biasanya, owner keluar untuk tujuan peribadi. Dia bukan macam hutang pakai dulu dan bayar balik. Dia lebih pada keluar untuk bayaran peribadi, lepastu tak masuk-masuk dah.
Read 13 tweets
24 Mar
Semalam baru baca pasal Dr Say kena cukai RM40k lebih. Harini husband pada client saya mesej bagitau kena cukai amaun yang lebih kurang sama. Walhal berhenti kerja tahun 2015. Tahun 2016 dan 2017 tolong wife berniaga dan ambil sikit gaji.

Mana datang cukai RM40k?

#TwtCukaiMY
Dulu LHDN ada buat program Pengakuan Sukarela bagi mana-mana individu yang tak pernah declare cukai dari tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang LHDN janjikan masa tu, siapa yang sukarela declare income bagi tahun 2017 dan sebelum, takkan dikacau audit.
LHDN kata tutup buku. Mereka akan terima semua declaration tersebut in good faith. Jadi beruntunglah mereka yang ambil peluang waktu tu. LHDN dah takkan kacau.

Jadi siapa yang LHDN cari sekarang ni?

Mereka yang gagal declare pendapatan tahun 2017 dan tahun sebelum-sebelumnya.
Read 8 tweets
18 Feb
Dalam room tuan @IZZTAZWAR tadi, saya tertarik dengan satu soalan berkaitan dekat mana nak belajar accounting bagi small business owner.
Bagi pendiri bisnes, accounting ni benda yang susah sebenarnya. Secara jujur, walaupun ia susah, bukanlah bermakna kita tak boleh dalami dan belajar. Sebelum belajar hal accounting, ada perkara penting lagi kena bagi strong. Sama-sama tambah ilmu.
Banyak je platform accounting yang wujud harini, ada free dan berbayar. Kalau free seperti waveapps accounting. Cuma sayang, mereka dah tak tawarkan servis ni di Malaysia.

Untuk yang berbayar, kita ada Niagawan, Quickbooks, UBS Accounting, MYOB dan pelbagai lagi lain-lain.
Read 15 tweets
29 Jan
Kerap terima DM tanya gini,

"Baru kerja, gaji sikit kena declare cukai ke?"

"Selama bertahun kerja tak pernah declare cukai, kena penalti ke?"

"Boleh ke gaji sikit nak declare cukai?"

"Boleh ke sekarang baru nak declare cukai?"

#TwtCukaiMY
Dia macam ni, ni asas cukai. Selagi mana kau orang pemastautin dan terima pendapatan dekat Malaysia, selagi tu kena declare cukai. Ni asas.

Walaupun gitu, LHDN wujudkan ketetapan khas bagi orang yang makan gaji.
Kau orang gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, wajib daftar fail cukai.

Apa maksud daftar fail cukai?

Kau orang mungkin dah layak kena cukai. Mungkin. Jadi sebab tu perlu daftar fail cukai. Dapat nombor cukai dan perlu declare pendapatan setiap tahun.
Read 14 tweets
4 Dec 20
Seorang sahabat di FB ada hantarkan gambar perbezaan cukai Enterprise VS Sdn Bhd ni.

Pengiraan ni sejujurnya SALAH!

Ini kebiasaan berlaku, bila nak tunjukkan yang Enterprise tu buruk dari segi kadar cukai, inilah pengiraan mereka.

Saya hurailan dalam bahasa mudah.

#TwtCukaiMY
Sebelum pergi ke pengiraan, lebih baik kita tahu dulu, kadar cukai Enterprise dan Sdn Bhd.

1. Kadar cukai Enterprise adalah 0% - 30% bagi tahun taksiran 2020. Makna kata, kadarnya boleh jadi 0%, 1%, 3%, 8% sehingga 30% mengikut kepada berapa amaun baki untuk dicukaikan.
Macam mana pengiraan cukai bagi Enterprise berlaku? Contoh katalahh keuntungan bisnes buat pelarasan belanja tak dibenarkan tolak cukai, tolak elaun modal, tolak pelepasan cukai individu, baki tinggal RM90,000.

Jadi baki RM90,000 jatuh dalam range ni. Range RM70k - RM100k.
Read 12 tweets
22 Oct 20
Ada bisnes owner ni mesej tengah malam. Luar waktu kerja. Saya tak reply. Harini lepas settle-settle kerja, ada sikit lapang saya reply. Dia terus balas,

"Lambatnya reply."

Saya katakan yang dia mesej saya tak kena masa. Saya ada masa untuk keluarga juga.

#TwtCukaiMY
Tambah lagi, saya harini ada kerja utama perlu diuruskan. Selepas dah selesai, ada kelapangan saya reply pun.

Terus beliau tukar topik katakan nak dapatkan servis saya. Cuma, dia kata gini,

"Ada company boleh buatkan akaun dari 2015 sampai terkini dia caj...
..RM5,000. Kot kalau awak boleh caj lagi murah."

Saya beranggapan bisnes owner ni cuba nasib mungkin. Untuk tak buang masa siapa-siapa, saya katakan kepada beliau yang servis saya sejujurnya mahal.

Fee saya bermula dari RM1,800 setahun (perakaunan saja).
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!