Accounting software ni cuma tools. Mcm kereta. Kau tahu pandu, selamat. Kau gagal, kereta kemalangan dan kau boleh cedera.

Nak pakai accounting software bukan setakat tekan-tekan dah selesai. Kau kena faham 2 benda penting.

1. Transaksi bisnes
2. Transaksi personal

#TwtCukaiMY
1. Transaksi bisnes

Duit yang masuk dan keluar dari bisnes memang tujuan jana pendapatan bisnes. Masuk dari customer, modal dari pemilik, keluar kepada pembekal, keluar belanja bisnes, keluar beli aset bisnes dan lain-lain yang lebih kurang macam tu.
2. Transaksi personal

Duit dalam bisnes yang biasanya, owner keluar untuk tujuan peribadi. Dia bukan macam hutang pakai dulu dan bayar balik. Dia lebih pada keluar untuk bayaran peribadi, lepastu tak masuk-masuk dah.
Apa masalah timbul bila kau tak boleh beza dua ni?

Kau akan buat kesilapan dengan masukkan transaksi personal ke dalam belanja bisnes. Contoh, makan minum personal pun masuk dalam belanja bisnes, travel pakai kereta personal pun masuk dalam belanja, advance pun masuk belanja.
Kesan seterusnya adalah, bila kau keluarkan report,

1. Penyata Untung Rugi
2. Penyata Kunci Kira-Kira
3. Penyata Aliran Tunai (Cashflow)

Adakah report ni keluarkan figure yang betul? Adakah untung rugi tunjukkan prestasi bisnes sebenar?

Mestilah TIDAK!
Jadi kalau nak pakai accounting software, atau urus akaun sendiri, paling asas kenal dan beza dua perkara ni. Segala transaksi yang lebih ke personal, masukkan dalam kategori ambilan/drawings - Enterprise. Kalau Sdn Bhd masuk dalam kategori pinjaman pengarah.
Kena asingkan transaksi bisnes dan personal. Bila kau membuta tuli merekodkan juga transaksi personal masuk dalam report Penyata Untung Rugi, kesannya pada pengiraan cukai. Banyak pelarasan pendapatan yang tak benar tolak cukai kena buat kemudian hari nanti.
Jika tak tahu pasal pelarasan ni, dah kau tak buat pelarasan, Penyata Untung Rugi kau yang dah silap tadi telah termasuk rekod belanja personal, bisnes akan tunjukkan untung yang lebih rendah (sebab tak keluarkan transaksi personal), kau juga bakal bayar cukai yang rendah.
Cukai rendah yang kau bayar tadi adalah cukai yang silap kira. Untung rendah sebab dah tertolak sekali transaksi personal, dah kira sebagai pendapat kurang lapor.
Sekiranya kau di audit kemudian hari nanti, penalti penemuan audit bagi pendapatan terkurang lapor adalah 45%. Matematik mudahnya, cukai terkurang RM10,000, penalti RM4,500, total kena bayar adalah RM14,500.

Inilah yuran palatao yang kau kena bersedia.
Adakah pemula bisnes boleh urus akaun sendiri? Transaksi belum banyak, masih bawah kawalan kau, kurang untuk direkod or catat, kau boleh buat sendiri. Transaksi tak banyak, kurang kau buat silap.
Bila transaksi dah banyak, kau masih buat pilihan untuk berjimat tanpa lantik kerani akaun, itu tindakan yang sangat bodoh. Walaupun kau tak outsource syarikat luar uruskan sekalipun, paling tidak, lantik kerani akaun internal kau sendiri. Serah pada ahli.
Bisnes kau, duit kau, kau buatlah pilihan. Ini cadangan dan perkongsian sedikit idea saja. Harapnya membantu.

• • •

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 

Keep Current with #TanyaQuantaMax

#TanyaQuantaMax Profile picture

Stay in touch and get notified when new unrolls are available from this author!

Read all threads

This Thread may be Removed Anytime!

PDF

Twitter may remove this content at anytime! Save it as PDF for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video
  1. Follow @ThreadReaderApp to mention us!

  2. From a Twitter thread mention us with a keyword "unroll"
@threadreaderapp unroll

Practice here first or read more on our help page!

More from @AzrulIzzaham

19 Apr
Bacaan yg baik pagi ni lepas sahur tadi. Untuk yang bakal ada anak, untuk yg anak baru lahir, boleh ambil langkah awal. Kita hanya akan bertindak serius, selepas pengalaman tu kita tgh hadap. Adalah sebaik-baik pengalaman, belajar dari orang lain.

Kredit : Instagram adlilrajiah ImageImageImage
Bagaimana buruk dan baiknya gadjet. Mungkin pengalaman ni tak semua orang tempuh. Setengah parent akan kata, "Aku bagi anak aku gadjet ok je", ye tapi pengalaman tulah bezakan kita. Yang mana kita dah nampak kesan buruk, kita kena maklumkan supaya orang lain dapat iktibar.
Luthfiyyah dah terdedah dengan gadjet, dengan Youtube, dengan TV dari seawal kurang dari 6 bulan. Bangun pagi, dalam kereta, tengah makan, dekat rumah, dekat luar, waktu nangis, waktu tukar pampers, hampir semua situasi, gadget.
Read 35 tweets
24 Mar
Semalam baru baca pasal Dr Say kena cukai RM40k lebih. Harini husband pada client saya mesej bagitau kena cukai amaun yang lebih kurang sama. Walhal berhenti kerja tahun 2015. Tahun 2016 dan 2017 tolong wife berniaga dan ambil sikit gaji.

Mana datang cukai RM40k?

#TwtCukaiMY
Dulu LHDN ada buat program Pengakuan Sukarela bagi mana-mana individu yang tak pernah declare cukai dari tahun 2017 dan tahun-tahun sebelumnya. Apa yang LHDN janjikan masa tu, siapa yang sukarela declare income bagi tahun 2017 dan sebelum, takkan dikacau audit.
LHDN kata tutup buku. Mereka akan terima semua declaration tersebut in good faith. Jadi beruntunglah mereka yang ambil peluang waktu tu. LHDN dah takkan kacau.

Jadi siapa yang LHDN cari sekarang ni?

Mereka yang gagal declare pendapatan tahun 2017 dan tahun sebelum-sebelumnya.
Read 8 tweets
18 Feb
Dalam room tuan @IZZTAZWAR tadi, saya tertarik dengan satu soalan berkaitan dekat mana nak belajar accounting bagi small business owner.
Bagi pendiri bisnes, accounting ni benda yang susah sebenarnya. Secara jujur, walaupun ia susah, bukanlah bermakna kita tak boleh dalami dan belajar. Sebelum belajar hal accounting, ada perkara penting lagi kena bagi strong. Sama-sama tambah ilmu.
Banyak je platform accounting yang wujud harini, ada free dan berbayar. Kalau free seperti waveapps accounting. Cuma sayang, mereka dah tak tawarkan servis ni di Malaysia.

Untuk yang berbayar, kita ada Niagawan, Quickbooks, UBS Accounting, MYOB dan pelbagai lagi lain-lain.
Read 15 tweets
29 Jan
Kerap terima DM tanya gini,

"Baru kerja, gaji sikit kena declare cukai ke?"

"Selama bertahun kerja tak pernah declare cukai, kena penalti ke?"

"Boleh ke gaji sikit nak declare cukai?"

"Boleh ke sekarang baru nak declare cukai?"

#TwtCukaiMY
Dia macam ni, ni asas cukai. Selagi mana kau orang pemastautin dan terima pendapatan dekat Malaysia, selagi tu kena declare cukai. Ni asas.

Walaupun gitu, LHDN wujudkan ketetapan khas bagi orang yang makan gaji.
Kau orang gaji lebih RM34,000 setahun lepas tolak KWSP, wajib daftar fail cukai.

Apa maksud daftar fail cukai?

Kau orang mungkin dah layak kena cukai. Mungkin. Jadi sebab tu perlu daftar fail cukai. Dapat nombor cukai dan perlu declare pendapatan setiap tahun.
Read 14 tweets
4 Dec 20
Seorang sahabat di FB ada hantarkan gambar perbezaan cukai Enterprise VS Sdn Bhd ni.

Pengiraan ni sejujurnya SALAH!

Ini kebiasaan berlaku, bila nak tunjukkan yang Enterprise tu buruk dari segi kadar cukai, inilah pengiraan mereka.

Saya hurailan dalam bahasa mudah.

#TwtCukaiMY
Sebelum pergi ke pengiraan, lebih baik kita tahu dulu, kadar cukai Enterprise dan Sdn Bhd.

1. Kadar cukai Enterprise adalah 0% - 30% bagi tahun taksiran 2020. Makna kata, kadarnya boleh jadi 0%, 1%, 3%, 8% sehingga 30% mengikut kepada berapa amaun baki untuk dicukaikan.
Macam mana pengiraan cukai bagi Enterprise berlaku? Contoh katalahh keuntungan bisnes buat pelarasan belanja tak dibenarkan tolak cukai, tolak elaun modal, tolak pelepasan cukai individu, baki tinggal RM90,000.

Jadi baki RM90,000 jatuh dalam range ni. Range RM70k - RM100k.
Read 12 tweets
22 Oct 20
Ada bisnes owner ni mesej tengah malam. Luar waktu kerja. Saya tak reply. Harini lepas settle-settle kerja, ada sikit lapang saya reply. Dia terus balas,

"Lambatnya reply."

Saya katakan yang dia mesej saya tak kena masa. Saya ada masa untuk keluarga juga.

#TwtCukaiMY
Tambah lagi, saya harini ada kerja utama perlu diuruskan. Selepas dah selesai, ada kelapangan saya reply pun.

Terus beliau tukar topik katakan nak dapatkan servis saya. Cuma, dia kata gini,

"Ada company boleh buatkan akaun dari 2015 sampai terkini dia caj...
..RM5,000. Kot kalau awak boleh caj lagi murah."

Saya beranggapan bisnes owner ni cuba nasib mungkin. Untuk tak buang masa siapa-siapa, saya katakan kepada beliau yang servis saya sejujurnya mahal.

Fee saya bermula dari RM1,800 setahun (perakaunan saja).
Read 7 tweets

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just two indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member ($3/month or $30/year) and get exclusive features!

Become Premium

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!

Follow Us on Twitter!