Profile picture
Tarbiah Sentap @tarbiahsentap
, 12 tweets, 2 min read Read on Twitter
Mesti kita pernah tertanya, kenapalah susah sangat nak dapat ketenangan hati, hidup sentiasa positif, dan lain2. Hari ni saya kongsi 8 PENYEBAB kenapa kita SUSAH untuk sentiasa kekal positif dan susah untuk mendapat ketenangan hati.

#IniThreadTS
1. Selalu bersedih

Maksudnya, kita tidak bersedih atas sesuatu perkara sehingga melampau-lampau. Contohnya kematian. Betul, memang sedih. Tetapi tidaklah melampau-lampau sehingga meratap dan seumpamanya. Sebab ia akan mengganggu ketenangan hati dan hidup sentiasa negatif.
2. Rasa gelisah.

Gelisah ini biasanya berkaitan dengan dosa. Sebab Rasulullah pernah beritahu dalam satu hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad, yang mana dosa adalah segala perkara yang membuatkan kita gelisah dan tak nak orang tahu. Maka, bertaubatlah dari dosa kita!
3. Malas

Ini sikap yang semua orang maklum bahawa ia akan menjadi penyebab utama kita susah nak positif, dan hilang ketenangan. Sebab tu banyak sangat kerja kita tertangguh.
4. Lemah

Rasulullah pernah menyebut dalam suatu hadis riwayat Muslim dan Ahmad, yang mana Allah lebih menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah. Hidup jangan asyik lembik je. Bangun pagi pun longlai saja. Kena kuat, sama ada fizikal atau mental.
5. Pengecut

Antara sebab hidup kita selalu tak tenang adalah keranan terlalu pengecut. Hidup kena berani, apatah lagi bila berhadapan perkara yang kita tak suka. Contoh, bila berhadapan dengan situasi yang kita dah terbuat salah. Kena berani hadapinya, jangan lari dari masalah!
6. Bakhil

Percayalah, orang kedekut sentiasa rugi dan takkan ke mana-mana. Apabila kita sentiasa kedekut/bakhil, percayalah, hidup kita tak akan tenang, malah kita sentiasa akan merasa sangka buruk atau paranoid dengan orang sekeliling.
7. Cengkaman hutang.

Ha, yang ini pun ramai sedia maklum. Bila kita berhutang dengan orang, serta merta akan membuatkan diri rasa gelisah, tak tenang, rasa serba salah, dan macam-macam lagi. Nak beli sesuatu keperluan pun, kadang2 terfikir pasal hutang.
8. Penindasan orang.

Apabila kita lemah, malas & selalu bersedih, akan ada kemungkinan besar bahawa hidup kita akan sentiasa ditindas orang. Dan bila selalu ditindas, itu yang menyebabkan kita sentiasa rasa negatif dengan kehidupan, rasa sedih, gelisah, dan seumpamanya.
EXTRA POINT. Solusinya?

Sebenarnya, kalau kita perasan, semua sifat di atas ada dalam doa perlindungan di dalam al-Mathurat. Kalau tak percaya, cuba buka al-ma'thurat sekarang, dan rujuk di situ. Rasulullah dah lama ajar kaedah nak elak dari 8 perkara di atas.
Kalau kita selalu baca al-ma'thurat, insyaAllah secara tidak langsung kita akan selalu baca doa minta perlindungan daripada perasaan bersedih dan gelisah, jiwa malas dan lemah, sikap pengecut dan bakhil serta keadaan cengkaman hutang dan penindasan manusia.
So, selalulah baca al-ma'thurat pagi dan petang, atau salah satu daripadanya. Moga Allah pelihara kita dari 8 sifat dan keadaan yang buruk seperti di atas. Ameen. Moga bermanfaaat. :)
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Tarbiah Sentap
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!