Profile picture
Aku Ikmal Hanif @akuikmalhanif
, 67 tweets, 17 min read Read on Twitter
Hye geng. Salam #storypuaka, Salam Syawal, Salam tiktok dan musickeli, Salam geng baju sendat, Salam geng muda tapi tak dpt duit raya, Salam Salam Salam! Wah ada gaya pengerusi jawatankuasa masjid tak?
First of all, sorry sebab lama tak update cerita. Busy yang amat sial lahabau hawau dunia ni! Makin tua aku ingat kehidupan makin indah rupanya indah khabar dari rupa! Naik cuti ni aku kena submit 3 project and ada final exam woiii!
But before that, aku nk pnjam seminit korang utk sedekahkan alfatihah pada guru, sahabat serta coach aku yg baru pergi meninggalkan kita pg td. Tq geng tercinta
First of all, aku ada satu habit di mana aku suka kumpul cerita seram dari mulut-mulut orang yang aku jumpa. Kalau aku lepak dgn org baru, selalunya aku akan tny

"Bro, ada cerita seram tak?"
BTW tak ada production yang nk ambik aku jd writer cerita hantu? Boleh tayang setiap malam jumaat drpd tayang samarinda kahwin dgn orang kaya, dpt mak mertua jahat. Lastly mak mertua mati kena strok. Org dh dapat predict ending kut! Ok sambung!
Kisah ni from pak guard sekolah area Padang Jawa. Aku kasi nama cerita ni

"Kelas Malam yihaa."
Haa kenapa nama dia macam tu? Eh lantak akulah!
Time tu aku baru turun KTM from KL Sentral - Shah Alam. Pukul 5 petang. Kakak aku dah janji nak ambik dekat bus stop depan sekolah tu sebab sekolah tu senang nak cari.
So aku jalan from station KTM ke depan sekolah. Sampai je bus stop, kosong. Kereta lalu lalang pun tak ada. Maybe sebab cuti sekolah seminggu so kawasan tu lengang.
Kakak aku ni ada sejenis penyakit. Nama penyakit dia "Penyakit Melayu Janji 10 Minit Tapi Last-Last 3 Jam". Yes, panjang nama penyakit tu. Selalunya Melayu je yg kena.
Aku melabuhkan punggung di tempat duduk bus stop. 30 minit aku tunggu, tak nampak batang hidung kereta axia merah kakak aku. Then aku decide nak ronda cari kawan. Bosan weh duk kaku macam kongkang kena kepialu.
Aku lalu depan pagar sekolah. Ternampak ada sorang pakcik berumur lingkungan 50 tahun dalam pondok jaga disebalik pagar sekolah yang ditutup separuh. Dia tengah baca surat khabar.
Sekolah ni ada 3 block. Blok paling kanan 3 tingkat, blok tengah 2 tingkat. Blok terakhir satu tingkat. Dapat imagine? Kalau tak dapat please lukis gambarajah sebab aku pun tak tahu mcm mana nak terangkan.
Aku beri salam. Kaki melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah. Salam disaut, aku start conversation

"Boleh saya lepak sini? Bosanlah sorang-sorang dekat sana."
Dia angguk. Kami mula berkenalan. Nama pakcik tu Kamal. Kerja dekat situ dah lebih 10 tahun. Lagi 2 tahun dia pencen. Dah tiba masa nak main dgn cucu katanya. Bagi aku, selalunya org tua2 ni kalau pencen dia suka main burung macam ayam, penguin, cicak.
Bila aku dgn dia mcm dah mesra serasi secukup rasa, aku start tanya soalan kegemaran aku.

"Pakcik, selama 10 tahun pakcik kerja jaga ni, pakcik ada pengalaman seram tak? Cuba cerita pengalaman yang paling seramlah pakcik pernah jumpa."
Dia diam seketika. Then dia jawab

"Yang jadi pakgad ni semuanya bukan kosong dik. Kalau kosong, kami dah lama berhenti. Siapa je sanggup tinggal siang malam round sekolah sorang-sorang?"

Dia tarik nafas sambil menghembus asap rokok.....
This thing jadi ketika dia mula-mula bekerja. Time tu dia muda, cergas tapi kosong. Fikirannya just fikir

"Ek eleh! Pakgad je kut! Apa susah? Datang penyamun? Aku tembak! Budak degil? Aku piat guna lidi sate!"
Shift Pak Kamal start pukul 5 ptg - 8 pagi. Ini merupakan first time Pak Kamal shift malam. Macam biasa, Pak Kamal datang dengan baju pengawal. Segak, kasut berkilat! Badan berbau wangi, rambut belah tengah melepet atas kepala mcm baru lepas cabut helmet. Ok tu aku saja tambah.
Dia sampai sekolah pukul 4.30. Pak Man, pakgad untuk shift pagi menerangkan perkara yang perlu dilakukan pada shift malam pada Pak Kamal.
Malam tu ada kelas malam untuk pelajar SPM and PMR. Pak Kamal lega sekurangnya sekolah tak sunyi. Bukan takut. Just berdebar. First time mestilah nak kenal-kenal kawasan dulu kan?
Pukul 8 malam. Perkarangan sekolah mula dipenuhi oleh kereta parents yang menghantar anak ke sekolah. Pak Kamal berdiri di hadapan pondok sambil mengangkat tangan kepada kereta yang keluar masuk.
9 malam. Suara guru mengajar, bunyi tarikan kerusi serta meja, bunyi suara pelajar bercakap memenuhi kawasan sekolah. Malam itu, sekolah terang benderang dengan cahaya lampu daripada kelas di level 1 dan 2 yang terletak di blok 3 tingkat.
Pak Kamal bersiap untuk kunci jam di beberapa tempat yang telah ditetapkan. Beliau menutup pagar sekolah, menggantung papan yang tertulis "Maaf, sedang meronda" di hadapan cermin pondok jaga.
Kawasan sekolah memiliki 8 kunci yang terletak di penjuru sekolah dan tempat penting. Pak Kamal naik ke level 1 blok tengah sebab nk kunci jam yang terletak di sebelah pejabat sekolah.
Settle kunci jam, dia pandang ke seberang blok. Nmpk form 5 tgh belajar. Ada yang bermain, ada yang bergosip. Cikgu dekat depan terpekik-pekik menerangkan apa entah. Tapi peliknya, satu kelas bertema kuning woo! Ada pakai kebaya kuning, tshirt kuning, seluar kuning pun ada! WTF!
Then Pak Kamal bergerak ke hujung blok. Jam terletak bersebelahan toilet lelaki. Masa OTW, dia terpandang 3 orang lelaki duduk melepak di tepi tandas sambil berborak. Pak Kamal tegur

"Buat apa sini? Masuk kelas sana."
Terkejut, mereka bertiga masuk dalam tandas. Pak Kamal mendekati toilet. Dalam hati, berdebar panas. Hatinya berbisik

"Ni mesti budak nakal yang selalu merokok, buat hal dekat sekolah! Tak guna!" Ayat skema drama menandakan Pak Kamal dah tua geng. Please jangan judge.
Sampai je di pintu toilet, terlihat 5 baris jamban yang pintunya ditutup rapi. Pak Kamal jejak kaki ke dalam. Sunyi. Di tolaknya pintu satu-satu. Kosong. Sampai pintu yang terakhir ditolak...

Shhrreeeekkkkkkk...........

Kosong. Sunyi. Tak ada orang.
Hati Pak Kamal berdebar. Tapi dia buat bodoh, terus keluar dari toilet and terus ke checkpoint seterusnya. Dalam hati, jenuh berzikir.
Pak Kamal jejak ke checkpoint terakhir iaitu di hujung blok terakhir. Selesai kunci, dia jalan kembali ke pos pengawal. Masa dia OTW ke sana, cuba teka guys dia nampak apa?!!
Hahahahaha Tak, dia tak jumpa hantu. Kenapa aku gelak? Sebab aku letih menaip so bagi aku 5 minit. Urat tangan dah bersimpul jadi ketupat dah ni. Kalau aku teruskan, nanti dia bersimpul jadi tikar mengkuang. Iklan beras jalal sat tau!
So! After settle semua tempat, Pak Kamal kembali ke pondok tanpa gangguan selain timbul dalam benak fikiran tentang 3 orang budak tadi. Dalam takut, dia sedapkan hati

"Perghh berani sial aku! Hantu pun tak berani tegur aku! Hahaha apa la susah sangat jadi pakgad ni hanat?"
Btw carutan tu aku tambah sebab nk kasi nampak gempak disitu. So Pak Kamal lepak dalam pondok sambil minum kopi and main telefon. Mak bapak slowly datang nak ambik anak masing-masing balik kelas.
10.30 malam, sekolah mula bergema "Terima kasih cikgu!". Kerusi diseret. Lampu dipadam. Bunyi suara pelajar berborak. Geseran tayar kereta mak bapak. Pak Kamal stay di dalam pondok. Malas nk keluar. Letih.
15 minit kemudian, sekolah kembali lengang. Sunyi. Angin malam mula bertiup sejuk. Pak Kamal berdiri menggeliat.
"Pakcik teman saya boleh? Takutlah sesorang dekat dalam. Mak tak sampai lagi."

Datang sorang pelajar lelaki jenguk kepala dekat cermin pondok pengawal. Berbaju kemeja bunga, seluar jeans, rambut sikat tepi serta berkasut vans. Aku syak ni budak-budak masdo. Umur form 3.
Pak Kamal terkinjat dari menggeliat. Terus dia keluar pondok. Ajak budak tadi lepak dekat bas stop. Pak Kamal tanya

"Memang selalu balik lambat ke?"

Budak tu angguk. Pak Kamal tanya lagi

"Mak bapak duduk mana? Nama adik siapa?"
Budak tu tunjuk depan. Namanya Zarul. Pak Kamal petak kepala nak tanya apa. Satu ditanya, satu dijawab. Pak Kamal sambung main Candy Crush sambil hisap rokok. Senyap dalam 10 minit, suddenly budak tu bersuara.

"Pakcik tak takut?"

"Takut apa?"

"Hantulah. Malam2 banyak hantu."
Pak Kamal pandang depan, hembus asap rokok. Jantungnya berdegup lagu senandungkan lagu untukmu yang jauh di mata ewaaahhh tapi demi darah jawa yang dimilikinya, dia menjawab
"Mana ada hantu dik. Pakcik dulu pernah kerja polis. Siang malam kerja. Hantu yang pakcik pernah jumpa manusia je dik. Pencuri, pembunuh. Hantu terbang-terbang mana ada dik. Tu setan je tu."
Budak tu diam. Hening, ditemani tiupan sejuk angin malam bersama bau. Bau busuk. Hanyir. Macam bau ikan yang mak kau beli dekat pasar but dia terlupa taruk dalam peti ais selama 3 hari. Yes, busuk and hanyir. Pak Kamal just anggap maybe bau drpd longkang depan sekolah. Dia diam.
Jam pukul 11 malam. Budak tu kembali bersuara.

"Pakcik, tolong saya boleh? Saya nak pinjam telefon. Nak call mak saya suruh ambik."

Pak Kamal menepuk dahinya terasa bodoh. Apahallah aku tak pelawa awal-awal phone ni tadi? Mesti budak ni takut nak pinjam fon aku ni! Ish!
Budak tadi menaip number phone, taruk phone dekat telinga.

"Ayah dekat mana? Dari tadi lagi orang tunggu. Ni orang tengah duduk dengan pakgad dekat depan sekolah."
Tiba-tiba dia serahkan phone pada Pak Kamal

"Pakcik, ayah saya nak cakap."

Pak Kamal mengambil telefon, berdiri, pandang depan.

"Hello, ni saya Pak Kamal, saya jaga anak encik ni jangan risau."
Suara lelaki menjawab.

"Hello Kamal. Kenapa call aku malam-malam? Anak aku? Aku bujanglah!"

"Eh siapa ni? Encik jangan main-main. Saya Pakgad sekolah ni, ni anak encik ada dengan saya!"

"Ye aku tahu kau siapa. Kau tahu tak aku siapa?"

"Mana saya tahu encik siapa! Siapa ni?"
"Ni aku Man lah! Yang tadi jaga shift pagi tu! Petang tadi baru jumpa. Ha kau macam mana malam ni semua okey? Ada budak yang terlepas pergi kelas malam tak?"
Pak Kamal berkerut dahi. Dia tengok display phone, ternyata nama yang ditelefon merupakan Man, pakgad yang jaga shift pagi tadi. Pak Kamal berang. Dia fikir yang budak tadi nak troll dia. Dah lah rambut sikat tepi! Ada hati nk troll orang tua! Siap Kau!
Sepantas Pak Kamal memandang tepinya, kosong. Tak ada jejak orang. Budak tadi hilang. Pak Kamal tinjau kiri kanan, jalan sampai ke tengah jalan untuk mencari kelibat budak tadi tak tentu arah.
Phone kembali disuakan ke telinga, Man bercakap

"Kau okey tak Kamal? Kau dapat tak mesej yang cakap malam ni kelas malam batal sebab cikgu pergi masjid? Ada student kita meninggal Kamal, kena langgar kereta. Zarul nama dia kalau aku tak silap. Kau tak tahu ke?"
Pak Kamal tercengang. Kelas malam batal? Tak mungkin. Mana mungkin batal sedangkan dari tadi ramai je budak, mak bapak datang hantar anak-anak! Pak Kamal Mula hilang sabar.

"Kau jangan tipu aku Man! Tadi ramai je budak-budak datang sekolah tau? Meriah je aku tengok!"
Terus diletaknya call. Dia kembali ke pondok jaga. Jantung berdegup kencang. Ni dorang nak kenakan aku ke ni? Haish dia ingat boleh kenakan aku?
Suddenly, terdengar bunyi bisikan disebelah telinga Pak Kamal. Suara yang sama dengan yang menemani Pak Kamal di pondok bas tadi. Berbisik perlahan.

"Pakcik dah takut hantu?"

Pak Kamal terkejut terus jerit

"Siapa kau?! Jangan kau berani kacau aku syaitan!"
Pak Kamal keluar pondok, berdiri di tepi pagar

Fuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhh............

Tiupan angin lembut ke leher pak Kamal! Dia terkejut!
Pandang ke dalam post jaga, ternampak di sebalik meja ada seorang budak lelaki, berbaju bunga tapi matanya tersembul keluar dan kulit hidungnya tersiat sampai ke bibir. Sedang melambai dgn kulit tgnnya yang tersiat. Bau hanyir darah kuat memenuhi kawasan tersebut.
"Pakcik dah takut hantu?" Kata budak tu. Pak Kamal pitam. Sampai ke pagi.
The next day, riuh kisah pak kamal berjumpa arwah Zarul and 'kelas malam'. Guru2 menceritakan yg sekolah tersebut merupakan tempat bunian. Ramai pakgad yang tak tahan sbb selalu kena ganggu dgn bayangan students, cikgu.
Guys, pernah terfikir tak time kelas malam dulu,

"Eh betul ke ni ada kelas? Macam bukan kelas aku je. Mcm mana kalau aku kelip mata and suddenly semua gelap. Kelam. Aku sorang je dalam classroom?"

Aku pernah. Nanti aku cerita.
Zarul? Still ada dekat sana. Selalu berlari-lari di koridor sekolah waktu malam. Akan tunggu maknya ambik sekolah setiap malam di pondok bas.
Pak Kamal? After case tu Pak Kamal decide untuk berhenti. But apply balik dlm masa setahun. Kalini Pak Kamal dah tak kosong. Dia dah bersedia.
Sesudah bercerita, aku tanya.

"Pakcik, kalau Zarul tu datang pakcik tak takut?"

"Buat apa nak takut dik. Sekarang dia selalu teman pakcik pusing sekolah kunci jam. Dia dalam senja datanglah bawak beg sekolah."
Aku tengok jam, pukul 7ptg. Senja. Suddenly bau hanyir darah menyapu ke hidung. Deria aku kuat menyatakan akan ada benda datang. Segera aku mintak izin Pak Kamal untuk beransur sejauh mungkin dari tempat tu. Aku takut.
Aku melangkah keluar dari pagar sekolah, terdengar Pak Kamal berborak dari dalam pondok

"Zarul jaga kulit kamu, jangan jatuhkan nanti habis hanyir post jaga ni."
Aku toleh kebelakang, terlihat dalam pondok jaga ada Pak Kamal bersama seorang budak lelaki berbaju bunga-bunga warna merah sedang berborak. Aku jalan laju, sejauh mungkin. Jauh sampai hanyir hilang.
Aku takut. Takut sebab wajah tersiat itu memandang tajam ke arah aku seolah tahu yang aku sedar akan kehadirannya. Matanya tercabut dari soket, hanya disambung oleh urat terjojol keluar sampai ke tulang hidung, bergoyang.
Tidur lena. Jika terbangun pukul 3 pagi ke bawah please jangan pandang luar tingkap. Selalunya ada benda yang sedang memerhati. Berharap agar kau bangun, berharap agar kau perhati keluar tingkap.
P/S : Cerita pasal Amad terpaksa aku putuskan sebab dia tak kasi cerita. Dia ckp 'benda' tu marah. Chao! Jumpa next thread geng!
BTW, sorry if tak seram sgt. Aku masih berada di dalam mood rayaexamprojecthahaha. Jumpa lagi orang kampung! Terima kasih kerana sudi berhimpun pada hari ini. Semoga kita jumpa lagi di perhimpunan yang akan datang.
Missing some Tweet in this thread?
You can try to force a refresh.

Like this thread? Get email updates or save it to PDF!

Subscribe to Aku Ikmal Hanif
Profile picture

Get real-time email alerts when new unrolls are available from this author!

This content may be removed anytime!

Twitter may remove this content at anytime, convert it as a PDF, save and print for later use!

Try unrolling a thread yourself!

how to unroll video

1) Follow Thread Reader App on Twitter so you can easily mention us!

2) Go to a Twitter thread (series of Tweets by the same owner) and mention us with a keyword "unroll" @threadreaderapp unroll

You can practice here first or read more on our help page!

Did Thread Reader help you today?

Support us! We are indie developers!


This site is made by just three indie developers on a laptop doing marketing, support and development! Read more about the story.

Become a Premium Member and get exclusive features!

Premium member ($3.00/month or $30.00/year)

Too expensive? Make a small donation by buying us coffee ($5) or help with server cost ($10)

Donate via Paypal Become our Patreon

Thank you for your support!